Nuffnang Ad

Thursday 28 May 2015

Kerabu Mangga

Assalammualaikum.......... Minggu lepas kak ruby buat kerabu nangka muda, kali ni kak ruby buat pula kerabu mangga, tapi sayang sikit mangga ni dah separuh masak, sebab nya sudah satu minggu ambil dari kampung baru terfikir nak buat kerabu, sangkaan kak ruby mangga muda rupa nya dah tua, apa lagi satu minggu peram dah nak masak lah mangga tu........kak ruby buat juga kerabu, sedap juga makan masam2 kan.......Cara kak ruby senang je potong2 campur semua bahan, dah jadi kerabu.....sedap


KERABU MANGGA

Bahan
2 biji mangga (kak ruby guna yg separuh masak) - kak ruby parut je
 3 biji bawang merah-hiris
1 batang serai  - kak tak letak
3-4 cili api - potong kecil2
 1 cili merah - potong kecil2
sedikit belacan (optional) - tak letak
1 sudu teh sos ikan
1 biji limau nipis - ambil jus
1 biji tomato - potong nipis
 garam dan gula secukupnya


Cara
Campur dan gaul rata semua bahan dan hidangkan.

Monday 25 May 2015

Kerabu Nangka Muda



KERABU NANGKA MUDA

Bahan
300 g nangka muda – (potong kecil – rebus)
2 sudu mkn kerisik
1 batang serai - potong nipis
3 biji limau kasturi ambil jus nya
Garam dan gula secukup rasa

Bahan dikisar:-
2 sudu besar udang kering
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Bahan hiasan:
1 labu bawang besar – dimayang
1 biji lada merah – dihiris


Cara
 Rebus nangka hingga empuk dan toskan, potong kecil2
 Campur bahan kisar kerisik,  jus limau, garam gula
  secukupnya Gaul rata.
 Gaulkan kesemua bahan di dalam mangkuk.
 Campurkan dengan nangka muda rebus tadi
 gaul sehingga sebati.
 Masa hidang tabur cili merah dan bawang besar

Sunday 24 May 2015

Kek Kastad Jagung



KEK KASTAD JAGUNG

Bahan
150 gm tepung gandum- ayak
1 tsp baking powder- ayak
5 biji telur gred B
100 gm gula kastor
1 tsp ovallete
50 ml susu segar/ susu cair
1 tsp esen vanilla
Perisa jagung dan pewarna kuning
50 ml minyak masak

Cara
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali minyak masak.
Pukul dengan maksimum speed selama 15 minit atau hingga adunan berkrim.
Masukkan minyak masak dan kaup balik dengan spatula hingga sebati.
Gris dan alas loyang di dasar sahaja. Tuang adunan.
Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit dengan api atas dan bawah.
Setelah masak, sisipkan pisau  di tepi-tepi kek dan terbalikkan ke atas redai. Biar sejuk.















KASTAD JAGUNG

Bahan
1200 ml santan atau susu cair
1 cawan gula kastor
10 gm serbuk agar-agar
100 gm tepung Hoen Kwe warna putih/ warna kuning
Secubit garam
Perisa jagung dan pewarna kuning

Cara
Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat. Kacau guna whisk jer.
Bila dah likat, tutup api.  Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek.

Cara melapis kek kastad 
Sedikan loyang. Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi.
Kemudian tuang sedikit kastad lagi dan ratakan. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag. Pancitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi2 kek.
Buat hingga habis kesemua lapisan kek dan kastad digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad.
Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu. Then biar kastad keras.
Bila dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan meregang dari tepi-tepi loyang. Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek kastad.
Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk.

Thursday 21 May 2015

Sambal Telur Puyuh



SAMBAL TELUR PUYUH

 Bahan
20 biji telur puyuh - rebus
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 sudu besar air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Bahan kisar :
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
15 gm cili kering - kak ruby guna cili kisar adabi (2 sudu besar)
1cm belacan 
1sm halia - kak ruby tak letak 
















Cara
 Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
 Masukkan air asam jawa, biarkan sebentar, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
 Masukkan telur puyuh yang telah direbus terlebih dahulu.
Masukkan bawang besar dan sedia dihidangkan.

Biskut Berlapis Cheese



BISKUT BERLAPIS CHEESE

Bahan
250 g cream cheese
1/2 tin susu pekat manis
1 bungkus biskut saltcheese
nestum/oat seckupnya



Cara
1. Cream cheese dipukul dengan susu hingga sebati.
2. Susun biskut cheese didalam bekas atau loyang yang dilapik plastik atau aluminium foil. Ratakan cheese atas biskut. Taburkan nestum/oat.
3. Ulang proses tadi dengan menyusun biskut dan sapu cheese sampai habis
4. Setiap lapis tabur oat@ nestum untuk rasa yang lebih sedap
5. Simpan dalam peti ais semalaman.
6. Siap untuk dihidang.

