Nuffnang Ad

Monday 24 June 2013

Kerabu Epal Hijau

Assalammualaikum, dan alhamdulillah bulan Syaaban dah pun sampai kepetengahannya ........insyaAllah kalau diizinkanNya umat islam akan menyambut kedatangan Ramadhan pula, seronokkan, kak ruby rasa seronok sangat bila ramadhan datang, bahagia rasa, tenang jiwa, rasa diri ini dekat dengan Allah........Ya Allah ampunkanlah segala dosa2 ku, entahlah mengalir pula air mata kak ruby ni........tak sabar nak tunggu ramadhan........lupa pula pada resepi ni hehehe, ni kerabu epal hijau, sebenarnya sudah 3 hari kak ruby buat, tapi hari ni baru ada masa untuk publish di kayumaniskorner............memang sedap, sedap sangat resepi dari Chef Hanieliza, terima kasih Hanieliza
 

KERABU EPAL HIJAU

Bahan
2 biji epal hijau
1/2 batang lobak merah
2 biji cili hijau
2 biji cili merah
1 labu bawang besar
1 kumtum bunga kantan
1 pokok daun ketumbar
1 biji lemon - ambil airnya
1 sudu teh gula 
garam secukupnya

 

Cara
Epal hijau dan lobak merah disagat ataupun diracik panjang.  Semua bahan lain dihiris.
Gaulkan semua bahan dan masukkan jus lemon.  Kacau rata dan rasa masamnya.
Sediakan untuk dihidangkan.

Sunday 23 June 2013

Acar Timun Masak



ACAR TIMUN MASAK

Bahan 
1 batang lobak merah - potong memanjang
1 biji timun - potong memanjang
3 biji cili hijau - belah dua
3 biji cili merah - belah dua
8 ulas bawang putih - kupas kulit biar sebiji sebiji
10 biji bawang merah - kupas kulit biar sebiji sebiji
1 inci halia - potong memanjang
1 sudu makan cili kisar
3 sudu makan cuka
1 sudu teh bijian
1/2 sudu teh biji sawi
garam dan gula secukup nya

Cara
Panas minyak tumis bawang putih dan bawang merah, masukkan cili kisar masak atau kacau sampai wangi, masukkan sedikit air, biarkan mendidih.   Masukkan semua bahan yang dipotong tadi, dan juga biji sawi kacau masukkan cuka, garam, dan gula.  Kacau rata masak jangan lama sangat cukup 2 atau 3 minit je rasa secukupnya masukkan bijian. tutup api.  

Friday 14 June 2013

Ayam Masak Merah



AYAM MASAK MERAH

Bahan
1/2 ekor ayam - potong ikut suka
2 sudu mkn cili kisar
3 sudu makan cili sos
4 sudu mkn tomato sos
1/2 cawan air
garam
kunyit

Bahan kisar
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan sampingan
1 biji buah tomato - belah 4
1 biji bawang besar - potong bulat
2 biji cili besar - potong memanjang
1/2 biji capsicum merah - potong memanjang
1/2 biji capsicum hijau - potong memanjang

 

Cara
Ayam yang sudah dipotong dan dibersih, gaul dengan garam dan kunyit, goreng 1/2 masak. ketepikan.
Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan cili kisar masak hingga pecah minyak.
Masukkan air, cili sos, tomato sos, garam, gula dan ayam, masak hingga pekat sikit, masukkan semua bahan sampingan, kacau bagi sebati dan rasa secukupnya tutup api. 

Wednesday 12 June 2013

Nasi Minyak

Sebenarnya nasi minyak ni kak ruby masak semalam, untuk anak kesayangan kak ruby tu, sebelum wafa berangkat terbang dapat lah kami anak beranak makan beramai-ramai..........
 

NASI MINYAK

Bahan
2 cawan beras basmati
3 cawan air
1 cawan susu cair
1 sudu mkn minyak sapi
1 helai daun pandan - disimpul
Garam secukupnya

Bahan tumis
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga



 

Cara
Panaskan minyak sapi dan tumiskan bahan tumis hingga naik wangi, masukkan daun pandan, kacau rata.
Masukkan air, susu cair dan garam, masukkan beras kacau rata, tuangkan kedalam periuk nasi elektrik masak macam masak nasi biasa, bila sudah hampir2 kering titik titikkan pewarna kuning. 
Bila nasi sudah masak, kacau rata. boleh dihidangkan, sebelum itu taburkan dengan kismis dan bawang goreng.

