Nuffnang Ad

Monday 30 December 2013

Tiramisu

Assalammualaikum, dah  lama kak ruby tak buat tiramisu,  semalam masa menjaga kakak ruby di hospital teringat pula nak makan tiramisu........balik saja dari hospital,  kak ruby terus ke dapur apa lagi cepat2 kak ruby buat, simpan dalam peti ais.......kemudian kak ruby tidor, bangun petang mkan aduh sedaaaaaaap nyer.
 

TIRAMISU

Bahan
1 bungkus biskut tiramisu
250 gm cream cheese
250 ml whipping cream
150 gm gula halus - boleh tambah atau kurang
1 cawan air nescafe - tanpa gula
serbuk coklat untuk tabur di atas

 Cara
Satukan cream cheese, whipping cream dan gula, pukul hingga kembang.
Celupkan biskut ke dalam air nescafe dan susun dalam bekas pilihan sendiri, Kemudian letakkan cheese yg sudah dipukul kembang tadi, ratakan celup lagi biskut ke dalam air nescafe susun di atas cheese, letak lagi cheese, ulangi proses ini sehingga habis.
Taburkan atau ayak serbuk coklat diatas permukaannya.
Simpan dalam peti ais. makan sejuk2 sedap sangat.   

Saturday 28 December 2013

Chicken Lasagna

Assalammualaikum, pagi hari ni kak ruby sarapan heavy sedikit, selalu nya pagi pagi macam ni kak ruby jarang makan berat-berat cuma sekadar air dan 2 keping roti je, bukan apa umor dah separuh abad ni kena lah jaga-jaga........tapi pagi ni makan keju pula hihihi sekali sekala tak pe lah kot.
 

CHICKEN LASAGNA

Bahan
Lasagna secukupnya
1 tin tomoto puri
1 tin cendawan butang -buang air dan dipotong dadu
400 gm ayam cincang - kak ruby guna ayam kisar Ramly Burger
1 labu bawang besar holland - di potong dadu
5 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 sudu besar sos cili
2 susu besar minyak zaiton atau butter
keju mozarella secukupnya
keju parmesan secukupnya
sedikit lada hitam
sedikit oregano
garam secukupnya



Sos Merah
Cara
Didihkan air, masukkan lasagna rebus selama10 minit atau hingga kembang, ketepikan.
Panaskan minyak tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau,  masukkan ayam kisar dan kacau sehingga ayam kisar masak.  Masukkan pula tomato puri, kacau lagi dan kecil api masukkan cendawan dan sos cili masukkan juga lada hitam, oregano dan garam, kacau sebatikan tutup api.

Sos Putih
Bahan
2 sudu besar minyak zaitun atau butter
2 keping cheddar cheese
250ml susu segar
2 sudu besar tepung gandum
garam secukupnya

Cara
Panaskan minyak atau butter dan masukan tepung, kacau cepat2
Tuangkan susu dalam periuk tadi. Masukan juga cheddar cheese sambil dikacau2 selalu.Masukan garam. Kacau hingga pekat. Ketepikan

Cara melapis lasagna 
Ambil loyang yang sesuai dan susun kepingan lasagna kesemua permukaan loyang.
Masukan sos merah, ratakan,masukan pula sos putih, ratakan.Taburkan mozzarella cheese dan parmesan cheese. Lepas itu letak lapisan lasagna lagi. Buatlah seperti proses diatas sehingga selesai.
Panaskan ketuhar 180Cdan bakar selama 45minit atau hingga chesse menjadi kuning keemasan.  



Friday 27 December 2013

Puding Limau Nipis

Assalammualaikum dan salam hari jumaat.....dessert kak ruby di hari jumaat ni puding limau nipis pertama kali kak ruby buat,  sedap sangat rasa masam-masam manis,  lebih kurang macam teh ais limau gitu, makan pula masa ia sejuk-sejuk, aduh sedap nyer.......terima kasih pada tuan punya resepi Chef Nor Asmawati.....  Kak ruby buat 1/2 adunan je dan kak ruby tambah sukatan air sedikit supaya puding tidak keras, puding kan sodap kalau lembik- lembik cam tu,  maaf ye chef.
 

PUDING LIMAU NIPIS

Bahan A
500 ml air
150 gm gula pasir
75 gm mentega

Bahan B
50 ml jus limau nipis
120 gm tepung jagung - dibancuh dgn 150 ml air
1 biji lumau nipis - diparut kulit
1 biji telur - dipukul kembang
sedikit pewarna hijau




Cara
Masak bahan A sehingga mendidih.
Masukkan bahan B dan kacau sehingga sebati dan pekat.
Tuangkan ke dalam acuan dan sejukkan.

