Nuffnang Ad

Friday 30 November 2012

Kek Oreo

Petang hari ni pun hujan lagi....sudah 3 hari hujan petang, Alhamdulillah pagi2 panas sempat lah kain2 kak ruby dijemuran kering.  hujan2 ni tak tau makan apa, makan ubi kayu sedap tapi ubi kayu pula tak de, di dapur kak ruby hanya biskut oreo je yang ada, nak makan oreo begitu saja kak ruby tak berminat.  kak ruby teringat pada resepi kek oreo,  apa lagi kak ruby terus cari resepi.......setelah siap masak makan panas2 dengan air teh O, sedap......

KEK OREO - (BAKAR)

Bahan:
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan buttercup
2 biji telur
100 gm biskut oreo (dibuang inti & dikisar) kak ruby tak kisar cuma patah2kan je.....mula2 buat oreo dikisar kek jd hitam....
125 ml susu segar (dipanaskan sekejap)
2 sudu mkn susu pekat manus
1/4 cawan minyak jagung
1 sudu teh esen vanila
 

Cara:
Ayak tepung bersama baking powder, kemudian campur oreo gaul rata, ketepikan.
Didalam mangkuk adunan pukul telur, gula dan butter sehingga kembang.  Kemudian  masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikaup balikkan. 
Masukkan susu suam, susu pekat manis dan minyak, pukul sebentar hanya untuk adunan bergaul rata je.
Masukkan ke dalam loyang yang telah digris dengan mentega.  Boleh kukus atau pun bakar. Kukus 45 miit bakar pun 45 minit atau hingga masak.

Wednesday 28 November 2012

Serimuka Durian



SERIMUKA DURIAN

Bahan Bawah
1 1/2 cawan pulut
1 1/2 cawan santan
sedikit garam

Cara:
Rendam pulut selama 4 jam. basuh dan toskan,  gaulkan bersama santan dan garam, masukkan ke dalam loyang, kukus lah selama 1/2 jam.



Bahan Atas
2 cawan santan 
1/2 cawan gula
1/2 cawan isi durian
1 biji telur
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
garam secukup nya
pewarna kuning
 Cara:
Masukkan kesemua bahan diatas ke dalam blender kecuali pewarna kuning dan kisar hingga sebati, tuang dalam periuk masukkan pewarna kacau sebati, wap kan sekejap diatas api.

Bila pulut sudah masak, tekan bagi padat dan rata, kemudian masukkan adunan atas, kukus lagi selama 30 minit atau hingga masak.  Biar betul2 sejuk baru potong. 


Monday 26 November 2012

Kek Pisang Walnut

Resepi ini jugak, ada lah resepi kenangan buat kak ruby.....sewaktu kak ruby di chicago USA dulu, seronok waktu tu, sapa2 je diantara kami rakyat Malaysia yg ada resepi baru, kami akan pas pas kan diantara satu sama lain, kami bagaikan satu keluarga yang rapat disana.  Ni resepi dari kak mah salah seorang staff dari MSD di sana....terima kasih kak mah dan ruby masih rindu pada kak mah.
 

KEK PISANG WALNUT

Bahan:
2 biji telur 'A' (dipukul hingga kembang)
2 cawan tepung gandum*
1 cawan gula
1/2 cawan walnut
1/2 cawan kismis hitam
4 biji pisang (sedehana besar) (dilenyek)
1/2 cawan minyak jagung
3 sudu mkn susu pekat manis
1/2 sudu kecil baking powder*
1/2 sudu kecil soda baikarbonat*
1/2 sudu kecil garam
1/2 kecil esen vanila


 
Cara:
Satukan bahan2 yg bertanda * ayak dan ketepikan.
Minyak dipukul sebati dengan telur yang dipukul kembang tadi. Kemudian masukkan gula, susu, vanila dan garam, kacau hingga sebati lagi.
Masukkan tepung yang sudah ayak tadi, dan juga pisang.  Akhir sekali masukkan walnut dan kismis kacau hingga sebati.  Masukkan ke dalam acuan yang sudah disapu dengan sedikit mentega.
Bakar api atas bawah dengan suhu sederhana je 150c selama 45 minit atau hingga masak. 

