KUIH BOM LABU
Bahan-bahan :
* 1/2 kg labu
* 3/4 cawan tepung gandum
* 1/4 cawan tepung ubi
* Sedikit garam
* Inti kelapa secukupnya
* bijan secukupnya
Cara-cara
1. Bersihkan labu, buang kulitnya dan kukus hingga empuk
2. Lenyek sampai halus
3. Biarkan sejuk sebentar, kemudian masukkan tepung gandum dan tepung ubi.
4. Uli hingga rata (boleh tambah tepung kalau terlembik)
5. Ambil sedikit, leperkan dan letak inti kelapa. Tutup kemas dan bulatkan.
6. Golek atas bijan. Kepal-kepal sedikit agar bijan melekat pada kuih
7. Goreng hingga keemasan.
* kuih bom ni tak meletup bila digoreng, sebabnya bukan diperbuat daripada tepung pulut
Kuih bom labu ini memang sedap, lembut dan tidak puas kalau makan satu biji....cube lah!!!
ReplyDelete