Wednesday 25 December 2013

Kuih Gunting



KUIH GUNTING
resepi kak wan

Bahan
150 gm tepung gandum
45 gm merjerin - kak ruby guna buttercup
50 ml santan
1 sudu mkn serbuk kari
1/2 sudu teh garam
beberapa helai daun kari - digunting halus
1 sudu teh jintan manis }
1 sudu teh jintan putih  } dikisar halus
1 sudu teh ketumbar    } - kak ruby tak letak




Cara
Satukan semua bahan diatas, masukkan merjerin gaul rata.
Tuangkan santan dan uli hingga menjadi doh.  Potong doh memanjang dan gunting menyerong kedalam bekas yang ditabur dengan sedikit tepung.
Goreng hingga kekuningan. angkat dan toskan.



Kek Prun & Limau

Assalammualaikum, biasa lah pada setiap tahun 25hb Dis. semua orang kristian akan menyambut krismas, jadi hari ni hari cuti lah satu Malaysia.........kak ruby tak kemana-mana hanya di rumah saja, badan tidak berapa sihat, baring je di depan TV,  tunggu jugak kot-kot ada cerita kesukaan kak ruby,  home alone sebab setiap tahun kalau hari krimas ada je movie home alone, kak ruby suka tengok, tapi tahun ni tak de pula........Dalam tak sihat tu sempat juga kak ruby buat kek, kek prun lagi hihihi.....resepi ni dah lama kak ruby simpan resepi dari Chef Wan, sudah beberapa kali juga lah kak ruby buat, sedap lembut je........sapa2 yang ingin mencuba tengok resepi di bawah.
  

KEK PRUN & LIMAU

Bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan buah prun
1 cawan susu cair
1 cawan gula
125 gm mentega
2 biji telur
1 biji limau sunkist
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh baking power






Cara
Ayak tepung gandum bersama baking power, ketepikan.
Kulit limau di parut dan direndam bersama buah prun dan jus limau.
Mentega dan gula dipukul hingga kembang, masukkan telur satu demi satu, dan juga masukkan esen vanila  pukul lagi, masukkan susu cair sebatikan.  Kemudian masukkan tepung yg di ayak td sedikit demi sedikit sambil di kacau, masukkan buah prun yg di rendam kacau hingga sebati.
Masukkan ke dalam acuan dan bakar dalam oven yang sudah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 150c selama 1 jam atau hingga masak.  






Sunday 22 December 2013

Puding Aiskrim Keladi



PUDING AISKRIM KELADI

Bahan
300 ml air
180 ml susu segar
300 gm aiskrim keladi
120 gm gula pasir - kak ruby kurangkan
2 biji telur
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar serbuk agar-agar
sedikit pewarna ungu



Cara
Satukan tepung jagung dan telur pukul sehingga kembang dan sebati. Masukkan air dan gaul rata.  Tapis adunan tersebut.
Kemudian masukkan gula, susu dan serbuk agar-agar, gaul sebati.
Didihkan di dalam periuk di atas api sederhana, masukkan aiskrim dan pewarna ungu, kacau perlahan-lahan.  Bila sudah sebati,  masukkan ke dalam acuan atau dalam bekas kecil-kecil dan sejukkan.


Friday 20 December 2013

Cinnimon Rolls



CINNIMON ROLLS

Bahan
500 gm tepung gandum
2 sudu besar pelembut roti
4 sudu besar gula
2 biji telur
4 sudu besar susu pekat
210 ml air suam
2 sudu kecil yis mauripan















Cara
Larutkan gula dan susu pekat dalam air suam, kemudian masukkan yis biarkan hingga berbuih.
Sambil itu, gaulkan pelembut roti bersama tepung (guna tangan je), pukul telur masukkan kedalam tepung kacau rata, masukkan yis yang sudah berbuih tadi, gaul sebati.
Kemudian uli selama 10 hingga 15 minit atau hingga menjadi doh yang licin.  Doh hendak lah tidak terlalu keras dan tidak melekat pada jari....sikit melekat x pe.......biarkan doh hingga 2 kali ganda naik, lebih kurang 1 jam.  pastu tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.
Bentuk doh menjadi segi empat menggunakan roller,  sapukan butter seluruh permukaan, tabur gula pasir, serbuk kayu manis dan kismis.  Gulung kemas2.  potong pendek lebih kurang 1 inci. susun atas dulung pembakar, biarkan hingga naik, boleh bakar dalam suhu 150c selama 20 minit atau hingga kekuningan.
Angkat dan sapu icing diatasnya.  Sapu masa masih panas2, supaya icing tu cair.

Bahan icing
50 gm cream cheese
20 gm butter
100 gm gula aising
secubit garam
sedikit esen vanila

Cara
Satukan semua bahan, pukul dengan kelajuan rendah.hingga adunan menjadi krim.  

