Nuffnang Ad

Monday 24 March 2014

Bubur sum sum



BUBUR SUM SUM

Bahan
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung jagung
1750 ml santan
secubit garam
2 helai daun pandan - disimpul




Cara
Satukan semua bahan diatas, tapis ke dalam periuk kacau rata.
Masak hingga pekat dan berkilat, guna api sederhana dan sentiasa di kacau rata.
Kemudian angkat tuang dalam loyang atau acuan kecil2 dan sejukkan.
Hidang bersama sirap gula melaka.


Saturday 22 March 2014

Roti Raisin Walnut

Assalammualaikum dan selamat malam, malam ini  tidor lambat sikit kot, nak uli tepung je nak buat roti untuk besok pagi.......terasa pula nak makan roti buatan sendiri hihihi, kebetulan ada raisin dan walnut buat lah roti raisin walnut.


ROTI RAISIN  WALNUT

Bahan
500 gm tepung roti atau tepung gandum
20 gm susu tepung
100 gm gula kastor
220 gm air sejuk dr peti ais
11 gm yis
40 gm butter
40 gm shortening
1 biji telur
1 sudu teh breand improver
1 sudu teh softener
1 sudu teh garam
rainsin dan walnut secukup nya




Cara
Gaul sebati bahan kering dan masukkan air sejuk dan telur.
Uli sebati masukkan butter dan shortening teruskan uli sehingga lincin dan elastik.
Perapkan 2 kali ganda, tumbuk2kan  buang angin, masukkan rinsin dan walnut bentukkan apa bentuk je. Perap lagi 2 kali ganda bakar, selama 15 - 20 minit, dalam suhu 180c.

Thursday 20 March 2014

Puding Roti Marble


PUDING ROTI MARBLE

Bahan
4 keping roti
10 gm serbuk agar-agar
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula - boleh kurang
3 1/2 cawan air
170 ml susu cair
2 sudu besar butter- dicairkan
2 sudu besar serbuk koko atau coklat emulco




Cara
Masak 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula sehingga mendidih.
Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki air 1/2 cawan tadi, kemudian masukkan kedalam periuk agar2 yang sedang mendidih, kacau masukkan pula butter, kacau rata sampai mendidih matikan api.
Bahagikan kpd 2 atau 3 bahagian. Satu bahagian warna asal,  satu bahagian masukkan serbuk koko dan satu bahagian lagi letak lah warna pilihan sendiri (kak ruby letak warna merah).
Tuang ke dalam loyang secara berselang seli, 1 senduk warna asal, 1 senduk warna koko dan 1 senduk warna pilihan, ulangi proses melapis ini hingga habis.
Sejukkan dalam peti ais sebelum dipotong.

Tuesday 18 March 2014

Kuih Lapis Coklat



KUIH LAPIS COKLAT

Bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
3/4 cawan gula
3 cawan santan
1 sudu teh garam
pewarna kuning dan coklat emulco




Cara
Sapu loyang dengan sedikit minyak masak dan panaskan dalam kukusan. (kak ruby guna acuan kecil2)
Campurkan kesemua bahan kacau hingga sebati dan tapis.
Bahagikan kepada 2 bahagian, satu warnakan kuning dan satu lagi warnakan coklat emulco.
Kukus selapis selapis hingga habis adunan, setiap lapis kukus selama 5 mnit, untuk lapisan terakhir kukus selama 15 minit.


Sejukkan dahulu sebelum dipotong.