Monday 10 June 2013

Laksa Johor II



LAKSA JOHOR II

Bahan 
1 bungkus spagheti - rebus dgn air dan campur 1 sudu mkn minyak hingga lembut
1 kilo ikan kembung - rebus, ambil isi dan blender halus
1 mangkuk kecil cili kisar
1 peket rempah kari ikan
1 1/2 kotak santan
1 kotak air - guna kotak santan
5 keping asam keping
garam secukupnya
minyak secukupnya

 Bahan kisar
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkus

Bahan ulam
Kacang panjang - potong bulat nipis
taugeh
Bunga kantan - dihiris halus
Timun
Limau kasturi
cili merah 


Cara
Campurkan bahan kisar dengan rempah kari ikan gaul hingga sebati.
Panaskan minyak tumis cili kisar sehingga pecah minyak, masukkan bahan kisar bersama rempah tadi, masak lagi hingga sebati dan pecah minyak jugak.
Masukkan santan, air. ikan asam keping dan garam.  Masak hingga mendidih dan pekat.
Rasa masam masinnya tutup api boleh dihidangkan bersama sphageti dan bahan ulan.

Sunday 9 June 2013

Talam Cendol II

Assalammualaikum, hari ni kak ruby buat talam cendol, ni kali yang kedua kak ruby buat untuk publish kat kayumaniskorner, kalau dulu kak ruby buat hanya untuk 1/2 adunan je...... tapi kali ni kak ruby buat adunan penuh bagaimana resepi asal dari chef kesukaan ramai iaitu Chef Asma......kak ruby pula ambil dari blog Rohah Damai Qalbu, terima kasih pada kedua-duanya, memang sedap.

 
TALAM CENDOL  II

Lapisan bawah
Bahan A
200 gm tepung beras *
250 ml santan pekat *
450 ml air *
1 sudu besar tepung jagung *
120 gm gula kaster
1 sudu teh garam

Bahan B
100 gm cendol - bungkus kecil

















Cara
Satukan bahan yang bertanda * dan tapis kedalam periuk, masukkan bahan lain di bahagian A.
Masak bahan A sehingga naip wap sekejap je diatas api, angkat masukkan cendol gaul rata.
Masukkan ke dalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu sedikit minyak dan diatas dengan plstik.
Kukus selama 25 minit.  Selepas masak, cakar2kan dengan garpu.

Lapisan atas
Bahan A
300 gm gula merah
50 gm gula kastor
500 ml air

Bahan B
150 gm tepung gandum
3 biji telur
250 ml santan pekat
1/2 sudu teh garam


Cara
Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebantar.
Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati.  Masukkan bahan A kedalam bahan B dan tapiskan kedalam periuk, masak hingga naik wap (jangan pekat sangat masak sekejap je)
Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit. 




Saturday 8 June 2013

Apam Palka Dot

Tempahan untuk hari ini, walau pun kecil kecilan kak ruby tetap seronok.........terima kasih pada yang sudi memberi keprecayaan pada kak ruby.....






Wednesday 5 June 2013

Peach Tiramisu



PEACH TIRAMISU

Bahan
1 peket biskut lady fingers
250 gm cheese cream
250 shipping cream
50 gm gula aising
milo dan nescafa secukupnya - utk diayak diatas tiramisu
1 mangkuk air nescafa - utk celupkan biskut lady fingers

 

Cara
Pukul cheese hingga gebu, masukkan gula aising pukul lagi, masukkan whipping cream dan pukul lagi hingga sebati.

Utk filling
110 gm peach jam
50 ml air suam - ikut pada kepekatan
2 sudu mkn gula aising

 
Cara
Campur kesemua bahan dan kacau hingga sebati (kalau nak pekat kurangkan sukatan air)

Cara untuk melapis
Letakkan filling didalam bekas kemudian susun biskut yang sudah dicelup dan letakkan pula cream cheese, ulang proses ini hingga habis,  ayak campuran milo tadi dan hiaskan dengan buah peach. sejukkan dalam peti ais, makan sejuk2 sedap sangat.

Pai Crustless

Assalammualaikum, untuk hari ni anak kesayangan tu masak lagi,  tapi kata wafa dia tak nak makan nasi, nak masak yang western je, senang dan ringkas tapi tetap makanan seimbang.........masa wafa sibuk2 memasak sempat jugak lah kak ruby buat dessert, kak ruby buat peach tiramisu, sedap juga makan dengan pai nanti 'bisik kak ruby"........resepi pai crustless ni wafa ambil dari buku1 hari 1 resepi,  sapa lagi kalau bukan CHEF HANIELIZA yang sememangnya semua orang dah kenal, dan kak ruby pun selalu guna resepi Chef Hanieliza,  terima kasih chef, memang sedap.
   