Tuesday 17 December 2013

Keladi Goreng Rangup

Assalammualaikum,   Selain dari pisang keladi juga sedap kalau digoreng, sekarang ni keladi pun dah mahal, masa kak ruby beli sekilo rm 9.99.  Maklum lah keladi kan sudah famous.... macam-macam resepi keladi boleh kita jumpa dalam blog sekarang.  Tak payah nak cerita panjang2 tentang keladi, semua orang dah tau.

KELADI GORENG RANGUP

Bahan
2 ketul keladi
tepung beras*
tepung gandum - sukatan kurang sikit dr tepung beras*
mentega - dicairkan*
garam, kunyit dan air secukupnya*















Cara
Keladi dikupas, dibersih dan potong dengan cara tersendiri, ketepikan
Campurkan semua bahan yang bertanda *, kemudian masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi adunan yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
Masukkan keladi gaul rata dan goreng satu persatu hingga kekuningan atau masak.



Monday 16 December 2013

Biskut Coklat Chips

Assalammualaikum,  petang semalam kak ruby rajin sikit buat biskut coklat chips untuk minum petang......saja2 nak try resepi yang lain dari yang selalu kak ruby buat pada hari raya.......maklum lah banyak resepi coklat chips dalam blog ni, dalam banyak2 resepi, kak ruby tertarik dengan resepi ni, kalau tak silap kak ruby resepi ni kak ruby ambil dari FB Aida Ali dah lama sangat kak ruby simpan tapi tak pernah mencuba.......bila siap semalam, makan memang sedap rangup lagi, terima kasih aida.
  

BISKUT COKLAT CHIPS

Bahan
2 cawan tepung gandum*
1 cawan gula perang
1/2 cawan mentega
1/2 cawan minyak jagung/masak
1 cawan coklat chip
1/4 cawan walnut/hazelnut/almond cincang
2 sudu besar cocoa powder*
1 biji kuning telur
1 sudu besar susu segar
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil cream of tartar*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu teh emplex* - kak ruby tak letak
1 sudu kecil esen vanila




Cara
Ayak bahan yang bertanda *, ketepikan.
Pukul gula, mentega, minyak, telur, susu dan esen vanila hingga sebati,
Masukkan bahan2 kering walnut/hazelnut/almond dan coklat ship, kacau rata.
Masukkan tepung dan bahan2 yang di ayak. gaul sebati,  adunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke dalam dulang pembakar.
Bakar pada suhu 160c selama 20 minit atau hingga masak.


Sunday 15 December 2013

Cempedak Goreng



CEMPEDAK GORENG

Bahan
1 biji buah cempedak
tepung beras
sedikit tepung gandum
garam,  kunyit dan air secukupnya















Cara
Campurkan semua bahan kecuali air dalam bekas, masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
Masukkan ulas-ulas cempedak gaul, kemudian goreng hingga kekuningan angkat. 

Friday 13 December 2013

Bingka Keladi

Assalammualaikum, kak ruby tak cukup masa ni, hanya yang sempat kak ruby katakan disini........memang sedap bingka keladi ni, terima kasih Yatie, kak ruby ambil resepi dari blog Yatiememoris.........


BINGKA KELADI

Bahan
2 cawan keladi - direbus, toskan dan dilecek
3 biji telur
3 cawan santan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 sudu mkn butter
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil pewarna purple
bijan secukupnya




Cara
Panaskan oven, sapukan sedikit butter disekeliling loyang, boleh juga panaskan sebentar.
Masukkan keladi, telur, gula, garam, butter, santan dan tepung ke dalam blender dan blend hingga halus.  Tuangkan ke dalam mangkuk masukkan pewarna dan esen vanila kacau hingga sebati.  Kemudian tuangkan kedalam loyang dan taburkan bijan.
Bakar selama 1 jam,  guna api atas bawah.  Keluarkan dari oven, biarkan betul2 sejuk baru potong.

Tuesday 10 December 2013

Puding Karamel Sagu



PUDING KARAMEL SAGU
resipi oleh: Chef Nor Asmawati Nor Din

Bahan
300 ml santan pekat
700 gm susu segar
500 gm air
200 gm sagu
200 gm serbuk karamel/vanila flan
150 gm gula pasir




Cara
Masak air bersama sagu sehingga mendidih kacau hingga sagu menjadi masak atau berkilat.  Cucikan dengan air sejuk menggunakan tapis yang halus sehingga sagu menjadi jernih.  Ketepikan.
Masak susu, gula dan santan hingga mendidih dan masukkan serbuk karamel, kacau perlahan sehingga larut.
Kemudian masukkan sagu dan kacau hingga sebati.  Tuangkan ke dalam acuan atau bekas kecil2 dan sejukkan.