Monday 17 March 2014

Bubur Gandum

Assalammualaikum, alhamdulillah hari ini hujan lagi terima kasih Allah.......pokok-pokok pun nampak segar je,  cantik semua nya tidak seperti minggu-minggu yang lepas, pokok2 kering dan layu.  Cantik cuaca hari ini, hujan gerimis cukup untuk membasahi bumi.....perlahan-lahan hujan berhenti, matahari pun muncul dengan pancaran cahaya nya cukup untuk kering kan kain dijemuran, alhamdulillah kain dijemuran kak ruby sempat kering......sebelah petang nya awan hitam sudah kelihatan di atas sana, tanda nya mungkin malam nanti hujan akan turun lagi.  Terima kasih Allah.....
Leka dengan cerita cuaca lupa pada bubur gandum.  Hihihi petang ni kak ruby masak bubur gandum, rasa2 nya sampai ke malam lah makan bubur ni, sebab bubur gandum menyenyangkan, nak bagi seimbang makan salat dan buah2an dah cukup untuk malam.
 
BUBUR GANDUM

Bahan
1 cawan biji gandum
2 cawan santan
1/4 cawan gula
1/2 sudu teh garam



Cara
Biji gandum direndam selama 3 atau 4 jam. Kemudian dibersih dan ditoskan.
Didihkan air dalam periuk, masukkan biji gandum dan rebus sehingga biji gandum kembang dan empuk.
Bila sudah kembang, masukkan santan, gula dan garam, sekiranya pekat sangat, tambahkan sedikit air.
Masak hingga mendidih, tutup api dan boleh dihidangkan.

Friday 14 March 2014

Kek Lapis Kukus Polkadot

Assalammualaikum, semalam dan hari ini cuaca sungguh2 menyedihkan kak ruby.......apa tidak nya jerebu teruk sangat, terutama di Pelabuhan Klang dan Banting sampai  indeks ipu 300.  Sekolah2 di kawasan terbabit semua nya tutup, elok lah di tutup demi kesihatan anak-anak kita..........kak ruby pun tak buka tingkap, duduk dalam rumah je, apa lagi ke dapur lah kak ruby, kak ruby buat kek lapis kukus palkadot, rasa nya nak hantar kat si manja kak ruby tu, teringat pula pada si manja.......
 

KEK LAPIS KUKUS POLKADOT

400 gm mentega
200gm gula kaster
10 biji telur
180 gm kaya (1tin kecil)
100 gm horlicks
30 gm serbuk koko
150gm tepung gandum/tepung hong kong
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar chocolate emulco
biskut jejari secukupnya



Cara
Pukul mentega dan gula hingga putih berkrim.  Masukkan telur satu persatu.
Kemudian masukkan chocalate emulco, kaya dan horlicks, pukul hingga sebati.
Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko.  Masukkan ke dlm adunan yang dipukul sedikit demi sedikit, pukul dgn kelajuan perlahan hingga rata.  Kaul balikkan adunan hingga bergaul rata.
Alas dasar dan gris teping loyang dgn mentega cair.  Masukkan 5 sudu besar adunan, ratakan,  atur biskut jejari jarak 1/2" di antara sama lain,  kukus hingga masak.
Ulangi proses melapis dan mengatur biskut hingga habis. Untuk lapisan terakhir kukus selama 10 minit.
Pastikan kek betul-betul sejuk baru di potong.

Wednesday 12 March 2014

Kuih Keria



KUIH KERIA

Bahan
500 gm keledek putih
1/2 cawan tepung gandum
sedikit garam
minyak utk menggoreng




Cara
Kupas keledek, cuci bersih dan potong kecil-kecil.
Rebus keledek bersama air dan garam sehingga empuk, kemudian toskan.
Hancurkan keledek sehingga lumat dan halus.  Masukkan tepung gandum gaul sebati hingga boleh dibentuk gegelang bulat.
Goreng hingga kuning keemasan atau hingga masak.  ketepikan.

Untuk sira
4 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air


Cara
Masukkan gula dan air ke dalam kuali, masak hingga mendidih dan pekat, tutup api.
Masukkan kuih keria gaulkan perlahan sehingga kesemua kuih bersalut gula.

