Nuffnang Ad

Friday 30 December 2016

Chicken Floos Bun / Bun Serunding Ayam



CHICKEN FLOOS BUN
resepi : Fiza

Bahan
250 gm tepung roti / tepung berprotien tinggi, diayak
35 gm gula kaster
1/2  sudu teh garam
1 sudu teh yis segera
1/2 biji telur, dipukul sedikit
135  ml  susu segar        
 30 gm mentega, dilembutkan



Cara
Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam didalam mixer dan putar pada
kelajuan perlahan selama 1 minit. Masukkan yis, telur dan air/ susu segar. Putar selama 1 minit pada kelajuan
Perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit. Masukkan butter dan gaul hingga
sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin.
(kak ruby uli dengan tangan je)

Bulatkan doh adunan, setiap bahagian 25 gm, dan tutup dengan tuala lembap
yang bersih. Biarkan selama 10 minit. Apabila sudah 10 minit, isi inti di dalam
doh dengan potongan kecil butter. Tutup dengan kemas supaya butter tidak
terkeluar apabila membakar nanti. Susun atas dulang pembakar. Biarkan
seketika selama 45 minit sehingga ia naik kembang.
Bakar doh roti pada suhu 170c, selama 10-15 minit sahaja.

Topping:
1 sdm mayonis
1 sdm susu pekat manis
Chicken Floss / serunding ayam

Apabila sudah selesai membakar, bancuhkan 1 sdm mayonis dan 1 sd makan susu pekat manis. Gaul rata. Sayu mayonis dan susu itu ke atas roti, dan taburkan chicken floss.... Siap untuk di makan.

Wednesday 28 December 2016

Kek yang dah lama tak buat



KEK ALUNAN KASIH

Bahan
5 biji telur
250 gm butter
2 1/2 cawan tepung gandum (ayak bersama baking powder)
1 sudu kecil baking powder
1 1/2 cawan gula halus
1/2 cawan susu cair
1 sudu kecil esen vanila
serbuk koko secukupnya
pewarna (pilihan sendiri)
tapis teh yg halus (utk ayak serbuk koko)




Cara
Butter dan gula dipukul hingga kembang.  Masukkan telur satu persatu pukul lagi hingga kembang.
Masukkan esen vanila dan  susu cair, gaul hingga sebati.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit gaul sebati.
Bahagi kepada 2 atau 3 bahagian, warnakan dengan warna pilihan sendiri.
Griskan loyang dengan butter, taburkan sedikit tepung.  Masukkan adunan warna pertama, ayak nipis je serbuk koko diatasnya,  masukkan pula adunan warna kedua, ratakan dan ayak serbuk koko diatasnya.
Buat lah begitu ke lapisan yang ketiga dan seterusnya. 
Bakar lebih kurang 45 minit dengan suhu 150c api atas bawah.

kak ruby guna loyang 8 x 8 inci.

Monday 26 December 2016

Talam Keledek



TALAM KELEDEK
loyang 8" x 8"

Bahan Lapisan Bawah :
1 cawan keledek oren dipotong dadu (dikukus)
80 gm tepung beras
125 ml santan pekat
225 ml air
1 sk tepung hoen kwee (kak ruby ltk tepung jagung)
4 sudu besar gula 
1/2 sk garam



Cara :
Bancuh semua bahan kecuali keledek, tapis dan masak hingga naik wap, tutup api, masukkan keledek tadi dan kacau hingga rata.  Tuang ke dlm loyang yg telah disapu dgn sedikit minyak (kak ruby sapu butter) atau alaskan dgn plastik dan kukus selama 15 minit.

Bahan Lapisan Atas :
80 gm tepung gandum
3 sudu besar gula 
1 biji telur
125 ml santan pekat
250 ml air
sedikit garam
pewarna oren

cara :
Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk dan masak hingga naik wap.  Tuangkan ke atas lapisan bawah tadi.  Kukus lah selama 30 minit atau hingga masak.
  

