Nuffnang Ad

Monday 23 March 2015

Air tembikai sebagai ubat

Assalammualaikum, Dua bulan lepas, salah seorang dari orang2 tersayang kak ruby disahkan oleh doktor mengalami sakit batu karang diperingkat awal, walaupun diperingkat awal tapi kak ruby tengok dari dia menahan kesakitan bukan main sakit lagi, sampai tak tidor malam, tak lalu makan, asik menyebut sakit-sakit......Kak ruby bertanya pada saudara mara, sahabat handai untuk mendapat ilmu bagaimana untuk kurangkan rasa sakit bila terkena batu karang.....alhamdulillah bermacam-macam cara kak ruby dapat, salah satu dari banyak2 cara tu, kak ruby tertarik dengan cara makan buah tembikai atau minum jus nya......kak ruby cari di blog,  memang banyak khasiat buah tembikai ini rupa....best nya ada dua tiga orang pesakit batu karang cerita, bila makan minum jus tembikai banyak2 hingga dua tiga biji,  sakit batu karang mereka hilang dan ada yang batu karang keluar dengan sendiri nya......kak ruby pun dengan buat cara yang sama untuk orang tersayang kak ruby, alhamdulillah sakit batu karang nya dah tak sakit lagi......terima kasih Allah, terima kasih Tuhan ku Allah yang Maha Kaya.


JUS TEMBIRAI

Bahan
1 biji buah tembikai - buang kulit dan potong kecil2
gula - kak ruby tak letak
air -kak ruby tak letak
ketul2 ais kak ruby tak letak



Cara
Blend tembikai yang sudah dipotong kecil2,  tanpa air, tanpa gula dan tanpa ais.
masukkan dalam gelas minum.

*kak ruby buat 3 biji tembikai utk tiga hari = 1 biji 1 hari.


Thursday 19 March 2015

Kuih Koci Pulut Hitam

Assalammualaikum dan salam hari Jumaat.....ni cerita petang semalam, untuk minum petang semalam punya,  biasa lah tak kesempatan masa kan, hari ni curi-curi masa sikit dapat lah juga jari jemari ni menaip untuk kayumaniskorner hihihi...... Kuih koci pulut hitam itu lah resepi kak ruby petang semalam, cara kak ruby buat ringkas je macam buat buah melaka tu, rebus doh yg sudah di bubuh inti dan dibulatkan. kemudian bungkus senang kan.  Untuk inti nya kak ruby buat inti kelapa.
Sedaaaap, liat-liat gitu, nak sedap lagi lebihkan santan pekat nya tu.


KOCI PULUT HITAM

Bahan
250 gm tepung pulut
1/2 cwn tepung pulut hitam
1 1/2 cwn air
daun pisang secukupnya - dibersih dan dilayur, potong dlm 5"x 5"


Cara
Dalam mangkuk adunan satukan kedua-dua tepung, masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut tidak melekat ditangan dan juga mangkuk. (jika kurang air tambah sedikit lg).
Dengan menggunakan plastik atau daun pisang letak sedikit minyak, ambil sejemput doh dan leperkan, masukkan 1 sudu teh inti kelapa, tutup inti, bentukkan bulat-bulat, buat lah proses ini hingga adunan habis.















Sementara itu, didihkan air dalam periuk, masukkan doh bulat-bulat td, masak sampai doh terapong macam masak buah melaka, angkat toskan.
Sebelum itu sediakan santan pekat, Caranya ambil 3 cawan santan pekat + 1 sudu besar tepung gandum/tepung jagung + garam secukupnya, kacau diatas api hingga pekat, tutup api, masukkan doh yg ditoskan tadi, gaulkan.
Ambi sebiji doh yang digaul bersama santan pekat, letakkan diatas daun pisang yg dilayur, kemudian bungkus lah macam kuih koci, buat lah hingga habis.
Kukus selama 5 minit. siap

Tauhu Masak Sambal



TAUHU MASAK SAMBAL

Bahan
4 ketul tauhu - di potong 4
1 biji kentang - potong 6 menanjang mcm wedges
1 1/2 bawang besar *
4 ulas bawang putih *
1 inci halia *
3 sudu bsar cili kisar
5 sudu besar sos cili
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 cwn air
garam dan gula secukupnya


Cara
Kisar bahan * .  Gaul tauhu dengan garam dan serbuk kunyit, goreng hingga keperangan angkat toskan, goreng kentang hingga keperangan angkat, toskan.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama cili kisar hingga naik bau dan naik minyak, masukkan air, kacau masukkan sos cili, garam dan gula kacau biarkan mendidih dan agak pekat masukkan tauhu dan kentang goreng tadi.  Kacau sebatikan dan rasa secukupnya, tutup api, angkat dan hias dengan daun bawang.

Saturday 14 March 2015

Kek Chiffon Pelangi



KEK CHIFFON PELANGI

Bahan
6 biji kuning telur
1 1/2 cawan tepung gandum
2/3 cwn minyak jagung
2/3 santan pekat
1 cwn gula pasir - kak ruby  guna 1/2 cwn
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu teh baking powder - diayak bersama tepung gandum
pewarna hijau, kuning dan merah

Bahan B
6 biji putih telur
1/2 cwn gula - kak ruby guna 1/4 cwn
1 sudu teh cream of tartar



Cara
Satukan dalam bekas besar kuning telur, garam dan gula, kacau hinga sebati  (tak perlu kembang).
Masukkan minyak dan santan kacau lagi, kemudian masukkan tepung gandum yg telah diayak bersama baking powder, gaul sebati ketepikan dulu.

