Nuffnang Ad

Sunday 31 March 2013

Tart Buah

Assalammualaikum, sudah masuk bulan April rupa nya.......bulan april bulan kesukaan kak ruby, sebab di bulan april ini kak ruby dilahirkan oleh ibu yang tercinta, tersayang dan segala2 nya.......Al fatihah buat mu ibu, engkau lah ratu di hati ini, kerana mu ibu anak mu ini pandai memasak, anak mu ini merangkak setapak demi setapak supaya pandai seperti ibu, ibu memang pandai memasak, mungkin itu lah sebab nya anak mu ini minat sangat2 pada dunia masak memasak........sekali lagi al fatihah buat ibu........SAYANG IBU


TART BUAH

Bahan
450 gm tepung gandum
250 gm mentega
100 gm gula halus
1 biji telur
2 sudu teh air sejuk
1 sudu teh esen vanila

 Cara
Putar mentaga, gula dan esen vanila hingga kembang, masukkan telur dan air, putar lagi hingga adunan sebati dan berkrim.  Masukkan tepung gandum dan uli untuk menjadi doh yang lembut.
Ambil sedikit doh tekan ditapak tangan supaya sedikit rata dan masukkan dalam acuan tart, picit2 pada keluruhan acuan dan lebihan diatasnya ratakan dengan menggunakan belakang pisau.
Bakar selama 20 minit dengan suhu 150c hingga masak.


  Bhan Utk Kastard
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula halus
250 ml susu segar
1 sudu teh butter
1/2 sudu teh esen vanila

Cara
Bancuhkan semua bahan2, masukkan kedalam periuk dan kacau atas api yang perlahan sampai masak.
Sudu kan kedalam tart dan hiaskan dengan hirisan buah2an yang disukai.

Pavlova

Hari Sabtu semalam sebelum p tengok belon panas kak ruby singgah sat kat Aeon Big Putrajaya, sebab hujan....... jadi p Aeon Big tu, nak window shopping je,  tapi bila sampai kat bahagian buah2 tertarik pula kak ruby, murah nyer buah......strawberry rm 7 je sekotak, anggor pun 6.90 je sekilo, kiwi pun sama rm 10 je, kak ruby pun beli lah, memang niat dihati nak buat pavlova pun,  sebab putih telur dah 2 minggu  menunggu dalam peti ais........sampai di rumah kak ruby terus salin resepi dari blog Rohah, sebab Rohah pun baru je buat.  Terima kasih Rohah.


PAVLOVA

Bahan
4 biji putih telur
1/2 cawan gula kastor
1/2 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka makan
1/2 sudu teh esen vanila

 

Cara 
Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan, kemudian dengan kelajuan tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan.
Terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga bertukar menjadi putih berkilat, masukkan esen vanila dan pukul lagi sampai sebati.
Masukkan tepung jagung dan cuka.  Kalau sebati.
Buat garis bulat diatas kertas minyak, bentukkan maringue mengikut bulatan yang kita lukis.
Panaskan oven pada suhu 150c.  Masukkan adunan meringue, masak hingga menjadi coklat muda.
Jangan keluarkan meringue terus dari oven, biarkan hingga ia sejuk, baru keluarkan. 

Cara menghias
Pukul whipping cream hingga kental, masukkan gula dan esen vanila pukul lagi hingga sebati, masukkan kedalam plastik, kemudian picitkan diatas dan hias dengan buah2an yang dipotong.    

Wednesday 27 March 2013

Kuih Lapis Lumut

Memang sedap kuih lapis lumut ni.....kak ruby suka bau dia, bau tepung kacang hijau wangi, macam bau putu kacang pun ada gak.......sedap lah....rasa nya tak rugi pada sapa2 yang ingin mencuba, tapi yang sedih nya, kak ruby sudah lupa sapa tuan punya resepi, sebab kak ruby salin resepi kuih ni dah lama sangat, sewaktu kak ruby tinggal di Sibu lagi.........sekiranya tuan punya resepi terbuka blog kayumaniskorner, kak ruby minta halal kan ye.
    

