Nuffnang Ad

Wednesday 30 May 2012

Muffin Pisang

xx


MUFFIN PISANG

Bahan :
2 cawan tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula
4 biji pisang dilenyek
1/2 cawan minyak jagung
1 s/k esen vanila
3 biji telur
1 sudu teh ovallette
Choc Chips

Cara :
1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder,  dan panaskan oven 180darjah.

2. Kemudian, putar telur, ovallette dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.

3.Akhir sekali baru masukkan minyak dan kacau sebati, selepas itu masukkan adunan dalam paper cup/cup muffin. Letakkan choc. chips dan bakar pada suhu 160-170C darjah selama 20 minit.

4. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai.

Pulut Sri Kaya

Assalammualaikum semua jiran2 kak ruby,  mlm tadi selepas mkn mlm, terasa pula tekak ni nak mkn pulut sri kaya, terasa bau serbuk kayu manis....sdp nya...pulut sri kaya ni lain sikit dengan pulut seri muka, tak lah jauh sngt beza nya cuma sri kaya ada serbuk kayu manis dan serbuk jintan manis....tu yg kak ruby suka tu, wangi....kak ruby pun wat lh walau pun dah kul 10 mlm, pulut mmng kak ruby dah rendam dr ptg lg, cuma tak tau nak wat pe, mlm2 ni baru tringat nak mkn sri kaya.....tapi bukan utk mkn mlm, untuk brkfst esok pg.   


PULUT SRI KAYA

Bahan:
Bahan Bahagian Bawah
1 1/2 cawan pulut
3/4 cawan santan cair
1/2 sudu kecil garam



 

Cara :
Bacuh pulut dan rendam beberapa jam.
Satukan semua bahan diatas, masukkan dalam loyang atau bekas kecil2 dan kukus separuh masak atau hingga santan kering. Kemudian tekan pulut supaya ia kemas dan padat.
Tuangkan adunan bahagian atas keatas nya.  Las tu kukus semula 20 - 30 minit.
Sejukkan dulu baru potong dengan pisau plastik.

 Bahan Bahagian Atas
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu kecil serbuk jintan manis
2 cawan santan pekat
1 cawan gula merah
1 biji telur
5 sudu mkn tepung gandum
1 sudu mkn tepung jagung
1/2 sudu kecil garam

Cara :
Semua bahan diatas bancuh sebati dan tapis.
Kemudian kacau atas api sederhana hingga naik wap, tutup api dan tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
  

Tuesday 29 May 2012

Cendol

xx
CENDOL


Bahan :
1 cawan tepung beras
3 cawan air pandan
1 sudu mkn tepung jagung
1 sudu kecil air kapur
sedikit garam
sedikit pewarna hijau


 

Cara :
Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan masak hingga kental dan berkilat, Kacau selalu jangan berhenti supaya ia tidak hangit.
Sediakan bekas besar yang berisi air sejuk, kalau letak ais lagi bagus.  
Masukkan adunan dalam acuan yang berlubang dan tekan sampai adunan jatuh kedalam air sejuk, ia kan jadi cendol.  Boleh lah buat apa yang patut, macam2 boleh buat dengan cendol ni....


Monday 28 May 2012

Kek Karamel

KEK KARAMEL


Semua orang tahu dan sudah makan malah dah menjual pun.....siapa tak tahu dengn kesedapan kek ini, macam kak ruby juga setiap kali buat dan makan tak pernah puas dan jemu rasa nya, apa tah lagi kalau makan sejuk2....aduh, sedap nya tak terkata......bagi kak ruby,  ini entah kali yang keberapa kak ruby buat dah tak ingat pun,  terlampau banyak kali wat.....sapa pereka asal nya kak ruby tak tahu, tapi boleh dikatakan semua blog2 dan juga fb ada resepi kek keramat ini, macam2 warna dan bentuk cantik2 pula tu.  Pada sapa2 yg belum pernah buat dan makan.....cuba lah try mesti tak rugi punya.
Untuk kali ni saja2 kak ruby nak tayang gambar.....resepi semua dah tahu kan.

