Thursday 22 November 2012

Bingka Labu

Hari ni, ari Jumaat pengulu segala hari....kata ustaz ari jumaat ni eloklah kita banyak berselawat....kak ruby bukan apa hanya sebagai ingatan untuk diri kak ruby sendiri, hihihihi......ok lah kak ruby balik pada cerita masak, sebenar nya ari ni sampai 4 jenis kuih kak ruby masak, sampai tak masak nasi.......mula2 buat kek oreo, pastu bingka labu pastu pula durian crepe dan sat lagi pula kena buat kek pisang pula.  Semua kuih2 ni ada tujuan yg tersendiri, seronok masak masak ni,  walau pun terasa sedikit letih........apa2 pun terima kasih yatie diatas resepi yang sedap ni.

BINGKA LABU

Bahan:
2 cawan labu (yg telah direbus & dilecek)
2 cawan santan
2 biji telur
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan susu pekat manis (kak ruby tak letak)
2 sudu besar butter
1/2 sudu kecih garam
1 sudu kecil esen vanila
bijan secukupnya
 
Cara:
Panaskan oven pada suhu 200c. Lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar.
Satukan bahan2 diatas kecuali labu dan bijan dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga sebati.
Tapiskan adunan, (guna blender pun boleh) tuangkan dalam mangkuk besar dan masukkan labu yg telah dilecek td, kacau rata.
Tuangkan kedalam loyang yang telah dipanas tadi, taburkan bijan.  Bakar selama 1 jam atau hingga masak.
Biarkan kuih betul2 sejuk baru lah dipotong. 

Tuesday 20 November 2012

Cream Puff

Kali ni kak ruby buat untuk tempahan punya.....

CREAM PUFF LAGI

Bahan:
60 gm buttercup
125 ml air
75 gm tepung gandum
2 biji telur
Secubit garam



Cara:
Masak air, butter dan garam hingga mendidih. Bila mendidih tutup api dan masukkan tepung gandum, kacau adunan hingga tak melekat diperiuk dan biarkan sejuk.
Pukul telur dan masukkan ke dlm adunan tepung tadi dan kacau hingga sebati.
Masukkan adunan ke dlm piping beg bersama brsama nozzle bentuk bunga, picit adunan ke dlm loyang yg telah disapu dgn sdikit butter, dan bakar selama 30 minit atau bertukar warna keemasan..
Setelah sejuk – potong sedikit puff dan isikan dgn kestard.

 Bahan utk Kastard:
3 sudu besar gula
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 cwn susu segar
1 sudu buttercup
Sedikit esen vanilla
Cara:
Campurkan semua bahan dan masak hingga pekat (api perlahan je).
Isikan dlm puff tadi
Gula icing utk buat snow.

Monday 19 November 2012

Tauhu Sumbat



TAUHU SUMBAT

Bahan
3 keping tauhu (potong 3 segi)
1 biji timun (potong memanjang halus)
1 mangkuk tauge (dicelur sekejap)
2 sudu carrot yg telah diparut

Cara
 Tauhu di belah tengah dan goreng hingga kekuningan atau garing sikit ketepikan.
 Gaulkan timun, tauge dan carrot kemudian masukkan ke dalam tauhu yg digoreng td.


Untuk kuah cili
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar cili sos
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil gula
1 cawan air
sedikit garam

Cara
Bawang putih dicincang halus, masukkan kesemua bahan kedalam periuk masak hingga mendidih dan agak pekat sikit tutup api.  Boleh dihidangkan bersama tauhu.


Friday 16 November 2012

Jelly Sengkuang Cina

Terima kasih Nour Aineda bagi resepi.....sedap, ada kerangupannya bila kita makan....apa yang kak ruby suka pada jelly ni, sengkuang cina tu, sebab kata setengah orang sengkuang cina tu boleh dijadikan ubat......sekali lagi terima kasih nour. 
  

JELLY SENGKUANG CINA
Bahan :
 1 packet serbuk agar2 (tanpa perisa dan warna)
1 liter air

250 gm gula pasir
pewarna dan perasa tambahan
sedikit pewarna merah ngan perasa ros

 

Cara:
Masak agar2 dengan gula hingga gula larut.  
Masukkan pewarna dan perasa,  kacau kemudian masukkan sengkuang cina tadi, masak sekejap je, tutup api.
Angkat masukkan ke dalam acuan pilihan. 