Saturday 16 May 2015

Kacang Panjang Goreng Lemak



KACANG PANJANG GORENG LEMAK 

Bahan
10 urat kacang panjang - potong pendek
1 paket tempe - potong kecil, & di goreng
1 ikat soon - di rendam & potong pendek
3 biji cili merah *
4 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
2 sudu besar kicap cair
1/4 cwn santan
sedikit kunyit - jika suka
garam dan gula secukup rasa


Cara
Tumbuk kasar bahan yang bertanda *.
Goreng tempe hingga kelihatan rangup, angkat dan ketepikan/toskan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk,  kacau hingga naik bau.
Masukkan kacang panjang, soon dan kicap cair, kacau sekejap masukkan santan kacau lagi.
Masukkan tempe yang telah digoreng tadi.
Masukkan garam dan gula secukup rasa, gaul rata.
Tutup api dan hidangkan.


Puding Mangga Cukanan



PUDING MANGGA CUKANAN
sumber dr: Pakar Merasa Makanan

Bahan
10 gm serbuk agar2
4 cawan air
1 tin susu cair
1 biji mangga masak
2 helai daun pandan
3/4 cawan gula halus

















Cara
Didihkan air, serbuk agar2, gula dan daun pandan, angkat dan tapis.
Kisar 1 biji mangga dengan susu cair hingga halus.
Tuangkan dalam periuk agar2 tadi dan didihkan semula.
Basahkan acuan puding dgn air, Tuangkan agar2 dalam acuan.
Sejukkan dalam peti ais, sebelum dihidangkan.

Thursday 14 May 2015

Puding Roti Bakar Sos Kastad



PUDING ROTI BAKAR DENGAN SOS KASTAD

Bahan
7-8 keping roti
 500 ml susu segar @ 2 cawan *
 4 sudu besar gula halus *
 2 biji telur *
 1 sudu teh esen vanilla *
 1 sudu kecil serbuk cinnamon *
 2 sudu besar butter - cairkan
 3 sudu besar kismis
Untuk Sos Kastard
1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula


Cara
Sediakan mangkuk, dan sapu ratakan dengan sedikit butter. 
Satukan bahan-bahan yang bertanda *, kacau sebati. Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi. dan tuangkan bahan *, Biarkan terendam dan meresap seketika.
Masukkan separuh kismis dan juga butter cair.  Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang. Taburkan baki kismis diatas adunan.
Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
Untuk membuat kuah@sos kastad 
Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2)


Tuang keatas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.

Wednesday 13 May 2015

Bubur Som Som

Assalammualaikum.....resepi kak ruby petang ni, kak ruby ambil dari Damai Qalbu blog Rohah, terima kasih rohah sedap bubur sum sum ni, kak ruby makan setelah kak ruby sejukkan dalam peti terlebih dahulu, bertambah-tambah segar rasa tekak sejuk gitu.......


BUBUR SOM SOM

Bahan
2 cawan tepung beras
1 1/2 liter santan (dari sebiji kelapa)
1 1/2 sudu kecil garam
5 helai daun pandan, kisar bersama sedikit santan dan tapis
1 helai daun pandan, simpul
Pewarna hijau



Cara
Satukan kesemua bahan dalam bekas.Kacau sekata.
Masak dalam periuk atas api sederhana .Kacau sentiasa sehingga bancuhan tepung menjadi likat dan meletup-letup.
Matikan api, Sudukan bubur sum sum ke dalam bekas yang sesuai.
Hidangkan bersama air gula merah, Sedap di makan ketika sejuk.

Air Gula merah/ Sirap
Bahan
1 cawan gula merah
2 sudu besar gula
800 ml air
2 helai daun pandan

Cara
Satukan kesemua bahan dalam periuk. Masak hingga mendidih.
Tapiskan, sebelum dihidang.

Saturday 9 May 2015

Soto Ayam cara kak ruby

Assalammualaikum...... entah macam mana tekak hari ni nak makan soto pula, terasa kuah nya yang  di campur dengan sambal kicap cili padi yang pedas2 gitu, aduh aduh aduh sedap nya....kebetulan ada pula tetamu nak datang menjadi-jadi lah kak ruby, semangat nak masak bertambah-tambah hihihi seronok nya......bersilat-silat kak ruby didapur, dan ini lah hasil nya....memang puas hati, macam hari raya pula.

