Nuffnang Ad

Wednesday 21 May 2014

Puding Karamel Lapis Coklat

Assalammualaikum, puding karamel lapis coklat ni memang sedap sangat lebih2 lagi makan masa ia baru keluar dari peti ais, memang lah sedap.......nak buat nya senang dan bahan pun biasa2 je, tapi masa nak keluarkan nya dari loyang tersangatlah susah (bagi kak ruby lah) sebab ia terlalu lembut, (yg kak ruby buat separuhnya hancur berkecai)....walau apa pun puding ni memang sedap.

PUDING KARAMEL LAPIS COKLAT

Bahan A
1 tin susu cair
5 sudu besar gula pasir
3 biji telur saiz A
1 sudu teh esen vanila

Bahan B
1 tin susu cair
5 sudu besar gula pasir
3 biji telur saiz A
4 sudu besar sebuk koko atau
1sudu teh serbuk nescafe atau
1 sudu teh cokat paste

Bahan C
2 sudu besar gula (dihanguskan) atau 2 sudu besar madu















Cara
Kacau bahan A dan bahan B dalam bekas yang berasingan, tapiskan.
Panaskan periuk kukusan. Masukkan gula hangus atau madu kedalam loyang 8 x 8.
Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus hingga masak, kemudian masukkan pula 1/2 cawan adunan B dan kukus hingga masak.  Ulangi lah proses ini hingga semua adunan A dan B habis.
Biarkan betul2 sejuk baru terbalikkan, hidang waktu ia sejuk2 memang sedap.


Tuesday 20 May 2014

Karipap Sardin


KARIPAP SARDIN

Bahan Utk Inti
1 tin sardin
2 biji kentang - dipotong dadu
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dihiris halus
1 biji cili merah - dihiris halus
1 sudu mkn cili kisar
daun sup - dipotong halus
garam secukupnya

Cara
Asingkan isi ikan sardin dari kuahnya, hancur2kan isi ikan sardin, (kak ruby letakkan sedikit jus limau kasturi utk rasa masam2 dan utk hilangkan bau sardin) ketepikan.
Panaskan minyak tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau, masukkan cili kisar, kentang dan sedikit kuah sardin untuk empukkan kentang, kacau2 hingga kentang lembut.
Masukkan isi ikan sardin, garam dan cili merah, masak kan sekejap rasa secukup rasa, masukkan daun sup, kacau sebatikan angkat.

Bahan Kulit
300 gm tepung gandum
3/4 cwn air sejuk
2 sudu mkn minyak masak
1 sudu mkn butter
sedikit garam
Cara
Campurkan semua bahan dan uli sehingga tidak meletak ditangan.  Kemudian canai diatas papan yang ditaburkan sedikit tepung gandum, tekap dengan acuan, masukkan inti tutup dan kelim ditepi (kak ruby guna acuan karipap tak yah kelim)
Goreng hidangkan.

Sunday 18 May 2014

Roti Sarang Lebah

Assalammualaikum, hari ni mood kak ruby rajin sangat lah agak nya, apa tidak nya pagi menjala petang menguli......terasa pula nak makan roti sarang lebah hujan2 ni, memang dah lama rasa nak makan roti ni, tapi disebabkan penyakit malas, semua bahan2 terbiar je macam tu, petang ni baru datang rajin nya.....betul lah seperti kata rakan2 blogger roti ni sedap sangat dan tersangat lah lembut, rugi pula kak ruby lambat buat dan tak kan rugi pada sapa yang ingin mencuba.......terima kasih pada tuan punya resepi.

ROTI SARANG LEBAH

Bahan
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh yeast
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
1 sudu besar gula pasir
1/4 cawan plain yogurt
1/4 cawan minyak jagung
1/2 cawan air suam
Almond flakes, pumpkin seeds dan butterscotch seckpnya



Cara
Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk lain, campurkan tepung gandum, garam, dan baking powder kacau sebati.
Masukkan campuran yeast tadi dan yogurt, kacau sebati.  Kemudian uli lah dengan tangan sambil masukkan minyak sedikit demi sedikit, terus menguli sehingga tidak lekat ditangan atau jadi elastic.
Biarkan naik 2 kali ganda (lebih kurang 1 jam).  Kemudian tumbuk2kan untuk keluarkan angin.
Sapukan tangan dengan sedikit minyak, ambil doh buatkan bulat2 sebesar bola golf dan susun didalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak atau butter.
Taburkan dengan almond flakes dan pumpkin seeds, biar lagi hingga naik 2 x ganda.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 180c, 10 minit pertama gunakan api bawah sahaja, 5 minit terakhir guna api atas bawah.

Roti Jala lagi.....

Assalammualaikum, roti jala ni kak ruby buat untuk minum pagi, jadi pagi2 lagi dah bangun menjala,  dengan mata yang tidak berapa nak ceria lagi, roti jala pun tidak lah secantik yang diharapkan, tengok halus2 jadi nya berselerak je kan.......tapi rasa nya tetap sedap kata anak dan suami kak ruby hihihi, terima kasih suami dan anak.

ROTI JALA
Bahan
3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 cawan santan
1 biji telur
sedikit garam
pewarna hijau dan kuning



















Cara
Blender semua bahan hingga sebati, kalau pekat sangat tambah sikit je air.
Tuang dalam acuan roti jala.  Panaskan pan, jala lah dengan cara tersendiri.
Bila nampak adunan tidak melekat lagi pan, angkat dan gulung

Monday 5 May 2014

Sri Ayu Jagung


SRI AYU JAGUNG

Bahan
1 1/4 cawan gula
1 1/4 cawan santan
2 3/4 cawan tepung gandum
3 biji telur
1/2 tin jagung krim
1 sudu kecil overlatte
1 sudu besar baking powder
sedikit pewarna kuning
1 biji kelapa parut putih + sedikit garam + sedikit tepung jagung - gaul rata n kukus sekejap




Cara
Pukul telur bersama gula & overlatte hingga kembang dan gebu.  Masukkan santan sedikit2 kacau sebati.
Masukkan tepung gandum yang sudah diayak bersama baking powder, kacau lagi, masukkan jagung krim dan pewarna kuning sebatikan semuanya, perap seketika selama 10 - 15 minit.
Sapu acuan dengan sedikit minyak masukkan kelapa putih yg dikukus, tekan sedikit supaya padat kemudian masukkan adunan, kukus lah selama 10 hingga 15 minit.