Nuffnang Ad

Saturday 21 November 2015

Soda Herba Yang Sedap.....

Assalammualaikum, petang semalam kak ruby geram, p minum kat restoran order air serai rm 10 segelas huhuhuuuu......balik je ke rumah kak ruby p beli serai, lemon, daun pudina dan semua bahan2 yang diperlukan, kak ruby buat sendiri......aduh puas kak ruby minum, murah pun murah, lagi sedap.....hihihi air serai ni banyak khasiat nya tau.....


Soda Herba

Bahan
 1 botol besar air aiskrim soda
 3 biji lemon - dihiris nipis
  daun pudina  secukupnya 
 sepaket asam boi
1 tin laychee – ambil buah nya saja (kak ruby tak letak)
 4 batang serai - diketuk
 Air masak - jika perlu
 Ais secukupnya





















Cara
Cuci serai, lemon dan daun pudina bersih-bersih.  Hiriskan lemon nipis-nipis.
Campurkan semua bahan dan hiding.
Senangkan.

Tuesday 17 November 2015

Salted Egg Yolk Chicken

Assalammualaikum, untuk tengahari tadi kak ruby tak masak, si manja anak kak ruby wafa yang masak.....tu lah untung nya kita ada anak perempuan ni, walau tinggi mana pun anak perempuan belajar, sekali-sekala dia terasa juga nak ke dapur, itu lah sifat seorang perempuan mungkin......sebab kak ruby tak pernah minta anak kak ruby masak, kalau wafa ke dapur tu bermakna dia sendiri yang ingin masak, dia masak dengan hati kata orang, kak ruby biar kan je, memang pun sekali-sekala wafa akan masak untuk kami sekeluarga......
Salah satu resepi dia hari ni "salted egg yolk chicken",  kak ruby makan sedap macam yang kat restoran tu, tapi cuma agak kering sikit, kalau kat restoran agak basah basah gitu, tapi tak pe hihihi wafa rajin ke dapur......terima kasih anak mama.


SALTED EGG YOLK CHICKEN

Bahan A
2 keping isi ayam
¼ serbuk lada hitam
½ sudu teh garam
1 biji telur
1 cwn tepung kentang
8 biji kuning telur asin – distim

Bahan B
4 sudu besar minyak masak
1 sudu teh bawang putih – dihancurkan
1 sudu teh halia – dihancurkan

 Bahan C
1 sudu besar minyak jagung
2 – 3 biji cili merah
20 helai daun kari
20 gm butter


Cara
Potong isi ayam kecil2 dan perapkan bersama lada hitam dan gula selama 15 minit.  Kemudian gaul bersama 1 biji telur dan salutkan dengan tepung kentang dan goreng.  Ketepikan.
Asingkan kuning telur asin dan stimkan selama 10 minit, kemudian hancurkan
Tumiskan bersama Bahan B sehingga berbuih (foamy) ketepikan.
Tumis cili merah bersama daun kari, masukkan butter dan juga kuning telur tadi yg telah dimasak bersama bahan B, Gaul hingga berbuih (foamy).
Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi, gaul rata dan tutup api.
Boleh dihidangkan.

Kek Chiffon Keladi



KEK CHIFFON KELADI

Bahan-bahan 
Bahan A
6 biji kuning telur
1/2 cawan minyak Mazola
1/2 cawan susu cair
secubit garam
3/4 cawan gula halus
1 sudu besar perisa keladi
sedikit pewarna purple
1 ½ cawan tepung gandum *diayak
1 sudu kecil baking powder* diayak


Cara 
menyediakan Bahan (A)
Pukul kuning telur, gula dan garam sebentar atau sehingga sebati, guna whisk je.
Masukkan perisa keladi, pewarna purple, minyak & susu cair dan kacau lagi.
Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.

Bahan B
6 biji putih telur
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil cream of tar tar (kalau takde, boleh tukar dngn 1 sudu kecil lemon jus)


Cara
menyediakan Bahan (B):
Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
Masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
Setelah siap, hentakkan 3 kali dan bakar selama 45-50 minit 175c. Saya guna api atas dan bawah dan guna rak yg bawah sekali.
Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
Bila dah sejuk, baru sisip tepi loyang dan boleh keluarkan kek dari acuan.
Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan. 

