Nuffnang Ad

Friday 22 August 2014

Kek Lapis Keju Oreo


KEK LAPIS KEJU OREO
resepi asal,  kak wan

Bahan A
12 biji kuning telur B
6 biji putih telur
250 gm gula kastor
270 gm tepung hong kong
30 gm serbuk horlick
2 sudu kecil ovelete
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B (adunan keju)
250 gm cream keju
3 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh lemon paste

Bahan C (adunan biru)
250 gm mentega
3 sudu makan susu pekat manis
pewarna biru atau apa warna yg disukai

Bahagian D
2 - 3 bungkus biskut oreo dgn cream sekali
loyang 8 x 8 dialas dasar dan di gris















Cara
Pukul kuning telur, putih telur, gula, esen vanila dan ovelete dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat, perlahankan mixer, masukkan tepung dan serbuk horlick sedikit demi sedikit hingga bergaul rata.
Bahagikan adunan kepada 2.
satu bahagian diadun bersama bahan B (adunan keju) dan satu bahagian lagi diadun bersama bahan C (adunan biru).
Bahagikan adunan biru kepada 2 bahagian, untuk lapisan atas dan bawah. ambil 6 sudu besar adunan biru, ratakan kedlm loyang, bakar api atas bawah pada suhu 180c selama 8 hingga 10 minit ataupun hingga permukaan keperangan. Angkat, tekan dengan penekan kek lapis cucuk dgn garpu dan sapu sedikit mentega cair pada permukaan kek.
Ulangi lapisan biru yg kedua dan bakar dengan api atas sahaja. selama 8 minit, ulangi sehingga 3 laisan biru.
ambil 7 sudu besar adunan keju, ratakan dan susun biskut oreo diatasnya, bakar hingga permukaannya keperangan, tekan dgn penekan kek setiap lapisan.  Ulangi sehingga adunan keju oreo habis.
Kemudian untuk lapisan atas ambil 6 sudu besar adunan biru, ulangi melapis dan membakar sehingga 3 lapisan.  Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dgn aluminium foil dan bakar dgn api atas bawah selama 15 minit.

Wednesday 20 August 2014

Semangat patriotik dihari raya



Assalamualaikum dan salam kemerdekaan,
syawal yang lalu kak ruby beraya agak jauh sikit melepasi kaki gunung ledang, yg bestnya sampi kilometer 0.


Itulah kampung saudara kak ruby, kampung tenang Labis seronokkan sampai habis sempadan.  Apa yg paling menyeronokan kak ruby ialah dalam perjalanan ini kak ruby sekeluarga sempat ke bukit kepong melawat balai polis bersejarah dan menziarahi pusara anggota2 polis kita yg terkorban dalam menentang komunis........ Kak ruby rasa semua rakyat Malaysia tahu kisah bukit kepong kan? Dimana semua anggota polis kita terkorban kecuali seorg saja yg terselamat, peristiwa ini sungguh menyentuh perasaan kak ruby sekeluarga........... Lebih menyedihkan lagi bila kak ruby sekeluarga berdiri disebelah pusara wira2 negara ini sambil menghadiahkan al-fatihah, mengalir kencang air mata kak ruby tak dapat ditahankan lagi, itu sajalah yg dapat kak ruby balas untuk wira2 negara sebagai membalas jasa mereka. Yalah seperti dalam lirik lagu hari raya nyanyian Rahimah Rahim, "enak menjamu selera, jangan lupa yang tiada".


                          senarai nama2 anggota polis kita yg terkorban termasuk anak2 dan isteri2


                                                        disinilah bersemadinya wira2 kita


                  inilah balai polis dibukit kepong yg dibakar hangus oleh pengganas komunis yg kejam

Teringat kak ruby kisah sesetengah manusia yg ingin membawa balik mayat mendiang ketua pengganas untuk dikebumikan di bumi Malaysia, ribuan terima kasih kak ruby ucapkan kepada pemerintah kita yg tidak membenarkannya.
Sebelum kak ruby dan keluarga meninggalkan bukit kepong sekali lagi kak ruby hadiahkan al-fatihah.

                                                                   peninggalan sejarah

                                     disungai inilah seorg anggota polis kita berjaya melarikan diri

Tuesday 19 August 2014

Kek Batik

Assalammualaikum, sudah jemu dah makan biskut raya......petang ni kak ruby buat kek biskut marie pula, hihihi sedap jugak bila dah lama tak makan ni.

