Nuffnang Ad

Wednesday, 14 June 2017

puteri mandi



KUIH PUTERI MANDI

Bahan
1 1/2 cawan tepung beras
air secukup nya
sedikit pewarna - pilihan sendiri

Cara
Masukkan air ke dalam tepung secara sedikit demi sedikit, sambil diuli sehingga menjadi doh yang lembut.
kemudian bahagikan kepada beberapa bahagian yang disukai, warnakan setiap bahagian dengan pewarna pilihan sendiri.  Bulat-bulatkan semua adunan sebesar buat guli, ketepikan.
Sementara itu panaskan air dalam periuk, bila air mendidih masukkan bebola kecil tadi sambil ditekan menjadi leper, rebus lah hingga ia timbul, angkat. ketepikan.



 Cara membuat kuah nya
1/2 biji kelapa putih - klu boleh kelapa muda
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan - disimpul
sedikit garam

Cara
Masakkan gula, air, daun pandan dan garam hingga larut, masukkan kelapa kacau hingga pekat.
Masukkan puteri kacau rata, tutup api angkat.

Tuesday, 13 June 2017

Biskut Nestum Madu




BISKUT NESTUM MADU

Bahan:
250 gm mentega (kak ruby guna buttercup)
1 1/2  cawan gula halus (kurangkan klu x suka manis)
1 cawan kelapa kering
1 cawan nestum
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar madu
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
2 biji kuning telur




Cara :
Campurkan tepung gandum, tepung kastard dan baking powder ketepikan.
Kacau mentega, gula, kuning telur dan vanila hingga kembang masukkan madu, kacau sebati.
Masukkan kelapa kering dan nestum, sambil dikacau rata baru masukkan campuran tepung tadi, gaul hingga menjadi dol yang lembut. Sekira nya adunan masih lembik tambahkan sedikit tepung gandum.

Kemudian terapkan mengikut acuan pilihan sendiri, dan hias juga dengan cara sendiri.

Friday, 2 June 2017

Agar2 ice cream soda



AGAR-AGAR ICE CREAM SODA

Bahan
20 gm agar2 tali
1 cwn gula
3 cwn air
2 cwn ice cream soda F&N
1 tin susu cair
Sedikit pewarna biru




Cara
Masak agar2 bersama 3 cawan air hingga larut, masukkan gula dan pewarna biru, kacau, masak hingga mendidih, tutup api.
Bahagi kepada 2 bekas sama banyak.  Satu bekas campur dgn susu cair dan satu bekas lagi campur dengan ice cream soda.  Terpulang nak tuang yang mana dulu dalam bekas acuan, biarkan separuh beku, kemudian tuang perlahan-lahan campuran yang satu lagi diatas lapisan agar2 yang pertama tadi.
Bila hampir sejuk masukkan dalam peti ais. Sedap makan sejuk-sejuk. 

Thursday, 1 June 2017

Roti Jala Tikar


ROTI JALA TIKAR

Bahan
3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 cawan santan
1 biji telur
sedikit garam
pewarna pilihan sendiri




Cara
Blender semua bahan hingga sebati, kalau pekat sangat tambah sikit je air.
Tuang dalam botol 3 muncung.  Panaskan pan picit botol, buat lah corak sendiri.

Bila nampak adunan tidak melekat lagi pan, angkat dan gulung.