Sunday 15 November 2015

icecream cake Anniversary

Assalammualaikum dan terima kasih Allah, hari ini 16 November genap lah usia perkahwinan ku 29 tahun……Pagi yang indah itu aku  diijab kabulkan dimasjid UPM Serdang, Selangor, diraikan oleh ramai saudara mara, sahabat handai dan jiran tertangga,  seperti remaja-remaja lain juga aku amat bahagia dihari itu…….
Tapi entah lah aku sendiri pun tidak faham, kenapa perkahwinan aku di Selangor, aku dilahirkan di negeri jelapang padi, Kedah dan dibesarkan di negeri penyu bertelur, Terangganu, kini perkahwinan aku pula di negeri Selangor.  Mungkin itu lah nasib anak yatim seperti aku, aku dibesarkan dari satu tangan ke satu tangan kakak-kakak ku dan abang ku…..kakak sepupu ku, adalah orang yang menggalas tangggungjawab dihari bahagia ku itu, aku tidak akan lupa semua jasa baik nya, akan aku kenang sampai bila-bila.
Begitu juga dengan kelahiran anak kedua ku, waktu itu kami merantau jauh dari bumi Malaysia, boleh dikatakan dalam usia awal perkahwinan ku malah waktu membesar anak-anak ku kami sering merantau dari satu negeri ke satu negeri termasuk Sabah Sarawak.
Sekali lagi terima kasih Allah, hidup aku bahagia hingga ke hari ini dan saat ini.  Alhamdulillah suami ku baik sangat, memahami penyabar dan menerima diri aku seadanya.
29 tahun kami hidup bersama macam-macam dugaan yang telah kami tempuhi, susah payah, senyum tangis bersama, namun kami tetap bahagia.
29 tahun, dua orang cahaya mata kami pun sudah besar, seorang dah berkerja dan seorang lagi masih di IPTA.  InsyaAllah kalau dipanjangkan usia, tahun depan aku akan mendapat menantu hihihi bahagia aku rasa, masakan tidak kebanyakkan kawan-kawan sekolah, kawan-kawan tempat kerja dulu pun sudah menimang cucu.  Aku jugak yang terlambat, tak pe lah aku tak kisah pun itu semua….

Cuma sekali sekala aku terasa juga kesunyian bila aku ditinggalkan sendirian dirumah, kadang-kadang sampai berminggu juga aku sendirian, waktu itu aku mula lah jadi penulis begini.
 Hobi aku yang ke dua memasak kuih muih, tidak pada masakkan lauk pauk, aku pun tidak tau kenapa…..
Semoga dipanjangkan usia perkahwinan ku hingga ke akhir hayat….sayang suami  dan keluargaku
Ini ada lah kek hari ulang tahun perkahwinan kami yang sempat aku sediakan.......


KEK AIS KRIM

Bahan
ais krim
coklat kitkat
apa2 hiasan pun boleh




Saturday 14 November 2015

Kuih Lapis Sagu yg sedap



KUIH LAPIS SAGU

Bahann
300 gm biji sagu (rendam 1/2 jam dan toskan)
100 gm gula halus/ tmbh klu nak manis
150 gm kelapa parut putih
garam halus secukupnya
sedikit pewarna merah, hijau dan kuning




 Cara
Lengser loyang atau acuan kecil2 dengan sedikit minyak, kak ruby sapu dengan sedikit butter, ketepikan.
Panaskan air kukusan.
Gaul sagu, gula, kelapa parut dan garam hingga sebati dan rata.
Bahagikan kepada 3 bahagian.  Setiap bahagian warna dengan warna pilihan sendiri.
ambil bahagian pertama masukkan kedalam loyang ratakan, kukus selama 15 minit, keluarkan dari periuk kukusan ratakan, kemudian masukkan pula bahagian kedua kukus lagi selama 15 minit dan akhir sekali bahagian ke tiga kukus selama 20 – 25 minit atau hingga masak
Pastikan kuih betul2 sejuk baru keluar dari acuan dan potong dengan cara tersendiri.
Hidangkan bersama kelapa putih yang digaul dengan sedikit garam.