KUIH LAPIS LUMUT

Bahan A
300 gm kacang hijau (rebus & kisar) - kak ruby guna tepung yg dah siap 
60 gm tepung hoen kwe
150 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
250 gm gula pasir
1500 ml santan
1 biji telur
Bahan B
70 gm gula merah
pewarna hijau & coklat

 

Cara
Kisar semua bahan A dan bahagi kepada 2 bahagian.
Satu bahaigan campur dengan gula merah, dan bubuh warna coklat.  Satu bahagian lagi dibubuh warna hijau.
Kukuslah selapis demi selapis dengan cara selang seli antara 2 warna.
Setiap lapis kukus selama 5 - 7 mint.  Untuk lapisan terakhir kukus selama 15 minit

Sunday 24 March 2013

Kek Lapis Sisik Ikan

Pagi2 di hari minggu ni terasa pula nak buat kek lapis sisik ikan, nak hadiahkan untuk seseorang.........walaupun sisik ikan nya tak berapa nak bersisik, tapi alhamdulillah menjadi dan sedap........terkenang sewaktu di Sibu dulu, kak ruby p kelas untuk belajar kek ni, seronok bersama kawan2 di Sibu......kali ini kak ruby guna resepi dari Rabiah Amit, saja2 nak try resepi Rabiah pula.........terima kasih Rabiah.


KEK LAPIS SISIK IKAN
resepi Rabiah Amit


Bahan
10 biji kuning telur
2 biji putih telur
150 gm gula halus
300 gm mentega
200 gm tepung hong kong
100 gm horlicks
110 ml air sejuk (dr peti ais)
1 tin kecil kaya
5 sudu mkn susu pekat manis
1 sudu mkn ovellet
1 sudu kecil esen vanila
asam manis secukupnya (guna yg 4 segi, ptong 4) (yg bulat pun bleh)

 

Cara
Pukul mentega dan susu pekat manis hingga sebati dan berkrim, ketepikan.
Pukul telur, gula ovellet hingga kembang, masukkan kaya sambil terus dipukul masukkan horlicks, tepung dan esen vanila.  Kemudian masukkan mentega tadi, akhir sekali masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga sebati.


Panaskan oven pada suhu 150c, sapu loyang dengan mentega dan letakkan kertas minyak putih.
Sendukkan 6 sudu makan, masuk kedalam loyang dan ratakan.  Bakar gunkan api atas bawah hanya untuk lapisan pertama.  Untuk lapisan kedua dan seterusnya guna api ATAS saja.
Selepas lapisan kedua, cucuk asam manis secara condong sehingga separuh tenggelam, setelah selesai cucuk, senduk lagi 6 sudu adunan dan bakar sehingga keperanggan.
Ulangilah langkah ini hingga adunan habis.

Friday 22 March 2013

Abok-Abok Sagu

Kak ruby sendiri pun tertanya-tanya, macam mana kak ruby boleh buat kuih abok2 ni, pada hal kak ruby jarang tengok dan baru sekali makan itu pun entah bila, terlupa dah.......tapi kak ruby ingin sangat nak buat, cari2 resepi, jumpa jugak......kak ruby terus buat petang tadi.......hasil nya cantik, rasa nya biasa2 je, mungkin itu lah kot kuih ini jarang ditemui......tapi sapa tahu,  kuih ni mungkin ada peminat nya tersendiri............


ABOK-ABOK SAGU

Bahan
1 cawan sagu 
1 cawan kelapa parut putih
3 sudu besar gula merah
3 sudu besar gula pasir
secubit garam
beberapa helai daun pisang dan lidi

 

Cara
Daun pisang setelah dicuci dan dilayur, buatkan seperti kelongsong kacang (bentuk kon) sematkan dengan lidi, ketepikan.
Basuh sagu, rendam sekejap dan toskan.
Gaul sagu dengan kelapa parut dan jugak garam. 
Campurkan gula merah dan gula pasir.
Masukkan 2 sudu makan campuran sagu kedalam kon daun pisang kemudian letakkan pula 1 sudu makan campuran gula tadi dan akhir sekali masukkan lagi campuran sagu 1 sudu mkan.  Tutup dan sematkan dengan lidi. Buat lah begini hingga semua campuran sagu habis.
Kukus selama 15 minit.

Wednesday 20 March 2013

Donut Kentang II

Assalammualaikum dan selamat pagi.....pagi ni kak ruby sarapan donut, malam tadi sebelum tidur sempat jugak kak ruby menguli tepung, dah lama tak wat ni tahun lepas kali terakhir......tu lah agak nya tak berapa cantik jadi nya,  tapi tetap lembut. lembut sangat........


