Nuffnang Ad

Sunday 30 December 2012

Mango Delight Yoghurt Cake

Dalam banyak2 kek kak ruby terpikat pula dengan kek mango di blog evelyn gemina.....mungkin sebab mangga dah ada di dalam stok kak ruby kot, bahan2 lain pun ada cuma high ratio flour je tak ada, jadi kak ruby guna tepung gandum je lah, hasil nya jadi jugak dan sedap......tapi tak lah secantik yang evelyn gemina buat.....cukup lah untuk kak ruby anak beranak, kak ruby pun bukan nya pandai sangat bab hias menghiaskan kek ni..........terima kasih evelyn gemina.


MANGO DELIGHT YOGHURT CAKE

Bahan A
6 biji putih telur
1/2 sudu kecil cream of tartar
1/2 cawan gula kaster

Bahan B
6 biji kuning telur
175 gm high ratio flour (kak ruby guna tepung gandum je)
1/2 cawan gula kaster
1/2 cawan minyak jagung
1/2 cawan air
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil garam

Cara
Panaskan oven suhu 170c, sediakan loyang saiz 9 inci, griskan dengan butter dan alas dgn kertas minyak.
Satukan semua bahan A, pukul hingga bertanduk, ketepikan.
Dalam mangkuk lain masukkan kuning telur dan gula pukul hingga kembang, masukkan air, minyak, esen vanila, garam gaul sebati. Kemudian masukkan tepung yg sudah diayak bersama baking powder sebatikan lagi.  Masukkan Bahan A tadi, kacau sebati hanya dengan menggunakan sptula je.
Tuang kedalam loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga masak.
Sejukkan dan bahagi kepada 3 bahagian.

Untuk Filling
2 biji mangga masak - potong kiub
150 gm plain yogurt
100 gm gula kaster
20 gm gelatin + 1/2 cwn air, satukan
350 gm UHT whipping cream
 

Cara
Satukan mangga yg dipotong kiub, gula dan yogurt dlm mangkuk gaul sebati, ketepikan.
Cairkan campuran gelatin + air td cara double boiler hingga gelatin cair, masukkan dlm mangga td, sapukan disetiap lapisan kek yang sudah dipotong tadi.
Pukul whipping cream hingga kental.  Sapukan pada kek dengan cara kreativiti sendiri.






Tuesday 25 December 2012

Popia Goreng



POPIA GORENG

Bahan
Kulit popia secukupnya

Bahan inti
50 sen taugeh
1/2 biji sengkuang - diparut
1 batang lobak merah - diparut
2 sudu besar udang kering - tumbuk
2 biji tauhu - dilecek dgn garfu
2 ulas bawang putih- potong halus
sedikit serbuk kunyit, garam dan lada sulah

 

Cara
Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan tauhu, udang kering dan serbuk kunyit, kacau bagi sebati. masukkan sengkuang dan lobak merah, kacau lagi kemudian masuk taugeh, garam dan lada sulah, kacau sebati.  Tutup api angkat dan sejukkan.
Ambil kulit popia, letak inti dan gulung kemas2, untuk lekat hujungnya, sapu dgn putih telur.  Gulung  hingga habis dan goreng hingga kekuningan.
Sedap dimakan panas2, cicah dengan sos cili atau boleh juga disapukan sos atas popia dan ditabur dengan kacang yg ditumbuk halus.

Bahan sos
3 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang putih (diblenda)
1 biji bawang besar (diblenda)
air asam jawa
gula kabung
garam dan biji sawi


Cara
Masukkan semua bahan sos  kedalam periuk, kecuali bijian kacau hingga mendidih dan pekat kemudian tabur bijian. tutup api, angkat.

Sunday 23 December 2012

Apam Pisang



APAM PISANG

Bahan
2 cawan tepung gandum*
1/2 sudu teh soda bikarbonat*
1 sudu teh baking power*
1 cawan pisang - dilecek 
3/4 cawan minyak jagung
1 1/2  gula perang
2 biji telur
1 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh garam

 

Cara
Panaskan kukusan terlebih dahulu.
Ayakkan bahan yang bertanda * dalam mangkuk ketepikan.
Pukul telur, gula, garam hingga sebati masukkan minyak dan pisang lecek kacau hingga semua nya sebati, masukkan tepung yang diayak tadi, kacau dengan whisk je hingga sebati.
Ambil 1/2 cawan adunan masukkan serbuk koko dan kacau sebati.