Tuesday 11 March 2014

Inti Kacang Merah



INTI KACANG MERAH

Bahan
250 gm kacang merah - direndam semalaman
1 cawan gula pasir - boleh tambah atau kurangkan
1/4 cawan gula merah
secubit garam
2 sudu besar butter
air secukupnya

 Cara
Rebus kacang merah sehingga empuk (kak ruby guna pressure cooker 5 minit je dah empuk) kalau rebus cara biasa lama sangat, kena tambah air lagi, kalau air dah kering kacang merah masih belum empuk.
Kemudian kisar kacang merah dengan air nya sekali sehingga halus.
Tuang ke dalam kuali, masukkan gula, gula merah, garam dan butter, masak dengan menggunakan api kecil saja, dan kacau selalu supaya ia tidak hangit.  Masak hingga ia berkilat.
Tutup api, sejukkan dahulu sebelum digunakan.

Monday 10 March 2014

Pau Keledek

Assalammualaikum, sudah tiga hari Malaysia malah dunia juga digemparkan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH 370, sehingga ke saat kak ruby menguli kuih pau ni pun masih belum ada sebarang berita gembira lagi.  Kehilangannya penuh misteri, hilang  ghaib begitu saja.........sama-sama lah kita berdoa dan dirikan solat hajat meminta pada Allah Yang Maha Berkuasa, hanya Allah sahaja lah yang tahu dimana dan apa yang terjadi pada MH 370.  Jangan jemu-jemu, terus berdoa.
Walau apa pun kerja harian tetap diteruskan, untuk petang ni kak ruby sediakan pau keledek berbentuk bunga ros hihihi, ni resepi lama kak ruby kembalikan kenangan lama, resepi asal dari azlita masam manis tapi kak ruby tukar kan keledek purple pada keledek putih.


PAU KELEDEK


Bahan :
250 gm keledek putih - di kukus atau di rebus
200 gm air
500 gm tepung pau
1 t/s baking powder
100 gm gula
50 gm shortening atau lemak sayuran
1/4 t/s garam
11 gm yeast segera




Cara :
Keledek, dicuci bersih dan di rebus. Buang kulit keledek dan kisar keledek dengan air sehingga halus. masukkan semua bahan kedalam bread maker dan set doh dan biar hingga ia menjadi doh yang lembut.
Kalau guna tangan.
Bancuh sedikit air suam dengan yis dan biar ia berbuih. ( sukatan air mestilah sama dengan sukatan yang di beri - gunakan 1/2 air untuk kisar keledek dan 1/2 lagi untuk naikkan yis)
Campurkan semua bahan kecuali shortening, dan uli hingga menjadi doh yang lembut
Masukkan shortening dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
Jika adunan terlembik boleh tambah sedikit lagi tepung. (kak ruby bagi adunan kepada 2 bahagian, 1 bahagian warnakan dengan warna merah, dan 1 bahagian lagi warnakan merah jambu ) 
Tutup doh dengan towel dan simpan .... sehingga doh naik 2 kali ganda lebih kurang 1 jam



Setelah doh naik tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.
Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dengan berat 15 gm, isi inti dan letak doh atas kertas lapik, untuk pau rose bulat-bulat kecil je, sebab apabila digulung dan dikukus pau akan mengembang.
Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda
Kukus doh dalam kukusan yang telah di panaskan terlebih dahulu selama lebih kurang 10 - 12 minit
 

Friday 7 March 2014

Bengkang Tepung Beras

Assalammualaikum, kali ni kak ruby buat bingka tepung beras pula, kuih ni kalau di sebelah negeri kak ruby dipanggil bengkang.....kuih bingka atau bengkang ni termasuk dalam senarai  kuih2 tradisional melayu, ialah kuih zaman nenek2 kita dulu, budak2 sekarang mungkin tak berapa suka kot.......bagi kak ruby memang kak ruby suka, suka sangat...... kak ruby pun tidak lah pandai sangat buat kuih ni, hihihi cuma pandai makan aje......tapi bila kak ruby ambil resepi dari blog Yatie, baca dan buat betul2 alhamdulillah jadi dengan elok.......terima kasih banyak2 Yatie, sekali lagi terima kasih.
  