DONUT KENTANG II

Bahan
500 gm tepung gandum
11 gm yis mauripan (kak ruby letak 6 gm je)
1 sudu kecil pelembut roti (kak ruby x ltk)
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 sudu besar susu cair
3 sudu mkn marjerin
1 biji kentang sederhana besar -rebus dan lecek halus
1 cawan air suam (kak ruby letak 1/2 cwn je sbb dah lembut)

 

Cara
Masukkan yis kedalam air suam, biarkan ia berbuih.
Kemudian masukkan kedalam blender semua bahan kecuali tepung.  Blender hingga sebati.
Masukkan tepung kedlm mangkuk  dan bancuh dengan bahan blender td sehingga mendapat satu doh yang lembut dan tak melekat di tangan.  Simpan didalam peti sejuk selama 1 jam.
Bila doh dah naik, keluarkan, canai dan terap dengan acuan donut.
Biar adunan naik sekali ganda baru digoreng.


Tuesday 19 March 2013

Lepat Pisang

Petang ni kak ruby buat lepat pisang, sebab daun pisang semalam ada lebih lagi, nak buang sayang laaaaa, mahal daun pisang tu, kalau kat kampung tak pa la ada pokok pisang........sini dah lah mahal koyak2 pula tu.....jadi kak ruby buat lah lepat pisang,  tak de sukatan tau, sebab kak ruby terlupa nak sukat, bila nak menulis resepi baru teringat......... tak pe lah kan, lagi pun lepat ni semua orang pandai buat......cuma kak ruby letakkan tepung kastard sikit supaya lepat tak jadi lebam, selalu nya lepat pisang kan lebam atau hitam2 sikit gitu, kak ruby letak dalam 2 sudu je.  Tepung pula boleh gunakan 2 jenis tepung, tepung gandum atau tepung beras.
  
LEPAT PISANG

Bahan
4 biji pisang montel
 tepung gandum,  tepung kastard, santan, gula, dan garam
beberapa helai daun pisang - dibersih dan dilayur *


 

Cara
Gaulkan semua bahan kecuali yg bertanda*, hingga sebati.  Masukkan kedalam daun pisang dan bungkus lah kemas2. Kemudian kukus selama 20 - 30 minit.   

Monday 18 March 2013

Pulut Sambal



PULUT SAMBAL

Bahan
beberapa helai daun pisang - bersih dan layur
3 cawan pulut
1 cawan santan pekat + sedikit garam

Cara
Pulut direndam semalaman.
Kukus hingga masak, gaulkan dengan santan, kukus sekali lagi sekejap je, supaya pulut lambat basi.  ketepikan.

 

Untuk sambal
1/2 biji kelapa parut - putih saja
1 sudu besar cili kisar
1/2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 batang serai*
2 sudu besar udang kering*
sedikit garam, gula, air dan kunyit

Cara
Blender semua bahan yang bertanda *, panaskan minyak tumis bahan blender hingga naik bau, masukkan cili kisar dan kunyit kacau rata,  masukkan kelapa parut dan sedikit air, kacau rata masukkan garam dan gula, kacau hingga kering.  Rasa sesedapnya, tutup api.

Ambil pulut tadi bulat2kan dengan daun pisang dan gaul dengan sambal, siap dan boleh jugak bungkus dengan daun pisang.


Friday 15 March 2013

Puding Tembikai Kuning

Assalammualaikum, dan terima kasih pada Mardiana, sedap puding tembikai ni......minggu lepas lagi kak ruby dah ambil resepi dari blog Mardiana tapi baru hari ni ada kerajinan untuk membuat nya hehehe.......kak ruby dah rindu dengan resepi2 Mar, sudah lama sangat tak de resepi baru dari Mardiana..........


PUDING TEMBIKAI KUNING

Bahan
12 gm agar agar
3 keping roti
4 1/2 cawan air
6 sudu besar gula
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1 sudu kecil esen vanila
sedikit cincau - utk dibuat biji
pewarna kuning dan hijau



 

Cara
Carik carikkan roti dan rendam dalam susu cair, ketepikan.
Masak agar2 bersama air hingga hancur, masukkan gula biarkan hingga gula larut, sementara itu blender roti hingga halus.  Kemudian masukkan ke dalam agar2, masukkan juga vanila dan butter.
Kacau hingga mendidih dan agak pekat. tutup api.
Ambil 1 cawan masukkan ke dalam bekas dan warnakan hijau, masukkan ke dalam acuan, bekukan,  masukkan pula warna asal dalam 1/2 cawan. yang selebihnya warnakan kuning.  Bila warna asal sudah beku masukkan warna kuning,  taburkan cincau.
Sejukkan dalam peti ais.