Cara Bahan B
Pukul putih telur hingga jadi berbuih masukkan gula pukul lagi hingga kembang masukkan cream of tartar pukul lg hingga jadi meringue.
Kemudian masukkan bahan B ke dalam bahan A tadi, kacau guna spatula saja dengan cara kuap balik, sebatikan.
Bahagikan kpd 3 bahagian, setiap bahagian warnakan dengan warna pilihan sendiri, masukkan kedalam loyang berlubang secara selang seli warna.
setelah siap, hentakkan beberapa kali loyang dan bakar selama 45-50 minit suhu 175c.
Setelah masak, keluarkan dari oven terusterbalikkan diredai kek sehingga sejuk.
Sejuk baru boleh dipotong.

Thursday 12 March 2015

Lala Tumis Pedas

Assalammualaikum, hari ni kak ruby tak buat kuih untuk minum petang, malas kot hihihi.......jadi terpaksa lah jugak publish lauk untuk makan hari ni dalam kayumaniskorner, resepi kali ni kak ruby ambil dari buku chef Hanieliza, "101 resepi menggunakan Pemanggang Ajaib" terima kasih chef, maaf ye kak ruby tambah2 sikit bahan ikut selera kak ruby dan agak kering sikit kak ruby masak sebab kak ruby lebih suka begitu.....apa2 pun memang senang masak menggunakan pemanggang ajaib ni,  sekali lagi terima kasih chef Hanieliza


LALA TUMIS PEDAS

Bahan
1 kg lala segar
5 biji cili padi - kak ruby tambah 1 sudu mkn cili kisar
5 biji bawang merah - dikisar kasar
3 ulas bawang putih - dikisar kasar
3 sudu mkn minyak masak
1 pokok daun sup - dipotong pendek (kak ruby tak letak)
garam secukup nya


Cara
Rendam lala selama 1 jam dan bilas.
Panaskan minyak masak didlm pemanggang ajab dengan api sederhana dan tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Masukkan lala dan garam, kacau rata, tutup pemanggang ajaib dan masak selama 5 minit.
Tutup api dan buka pemanggang ajaib, taburkan daun sup.
Hidangkan.

Wednesday 4 March 2015

Roti serat (roti wholemeal)

Assalammualaikum, tepung serat yang berbaki masih ada lagi, kak ruby tak tau nak buat kuih apa...tiba2 datang idea nak buat roti serat macam roti gardenia yang selalu kak ruby makan tu, cari resepi tak juga jumpa2, jadi kak ruby buat lah resepi sendiri berpandukan resepi roti yang ada dalam simpanan, sapa punya resepi kak ruby dah lupa, kalau tak silap resepi tok mak kot, cuma kak ruby tambah tepung wholemeal 250g dan buang tepung roti 250g.  Maka terjadi lah roti serat kak ruby.......hihihi hasilnya lembut sangat dan sedap.....yahoooooo!!!!!!!!!!


ROTI SERAT

Bahan 
250 g tepung high protein /tepung gandum /tepung roti

250 g tepung wholemeal (serat tinggi)
- 1 biji telur - pukul2 bhgi 2
- 3/4 cawan gula
- 1sdb susu tepung
- 2sdb susu pekat
- 2sdb marjerin
- 1sdb shortening
- 1peket mauripan (11g)

*campurkan susu pekat + 1/2 telur je + tmbh air, jdkan 300ml semua sekali.


















 Cara 
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk adunan dan uli hingga licin lebih kurang 20 minit.
2. Tutup dengan wrappers dan biar naik selama 45 minit atau naik 2 kali ganda.
3. Tumbuk doh perlahan utk mengeluarkan udara yg terperangkap dan uli selama 1/2 minit.
4. Bentukkan menjadi bebola yang setiap satunya seberat 30 gm.
5. Susunkan ke dlm loyang yang telah digriskan. Tutup lagi dan biar naik lagi selama 40 minit. 
6. Tepi2 loyang pun griskan la jugak supaya roti tak melekat nanti lepas bakar. Kalau tak nak griskan loyang dan nak lapik dgn aluminium foil pun boleh..
7. Sapukan telur yg telah dipukul ke atas roti (tadikan kita guna 1/2 biji saja utk masuk ke dlm adunan, so yg 1/2 baki lagi tu gunalah utk tujuan ini).
8. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit

Tuesday 3 March 2015

Laksam


LAKSAM

Bahan
3 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung gandum
4  3/4 cwn air suam
3 sudu besar minyak masak
sedikit garam

Cara
Campur semua bahan2 diatas sehingga sebati, ketepikan
Panaskan periuk kukusan, sediakan loyang atau tudung periuk aluminium, sapukan dengan sedikit minyak masak.  Kemudian masukkan bancuhan tepung tadi kedalam loyang (kak ruby letak 2 senduk, ini terpulang pada besar kecil loyang atau tudung periuk yg digunakan) kukus selama 5 minit.  Bila dah masak angkat dan sejukkan sekejap baru keluarkan dari loyang dan terus gulung.
Kukus lagi hingga adunan habis.

Kuah Laksam
Bahan
4 ekor ikan kembung - cuci bersih dan direbus.
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 kotak santan + 1 kotak air
1/2 sudu besar lada hitam - ditumbuk halus
4 keping asam keping
1 inci halia
sedikit belacan
garam dan gula secukupnya





















Cara
Ikan yang rebus, ambil isi nya dan air rebusan.
Bawang besar, bawang putih, halia dan belacan dikisar bersama isi ikan, masukkan juga sedikit air rebusan ikan dalam blender supaya senang untuk di blend.
Dalam periuk masukkan santan, air rebusan ikan, lada hitam, asam keping, garam dan gula.  Masak hingga mendidih dengan api sederhana.

Untuk ulam
kacang panjang - dihiris bulat
timun - dipotong panjang
tauge

Untuk sambal
cili merah
cili padi
sedikit belacan dan garam
Semua bahan ini dikisar/ditumbuk halus.