Nuffnang Ad

Tuesday 29 January 2013

Pengat Pisang Tanduk



PENGAT PISANG TANDUK

Bahan
1 biji pisang tanduk*
100 ml santan pekat
2 cawan air
1/4 cawan sagu - direndam sekejap cuci dan ditoskan*
1/4 cawan gula merah - didihkan dgn sedikit air dan ditapiskan
4 sudu mkn gula pasair  - boleh kurang atau tambah
sedikit garam
2 helai daun pandan - disimpul

 

Cara
Pisang dibelah dua dan dipotong serung, ketepikan.
Satukan semua bahan ke dalam periuk  kecuali bahan yang bertanda *  kacau diatas api hingga mendidih, kemudian masukkan pisang dan sagu masak hingga pisang sedikit empuk dan sagu kembang. Rasa secukupnya, tutup api. 


( Kedua-dua bahan ni tidak boleh masak lama sangat, pisang nanti jadi lembik dan sagu pula akan menyebabkan kuah menjadi pekat).


   

Sunday 27 January 2013

Kentang Putar

Assalammualaikum semua, 1 hari, ari ni kak ruby masuk hutan tempat rekreasi.....seronok dan bahagia sangat2, bila dapat bersama kehijauan pokok2, air terjun, burung2, serangga2 wowww!!!!! best nyer, udara bersih sejuk sekeliling...air-cond. Allah....terima kasih Allah....... Bila balik sampai dirumah lega badan dan terus tertidur hingga petang......Jadi malam ni kak ruby hanya dapat masak kentang putar je hehehe.....cukup lah, makan buah-buahan banyak2.
    

KENTANG PUTAR

Bahan
3 biji kentang sederhana besar
1/4 cawan susu segar
1 susu mkn butter
sedikit serbuk lada hitam
sedikit lada sulah
sedikit garam

 

Cara
Cuci kentang bersih2 rebus hingga lembut dan buang kulitnya.
Kemudian lenyek hingga halus, masukkan susu segar, butter, lada hitam, lada sulah dan garam, kacau sebati, bentukkan bulat2.

Bahan Sos
1/2 biji bawang besar (dipotong halus)
1 ulas bawang putih (dipotong halus)
3 sudu mkn butter
1 susu mkn tepung jagung (bncuh dgn sedikit air panas)
1 kiub ayam 
2 cawan air
sedikit lada hitam, lada sulah.


Cara
Cairkan butter dalam kuali tumis kedua-dua bawang tadi, kacau2 hingga bawang bertukar menjadi warna sedikit perang.  Masukkan bancuhan tepung jagung, masak lagi sehingga tepung jadi warna coklat, masukkan air kacau sebati.
Masukkan kiub ayam, lada hitam dan lada sulah kacau sebati, kalau sos terlalu pekat, tambahkan sedikit air..kacau lagi hingga sebati,  rasa secukupnya....tutup api.
Bolehlah dihidangkan bersama kentang yang sudah di bulat-bulatkan tadi.
 

Tuesday 22 January 2013

Agar Agar Buah Kiwi



AGAR AGAR BUAH KIWI

Bahan 
2 biji buah kiwi
10 gm agar2 bertali
7 sudu besar gula 
3 cawan air
1/2 cawan air (utk blend brsama buah kiwi)
1/2 cawan susu cair
sedikit pewarna hijau

 

Cara 
Blender buah kiwi dengan 1/2 cwn air, ketepikan
Masak agar2 bersama air hingga hancur masukkan gula bila gula dah larut, masukkan pewarna, buah kiwi yg siap blend tadi dan juga susu cair.
Kemudian masukkan ke dalam acuan yang sudah dibasah dgn air terlebih dahulu, biarkan sejuk, masukkan dalam peti ais.
* Itu Cara Resepi Asal


Cara Kak Ruby (1/2 adunan je)
Buah kiwi dibelah 4 buang urat tengah yang putih, blender sekejap supaya biji dia tak hancur, ketepikan
Masak agar2 bersama air hingga hancur masukkan gula, bila gula sudah larut,  bahagikan pada 2 bahagian.
1 bahagian masukkan pewarna hijau, buah kiwi yg di blend tadi dan 1 bahagian lagi dimasukan susu cair.
Ambil bahagian warna hijau tuang kedalam acuan pilihan biarkan separut beku tuangkan pula bahagian susu cair. kemudian bekukan dan sejukan dlam peti ais.



Thursday 17 January 2013

Kek Lapis Oren Badam

Hehehe, banyak nyer limau.... ye lah tahun baru china dah tak lama lagi...buat kek lapis oren lah kak ruby, terima kasih Noraini, kak ruby ambil resepi,  tapi kak ruby ubah cara sikit tau....bukan apa kak ruby lebih selesa dan senang dengan cara kak ruby......apa2 pun terima kasih Noraini memang sedap kek lapis oren ni.