Thursday 14 March 2013

Kuih Cara Manis

Sudah tiga petang di tempat kak ruby ni hujan, petang hujan pagi panas, hujan pula bukan sebarang hujan, hujan bersama ribut, guruh dan petir...........Alhamdulillah sempat jugak kain dijemuran kering......petang ni ringkas sangat, kak ruby buat kuih cara manis pula tapi 1/2 adunan je, cukup lah untuk 2 orang,  minum pula dengan kopi panas, sedap nyer............ 


KUIH CARA MANIS

Bahan
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan santan
1 biji telur
1/2 cawan gula - utk di jadikan inti 
secubit garam
pewarna hijau
sedikit butter - utk disapukan pd acuan cara


 

Cara 
Kak ruby blender je semua senang, tuang dalam bekas ketepikan.
Panaskan acuan kuih cara, sapu dengan sedikit butter, kemudian tuang adunan tepung hingga penuh biar hingga setengah masak, letakkan 1/2 sudu kecil gula diatasnya.  Tutup dengan tutup periuk biarkan hingga masak.
Angkat. Buat lah hingga adunan habis.

Tuesday 12 March 2013

Kuih Cara Berlauk



KUIH CARA BERLAUK

Bahan
200 gm daging kisar
2 sudu besar rempah kari daging
1/2 cawan air
1/2 biji bawang besar - dicincang dadu
2 ulas bawang putih - dicincang dadu
sedikit daun bawang/daun sup - dipotong halus
2 biji cili merah - dipotong halus
garam secukupnya
sedikit gula dan minyak

 

Cara
Panaskan minyak dan tumis bahan cincang dadu, goreng hingga naik bau.  Masukkan rempah kari, daging kisar dan juga air,  masak hingga daging empuk dan naik minyak, masukkan garam dan gula.  Kacau hingga sebati dan kering.

Bahan utk adunan tepung
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
1 biji telur
pewarna kuning
sedikit garam

Cara
Blender kan je semua bahan. Tuamg kedalam bekas.

Cara memasak kuih cara
Panaskan acuan kuih cara, sapu sedikit minyak, tuang adunan 3/4 penuh, biarkan sekejap letakkan inti dan juga 1 atau 2 potong cili merah dan daun bawang.  Tutup, gunakan tudung periuk, masak angkat.

 

Kerutup Ayam

Resepi kerutup ayam ini juga salah satu masakan kenangan buat kak ruby........resepi ni diajar oleh seorang kawan baik kak ruby sewaktu kami sama2 merantau di negara mat salleh dulu.....kawan kak ruby ni orang Kelantan, memang pun kerutup terkenal di Kelantan, masakan orang Kelantan kata kan, mestilah sedap......rempah kerutup memang kak ruby guna rempah yang asli dari Kelantan.  Selain nasi kerutup juga boleh di makan bersama roti dan pulut kuning......sedap.


KERUTUP AYAM

Bahan
6 keping ayam bahagian dada (ni saja2 kak ruby suka dada ayam)
3 sudu besar rempah kerutup atau 28 gm 
1 cawan  santan pekat
1 cawan air
3 sudu besar kerisik
sedikit asam jawa
sedikit gula melaka
garam dan minyak secukupnya


Bahan utk di blender dan dicampur bersama rempah kerutup
5 keping lengkuas
3 batang serai
1 biji bawang besar

Bahan tumis
3 biji buah pelaga
1 kumtum bunga lawang
1 inci kayu manis

Cara
Bancuh rempah kerutup bersama bahan yg di blender dengan sedikit air, ketepikan.
Panaskan minyak, tumis bahan tumis, kemudian masukkan bancuhan rempah, kacau dan masak hingga naik minyak, masukkan ayam, santan dan air, bila mendidih masukkan garam, gula melaka dan asam jawa.
Masak hingga hampir pekat masukkan kerisik, bila sudah pekat, rasa secukup nya. tutup api. 