SOTO AYAM

Bahan
1 ekor ayam - potong 4
1 bungkus rempah soto
1 ketul sup bunjut 
air secukupnya
garam dan gula secukupnya

Bahan Tumis
1 inci kayu manis 
1 kuntum bunga lawang 
2 biji buah pelaga 
2 kuntum cengkih

bahan kisar
1 biji bwng besar
3 ulas bwng putih
1 inci halia
2 btng serai- di titik
1 inc lengkuas- dititik

Bahan utk  di makan bersama nasi impit.
1 mangkuk kecil tauge
1/2 cwn kacang tanah- di goreng
1 paket kecil suun- di goreng
sambal kicap secukupnya
2 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris halus
pegedil dan bawang goreng


Cara
Panaskan sedikit minyak didalam periuk, tumiskan bahan tumis, masukkan bahan kisar dan serai, lengkuas kacau dan masak hingga naik bau, kacau hingga garing.
Masukkan rempah soto dan serbuk lada sulah, kacau sebati, masukkan air dan ayam kacau rata.
Masukkan sup bunjut, biarkan hingga mendidih, masukkan garam dan gula.  Masak lagi hingga ayam betul2 masak, kemudian keluarkan ayam dan toskan.  
Kacau dan masak sup hingga mendidih, rasa secukupnya, tutup api.
Bila ayam sudah sejuk siat2kan isi ayam hingga habis.

Cara Penyediaan
Masukkan nasi impit yg telah di potong kecil kedalam mangkuk hidangan, kemudian letakkan sedikit tauge, ayam yg telah di siat2 tadi, kacang tanah goreng, suun goreng dan tuangkan kuahnya, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng, letakkan sedikit sambal kicap.
Siap dan boleh makan.

Thursday 7 May 2015

Chiffon pisang yg sngat lembut

Assalammualaikum dan salam hari jumaat, sebenarnya kek chiffon ni kak ruby buat petang semalam untuk berbuka puasa....kak ruby ucapkan terima kasih pada MaDiHaA sebab kak ruby ambil dari blog nya, memang sedap, sedap sangat lembut sangat2 suami dan anak kak ruby pun cakap macam tu.....pagi ni ada lah sedikit lagi, cuma sepotong je yang tinggal, dapat lah kak ruby sarapan dengan kek yang lembut ni.

KEK CHIFFON PISANG
sumber dr: MaDiHaA

Bahan A
7 biji putih telur
3 oz gula halus
1 sudu teh cream of tartar 

Bahan B
7 biji Kuning telur
4 oz gula halus
3 oz minyak masak
3 oz Air
7 oz tepung naik sendiri (MaDiHa guna tepung gandum + 2 cubit soda bikarbonat ~ diayak bersama baking powder 
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar serbuk santan boleh ganti dengan susu tepung
2 bijik pisang yg BESAR ~ dilecek halus (anggaran 1 1/2 cawan)


Cara
Pukul bahan A sampai bertanduk, Ketepikan.
Pukul semua bahan B kecuali tepung naik sendiri.
Selepas semua sebati masukkan tepung sikit demi sikit dan pukul lagi.
Masukkan kedalam adunan A sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan guna spatula satu arah sahaja.
 Masukan dalam loyang berlubang dan bakar 140'c sampai masak.

Terung Goreng Sambal



TERUNG GORENG SAMBAL

Bahan
3 biji terung  - potong serong - rendam dalam air untuk elak lebam
1 labu bawang besar - potong bulat
2 sudu besar air asam jawa
garam dan gula secukupnya

Bahan kisar
5 biji cili merah
1/2 cwn udang kering - rendam hingga kembang
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar


Cara
Goreng terung hingga masak, angkat dan toskan minyak.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan air asam jawa kalau kering tambah sedikit air, masukkan bawang besar, garam dan gula, masak kacau sebati dan rasa secukupnya, tutup api masukkan terung yang sudah digoreng tadi, gaul rata sebelum dihidangkan.

Wednesday 6 May 2015

Oreo truffle, wafa punya air tangan

Assalammualaikum, bertemu lagi......sudah 7 mei hari ini,  makne nya sudah pertengahan bulan rejab, best nya bulan puasa dah hampir tiba, sekejap je kan........
Untuk resepi  kali ini kak ruby ambil dari air tangan si manja hihihi wafa tu, rajin pula buat truffle untuk mama dia, terima kasih adik.... walau pun nampak senang je resepi dia, kesungguhan dan keikhlasan tu yang mama hargai, memang mama nampak masak dari hati hihihi.....apa tidak nya truffle ni sedap sangat.  sekali lagi terima kasih adik.


OREO TRUFFLE

Bahan
4 paket doubled stuffed oreo
1 paket cream cheese atau setengah paket
coklat dan coklat putih masak secukupnya


Cara
Blend kan 4 paket doubled stuffed oreo.  Ketepikan sedikit utk tabur diatas truffle.
Masukkan cream cheese dan gaul hingga menjadi seperti doh.
Bulat2kan dan letakkan didalam dulang, simpan dalam peti ais selama 1 jam.  Kemudian sediakan atau cairkan coklat dan coklat putih dengan cara double boiler, salut doh bulat2 tadi dengan coklat cair dan taburkan dengan oreo yang diketepikan tadi.
Sejukkan dalam peti ais lagi sebelum dihidangkan.