Monday 9 December 2013

Bingka Crackers

Assalammualaikum dan alhamdulillah...... sudah 2 hari matahari keluarkan sinaran cahayanya, panas lah sikit bumi Allah ni.....sekali lagi alhamdulillah, bukan apa kesian pada kawan-kawan kita yang kena banjir,  kak ruby  berdoa, semoga mereka banyak bersabar dalam menerima dugaan Allah ini......... sebak kak ruby tengok kawan-kawan kita tu, lebih-lebih lagi sekarang,  bila dah air surut, kita dapat lihat semua barang2 rumah mereka hancur lebur.  Sedih kak ruby tengok, sedih sangat...............
Okey lah petang semalam kak ruby buat bingka crackers, memang sedap rupa bingka ni, pada sapa2 yang ingin mencuba, cuba lah tak kan rugi punya.  Anak kak ruby  si manja tu tak habis-habis kata sedap, sedap, sedap.
  

BINGKA CRACKERS
resepi asal kh267tm@Myresipi.co

Bahan
140 gm biskut cream cracker
85 gm tepung gandum
1 cawan gula
3 biji telur
710 ml santan /susu cair
1 sudu besar butter
1 sudu kecil pewarna  - pilihan sendiri
secubit garam
bijan secukupnya
















Cara
Panaskan oven, leser loyang dengan minyak atau butter.
Blender semua bahan kecuali bijan hingga hancur.  tuang dalam loyang dan taburkan bijan.
Bakar selama 1 jam atau hingga keperangan.
Biarkan sejuk baru di potong.



Sunday 8 December 2013

Jemput Durian

Hihihi sudah dua hari kak ruby buat jemput-jemput, semalam jemput labu hari ni jemput durian pula.....apa boleh buat hujan-hujan macam ni sedap pula makan jemput-jemput, sekarang durian tengah banyak, tepi-tepi jalan tu banyak betul orang jual durian.  kak ruby suka makan jemput durian ni, sedap.


JEMPUT DURIAN

Bahan
beberapa ulas isi durian
tepung gandum
gula dan garam
air secukupnya

Cara
Gaulkan semua bahan kecuali air masukkan sedikit demi sedikit gaul hingga adunan jadi pekat.
Panaskan minyak jemput kecil2 masukkan dalam kuali, masak hingga kekuningan, angkat.  

Saturday 7 December 2013

Pengat Nangka Madu


Assalammualaikum, semalam kak ruby p Jom Makan Buah....dapat lah buah percuma, yang dapat banyaknya buah nangka, kak ruby tak tau nak buat apa buah nangka ni, kak ruby buat pengat je lah....sedap jugak rupanya, memang kak ruby belum pernah buat lagi penagat nangka ni, nilah 1st time kak ruby buat.....memang sedap.


PENGAT NANGKA MADU

Bahan
16 ulas nangka
1/4 cawan gula*
1/4 cawan gula merah
200 ml santan*
2 cawan air*
3 sudu makan sagu
2 helai daun pandan - disimpul*
garam secukupnya















Cara
Nangka dipotong kecil2 ketepikan.
Masukkan bahan yang bertanda * kedalam periuk masak hingga mendidih, kemudian masukkan nangka, sagu dan garam masak lagi mendidih sekejap, tutup api. siap.

Wednesday 4 December 2013

Bingka Jagung

Assalammualaikum, petang tadi kak ruby buat bingka jagung, pertama kali buat, sedap.....resepi dari yatiememoris, terima kasih yatie dan boleh lagi kan kak ruby nak ucapankan selamat hari lahir untuk yatie semoga dimurahkan rezeki......... kak ruby tak gunakan loyang 9 x 9, kak ruby masukkan dalam bekas kecil-kecil.



BINGKA JAGUNG

Bahan
1 cawan gula 
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastard
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 sudu besar mentaga/minyak sapi
4 biji telur
secubit garam
1 tin jagung manis ala krim
bijian utk hiasan
sedikit pewarna kuning

 

Cara
Satukan kesemua bahan kecuali jagung dan bijian. Kisar sampai sebati.
Tuangkan adunan kedalam mangkuk besar dan masukkan jagung krim, gaul sebati.
Masukkan sedikit minyak kedalam loyang dan ratakan, boleh juga guna mentega.  Panaskan loyang dalam oven sebentar.  Bila minyak/mentaga telah panas masukkan adunan tadi.
Taburkan bijian dan bakar pada suhu 180c selama 1 jam 15 minit atau hingga garing.  Gunakan api bawah, kalau nak garing lagi tambahkan masa 5 minit lagi guna api atas sahaja untuk permukaan kuih jadi garing.