KEK LAPIS OREN BADAM
resepi asal: Noraini Zakaria


Bahan A
300 gm mentega
150 gm gula kastor
14 biji kuning telur
5 sudu mkn susu pekat manis
2 sudu teh pes oren atau jus oren
















Bahan B
150 gm gula kastor
6 biji putih telur
1/4 sudu teh krim of tartar
Bahan C
180 gm tepung hong kong
100 gm serbuk badam
1 sudu teh serbuk penaik
Bahan D
sedikit badam keping untuk hiasan


Cara
Pukul bahan B hingga kembang dan kental, ketepikan.
Satukan bahan A kecuali kuning telur, pukul dengan kelajuan tinggi sehingga adunan kembang dan berkrim.  Kemudian masukkan kuning telur sedikit2 sambil dipukul hingga sebati.
Masukkan bahan C, tepung hong kong yg sudah diayak bersama serbuk penaik, juga masukkan serbuk badam kacau sebati.
Masukkan pula bahan B yg sudah di pukul tadi, kacau perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu saja.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian campurkan pewarna oren dan pes oren, 1 bahagian lagi dibiarkan warna asal.
Ambil satu cawan adunan warna oren masukkan kedalam loyang, dan bakar dengan api atas bawah selama 7 minit atau sehingga kek berwarna perang, masukkan pula 1 cawan warna asal, bakar dengan api ATAS saja, ulangi proses ini hingga adunan habis.
Untuk lapisan akhir susunkan badan keping diatasnya. 



Wednesday 16 January 2013

Agar agar Lapis Susu & Milo

Maaf banyak banyak ye.....sebenarnya kak ruby tak tau sapa tuan punya resepi ni, dah lama sangat kak ruby salin, dari blog sapa dah lupa......sekali lagi kak ruby minta maaf banyak2 sebab kak ruby dah olah dengan cara kak ruby.   Halal kan ye......


AGAR AGAR LAPIS SUSU & MILO

Bahan Untuk Lapisan Milo
8 gm agar2 bertali
2 cawan air
1/3 cawan gula
3/4 cawan milo

Cara
Masak agar2 bersama air hingga agar2 larut, masukkan gula dan milo kacau perlahan lahan hingga gula larut, tapiskan.  Tuangkan adunan kedalam loyang empat segi 20 x 20 cm atau pun apa2 acuan yang disukai. 
Biarkn beku sekejap, kemudian cakar sedikit permukaan lapisan milo dengan garfu dan boleh lah tuangkan lapisan susu.

Bahan Untuk Lapisan Susu
10 gm agar2 bertali
1 3/4 cawan air
1/2 cawan gula
1 cawan susu cair
beberapa titis esen vanila - kak ruby tak letak

 
Cara
Masak agar2 bersama air hingga larut, masukkan gula dan kacau sebati.  Tapiskan, masukkan susu kacau bagi sebati.  Dengan perlahan-lahan tuangkan adunan keatas lapisan milo tadi.  sejukkan dalam peti ais.

* Resepi asal diatas tu cuma untuk 2 lapisan saja iaitu milo dan putih.......tapi kak ruby saja   jadikan 4 lapisan.  


Nasi Goreng Kampung

Assalammualaikum....ari ni kak ruby masih sibuk lagi dengan projek, projek belum habis habis lagi......kalau minggu lepas kak ruby ambil tempahan buat apam polkadot, minggu ni ambil tempahan hantaran untuk orang bertunang pula,  sibuk sangat,  hari bertunang dah hampir ni 19 Jan,  jauh pula tu, nunnnnnn di negeri che siti wan kembang......nampak nya minggu ni kak ruby jalan ke pantai timur pula lah, nak bawak hantaran......Jadi tengahari ni kak ruby sempat goreng nasi je, nasi goreng kampung...... sedap jugak, makan panas2 dan pedas2  minum air merah.   Dalam sibuk2 pun sempat lah jugak kak ruby buat pemanis mulut, untuk hilang kan rasa pedas nasi.  kak ruby buat agar-agar lapis milo.
  

NASI GORENG KAMPUNG

Bahan
1 mangkuk nasi putih
1 ikat kangkong
1/2 cawan ikan bilis - digoreng
1/2 cawan ikan bilis*
1/2 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
5 biji cili padi*
garam secukupnya

 

Cara
Tumbuk kasar bahan-bahan yang bertanda * ketepikan
Kangkong dibersih dan dipotong potong,  ketepikan.
Panaskan minyak tumis bahan tumbuk hingga naik bau, masukkan sedikit garam kacau kacau, masukkan kangkong masak hingga kangkong nampak layu sikit, Masukkan nasi, kacau sebati.
Kemudian rasa secukupnya, tutup api, angkat.  Hidangkan bersama ikan bilis goreng.
Makan panas panas sedap.