Bahan
1500 ml santan ( guna santan kotak 1000 ml + 500 ml air)
  200 gm gula pasir
    50 gm gula merah
  250 gm tepung beras
  50 gm tepung tepng jagung
  1/2 st. esen vanila
  1 sk. garam


Cara
Satukan kesemua bahan dan kacau hingga sebati dan ditapis.
Masak adunan hingga pekat dan berkilat (hendaklah dikacau sentiasa supaya tidak berkerak). 
Tuangkan adunan ke dlm loyang yang beralas daun pisang atau disapu dgn sedikit minyak.
Bakar dalam oven dengan api grill dulu hingga permukaan kuih garing sikit atau berkulit, kemudian bakar dengan api bawah hingga masak pada suhu 180C lebih kurang 30 minit. (30 minit api atas grill,  dan 30 minit api bawah, 10 minit lagi api atas bawah) 
Biarkan kuih benar2 sejuk baru dipotong dan dihidangkan. 
Kuih ni agak lembik ketika masih panas dan akan keras sedikit bila telah sejuk tapi memang lembut bila dimakan.

Thursday 6 March 2014

Air Barli

Assalammualaikum... di musim panas dan kering ni, bagus juga kita minum air barli kan....Selain dari membantu merendahkan kolesterol  air barli juga boleh menyejukkan badan, tapi kena lah minum selalu2  ye. insyaAllah ia boleh mencegah berbagai penyakit. 


AIR BARLI

Bahan
Barli - 1 pekat yang kecil
Air - secukupnya
Air gula - secukupnya



Cara
Cuci barli bersih-bersih, masukkan dalam periuk bersama air dan rebus sehingga barli kembang.
Ambil setengah dari barli yg direbus, blend hingga hancur.  Kemudian masukkan semula ke dalam periuk rebusan barli tadi. Masak hingga mendidih. tutup api.
Bila hendak minum baru masukkan air gula, kacau sebati,  Boleh diminum panas2 atau pun sejuk.

Tuesday 4 March 2014

Lepat Labu

Assalammualaikum, labu tiga hari lepas masih ada lagi, tak tau nak masak apa, cari-cari resepi kuih muih dalam blog kawan-kawan ternampak lah lepat labu dalam blog Fiza's cooking, cantik nampak pun mcam sedap sangat, "boleh lah buat lepat labu" kata kak ruby, tapi daun pisang tak de......petang semalam apa lagi kak ruby pergi lah cari daun pisang di pasar malam presint 2........petang ni dapat lah kak ruby makan lepat labu, sedap, memang sedap......  terima kasih Fiza....tapi maaf kan kak ruby ye, sebab kak ruby buat dengan cara kak ruby, kak ruby campurkan kelapa dengan tepung dan tidak seperti yang Fiza buat,  kak ruby lebih suka kelapa dicampur sekali dalam adunan.
      

LEPAT LABU

Bahan
1/2 biji labu
2 cawan tepung gandum
1/2 cawang tepung jagung
1/4 cawan gula
1/2 cawang kelapa parut
1/2 sudu teh garam
daun pisang secukupnya - dibersih dan dilayur




Cara
Labu dikupas, dibersih dan rebus sehingga empuk kemudian ditoskan, dilenyek sehingga halus, ketepikan.
Satukan tepung gandum, tepung jagung, gula, kelapa parut dan garam ke dalam mangkuk gaul hingga rata, masukkan labu yang di lenyek tadi gaul lagi sehingga semua nya sebati.
Ambil adunan dua sudu besar letakkan di atas daun pisang yang telah dilayur, bungkus lah kemas2 dan masukkan ke dalam pengukus.
Kukus selama 15 - 20 minit, setelah sejuk hidangkan.