Sunday 18 December 2016

Kuih Keria lagi

Assalammualaikum,  Ini untuk kali ketika kak ruby buat kuih keria viral sangat ni.....pertama kali tak menjadi, malu pula nak publish kan dalam kayumaniskorner..........kali kedua alhamdulillah jadi tapi masih tak puas hati dan ini kali yang ketiga ya huuuu memang jadi sangat,  rasa nya pun sedap dapat pujian dari semua ahli keluarga anak dan suami.
Pertama dan kedua kak ruby guna keledek oren adunan nya agak lembik kena guna minyak banyak masa membentuk kuih.  Kali yang ketika ni guna keledek putih, senang tak lembik tak melekat di tangan dan tak guna minyak langsung, senang sangat.  Lagi pun keledek putih ni sedap manis....
resepi nya pun lain.  Tak tahu sapa punya sebab sekarang ni sudah banyak pula resepi setiap resepi tu berlain tak sama, untuk resepi kali ni jom tengok di bawah.....



Bahan
1 kg keledek putih - dikukus dan dilenyek
1 cawan tepung gandum
5 sudu tepung beras
1 sudu kecil baking powder
Semua bahan diuli sampai sebati.  Kemudian bulat-bulatkan, buatkan lubang ditengah.
Goreng dengan api sederhana hingga kekuningan angkat toskan dan sejukkan.



Untuk Sira
150 gm gula melaka - dihiris halus
1 sudu besar gula putih
1/4 cwn air masak
dan sedikit garam



Masukkan kesemua bahan dalam kuali, masak dan kacau hingga pekat dan berbuih, masukkan kuih keria tadi, kacau bagi sebati.

Friday 16 December 2016

Kuih keria gula merah



KUIH KERIA GULA MELAKA

Bahan
1 kg keledek ape2 warna - di kukus
250 gm tepung gandum
1 sudu teh double action baking powder
1 sudu teh garam halus
1 sudu besar butter


Cara
Keledek yang sudah di kukus, mixer campur sekali garam dan butter
sebatikan…saya lecek jer….biarkn sejuk
2. Ayak tepung bersama double action baking powder
3. Keledek + tepungg uli sebati, sampai licin, macam doh roti, bentuk ketul 50 gm
4. Lobangkan di tengah dengan gune jari…….susun dalam loyang yang sudah di tebur dengan sedikit tepung.
* tangan sentiasa d lumor dengan minyak..
5. Goreng dengan minyak yang banyak, api sederhana hingga perang
6. Sejukan sebelum di sire


 Bahan sire
100 gm gula melaka - di racik halus
1 sudu teh gula psir
1 ketul gula batu - di tumbuk halus
4 sudu besar air

Care
Campurkan semua bahan, masak hingga likat dan berbuih, baru masukkan keria.  Gaul sebati hingga nampak berkilat, tutup api.
Angkat, susun dan diredai.
•   adunan sire di atas hanye utk 10 hingga 12 biji sahaja.



Monday 12 December 2016

Ketupat Sotong



KETUPAT SOTONG
resepi: Azie Kitchen

Bahan 
Beras pulut secukupnya - basuh dan rendam sekejap
8 ekor sotong - asingkan kepala dan badan
Santan secukup nya
1 ketul gula melaka - potong kecil
1 sudu gula pasir
Secubit garam
Daun pandan



Cara 
Rendam beras pulut sekejap bersama santan dan sedikit garam. Tapi saya hanya rendam dengan air dan garam jer.

Masukkan beras pulut ke dalam sotong yang telah dibuang kepala dan dicuci bersih. 
( jangan padat sangat sebab nanti pulut akan kembang, isi 3/4 je)

Masukkan kepala sotong ke dalam badannya dan tekankan sedikit. Kemudian dicucuk dengan lidi bagi mengemaskannya.

Susun dalam periuk bersama daun pandan. Tuangkan santan dan sedikit garam. Masak sehingga pulut masak, baru dimasukkan gula melaka. Masak sehingga agak pecah minyak.
  

Sunday 11 December 2016

Lepat Jagung



LEPAT JAGUNG

Bahan
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
3 cawan santan
2 tongkol jagung dihiris
1 sudu kecil garam
daun pisang [yg sudah dilayurkan secukupnya]





Cara
1. Campurkan semua bahan kecuali jagung dan tapiskan.
2. Masukkan jagung dan kacau rata.
3. Kacau/Masakkan adunan sehingga kental.
4. Panaskan kukusan.
5. Ambil sesudu adunan dan letakkan atas daun pisang dan lipat.
6. Masukkan dalam loyang kukusan dan kukuskan selama 15 minit.
7. Sejukkan dan hidangkan.