Masukkan adunan asal atau yang plain dalam acuan kecil kecil, kemudian masukkan adunan koko diatasnya.  Kukus selama 15 minit atau hingga masak dengan api kuat. 

Thursday 20 December 2012

Bubur Pulut Hitam



BUBUR PULUT HITAM

Bahan 

1 cawan pulut hitam (cuci dan rendam dalam 1 jam)
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan (disimpul)
1 cawan susu cair
1/2 cawan santan pekat
Secubit garam

 

Cara
Rebus pulut hitam dengan air secukupnya hingga kembang.
Kemudian masukkan susu cair, gula, daun pandan dan garam.  Masak hingga mendidih dan dikacau hingga semua nya sebati. Tutup api.

 
Untuk kuah
Panaskan santan pekat dan garam, didih je tutup api.
Boleh dihidangkan bersama pulut hitam.

Wednesday 19 December 2012

Samosa

Terima kasih pada yang sudi singgah di kayumaniskorner,  semalam selepas balik dari window shopping, terasa sunyi pula tak buat apa2........kak ruby buka peti ais ada beberapa keping kulit popia lebihan buat popia bersalut nestum yang kawan-kawan order 2 hari lepas, terfikir juga apa nak buat dengan 6 keping kulit popia ni....idea datang, apa kata kalau buat samosa, memang resepi samosa belum ada lagi dalam kayumaniskorner ........apa lagi, kak ruby pun cari bahan2 untuk dijadikan inti, nasib baik senua bahan ada dalam simpanan.......tapi bahan2 yang ada macam nak buat inti karipap je, tak pe lah, apa salah nya, fikir kak ruby........bila sudah siap masak, sedap pula, lebih2 lagi makan panas2 di waktu2 petang begini,  selamat lah lebihan kulit popia kak ruby......

SAMOSA

Bahan
6 keping kulit popia
(setiap 1 keping di bahagi 3)
1 sudu makan tepung gandum + campur dgn sedikit air  (utk dijdkan gam)

Untuk inti
1 cawan daging kisar
500 gm ubi kentang – potong dadu
1 labu bawang besar – potong dadu
2 ulas bawang putih – dicincang
1 sudu makan rempah kari
Garam dan gula secukupnya
4 helai daun kari
Sedikit minyak untuk menumis


 


Cara
Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari hingga naik bau.
Masukkan rempah kari biar sehingga garing, masukkan daging kacau sehingga daging tak berketul.
Kemudian masukkan kentang, garam, gula dan sedikit air.  Masak hingga kering dan kentang empuk. padamkan api.
Ambil kulit popia yang sudah dipotong 3 tadi.  Masukkan inti, lipat-lipatkan biar jadi bentuk segitiga, ambil bancuhan tepung tadi letakkan dihujungnya.  Buat lah sampai habis.
Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana panas.  



Tuesday 18 December 2012

Kuih Ketayap



KUIH KETAYAP

Bahan
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1 biji telur
1 sudu minyak jagung*
sedikit garam
pewarna hijau*

 

Cara 
Blender semua bahan kecuali bahan yang bertanda * dan tapis ke dalam mangkuk, masukkan minyak dan pewarna kacau sebati.  Panaskan pan, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan dengan 1 senduk kecil adunan dalam pan layangkan pan supaya adunan jadi bulat.  Masak hingga adunan nampak kering angkat,  masukkan inti dan gulung.  Ulangi proses ini hingga adunan habis.

Bahan inti

1/2 biji kelapa parut putih
3/4 cawan gula merah
2 sudu mkn gula pasir

1/4  cawan air
1 helai daun pandan
1 sudu besar tepung jagung



 Cara 
 Masak gula merah, gula pasir dan air hingga larut, tapis, masukkan kelapa parut dan daun pandan.  Masak hingga pekat sedikit masukkan tepung jagung kacau hingga sebati, bila sudah agak kering dan warna keperangan tutup api.


