Nuffnang Ad

Thursday 27 July 2017

Kek Lapis Kelapa Pandan



KEK LAPIS DEWI PANDAN

Bahan A
250 gm tepung gandum
250 gm gula kastor
200 ml susu sejat ideal
1 peket santan segera
10 biji kuning telur
4 biji putih telur
1 1/2 sudu besar ovelette

Bahan B
300 gm mentega
kelapa kering secukupnya
pewarna hijau
pes pandan




Cara
Pukul bahan A hingga ringan dan kembang, ketepikan
Pukul mentega hingga kembang, masukkan kedalam bahan A, gaul sebati.  Kemudian bahagikan kepada 3 bahagian sama rata.  Satu bahagian warnakan hijau dan masukkan pes pandan.
Dua bahagian lagi biarkan warna asal.
Sediakan loyang 7 1/2 x 7 1/2 yang telah disapu dengan sedikit mentega dan alas dengan kertas minyak, masukkan 5 sudu besar adunan asal ke dalam loyang ratakan dan bakar selama 5 minit dengan suhu 150c, api atas bawah.  Bila sudah masak ambil adunan asal lagi dan buatlah seperti proses diatas cuma bila bakar adunan kedua ini guna api ATAS sahaja.
Untuk lapisan ke 3, masukkan adunan yang berwarna hijau, sukatannya sama 5 sudu besar ratakan dan tabur kelapa kering diatasnya, bakar selama 5 minit. bila masak masukkan pula adunan asal

Ulangi lah proses ini hingga semua adunan habis.      

Tuesday 11 July 2017

Biskut Red Velvet



BISKUT RED VELVET

Resepi asal: Cookingclassy.com
Bahan2
200 gm mentega
30 gm shortening
220 gm gula pasir (QH guna gula kastor)
1 biji telur gred A
300 gm tepung gandum (QH guna 150gm tepung gandum, 150gm tepung Redrose)
20 gm serbuk koko
50 gm tepung jagung
3/4 sudu kecil baking soda
1/4 sudu teh garam halus
1 sudu kecil cuka makan
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil serbuk pewarna merah (bright red)
100 gm coklat chips putih (QH guna coklat chips twin)
100 gm badam nibs (QH tambah - badam ni nak letak lebih pon boleh)
Hiasan: Coklat chips putih secukupnya (QH guna coklat chips twin)



 Cara
1. Pukul mentega, shortening dan gula hingga berkrim. Masukkan telur, esen vanila, cuka dan serbuk pewarna. Putar hingga rata dan sebati.
2. Ayak tepung, serbuk koko, baking soda dan garam. Masukkan coklat chips dan gaul bersama adunan mentega hingga menjadi doh yang lembut.
3. Ambil sedikit adunan dan tekan dengan beberapa biji coklat chips di atasnya. Jarakkan biskut kerana ianya akan mengembang.
4. Bakar di dalam oven yang dipanaskan dahulu pada suhu 150C selama 15-20 minit.
5. Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.


Wednesday 5 July 2017

Butir nangka/bubur biji nangka



KUIH BUTIR NANGKA

Bahan untuk Butir Nangka:
2 cawan tepung pulut
1 cawan air
2 helai daun pandan
Pewarna hijau
Air untuk merebus secukupnya.



Cara
1.Campurkan 2 cawan tepung pulut dengan 1 cawan air.
2.Uli hingga sebati.
3.2. Bahagikan adunan kepada 2.
4.Warnakan satu adunan dengan warna hijau, & satu lagi dibiarkan putih.
5.Jerang air 3/4 periuk + daun pandan hingga mendidih, gentelkan adunan tadi menjadi bentuk bujur sebesar jari manis.
6.Celurkan kedalam air mendidih. Buat sampai habis adunan.
7.Butir Nangka yang dah masak akan timbul & terapung.
8.Toskan & masukkan ke dalam kuah.


 Bahan untuk kuah
1 biji santan kelapa (800ml)
½ cawan gula pasir (kalau nak manis lebihkan)
½ sudu teh halba
½  sudu teh garam
2 helai daun pandan.

 Cara Memasak Kuah
 Satukan kesemuanya kedalam periuk.
 Sentiasa kacau hingga mendidih. Jangan sampai pecah minyak.
 Masukkan butir nangka tadi.
Biarkan mendidih sekejap tutup api
Boleh dihidangkan                    


*Cara kak ruby
guna 1 cwn je santan sbb kak ruby suka lemak sangat
supaya kuah jadi pekat kak ruby campur dengan sedikit bancuhan tepung gandum

Monday 3 July 2017

Kek Lumut sangat sedap



KEK LUMUT (1/2 adunan)

Bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus (180 gm, bleh kurangkan klu x suka manis)
250 gm butter
4 biji telur 'A'
4 sudu besar seri kaya
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu besar paste pandan
pewarna hijau
1 sudu kecil esen vanila




 Cara
Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)