Muffin Oreo

xx


MUFFIN OREO

Bahan A:
250gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil teh soda bikarbonat

Bahan B:

150 gm gula halus
180 ml susu cair
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telur
100 ml minyak jagung
10 tangkup biskut oreo (dikisar halus)
Badam kisar tabur/secukupnya

 
 

Cara:
1.Panaskan oven 180c .
2.Campurkan tepung gandum,baking powder dan baking soda bikarbonat diayak Kemudian gaulkan bersama biskut oreo kisar bersama bahan ayak tadi. Ketepikan.
3.Dalam satu bekas berasingan satukan gula,susu cair, telur,esen vanila dan minyak.Kacau sebati.
4.Satukan kedua-dua bahan di atas secara kaup balik hingga sekata.Sendukkan 3/4 adunan ke dalam paper cup.Taburkan badam kisar.
5.Bakar muffin selama 20 minit atau sehingga masak.

Saturday 26 May 2012

Karipap

Assalammualaikum semua, kali ni kak ruby buat karipap tradisional.....kenapa kak ruby kata tradisional, kerana resepi karipap ni adalah dr nenek2 kak ruby.  Itu pun kak ruby dah tukar santan ke majerin, resepi asal guna santan.   


KARIPAP

Bahan inti :
5 biji kentang (potong dadu)
2 sudu makan rempah kari daging
2 biji bawang besar (potong dadu)
3 ulas bawang putih (potong nipis)
1 bungkus daging cincang
sedikit asam jawa 
Garam dan gula
1 cawan air

 Cara :
Panaskan minyak tumis bawang besar (ambil sedikit dari bawang besar yang dipotong dadu) dan bawang putih sampai naik bau. Masukkan daging cincang yang telah digaul bersama rempah kari daging, masak hingga air daging kering.
Masukkan air, kentang, baki bawang besar, kacau sebati masukkan garam, gula dan sedikit asam jawa.
Masaklah hingga kentang empuk.

Bahan pastri :
500 gm tepung gandum
1 cawan air
3 sudu besar majerin
Sedikit garam 


 Cara :
Satukan semua bahan kecuali air, gaul rata dan tambah air sedikit demi sedikit sambil terus diadun hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat pada tangan.
Kemudian canai kan doh dan tekap dengan acuan karipap, masukkan inti dan kelim ditepinya.   Buat lah begitu hingga doh habis.

Puding Sago Berkuah



PUDING SAGO BERKUAH

Bahan
3 ½ cawan air
1 cawan sagu biji (dididihkan dan ditoskan)

Bahan sirap
4 sudu teh gula pasir
1 ½ keping gula melaka (dicairkan)
1 sudu teh tepung jagung
1 tin susu cair ideal
Sedikit garam
Sehelai daun pandan
Pewarna (klu suka)


 


Cara

  1. Sagu dididihkan seketika. Kemudian toskan sagu tadi dibawah air mengalir untuk membuang kanji.
  2. Masukkan sagu kedalam acuan.
  3. Untuk menyediakan sirapnya, masukkan susu cair, gula melaka, daun pandan dan tepung jagung ke dalam periuk. Kacau sehingga gula hancur.
  4. Hidangkan sagu dan tuangkan sirap atas sagu untuk menikmatinya.

Thursday 24 May 2012

Kek Lapis Harimau Malaya




KEK LAPIS HARIMAU MALAYA

Bahan A
10 biji telur
180 gm gula halus
1 sudu makan ovellate
200 gm horlick
200 gm tepung hong kong
* 160 gm coklat masak (dicairkan)
* 120 gm cream cheese

Bahan B
16 oz mentega
½ tin susu pekat manis
1 tin sederhana kaya
1 sudu vanila


 


Cara membuatnya 
Pukul telur, gula dan ovellate sehingga kembang 
Bahan B dipukul berasingan sehingga kembang 
Satukan kedua-dua adunan, gaul sebati 
Masukkan tepung hong kong dan horlick 
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian 

















Bahagian 1 : warna kuning – masuk cheese
Bahagian 2 : warna coklat – coklat masakkan 
Picitkan warna coklat pada lapisan pertama warna kuning dengan menggunakan botol sos 
Bakarlah selapis2 secara berselang seli setiap warna 
Ulangi proses itu sampai habis.