Wednesday 11 November 2015

Puding Marble Mawar

Assalammualaikum dan salam ceria.....Ye lah mentari cantik sangat pagi ni, tidak seperti hari-hari semalam cahaya matahari macam malassss je........pagi ni dan sekarang waktu kak ruby menulis ni pancaran sinar mentari terang menderang, menbuatkan hati ini seronok dan tak sabar untuk menjemur pakaian......Tapi jangan lah pula "Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari" hihihi.
Walau apa pun cuaca kat luar panas atau hujan, akak ruby buat je dessert puding, makan sejuk-sejuk lagi bertambah sejuk lah.


PUDING MARBLE MAWAR

Bahan
20 gm agar2 bertali
5 cwn air
1 cwn gula
2 biji telur
1 tin susu cair
4 sudu mkn tepung kastard
2 sudu teh serbuk koko/milo




Cara
Rendam agar2 dalam 2 atau 3 jam, kemudian rebus dengan air hingga agar2 hancur, masukkan gula masak hingga gula larut.
Satukan susu cair bersama tepung kastard kacau hingga sebati.
Telur dipukul hingga kembang, kemudian masukkan dalam campuran susu cair tadi, kacau hingga sebati.
Bila agar2 sudah mendidih masukkan campuran telur dan susu.  Kacau dengan api sederhana hingga pekat dan masak.  Tutup api, dan bahagia kepada 2 bahagian.
Satu bahagian biarkan warna asal dan satu bahagian lagi dimasukkan serbuk koko kacau rata.
Masukkan kedalam apa2 acuan secara bergilir-gilir warna asal dengan warna koko.
Sejukkan dalam peti ais. 

Sunday 8 November 2015

Tiramisu Lagi



TIRAMISU 

Bahan
1 bungkus biskut tiramisu
250 gm cream cheese
250 ml whipping cream
150 gm gula halus - boleh tambah atau kurang
1 cawan air nescafe - tanpa gula
serbuk coklat/milo untuk tabur di atas


 Cara
Satukan cream cheese, whipping cream dan gula, pukul hingga kembang.
Celupkan biskut ke dalam air nescafe dan susun dalam bekas pilihan sendiri, Kemudian letakkan cheese yg sudah dipukul kembang tadi, ratakan celup lagi biskut ke dalam air nescafe susun di atas cheese, letak lagi cheese, ulangi proses ini sehingga habis.
Taburkan atau ayak serbuk coklat diatas permukaannya.
Simpan dalam peti ais. makan sejuk2 sedap sangat.   

Permata Hijau

Assalammualaikum, ini petang semalam punya cerita.....resepi ni kak ruby ambil dari teman2 kat group masak dalam whatsApp kak ruby, kak ruby tertarik dengan kecantikkan kuih ni dan rasa macam sedap sangat, kak ruby pun try lah buat dengan begitu enjoy sekali....hasil nya tidak mengecewakan kak ruby, cantik rasa nya lebih kurang macam kuih koci gitu.....
Apa2 pun kak ruby mohon maaf banyak2 sebab kak ruby dah ubah bahan2 asal kuih ni, nama sebenarnya Kuih Permata Hitam....sebab bahan asal nya tepung pulut hitam, oleh sebab kak ruby kehabisan tepung pulut hitam, kak ruby guna tepung pulut putih dan kak ruby warna dengan warna hijau, hihihi maka jadi lah Kuih Permata Hijau......
Maaf sekali lagi resepi asal nya kak ruby tak tau sapa punya....sebab teman2 dari group masak yang bagi.

PERMATA HIJAU

Bahan A
Utk onde2/buah Melaka
3 cwn tepung pulut – putih
1 cwn tepung pulut hitam
3 sdb tepung gandum
2 cwn air + sedikit garam
Satukan kesemua tepungdan tuang air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yg lembut
*Buat jer seperti nak buat onde2/buah melaka…
*Dan inti utk kuih ni kak ruby guna inti kelapa, mcm inti kuih koci.

