Nuffnang Ad

Tuesday, 17 December 2013

Keladi Goreng Rangup

Assalammualaikum,   Selain dari pisang keladi juga sedap kalau digoreng, sekarang ni keladi pun dah mahal, masa kak ruby beli sekilo rm 9.99.  Maklum lah keladi kan sudah famous.... macam-macam resepi keladi boleh kita jumpa dalam blog sekarang.  Tak payah nak cerita panjang2 tentang keladi, semua orang dah tau.

KELADI GORENG RANGUP

Bahan
2 ketul keladi
tepung beras*
tepung gandum - sukatan kurang sikit dr tepung beras*
mentega - dicairkan*
garam, kunyit dan air secukupnya*















Cara
Keladi dikupas, dibersih dan potong dengan cara tersendiri, ketepikan
Campurkan semua bahan yang bertanda *, kemudian masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi adunan yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
Masukkan keladi gaul rata dan goreng satu persatu hingga kekuningan atau masak.



2 comments:

  1. sedap keladi...saya baru terfikir nak mencari keladi, keledek dan sukun untuk digoreng hehee

    ReplyDelete
  2. lama x goreng keladi..dok mkn petang2 dgn teh "O" panas..sedapkan.

    ReplyDelete