Monday 11 March 2013

Nasi Limau Purut

Assalammualaikum.......waktu kak ruby menulis ni, kat luar hujan lebat sangat, tengahari tadi kak ruby masak nasi limau purut, resepi Chef  Zaidah Mohd Noor, terima kasih chef sedap sangat, masa kak ruby memasak tu, satu rumah bau wangi.......untuk lauk nya pula kak ruby masak, kerutuk ayam dan acar betawi........aduh aduh rajin nya kak ruby hari ni.......sampai hujan turun lebat, hehehehe


NASI LIMAU PURUT

Bahan 
2 cawan beras basmathi - cuci dan toskan
2 sudu besar margerin
1.5 cm halia - dihiris
2 ulas bawang putih - diliris
4 biji bawang merah - dihiris
1 batang serai - dititik
3 helai daun limau purut
125 ml pati santan
500 ml air
1 sudu besar stock ayam
garam secukupnya
4 titik pewarna hijau

 
             
Cara
Panaskan margerin, tumiskan bahan hiris hingga wangi, Masukkan serai dan daun limau purut kacau sekejap.
Apabila sudah naik bau, masukkkan air, santan, garam, stock ayam dan beras.  Kacau sedikit dan biarkan nasi kering.  Titiskan dengan pewarna hijau., gaul sehingga sebati dan biarkan hingga nasi betul2 masak sepenuhnya,

Saturday 9 March 2013

Pai Ayam

Tengahari ni kak ruby makan pai ayam je.....cukup lah untuk diri kak ruby ni, sebab dalam pai dah ada semua nya, sayur, ayam dan jugak kabohiderat, sebelum makan pai makan dulu buah buahan banyak2 dan mimum air kosong je.....dah cukup untuk kesihatan kak ruby.......


PAI AYAM

Bahan doh
300 gm tepung gandum
150 gm butter
50 ml air sejuk dr peti ais
1/2 sudu teh garam

Cara
Gaul tepung gandum, garam dan butter dengan hujung jari hingga jadi seperti serbuk roti.  Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli untuk menjadi doh yang lembut.  Bungkus doh dengan plastik wap, simpan dalam peti ais selama 30 minit.


Bahan inti
1 cawan isi ayam - dipotong dadu
1 cawan cendawan butang - dipotong nipis
2 biji kentang rebus - dipotong dadu
1/2 btang lobak merah - dipotong dadu
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 biji bawang putih - dihiris halus
sedikit lada hitam, lada putih
 garam dan air secukupnya.

Cara
Panas minyak, masukkan bawang besar dan bawang putih kacau hingga naik bau, masukkan isi ayam biarkan hingga ayam masak, masukkan sedikit air, lobak merah, cendawan, garam, lada hitam dan lada
putih, akhir sekali masukkan kentang.  Kacau hingga kesemuanya sebati dan biarkan air nya kering, rasa masin nya tutup api.

Kemudian canai doh, buat dua keping, kepingan pertama masukkan kedalam acuan pai dan tekan ikut bentuk acuan.
Masukkan initi dan tutup dengan kepingan kedua, sapu kuning telur dan bakar suhu 180c selama 30 minit atau hingga masak.   
 

Thursday 7 March 2013

Kuih Kasturi

Petang ni kak ruby buat kuih paling senang sekali, tapi sedaaaap,  lagi sedap kalau makan panas2.......nama kuih ni macam2,  ada yang panggil kuih kacang, kuih kasturi dan ada pula panggil kuih rengas.  Tak kisah lah kan, rasa nya tetap sama......cuma adunan tepung nya tak sama kot.....ini cara kak ruby, resepi kak ruby  hehehe..........


KUIH KASTURI

Bahan
2 cawan kacang hijau
5 sudu besar gula - bleh tmbh atau kurang
5 sudu besar kelapa parut
air secukupnya 

Cara
Rebus kacang hijau bersama air sampai kembang dan biarkan air nya hampir kering.
Masukkan gula dan kelapa parut, kacau rata hingga kering. angkat dan biarkan sejuk.
Ambil sedikit kacang bentukkan bulat2, kemudian leperkan.  Buat lah hingga kacang habis.


Bahan utk adunan tepung
1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
sedikit kunyit
garam secukupnya
air secukupnya

Cara
Satukan semua bahan kecuali air letakkan sedikit demi sedikit hingga menjadi adunan sederhana pekat.

Panaskan minyak, ambil kacang tadi celup dan goreng hingga kekuningan.