PAI CRUSTLESS

Bahan
300 gm daging kisar
200 gm udang - dibuang kulit
5 batang sosej - dipotong bulat
10 biji cendawan butang -dipotong kecil
2 biji tomato - dipotong dadu
1 biji capsicum merah - dipotong dadu
1 biji capsicum hijau - dipotong dadu
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 sudu mkn serbuk lada hitam
1 sudu mkn serbuk oregano
2 sudu mkn minyak masak
garam secukupnya

Untuk Doh pai
1 cawan susu segar
5 biji telur ayam
125 gm kayu cheddar

                                                      sebelum dibakar

 

Cara
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang besar sehingga layu, masukkan daging kisar dan kacau rata.  Masak sehingga air kering.  Masukkan sosej dan kacau lagi.
Masukkan serbuk lada hitam dan serbuk oregano teruskan kacau, masukkan tomato, capsicum merah hijau, cendawan butang dan garam, biarkan hingga masak ketepikan.
Kemudaian masukkan susu segar dan telur kedalam mangkuk tahan panas, kacau rata atau sebati.  Masukkan pula keju cheddar dan bahan inti tadi kacau rata.  
Susun udang dan bakar didalam oven pada suhu 180c selama 1 jam.
Siap sedia untuk dihidangkan.

Monday 3 June 2013

Nasi Tomato

Tengahari tadi niat dihati kak ruby nak masak nasi tomato, ayam masak merah dan acar darat atau ada juga setengah orang panggil jelatah.........tapi yang sempat masak cuma nasi je, yang lain-lain tu semua tak sempat, tengah-tengah masak air paip perlaahaaaaaaan terus habis, kering satu titik pun tak de........bagai nak menangis kak ruby........nasib baik lah ada air simpan sikit cukup untuk basuh ayam dan terus masuk semula kedalam peti ais......tak makan nasi lah kak ruby dua beranak, dalam pukul 3 wafa anak kak ruby order pizza domino........pukul 7 malam baru ada air semula, dapat lah kak ruby masak ayam dan acar, hehehe kira nya dapat jugak lah makan nasi tomato.
NASI TOMATO

Bahan
2 cawan beras
2 cawan air
3/4 cawan susu cair
1/4 cawan minyak sapi
1/2 cawan tomato puree
5 ulas bawang merah - dihiris halus
3 ulas bawang putih  - dihiris halus
1 inci halia - dihiris halus
3 biji buah pelaga
3 kumtum cengkih
1 kumtum bunga lawang
1 inci kayu manis
garam secukupnya

 

Cara
Basuh beras dan tos, ketepikan.
Panaskan minyak sapi dan tumis bahan-bahan yg dihiris halus dan jugak buah pelaga, cengkih, lawang dan kayu manis hingga kekuningan.  Kemudian masukkan tomota puree, susu cair, air dan garam.kacau hingga mendidih.  


Masukkan beras kacau hingga sebati biarkan mendidih, tuangkan kedalam rice cooker masaklah seperti biasa. 


Saturday 1 June 2013

Agar-Agar Lapis Pic

Assalammualaikum, dan salam kasih sayang dari kak ruby pada yang sudi singgah di kayumaniskorner.......untuk sejukkan tekak dimusim yang panas ni kak ruby buat agar-agar lapis pic, sebenarnya ada cerita disebalik resepi agar-agar ni......resepi asal bukan agar-agar tapi "puding pic flora" kak ruby ambil dari majalah RASA, cerita nya untuk jadikan puding kita kena letak tepung jagung, waktu kak ruby masak, bancuhan tepung jagung tu kak ruby termasuk kedalam masak lemak, kak ruby sangkakan santan, sebab pada masa yang sama kak ruby tengah masak lemak sayur .........bila kak ruby cari tepung jagung, tepung jagung pula dah habis stok dalam simpanan, jadi tertukar lah puding pada agar-agar.......masak lemak kak ruby tu hehehe bayangkanlah apa rasa dia, bila dah dicampur dengan tepung jagung.........
 

AGAR AGAR LAPIS PIC
resepi asal ada dlm majalah RASA

Bahan
12 gm serbuk agar-agar
4 cawan air
125 gm gula
150 ml susu segar
buah pic - dipotong dadu
sedikit pewarna kuning

 

Cara
Susun buah pic didalam acuan ketepikan.
Masak serbuk agar-agar bersama air dan gula hingga larut  Masukkan susu segar  kacau hingga mendidih.
Tutup api, ambil separuh adunan tuangkan kedalam acuan yang telah disusun dengan buah pic tadi, biarkan separuh beku.  Sementara itu kacau semula adunan yang separut tadi keatas api yang pelahan dan masukkan buah pic yang dipotong dadu tadi, masukkan jugak sedikit pewarna kuning, kacau sebati.
Kemudian tuangkan keatas agar-agar yg separuh beku tadi.
Sejukkan dalam peti ais.