Nuffnang Ad
Thursday, 20 March 2014
Puding Roti Marble
PUDING ROTI MARBLE
Bahan
4 keping roti
10 gm serbuk agar-agar
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula - boleh kurang
3 1/2 cawan air
170 ml susu cair
2 sudu besar butter- dicairkan
2 sudu besar serbuk koko atau coklat emulco
Cara
Masak 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula sehingga mendidih.
Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki air 1/2 cawan tadi, kemudian masukkan kedalam periuk agar2 yang sedang mendidih, kacau masukkan pula butter, kacau rata sampai mendidih matikan api.
Bahagikan kpd 2 atau 3 bahagian. Satu bahagian warna asal, satu bahagian masukkan serbuk koko dan satu bahagian lagi letak lah warna pilihan sendiri (kak ruby letak warna merah).
Tuang ke dalam loyang secara berselang seli, 1 senduk warna asal, 1 senduk warna koko dan 1 senduk warna pilihan, ulangi proses melapis ini hingga habis.
Sejukkan dalam peti ais sebelum dipotong.
Labels:
puding
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalam..cantik dan yang pastinya sedap...
ReplyDeletesedapnya puding roti...
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteJom kita tukar menu agar-agar he hee
Tqq sudi singgah di dapur sy
Agar2 @puding roti ni pun sedap dan cantik
,