Tuesday 13 November 2012

Nasi Dagang



NASI DAGANG

Bahan :
500 gm  beras nasi dagang
1/2 biji kelapa (ambil santan pekat)
6 ulas bawang merah (dimayang halus)
1 inci halia (dimayang halus)
1 sudu teh halba
sedikit garam

Cara :
Cuci dan rendam beras semalaman.  Panaskan kukusan dan kukus beras hingga masak.
Angkat dan gaulkan dgn santan yg sudah dicampur dengan garam, masukkan juga bawang merah, halia dan halba, gaulkan hingga kesemuanya sebati.
Masukkan semula ke dalam periuk pengukus dan kukus lagi sampai masak.
Hidangkan bersama kari ikan tongkol dan acar timun



 





ACAR TIMUN MASAK

Bahan:
1 biji timun (potong memanjang)
1 batang carrot (potong memanjang)
1/2 biji nenas (potong kecil2)
5 ulas bawang merah (belah 2)
5 ulas bawang putih (belah 2)
1 biji cili merah (potong panjang)
1 biji cili hijau (potong panjang)
1 sudu mkn biji sawi (kak ruby tak letak)
2 sudu makan cuka
1 sudu makan gula
sedikit garam
sedikit kunyit

Bahan untuk tumis:
3 sudu makan cili giling
4 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
3 ulas bawang putih (tumbuk halus)

Cara:
Timun dan carrot direndam dulu dengan air kapur sekejap.
Panaskan minyak tumis bahan tumis hingga naik bau, masukkan sedikit air, cuka, kunyit, biji sawi kacau masukkan timun, carrot, nenas, bawang merah, bawang putih, cili merah hijau,  biar kan sekejap hingga mendidih, masukkan gula garam. masak lagi tapi jangan lama sangat. rasa secukup nya angkat.




 



Monday 12 November 2012

Durian Crepe

Tiba lah giliran kak ruby pula nak masukkan resepi durian crepe dalam blog kak ruby......... hai rasa nya macam tak sempurna selagi tak tayang gambar durian crepe yang kak ruby wat......tak perlu lah kot kak ruby nak cerita panjang tentang kehebatan durian crepe ni lagi, sebab dah ramai jiran jiran blog mahu pun kawan kawan fb menghangatkan nya. 
   

DURIAN CREPE

Bahan:
20 gm tepung gandum
20 gm tepung ubi
10 gm tepung kastard
10 gm tepung jagung
1 biji telur
1 sudu besar gula halus
1 sudu besar minyak masak
40 ml susu cair
150 ml air
pewarna ikut suka
 
Cara:
Masuk semua bahan dalam mangkuk pukul dengan whisk hingga sebati dan tapis.
Ambil sesenduk kecil tuang dalam kuali, pegang kuali loyangkan kuali agar adunan sekata. Masak atas api kecil je, biar hingga kering, angkat tak perlu terbalik.

  Untuk Filling :
150 ml fresh crem (kak ruby letak 1 cawan), putar hingga kental.
isi durian yg sudah dibuang biji

Cara:
Letakkan fresh cream, kemudian letak isi durian dan letak lagi fresh cream.  Lipat kiri kanan dan atas bawah. Siap, simpan dalam peti ais hingga betul2 sejuk baru makan.

Wednesday 7 November 2012

Muffin Cheese

Assalammualaikum pada jiran2 dan juga pada sapa2 yang sudi singgah di kayumaniskorner563  ni.......terima kasih kak ruby ucapkan, sekarang musim hujan, kalau tak pagi, tengahari, petang mahu pun malam mesti hujan, tak apa lah mungkin ada hikmah yang tersembunyi di sebalik hujan.......tapi yang kak ruby sedih, pada kawan2 dan saudara kita yang ditimpa banjir, kesian tengok, terutama kanak2 kecil dan warga emas.....feeling pula kak ruby ni.......dalam hujan yang tak berapa hujan ada pula kawan minta nak buatkan muffin cheese, resepi muffin ni tak de dalam simpanan kak ruby, tapi kak ruby cuba juga.....kak ruby cari dalam blog, akhir nya jumpa, dalam dapur CT,  nasib baik menjadi.......terima kasih CT.


MUFFIN CHEESE

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
3 sudu besar gula kastor
1 sudu teh garam halus

Bahan B
1 biji telur A
1 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1/2 cawan chedder cheese (parut)

 
Cara
Panaskan oven pada suhu 180c
Ayak bahan A, satukan kesemuanya dan ketepikan.
Didalam mangkuk lain,  satukan bahan B kecuali chedder cheese  pukul dengan hand whisk hingga bercampur (sebati)
Tuangkan campuran bahan B tadi ke dalam campuran bahan A dan gaul rata, sekadar bercampur saja, sudah cukup tak perlu lama2.
Kemudian masukkan chedder chesse yang diparut td kedalam adunan, gaul lagi hingga rata.
Sudukan adunan kedalam acuan muffin atau paper cup, taburkan chedder cheese di atasnya.
Bakar pada suhu 180 - 200c selama 20 - 25 minit atau hingga masak.  

