SOTO AYAM
Bahan
1 ekor ayam - potong 4
1 bungkus rempah soto
1 ketul sup bunjut
air secukupnya
garam dan gula secukupnya
Cara
Bahan Tumis
1 inci kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 kuntum cengkih
bahan kisar
1 biji bwng besar
3 ulas bwng putih
1 inci halia
2 btng serai- di titik
1 inc lengkuas- dititik
Bahan utk di makan bersama nasi impit.
1 mangkuk kecil tauge
1/2 cwn kacang tanah- di goreng
1 paket kecil suun- di goreng
sambal kicap secukupnya
2 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris halus
pegedil dan bawang goreng
Panaskan sedikit minyak didalam periuk, tumiskan bahan tumis, masukkan bahan kisar dan serai, lengkuas kacau dan masak hingga naik bau, kacau hingga garing.
Masukkan rempah soto dan serbuk lada sulah, kacau sebati, masukkan air dan ayam kacau rata.
Masukkan sup bunjut, biarkan hingga mendidih, masukkan garam dan gula. Masak lagi hingga ayam betul2 masak, kemudian keluarkan ayam dan toskan.
Kacau dan masak sup hingga mendidih, rasa secukupnya, tutup api.
Bila ayam sudah sejuk siat2kan isi ayam hingga habis.
Cara Penyediaan
Masukkan nasi impit yg telah di potong kecil kedalam mangkuk
hidangan, kemudian letakkan sedikit tauge, ayam yg telah di siat2 tadi, kacang
tanah goreng, suun goreng dan tuangkan kuahnya, taburkan daun sup, daun bawang
dan bawang goreng, letakkan sedikit sambal kicap.
Siap dan boleh makan.
No comments:
Post a Comment