Nuffnang Ad

Friday 21 October 2016

Pau Cendawan Putrajaya

Assalammualaikum dan selamat pagi, malam tadi kak ruby buat pau cendawan, ni kali yang ke dua selepas pertama kali buat tak menjadi.  Kali ini pun kak ruby tak buat dia punya batang cendawan, sebab mata dah nangtuk sangat, jadi tak buat lah yang remeh-remeh tu buat yang patut je.
Hasil nya tidak lah nampak macam cendawan sangat.  Kata hati kak ruby okey lah tu sudah  jadi kulit cendawan hihihi.  Kalau rajin lain kali buat batang cendawan ye.
Terima kasih tuan punya resepi.


PAU CENDAWAN

Bahan inti
1 cwn isi ayam (yg direbus dn dicarik-carik)
1 cwn cendawan (cendawan butang, shitake,maitake dll)
1 biji bawang besar (dicincang)
2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar tepung gandum
1 cwn stok ayam - kak ruby letak 1 ketul
secubit garam  
serbuk lada hitam secukupnya  

Doh Pau Cendawan Putrajaya
250 gm tepung pau
1 sudu teh yis
3/4 sudu teh baking powder
50 gm gula kastor
120 ml air masak
20 gm shortening

Untuk bancuhan coklat Pau Cendawan Putrajaya
2 sudu besar serbuk coklat
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar air masak





Cara Mudah Buat Pau Cendawan Putrajaya 
Panaskan mentega dan minyak, tumis bawang hingga naik bau.  Masukkan cendawan, masak hingga agak layu.  Masukkan garam dan serbuk lada hitam.
taburkan tepung dan kacau sebati, masukkan stok ayam, didihkan sambil kacau sehingga pekat.
akhir sekali masukkan ayam, kacau sebatikan. Ketepikan.

Uli tepung macam buat pau biasa.  Bahagikan doh kepada 10 bahagian. Tinggal sedikit untuk jadikan tangkai atau batang cendawan.  Bulatkan doh dan intikan. Gentel lebihan doh berbentuk batang cendawan.
Bancuhkan bahan kulit cendawan, tambah air jika perlu sehingga kelikatannya seperti chocalate ganache.
sapu pada permukaan doh dengan berus. Rehatkan doh lebih kurang 40 minit atau sehingga permukaan mulai kelihatan retak.
Kukus doh dan batang dengan api yangbesar selama 10 minit.  Sejukkan seketika, buatkan lubangpada bahagian bawah pau.
Celupkan batang ke dalam lebihan bahan kulit dan tekan kedalam lubang tadi.
Kukus semula selama lebih kurang 2 ke 3 minit.
Siap boleh dihidangkan.