Monday 17 December 2012

Agar Agar Puteri Pelangi



AGAR AGAR PUTERI PELANGI 
sumber dari mingguan wanita

Bahan
20 gm agar agar  bertali
2 liter air
1 cawan susu cair
1 cawan gula
3 pewarna pilihan

 

Cara
Masak agar agar dengan air hingga hancur, masukkan gula masak lagi hingga gula larut, kecilkan api.
Ambil 3 senduk agar agar, setiap senduk masukkan dalam 3 bekas berasingan dan warnakan dengan warna pilihan, kemudian masukkan dalam acuan dengan cara tumpok2, bekukan, klu nak cepat masukkan dalam peti ais, sementara itu masukkan susu cair dalam agar agar yang selebihnya kacau hingga sebati,
Bila agar agar dalam acuan tadi sudah hampir beku, tuangkan agar agar yang sudah dicampur susu cair.
Beku dan sejukkan dalam peti ais.

Kuih Koci Labu




KUIH KOCI LABU

Bahan
1 cawan labu - direbus dan lecek
1 1/4 cawan tepung pulut
1 sudu teh gram
daun pisang secukup nya 
Cara 
Campurkan semua bahan kecuali daun pisang, gaul hingga jadi doh yang lembut. Adunan akan melekat sikit pada tangan, tambah SEDIKIT tepumg gandum. 

Bahan sapu pada kuih
1 cawan santan pekat
1 sudu teh tepung beras
sedikit garam


Cara
Campur tepung dengan santan kacau sebati.  Masak dengan api pelahan, masukkkan garam, apabila sudah mendidih tutup api dan ketepikan.

Cara untuk bungkus kuih
Bulat2kan inti sebesar ibu jari ketepikan.
Sapukan daun pisang dengan sedikit minyak masak, kemudian letakkan 1 sudu bahan sapu, jemputkan adunan dan leperkan masukkan inti tutup bulatkan letak atas daun pisang yg sudah di letak bahan sapu tadi, bungkus lah seperti biasa.  Kukus selama 20 minit atau hingga masak.

Saturday 15 December 2012

Cucur Nasi

Kak ruby buat untuk breakfast pagi ini........


CUCUR NASI

Bahan
2 cawan nasi

2 cawan air
1 biji bwng besar
2 ulas bwng putih
1 cawan ikan bilis
2 1/2 cawan tepng gandum
1 biji cili besar hijau/merah (dihiris halus)
1 batang carrot di parut (kak ruby tmbh)
daun bawng & daun sup  (kak ruby tak ltk)
sedikit garam
minyak utk menggoreng
 

Cara
Blender nasi bersama air,  masuk ikan bilis, bwng putih, bwng besar kisar sebati.
Kemudian masukkan kedalam mangkuk, dan masukkan tepung gaul sebati. 
Masukkan carrot, cili besar dan garam kacau sebati lagi.  Panaskan minyak dan goreng.

Friday 14 December 2012

Karipap III

Petang ni kak ruby rajin sikit, buat karipap.....seperti biasa lah resepi kak ruby ni selalu nya sikit2, see, tepung 300 gm je.....ialah cuma berdua, masak pun kecil kecilan.....sedap ni makan petang2 dengan air teh O.


KARIPAP

Bahan
300 gm tepung gandum
3/4 cawan air sejuk (dlm peti ais)
2 sudu mkn minyak jagung*
2 sudu mkn buttercup*
sedikit garam




Cara
Campurkan bahan yang bertanda * dan panaskan hingga butter cair, tutup api.
Gaulkan kesemua bahan diatas dan uli hingga menjadi adunan lembut, kemudian bahagikan kepada ketul2 kecil, 
(kak ruby buat setiap ketul 50 gm).(resepi asal adunan di rehatkan 30 minit) tapi kak ruby terus je canai, nipis2 kan dan letak inti, tutup seperti biasa kelim di tepi dan goreng.


Thursday 13 December 2012

Serikaya Pulut Hitam



SERIKAYA PULUT HITAM
Loyang 8 inci je .....

Bahan Untuk Lapisan Bawah
1 1/2 cawan pulut putih
1/2 cawan pulut hitam
2 cawan santan cair
1/2 sudu teh garam
 

Cara
Rendam kedua dua pulut semalaman, sesudah dibersih campurkan keduanya bersama santan yang telah dicampur garam.  Masukkan kedalam loyang dan kukus sehingga masak. Bila sudah masak tekan pulut supaya mampat dan kemas.  