KEK BATIK

Bahan
1 bungkus biskut marie
250 gm buttercup
1/2 tin susu pekat manis
2 biji telur
200 gm milo
3/4 cawan air panas















Cara
Biskut dipatah 4, ketepikan
Bancuh milo dengan air panas hingga milo tidak berketul-ketul, telur dipukul hingga sebati.
Kemudian masukkan bancuh milo, telur, susu ke dalam kuali, dengan gunakan api yang sederhana kacau hingga sebati, masukkkan butter, kacau hingga pekat dan sekata tutup api.
Masukkan biskut marie dan gaul rata.   Tuang dalam bekas yang sesuai tekan dan mampatkan.
Simpan dalam peti ais sebelum dipotong.



Tuesday 12 August 2014

Ketupat Daun Palas

Assalammualaikum, Aidil fitri sudah pun berlalu meninggalkan kita, mudah-mudahan kita dapat bertemu lagi di aidil fitri yang akan datang.......hihihi dah lepas pun raya, baru gambar dan resepi ketupat keluar,  bukan apa penyakit malas datang lagi.  tapi tak pe kali ni kak ruby kisah kan pula juadah penting masa kak ruby menyambut hari raya, ketupat palas itu lah juadah pertama yang kak ruby buat bila dah pastikan esok raya.
Ada berbagai cara membalut ketupat palas dan tak semua orang pandai membalut nya, kak ruby sendiri pun baru setahun dua ni pandai, kalau tidak entah apa2 jadi nya bila kak ruby membalut ketupat, silap2 jadi ketupat betina kata orang Kedah.  Okey lah dipendekkan cerita, dalam kayumaniskorner ni kak ruby publish kan  resepi ketupat palas dari dapur kak ruby.  

KETUPAT PALAS

Bahan
1 kilo beras pulut
1 biji kelapa - ambil santan pekat, sukatan santan 1/2 dr sukatan pulut
sedikit garam
daun palas secukupnya

















Cara
Daun palas dibuka dan dibentuk kelongsong ketupat terlebih dahulu, ketepikan.
Cuci, bersih beras pulut dan toskan.
Didihkan santan bersama garam dalam periuk, kemudian masukan beras pulut yg di tos tadi, kacau dengan api yang perlahan sampai santan betul2 sebati dengan pulut dan agak kering sedikit, tapi pulut separuh masak je tau, tutup api.  Sejukkan sekejap.
Kemudian boleh lah masukkan pulut dalam daun palas, bungkus kemas2 dan simpul dihujungnya supaya air tidak masuk bila dimasak nanti.
Rebus ketupat dengan air sama paras dengan ketupat hingga air kering, bukan berapa jam.

Friday 8 August 2014

Kuih Makmur

Assalammualaikum dan selamat hari raya, kita masih lagi dalam bulan raya kan.....selamat berpuasa pada sapa-sapa yang berpuasa 6, besar pahala nya bagi mereka yang berpuasa.....kali ni kak ruby publish kan resepi kuih makmur, seingat kak ruby kuih ni kak ruby belajar sewaktu kak ruby dalam tingkatan 5 dulu, ye lah, kak ruby ambil Urusan Rumah Tangga (URT) fuuuuuuuuh sudah lama kuih ni, sekarang pun sekolah dah tukar pada Ekonomi Rumah Tangga.......Walau pun dah lama tapi setiap hari raya kuih makmur ada lah salah satu biskut pilihan kak ruby.

KUIH MAKMUR

Bahan
3 cawan tepung gandum
1 cawan minyak sapi
250 gm kacang tanah
1 cawan gula halus
2 biji kuning telur
gula kastor secukupnya
sedikit garam















Cara
Kacang tanah digoreng dan ditumbuk kasar kemudian digaul dengan gula halus, ketepikan.
Telur dipukul bersama minyak sapi hingga sebati, masukkan tepung gandum dan garam, uli hingga menjdi adunan yang lembut dan boleh dibentuk.
Bentukkan bulat dan masukkan kacang tanah tadi untuk dijadikan inti, bulatkan lagi buat hingga adunan habis.  Bakar dalam suhu 150c selama 10 - 20 minit atau hingga bahagian bawahnya kekuningan.
Biarkan sejuk sekejap, kemudian guling-gulingkan dalam gula kastor dan masukkan kedlam cawan kertas.