Monday 5 November 2012

Talam Cendol



TALAM CENDOL
1/2 adunan : loyang 8 x 8

Bahan Lapisan Bawah : 
1 cawan cendol
80 gm tepung beras
125 ml santan pekat
225 ml air
1 sudu kecil tepung jagung
80 gm gula halus
1/2 sk garam
 
Cara:
Bancuh semua bahan kecuali cendol, tapis dan masak hingga naik wap, tutup api, masukkan cendol tadi dan kacau hingga rata.  Tuang ke dlm loyang yg telah disapu dgn sedikit minyak (kakruby sapu butter) atau alaskan dgn plastik dan kukus selama 15 minit.
 
 
Bahan Lapisan Atas :
Bahan A
150 gm gula merah*
25 gm gula*
250 ml air*
1 helai daun pandan* (dikoyak2 dan disimpul)
( semua yg brtanda * masak hingga gula hancur) ketepikan
 
Bahan B
80 gm tepung gandum
1 biji telur
125 ml santan pekat
250 mk air
sedikit garam

cara :
Bancuh semua bahan B dan masukkan bahan A, tapis ke dlm periuk dan masak hingga naik wap.  Tuangkan ke atas lapisan bawah tadi.  Kukus lah selama 30 minit atau hingga masak.
 

Friday 2 November 2012

Kek Lapis Asam Manis

Sebelum ni kak ruby buat kek lapis asam manis, kak ruby kukus......tapi kali ni kak ruby ikut resepi Dayang cara bakar pula.....sedap sangat....


KEK LAPIS ASAM MANIS
resepi asal : Dayang Jack
Loyang asal 8 x 8 atau 9 x 9
(tp kak ruby guna loyang 7 1/2  x 7 1/2 bkn apa2 cuma nak bg nampak tinggi)

Bahan:
10 biji telur
200 gm tepung biskut marie
100 gm tepung hongkong
450 gm mentega
1 sudu besar ovellete
1 sudu kecil esen vanila
150 gm gula halus (kak ruby kurangkan)
300 gm susu pekat manis (kak ruby kurangkan)
Asam manis (howflake) secukupnya
pewarna pilihan sendiri


 
Cara :
Pukul telur, gula, esen vanila dan ovellete hingga kembang.  Dalam bekas lain putar mentega dan susu pekat hingga putih berkrim.
Kemudian satukan kedua-duanya, masukkan tepung biskut marie dan tepung hongkong, kacau sebati hanya gunakan spatula je dan kemudian putar lg 1 minit utk pastikan adunan benar2 sebati.
Bahagikan kpd 3 bahagian, warnakan setiap bahagian dgn warna pilihan.
Bakar selapis-selapis dan susun dengan asam manis setiap lapisan..

Untuk lapisan pertama gunakan api atas bawah,  untuk lapisan kedua dan seterusnya api ATAS saja.

Thursday 1 November 2012

Pancake Kelapa

Sebenarnya terjadinya pancake ni atas permintaan salah satu pejabat swasta di KL ni juga........pejabat ni ada sambut hari keluarga di Pulau Pangkor, dia orang nak kan kelainan, dah biasa dgn kek2 dan bermacam-macam muffin ni, dah tak mau lagi benda2 tu.......pada mula nya kak ruby nak buat crepe durian tp ada pula yg tak makan durian, bukan tak makan je bau pun tak bleh.......jadi kak ruby pun buat lah pancake.  Sedap panceka ni. tak rugi sapa2 yg ingin mencuba.

PANCAKE  KELAPA

Bahan
60 ml marjerin (dicairkan)
200 gm tepung naik sendiri  (jika guna tepng gndum + 1 sudu kecil b powder)
50 gm gula halus
60 gm kelapa parut (putih)
100 ml air
2 biji telur (asingkan kuning dgn putih)
sedikit garam
 

Cara 
Pukul putih telur hingga gebu ketepikan
Satukan tepung, gula, garam dan kelapa parut dalam mangkuk kemudian campurkan air, marjerin cair tadi dan kuning telur kacau hingga sebati.  Masukkan putih telur tadi kacau lagi hingga sebati. Perap selama 1/2 jam.
Panaskan kuali lengser dgn sedikit marjerin, ambil 1 sudu besar adunan masukkan dlm kuali, ratakan sedikit.....biarkan masak hingga permukaannya berbuih atau berlubang-lubang baru balik-balikkan dan angkat.  Ulangi proses ini hingga adunan habis.
Hidang panas-panas dengan madu atau apa saja yang disukai.