Bahan Untuk Lapisan Atas
80 gm tepung gandum
10 gm tepung beras
150 gm gula halus
1 biji telur
125 ml santan pekat
250 ml air

Cara
Bancuh semua bahan dan tapis, bahagikan kepada 2 bahagian sama banyak, setiap satu bahagian warna dengan warna pilihan.
Ambil 1 bahagian tuangkan ke atas lapisan bawah, kukus selama 15 minit atau hingga 1/2 masak, tuangkan pula 1 bahagian lagi, kukus lagi 20 minit atau hingga masak.
Biarkan betul2 sejuk barulah di potong.

Wednesday 12 December 2012

Bubur Kacang

Hari ni 13 dec. berlalu lah tarikh yang cantik tu 12.12.12, kita akan jumpa lagi satu abad nanti, itu pun kalau kita diberi kesempatan hidup oleh Allah......seperti Pak Long Man atau nama sebenarnya Othman Daud dari Bukit Martajam tu, semalam 12.12.12 pak long man diberi Allah sambut hari lahir nya yang ke 100 tahun, pak long man lahir pada 12.12.1912 best kan? kan cantik tu.......kak ruby doakan pak long man diberi Allah kesihatan baik sihat dan kuat. 
Hihihi.....lupa pula kak ruby apa yang kak ruby masak, petang semalam 12.12.12 tu kak ruby masak bubur kacang, sedap pula dengan hujan gerimis kat luar yang manja2 gitu tak terasa ari pun dah hampir malam, tak sempat nak masukkan dalam kayumaniskorner, ari ni baru ada kesempatan.
  

BUBUR KACANG

Bahan 
1 mangkuk kacang hijau
200 ml santan + (1 cwn air utk kurangkan lemak)
1/2 cawan gula
5 sudu mkn gula merah (bcuh dgn 1/4 cwn air & tapis)
5 sudu mkn sagu 
2 helai daun pandan (basuh bersih disimpul)
garam secukup nya
 

Cara
Kacang hijau dibasuh bersih, kak ruby tak rendam masukkan je dalam pressure cooker dan masukkan air sampai tertutup kacang cukup,  masak 4 minit dah lembut.  Kemudian masukkan kacang yang lembut tu dalam periuk biasa, masukkkan semua bahan kecuali sagu, masak macam biasa bila mendidih je baru masukkan sagu, agak2 sagu dah kembang sikit, rasa sesedap nya tutup api.

Tuesday 11 December 2012

Agar-Agar Sirap Rose


AGAR-AGAR SIRAP ROSE

Bahan
10 gm serbuk agar2

4 cawan air
1 cawan gula
200 ml santan pekat (santan kotak pun boleh)
1 biji telur (masukkan dlm santan kacau sikit2 dgn garfur)
secubit garam
1 sudu besar sirap rose atau beberapa titis pewarna pink dan perasa ros
2 helai padun pandan
 

Cara:
Masak air bersama gula dan serbuk agar2 hingga larut.
kecilkan api dan masukkan santan yg telah dicampur telur dan garam td, masukkan juga perisa ros, dan simpulan daun pandan.
Kacau dan tunggu hingga mengelegak atas api yang kuat.  Kacau terus supaya ia tidak melimpah, bila dah nampak santan jadi berbintik- bintik. Tutup api.
Basah loyang atau apa acuan pilihan, sejuk kan dlm peti ais.





Sunday 9 December 2012

Pulut Mangga

Assalammualaikum pada sapa2 yang sudi singgah di kayumaniskorner .....entah kenapa kak ruby ni macam mengidam pula nak makan pulut dengan mangga, kak ruby terjumpa mangga chukanan yang terkenal sedap ni di sebuah pasaraya.....terus teringat pulut, apa lagi beli lah pulut.....tak sabar nak tunggu hari esok nya, sebab pulut ni kena rendam dulu.......esok nya baru boleh makan, huuuuu sedap sungguh mangga ni rupanya.

PULUT  MANGGA

Bahan
2 cawan pulut
1 cawan santan pekat
sedikit garam
2 biji mangga chukanan

 

Cara
Pulut dibersih dan direndam semalaman.
Kukus pulut hingga masak, kemudian gaul dengan santan pekat yang sudah dicampur sedikit garam.  Kukus sekali lagi, tapi kali ni sekejap je...(supaya pulut nampak lebih cantik dan jugak pulut tidak cepat basi).
Untuk mangga, potong lah dengan cara tersendiri.  Hidangkan bersama pulut.