Sunday 4 December 2016

Kek Red Velvet Moist....with love



KEK RED VELVET MOIST
resepi : hanamemories

Bahan
*2 cawan tepung kek/superfine
*2 sudu besar serbuk koko
*1 sudu kecil baking powder
*1 sudu kecil soda bicarbonat
*1 sudu kecil garam
1 cawan buttermilk - resepi di bawah
1 cawan gula halus
1 sudu besar pewarna merah
1 cawan minyak masak
1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi
2 biji telur A
esen vanila

Topping
250g cream cheese @ satu ketul
1/2 cawan whipping cream
1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
1 sudu besar jus perahan lemon




Cara
Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus. 

Tuesday 29 November 2016

Tart telur



TART TELUR

Untuk Kulit 
Bahan
450 gm tepung gandum
250 gm mentega
100 gm gula halus
1 biji telur
2 sudu teh air sejuk
1 sudu teh esen vanilla




Cara
Putar mentega, gula dan esen vanilla hingga kembang.  Masukkan telur dan air.  Putar lagi hingga adunan sebati dan berkrim.
Masukkan tepung gandum dan kacau rata supaya menjadi doh yang lembut.
Ambil sedikit doh, tekan ditapak tangan supaya sedikit rata dan masukkan dalam acuan tart dan dipicit-picit pada keseluruhan acuan dan lebihan diatasnya ratakan dengan menggunakan belakang pisau (guna pisau yg kecil)
Bakar selama 20 minit dengan suhu 180c sehingga masak.

Bahan Filling :
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air
1 ½ sudu besar tepung kastard
½ sudu kecil esen vanilla
Pewarna kuning

Cara Buat Filling :
Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.  Tuangkan adunan ke dalam kulit tart yang telah dibakar terlebih dahulu.  Kemudian bakar semula dalam oven dgn suhu 180c ikut kepanasan oven masing-masing selama 20 minit atau hingga masak.

Friday 25 November 2016

Kek Coklat Cheese Lava Berhantu



KEK COKLAT CHEESE LAVA 

BAHAN A
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung / minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus / gula castor
*satukan

2 biji telur Gred A

1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda
1/2 sudu teh baking powder
* ayak




Cara
Satukan BAHAN A dalam bekas
Masak atas api ( double boiler ) sehingga sebati dan gula hancur
Masukkan telur yang telah di kocok
Masukkan tepung yang telah di ayak
Masukkan adunan ke dalam bekas yang di sukai ( masukkan separuh bekas )
Kukus selama 30 minit dengan api sederhana
Sejukkan kek sebentar

KRIM CHEESE
250 gm Cheese ( philadhephia ) lembut kan di suhu bilik dahulu
500 ml UHT Whipping Cream
3 sudu besar susu pekat manis

Satukan cheese dengan susu pekat. Putar hingga lembut
Masukkan UHT whipping cream .Putar hingga adunan cheese menjadi lebih kembang dan mengebu ( jgn putar lama sangat takut uht whipping mencair semula )
Simpan sedikit adunan cheese utk lorekan atas kek

COKLAT LELEH
 300 gm coklat masakan
 300  gm UHT Whipping Cream
1 sudu makan  nutella

Satukan kesemua bahan dan Masak atas double boiler hingga menjadi ganache
Sejukkan sebentar hingga sedikit memekat


STEP MELAPIS KEK

1. KEK
2.ADUNAN CHEESE ( biarkan adunan cheese mengeras dahulu, baru tuangkan adunan ganache )
3, GANACHE
4. LOREK
4 KETEBALAN ADUNAN SETIAP LAPISAN TERPULANG DAN AGAK2 SAHAJA

Wednesday 23 November 2016

Kuih Lapis Tradisional



KUIH LAPIS TRADISIONAL

Bahan
100 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
1/2 cawan gula
125 ml santan pekat
900 ml air
garam secukupnya
pewarna hijau atau merah




Cara
Panaskan pengukus.
Satukan air, santan, gula dan garam dalam mangkuk kacau sebati, kemudian masukkan tepung gandum dan tepung beras kacau lagi.
Bahagikan kepada 2 bahagian sama banyak.
1 bahagian warnakan dengan warna hijau dan 1 bahagian lagi biarkan warna asal iaitu putih.
Sediakan loyang 8" yang sudah disapu dengan sedikit minyak atau butter.
Masukkan 1 cawan warna asal putih kedalam loyang dan kukus selama 3 - 4 minit, masukkan pula warna hijau kukus lagi, buat lah begitu berselang seli hingga adunan habis.
Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 10 minit

*kuih lapis ni macam2 warna dan macam2 corak boleh buat, terpulang lah pada si pembuat... ni warna dan cara kak ruby.