B
 Adunan Putih :
1 ½ cawan santan KARA (jangan campur air)
2 ½ cawan air
1 cawan tepung beras
4 sudu tepung gandum
4 sudu tepung jagung
Garam secukup rasa














Cara
Satukan kesemua bahan didlm saucepan, kacau rata guna whisk dan masak atas api kecil hingga berwap tutup api…. Ketepikan.
Panaskan kukusan. Sapu acuan dengan sedikit minyak. Buat onde2…. Ambil adunan tepung dan leperkan, isi inti dan bulatkan menjadi bebola.
Masukkan ke dalam acuan dan letakkan ditengah2, buat hingga habis.
Tuang adunan santan dan kukus api sederhana selama 20 minit. Sejukkan sebelum keluarkan dari acuan.

Tauhu Sambal Hijau



TAUHU SAMBAL HIJAU

Bahan 
3 ketul tauhu 
1 biji bawang besar - potong bulat atau memanjang
sedikit serbuk kunyit
garam secukupnya
2 biji limau kasturi - ambil jus nya

Bahan kisar
10 biji cili hijau
5 biji cili padi hijau
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih


Cara
Tauhu digaul bersama garam dan sedikit kunyit, goreng hingga keemasan angkat dan tos minyak, potong empat, ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga naik bau masukkan sedikit air, masak lagi hingga pecah minyak, masukkan tauhu tadi.  Masukkan bawang besar, garam dan gula secukup rasa, kacau rata.
Tutup api dan masukkan jus limau kasturi kacau rata.
Boleh dihidangkan.

Monday 2 November 2015

Egg Custard Filling



Egg Custard Filling

Bahan
1 pkts - Instant KAWAN Puff Pastry
1+1/4cup - Susu Segar (Fresh Milk)
2bjk - Telor dikocok sedikit (Eggs lightly beaten)
1/2tsp - Vanilla
3tbs - Gula Halus (Granulate Sugar) - Adjust to your own taste
1/2tbs - Tepung Jagung (Corn Flour)
Method:
1- Masukkan Susu + Vanilla + Gula + Tepung Jagung kedalam sauce pan = Simmer di atas api kecil sehingga suam (JANGAN DIDIH KAN) mati kan api.
2- Masukkan Telor dan kacau supaya sebati. Siap ...
OPTIONAL:-
1/2cup - Cheese Parut




 Direction:-
1- Panaskan oven pada suhu 180-190'C
2- Lengserkan Butter pada Muffin Tray dan ambil sekeping doh dan tekan kan kedalam Muffin tray (Look at the picture yg mcm Bunga tu)
3- Cucuk kan sedikit dengan Garfu dibawah nyer supaya Pastry masak rata bila di Bake nanti.
4- Tuangkan Egg Filling + Cheese Parut sedikit dan Bake selama 20-25 minutes pada suhu 180 - 190'C atau ikut oven masing2 ... yea.
5- Bila dah masak keluarkan dan letak di atas rack - suam baru masukkan kedalam papercup dan hidang.

Sunday 1 November 2015

Roti Manis

Assalammualaikum, huhuuuuu dah lama tak uli roti, lengoh gak tangan.....tapi tak pe hasil nya terbaik hihihi lembut dan sedap sangat.

ROTI MANIS

Bahan 
500g tepung high protein / tepung gandum / tepung roti
 1biji telur
 3/4 cawan gula
 1sdb susu tepung
 2sdb susu pekat
 2sdb marjerin
1sdb shortening
1peket mauripan (11g)

Bahan A
Campurkan yis dengan sedikit air suam (agak2 tenggelam yis), biar sampai berbuih, kalau tidak berbuih jangan guna, ganti yis baru.
Campurkan susu pekat + telur + tambah air + gula.......jadikan 300ml semua sekali.





















Cara
Dalam mangkuk, masukkan tepung, bersama adunan A, gaul sebati,
masukkan marjerin dan shortening, gaul sebati dan uli,
teruskan uli hingga adunan lembut, licin (lebih kurang 20 minit)
kalau adunan masih melekat tambahkan tepung sedikit.
perap hingga naik sekali ganda, dalam ½ jam....tumbuk untuk keluarkan angin, bulatkan kecik2, susun dalam loyang, perap lagi sejam.
Bakar dalam oven 180 selama 20 minit atau hingga masak.

*keluar je dari oven terus sapu butter dan tabur sedikit gula.