Tuesday 15 January 2013

Apam Polkadot 11

Minggu ni kak ruby dapat tempahan sikit, sikit je....tapi kak ruby seronok sangat, entah lah mungkin minat kot....walaupun 350 biji cuma.... kak ruby tetap bahagia.....kak ruby buat dengan tekun dan amat teliti sekali, supaya hasil nya memuaskan hati tuan punya......Alhamdulillah tuan punya puas hati, terima kasih Allah.


APAM POLKADOT  11

Resepi nya tak perlu lah diletakkan lagi,  semua orang dah tahu kan.....sapa tak tahu dan kenal apam polkadot ni.....kak ruby cuma nak tayangkan gambar2 nya je sebagai kenangan buat diri kak ruby.....















Monday 14 January 2013

Jemput Pisang



JEMPUT PISANG

Bahan
2 cawan pisang lecek*
2 1/2 cawan tepung gandum*
1/4 cawan gula merah*
1 sudu teh baking powder*
sedikit garam*
minyak untuk menggoreng

 

Cara
Gaulkan semua bahan yang bertanda * hingga sebati. Biarkan 10 minit supaya gula didalam adunan tu cair dan sebati.   Panaskan minyak, kemudian jemput2 kan adunan masukkan kedalam kuali, bila sudah hampir kekuningan terbalik2kan, masak angkat, dan toskan minyak nya.   Buat lah begitu hingga adunan pisang habis. 

Friday 11 January 2013

Nasi Goreng Pattaya



NASI GORENG PATTAYA

Bahan
1 mangkuk nasi putih sejuk
1 sudu besar minyak
1/2 biji bawang besar + 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 mangkuk isi ayam
1 sudu besar sayur campur
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar cili sos
2 biji telur ayam
1/2 kuib ayam adabi
sedikit garam


Cara
Panaskan minyak, tumis bawang tumbuk hingga naik bau, masukkan cili kisar kacau2 masukkan isi ayam, kacau dan biarkan air ayam kering.  masukkan cili sos, garam dan sayur campur kacau sebatikan.  
Masukkan nasi kacau hingga kesemuanya sebati, rasa secukupnya, tutup api. angkat.
Untuk telur
Pukul telur bersama sedikit garam, tuangkan kedalam kuali non-stick, dadar dan nipiskan, bila telur cukup masak, tutup api.  Ambil nasi goreng masukkan kedalam mangkuk, kemudian telangkup kan keatas telur dadar pastu lipat kemas2. Siap.

Tuesday 8 January 2013

Lapis Pelangi

Hari ni kak ruby ceria sedikit, kuih pun berwarna warni macam pelangi selepas hujan turun, hehehe..........tak kisah lah asal kan bahagia kan,  tapi kak ruby sedih dan simpati pada kawan2 yang rumah mereka tidak ada air, mesti susah dan tak bahagia mereka.......susah segala2nya nak masak, membasuh  lebih2 lagi yg ada anak2 kecil, simpati kak ruby......apa boleh buat, siapa yang harus dipersalahkan................................. 


KUIH LAPIS PELANGI

Bahan
1 cawan tepung gandum

3 sudu besar tepung beras
3 sudu besar tepung jagung
2 cawan santan
2 cawan susu cair (k ruby saja ltk susu, tak suka lemak sngt)
1/2 cawan gula
1/2 sudu teh garam
pewarna kuning, hijau, biru, ungu dan merah


 


Cara
Gaul semua bahan kecuali pewarna dan tapis.
Bahagikan kepada 5 bahagian, warnakan setiap bahagian dengan warna2 pilihan.
Panaskan kukusan, dan sapukan sedikit minyak pada loyang atau acuan2 kecil.
Kemudian kukuslah selapis-selapis dgn warna yang berlainan, setiap lapisan kak ruby kukus selama 5 minit, utk lapisan terakhir kukus selama 30 minit atau hingga masak.
Biarkan kuih betul2 sejuk baru keluarkan dari acuan atau potong.
 


Sunday 6 January 2013

Apam Balik

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia, Hari ni ada kenduri rumah jiran depan rumah kak ruby, jadi tak payah lah masak ..........selepas solat zohor kak ruby terasa dan teringin sangat nak makan apam balik yang buat sendiri, tak nak yang beli kat pasar malam......kak ruby mencuba dari resepi Puteri Manja......
Dipendekkan cerita...jadi pulak, cantik dan sedap pulak tu !!! Tak payah beli kat pasar malam lagi....terima kasih Puteri.
 