Tuesday 22 November 2016

Agar-agar kering ku jadikan Doorgift utk perkahwinan anak ku.....

Assalammualaikum, Oktober 2016 boleh dikata bulan yang paling sibuk buat diri ku, bukan setakat sibuk saja malah penuh dengan debaran hehehe macam budak-budak nak ambil SPM pula berdebar-debar.......tapi aku bukan nak ambil SPM, cuma nak menerima menantu,  mungkin menantu sulung lah kot membuatkan aku tak senang duduk, macam-macam nak buat, seribu satu yang aku fikir, nak beli tu ni, nak tambah itu ini, macam-macam lah,  dalam pada itu seronok pun ada jugak, nak dapat menantu lah kata kan.
Pekara yang terpenting bagi aku ialah doorgift, untuk doofgift saja aku fikir berbulan-bulan.  Entah macam mana aku teringat agar-agar kering, "wah cantik nya berwarna warni", kata hati ku, aku pun terus nekat nak jadikan agar-agar kering sebagai doorgift untuk perkahwinan anak ku.
Aku mula lah cari resepi hehehe terima kasih Azie Kitchen, dengan resepi dari Azie ini berjaya projek aku.  Semua nya aku buat sendiri, ideal datang mencurah-curah, ku beli botol dan segala keperluan dan akhir nya terjadilah satu bentuk doorgift yang cantik.
Pada hal masa kecik kecik dulu, setiap kali hari raya kakak ku mesti buat punya.  Waktu itu aku tak hiraukan sangat, sebab aku tak berapa suka kalau makan pun satu dua je.  Itu dulu, semua nya hanya tinggal kenangan, kakak pun sudah tiada lagi Alfatihah buat kakak ku.  Entah lah sekarang aku suka pula agar-agar kering sampai aku jadikan doorgift.


Agar Agar Kering
Oleh: Azie Kitchen

Bahan
60 gm agar-agar bertali
1300 ml air
150 gm gula batu - diketuk halus
1200 gm gula pasir
Pewarna makanan (merah, oren, purple dan kuning)





 Cara
Basuh dahulu agar-agar dan rendam sebentar sehingga lembut. Tapis dan buang airnya.
Masukkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar. Masak sehingga agar-agar hancur dan sebati. Pastikan agar-agar benar-benar hancur.
Masukkan gula batu dan gula. Kacau rata.  masak sehingga gula batu hancur. Angkat dan bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna pilihan.
Sejuk dan dan biarkan ia keras baru potong ikut bentuk pilihan anda. Anda boleh guna acuan untuk mendapatkan bentuk bentuk yang menarik.
Jemur ditempat yang panas sehingga ia benar-benar kering dan bergula. Balik-balik sentiasa supaya ia kering sekata.

Friday 18 November 2016

Pau pandan yg sangat lembut



PAU PANDAN INTI KELAPA

Bahan
500 gm tepung pau
11 gm yis  segera
4 sudu besar gula halus
1 1/4 cawan air - kak ruby tumbuk daun pandan ambil air
50 gm shortening atau
4 sudu besar minyak jagung



Cara
Satukan sedikit air suam dengan yis, biarkan sampai berbuih (kalau tak berbuih, pau tak jadi).
Dalam bekas lain bancuh air bersama gula sampai gula larut.
Gaul tepung pau dengan yis yang sudah berbuih tadi, masukkan air gula gaul bagi sebati, masukkan shortening,  kemudian uli sampai menjadi adunan yang lembut.  Bahagikan kepada 15 ketul yang beratnya setiap ketul 50 gm.  Biarkan selama 30 minit.  Masukkan inti dan biarkan lagi selama 15 minit.  Kukus selama 10 minit.  

Thursday 10 November 2016

Pisang smoothie yg tersangat ringkas, tapi sedap



PISANG SMOOTHIE

Bahan
1 biji pisang montel yg masak
2 sudu besar yogurt perisa apa2 je (kak ruby letak 4 sudu)
1 sudu besar gula
100 ml low fat milk
Air ketul secukupnya



Cara
Masukkan semua bahan kedalam blender dan kisar sehingga smooth/halus.
Tuangkan ke dalam gelas kesukaan dan sedia untuk dinikmati.