Nuffnang Ad

Wednesday 19 September 2012

Apam Tepung Gandum

Apam tepung gandum adalah satu2 nya apam yang ada di zaman kanak2 kak ruby dulu......seingat kak ruby apam yang lain2 tu belum ada lagi waktu itu.  kerana itu lah kak ruby ingin abadi kan resepi ini dalam kayumaniskorner563........nampak senang....tapi bagi kak ruby ini adalah kali ke 3 kak ruby buat baru menjadi.........   


APAM TEPUNG GANDUM

Bahan 
3 cawan tepung gandum
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir (kak ruby tak letak)
1 sudu makan ibu roti ( ka ruby guna mauripan)
2 cawan air suam
1 cawan kelapa parut putih + sedikit garam. 
 
Cara :
Campurkan ibu roti ke dlm air suam biarkan hingga kembang. Kemudian masukkan tepung gandum dan gula merah kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
Perap selama 1 jam atau lebih (hingga adunan naik sekali ganda).
Sapu sedikit minyak pada loyang, masukkan adunan dan kukuslah sehingga masak.
Makan dengan kelapa parut.

5 comments:

  1. Assalamualaikum....
    Salam perkenalan Kak Ruby.
    Sukanya tengok apam tepung gandum tu. Sedap nampaknya. Boleh lah saya cuba nanti.

    ReplyDelete
  2. terima kasih kongsikan resepi mudahnie.. sy sangat suka makan apam..

    ReplyDelete
  3. terima kasih kongsikan resepi mudahnie.. sy sangat suka makan apam..

    ReplyDelete
  4. Sy dh cuba mmg sdp..tq kak ruby..

    ReplyDelete