Sunday 20 May 2012

Muffin Strawberry

xx


MUFFIN STRAWBERRY


Bahan :
175 gm buttercup
150 gm gula castor
3 biji telur
150 gm tepung gandum*
1/2 sudu teh baking powder*
25 ml susu cair
1 sudu teh vanila
fillinng strawberry secekupnya
(yg bertanda * diayak bersama)


 

Cara :
Pukul butter, gula dan telur hingga sebati je, jangan kembang sngt, masukkan vanila, tepung yg diayak dan susu cair pukul lagi sebatikan.
Masukkan sedikit adunan dalam acuan dan letak filling strawberry letak lg adunan atas filling.
Panaskan oven selama 10 minit.  Bakar selama 20 minit atau hingga masak,  api atas bawah dengan suhu 160c.

Saturday 19 May 2012

Pulut Kuning




PULUT KUNING
Hari ni hari sabtu...hari cuti, kak ruby teringat dan rasa nak makan pulut kuning pula....sebenarnya dari malam tadi lg kak ruby nak mkn pulut ni, tu lah sebelum tidor semlm kak ruby dah siap rendam pulut bersama kunyit....apa lg seawal pagi kak ruby bangun dan terus kukus pulut, dan seterusnya masak kari daging utk makan bersama pulut kuning nnti. 


 

Kalau dulu2 kat kampung, pulut kuning ni dapat makan semasa ada sesuatu acara saja......contoh nya, ada majlis cukur jambul, khatam quran, majlis kesyukuran dan macam2 majlis lg lah.  kalau hari-hari biasa ni jarang orang buat.


Tapi sekarang bila-bila masa pun boleh buat dan boleh makan.  

Friday 18 May 2012

Apam Kentang

Assalammualaikum semua, semalam kak ruby buat donat kentang....kali ni kak ruby try pula apam kentang, sebenarnya resepi ni apam keledek dari kawan kita Yatie......tapi kak ruby tukar keledek tu pada kentang, sebab kak ruby lbh suka kentang, hehehehe sory ye.....kata nenek nenek keledek tu bnyk angin, jadi saja lah kak ruby gantikan dengan kentang.  Maaf banyak2 ye Yatie......walaupun kak ruby dah tukar, tapi apam ni tetap sedap, lembut dan gebu sngt........


APAM KENTANG
Sumber :Yatie
 
Bahan:
•    3/4 cwn gula pasir*
•    200 ml air*
•    1 helai daun pandan*(* masak sehingga gula hancur dan sejukkan)
•    2 cwn tepung beras
•    1 cwn kentang rebus
•    250 ml santan
•    1 cwn tpng gandum
•    sedikit garam
•    1 sudu kecil yeast
•    1 sudu kecil b.powder
•    pewarna hijau


 













Cara:
1. Kentang rebus di blend bersama dngn santan.
2. Masak gula bersama air dan daun pandan, sejukkan.
3. Dlm mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum,yeast, b.powder dan garam.
4. Satukan semuanya dlm blender dan kisar sebati.
5. Perap selama 1 jam. Sapu minyak pada acuan pilihan.
6. Kukus dalam acuan kecil selama 15 minit.
7. Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.
8. Apam ini boleh di makan bersama dengan kelapa parut.