APAM BALIK

Bahan
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
1 1/2 cawan air
1 biji telur
sedikit pewarna kuning
 
Bahan untuk di tabur dlm apam balik
kacang tanah - di blender kasar
gula
jagung cream dlm tin
 

Cara
Mesin gula bersama telur hingga kembang, masukkan air, soda, baking powder dan pewarna mesin lagi hingga sebati.  Akhir sekali masukkan tepungl, mesin lagi hingga semuanya betul2 sebati.
Ambil 1 senduk adunan masukkan dalam kuali non-stick, leper kan sikit adunan.  
Biarkan sekejap bila sudah berlubang lubang taburkan dengan bahan2 tabur. Bila sudah masak lipatkan, angkat.  





Friday 4 January 2013

kek Buah

Hari ni mengidam pula nak makan kek buah....dalam pada teringin tu, malas pun ada jugak....bagi kak ruby kek buah yang kukus tu lagi sedap, tapi kak ruby malas nak kukus lama sangat sampai 2, 3, 4, jam, malas lah pula nak jaga air kukus tu nanti kering nak tambah lagi, nak jaga supaya air jangan masuk dalam kek lagi, malas betul lah.....penyakit malas dah datang lah ni..... buat je lah yang bakar, senang.  tapi kurang sedap sikit......

KEK BUAH - Bakar 
Bahan
200 gm tepung naik sendiri
200 gm mentega
80 gm gula halus
4 biji telur gred A
350 gm buah campuran (dlm kotak)
100 gm madu
1 sudu kecil esen vanilla
Cara
Pukul gula dengan mentega hingga sebati, tak perlu lama sangat.
Kemudian masukkan telur satu persatu pukul sehingga sebati, masukkan esen vanila.
Setelah sebati masukkan tepung sedikit demi sedikit pukul lagi hingga nampak berkrim sedikit. Masukkan madu dan buah campuran gaul sebati.
Masukkan kedalam loyang yang telah disapu mentega dan ditabur dengan sedikit tepung.
Bakar pada suhu 160c selama 45 minit atau hingga masak.




*Taburkan sedikit tepung ke dalam buah campuran, gaul rata…ini supaya buah campuran tidak tenggelam ke bawah. 

Mihun Goreng





MIHUN GORENG KAK RUBY

Bahan
1 bungkus mihun - rendam, sampai lembut - toskan
200gm udang
4 ulas bawang putih - diketuk

1 biji bawang besar - dikisar
sawi - dibersih , dipotong 
2 sudu mkn cili kisar

5 sudu  mkn cili sos
2 sudu mkn kicap
garam, sedikit gula
cili merah - hiasan
1 biji telur, di dadar - hiasan

 

Cara
Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau, masukkan cili kisar masak hingga cili naik minyak, masukkan cili sos, kicap, garam dan sedikit gula masukkan 1 cawan air.  Biarkan mendidih, masukkan udang, bila udang sudah bertukar warna merah, Masukkan mihun dan sawi.
Kacau2 hingga semua nya sebati dan sayur sudah lembut.  Tutup api.

*Sebenarnya sayur2 tu ikut apa yang kak ruby sempat je.....kadang2 kak ruby letak tauge, gobis   dan apa2 yang ada dlm peti ais, kali ni itu je yg ada.
 

Tuesday 1 January 2013

Bubur Jagung

Assalammualaikum dan selamat tahun baru pada yang sudi singgah di kayumaniskorner......masing2 tentu banyak kenangan manis dan jugak pahit disepanjang di tahun 2012 kan?,  bagi diri kak ruby 2012 banyak kak ruby habiskan di bumi Sarawak.  SIBU.... di sana lah banyak kenangan manis kak ruby di tahun 2012, kak ruby belajar buat kek lapis sarawak disana, makan dan masak makanan sarawak, dapat jugak kawan2 dari berbagai suku kaum di sibu. Kawan2 kak ruby di sana semua nya baik2...kak ruby sayang dan rindu pada kawan2 disana...Ohhhhhh banyak sungguh kenangan manis di sibu, tak tertulis disini......kak ruby love Sibu.......lupa pula petang ni kak ruby masak bubur jagung, resepi pertama kak ruby masuk ke kayumaniskorner tahun 2013.
 

BUBUR JAGUNG

Bahan

4 batang jagung manis
5 cawan air
1 cawan santan pekat
1/4 cawan sagu - direndam
3 sudu mkn gula pasir - boleh kurang/tambah
3 sudu mkn gula merah/gula melaka
2 helai daun pandan - disimpulkan
secubit garam 

 

Cara
Jagung dipotong nipis, masak isi jagung, daun pandan dan air hingga mendidih.
Sementara itu basuh sagu dan toskan.
Bila dah mendidih masukkan gula pasir, gula melaka, garam dan santan.
Masak dengan api sederhana dan hendaklah dikacau supaya tidak naik kepala santan.
Bila bubur mendidih masukkan sagu. 
Masak sehingga sagu bertukar warna jernih.
Angkat dan hidangkan.