Thursday 17 May 2012

Donut Kentang




DONUT KENTANG
sumber:  Jalinan rasa
 
BAHAN:
1/2 kilo tepung gandum
1 peket yis mauripan(11gm) (kak ruby guna 1/2 peket je)
1 sudu kecil pelembut roti (kak ruby x ltk)
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 sudu besar susu cair
3 sudu makan marjerin
1 biji kentang sederhana besar (direbus dan lenyekkan)
1 cawan air suam (kak ruby ltk 1/2 cwn je)

 
 


Cara :
1. Masukkan yis kedalam air suam, biarkan ia berbuih..
2. Kemudian masukkan kedalam blender bersama bahan2 yg lain kecuali tepung.. Blend hingga sebati..
3. Masukkan tepung kedlm mangkuk dan bancuh dgn bahan blender td sehingga mendapat satu doh yg lembut dan x melekat ditangan.
4. Simpan didalam peti sejuk selama 1 jam..
5. Bila doh dah naik, keluarkan, canai dan terap dgn acuan donat.
6. Biar adunan naik sekali ganda baru digoreng..


Monday 14 May 2012

Talam Gula Melaka



TALAM GULA MELAKA

Bahan :
Untuk lapisan bawah
1/2 cwn gula 
1 cwn tepung gandum
1 batang gula melaka (dimasak bersama 2 cwn air)
Semua bahan ini dikacau hingga sebati dan ditapis.

Masukkan dalam loyang 8 x 8, loyang boleh dialas dengan plastik atau sapu je dengan butter.  Kemudian selama 10 minit.


Untuk lapisan atas
2 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
1 1/2 cawan santan pekat
garam secukup nya.
Semua bahan ini dikacau sebati.



Kemudian masukkan kedlm loyang lapisan bawah tadi, kukuslah selama 15 minit atau hingga masak.

Solok Lada

xx


SOLOK LADA


Bahan :
6 biji lada/cili merah atau hijau
1 ekor ikan kembung (ambil isi nya saja)*
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
150 gm kelapa putih (yg diparut)*
garam
1 mangkuk santan 

 

Cara :
Cili dibelah dan buang biji nya ketepikan.
Tumbuk kesemua bahan yg bertanda *, satukan dalam mangkuk dan masukkan garam, serbuk perasa klu suka, kak ruby tak suka, gaul sebati. Kemudian masukkan atau sumbat kan ke dalam cili yg dibelah tadi, buat lah sampai habis.
Masukkan ke dalam periuk bersama santan, letakkan sedikit garam dan rebus lah hingga santan kering.  Angkat cili....siap. 
 

Saturday 12 May 2012

Roti Sosej Gulung

xx


ROTI SOSEJ GULUNG

Bahan dan cara sama dengan roti sosej yang kak ruby buat sebelum ni.....cuma cara bentuk nya saja lain, sosej tu boleh goreng atau rebus dahulu.....adunan pula canai kan panjang2 kemudian lilit-lilitkan kat sosej yg sudah direbus.  Kemudian sapu kan kuning telur di permukaan roti dan taburkan sedikit bijian. rehatkan sekejap dan bakar. 



Roti Sosej

xx


ROTI SOSEJ

Bahan A
6 gm yis
1/2 cwn air suam
1 sudu mkn gula
1 sudu mkn  tpg gandum
satukan bhn A dan biarkan yis naik

Bahan B
1/2 cwn gula + 1/2 cwn air panas
satukan bhn B hingga larut

Bahan C
3 cwn tepung gandum
+ ½ cawan tepung gandum (utk tmbh masa menguli klu adunan lembik)

1 peket sosej ayam atau daging


 

Cara :
Masukan 3 cwn tepung kedlm mangkuk adunan, dan juga bahan A dan bahan B, uli tepung…baki tepung 1/2 cawan td boleh digunakan sedikit demi sedikit semasa menguli, uli hingga adunan tak melekat di tangan.
Biarkan adunan naik dua kali ganda, kemudian tmbk2kan buang anginnya.
Ambil sedikit doh leper kan letak sosej diatas nya, balutkan sosej kemas2, potong sosej yg sudah dibalut dan potong hingga menjadi keratan.
Kemudian bentuk2kan sesuka hati, pas tu letak sayur campur, cili sos dan mayonis.  Biarkan selama 15 – 20 minit
Bakar dengan suhu 160c selama 25 minit atau hingga masak.