Nuffnang Ad

Wednesday 24 April 2013

Kuih Kaswi II

Assalammualaikum semua pada yang sudi singgah di kayumaniskorner, terima kasih banyak kak ruby ucapkan.........sudah hampir 1 minggu kak ruby berehat, malam ni baru nak publish kan kuih kak ruby di kayumaniskorner,  mulai esok berehat lagi kak ruby selama 1 atau 2 minggu....kak ruby akan balik ke kampung kak ruby di Utara Semenanjung.  Pagi tadi kak ruby dah siapkan 2 biji kek lapis sarawak dibawa bersama.
Cerita tentang balik kampung, kak ruby rasa semua orang suka balik kampung, lebih2 lagi pada mereka yang masih ada ibu dan ayah di kampung..........Bagi diri kak ruby cerita seronok di kampong  berjumpa ibu ayah, pergi sungai, sawah padi, pancing ikan tangkap ayam untuk disembelih malah seribu satu lagi cerita seronok di kampung hanya tinggal kenangan, semua nya itu sudah berlalu dan tak mungkin kembali lagi.......yang tinggal hanya lagu2, sesekali bila dengar lagu2 lama sewaktu dikampung dulu mengalir jugak air mata...........
Untuk mengembalikan kenangan lama, esok kak ruby balik kampung, kak ruby akan menaikki keretapi  hehehe mesti seronok, sengaja kak ruby nak naik keretapi.......Sewaktu di alam persekolahan kak ruby dulu, kak ruby selalu naik keretapi, jauuuuuh dari Kelantan ke Kedah, 2 hari 2 malam baru sampai, keretapi zaman dulu bukan macam sekarang, dulu guna arang, lambat keretapi berjalan.......tapi seronok kak ruby dapat jumpa macam2 perangai manusia, yang best sekali dapat melihat kehijauan pokok2, sungai dan jugak gua........sebab sebahagian besar jalan keretapi  didalam hutan..........tak sabar pula kak ruby nak naik keretapi esok...........1st time ni nak keretapi setelah 40 tahun kak ruby tak naik.   

KUIH KASWI

Bahan
1 cawan gula
1 cawan gula merah
5 cawan air
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung beras
3 sudu besar air kapur
sedikit garam
1 helai daun pandan
kelapa parut + garam

 

Cara
Masak gula merah dan gula putih dengan 2 cawan air dari 5 cawan air tadi, bila dah larut ketepikan.
Tiga cawan air yang berbaki masukkan kedalam bancuhan air gula, masukkan 3 jenis tepung dan air kapur, kacau hingga sebati dan tapiskan.
Masukkan kedalam loyang atau acuan kecil2 yang telah disapu dengan sedikit minyak.
Kukuslah hingga masak, sejukkan kuih baru keluarkan dari acuan.  Hidangkan bersama kelapa parut.

Thursday 18 April 2013

Tiramisu Di hari Lahir


Syukur alhamdulillah hari ini 18 april......aku masih lagi dapat menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan yang indah lagi tercantik......terima kasih Allah diatas segala segalanya pemberian Mu pada hamba Mu ini.  Aku redha diatas segala pemberian Mu, sebab aku bahagia sangat dengan kehidupan aku di hari ini, aku mohon pada Mu, Engkau panjangkan lah kebahagian ku ini hingga ke akhir hayat ku, aku bahagia bersama anak2 dan suami ku..........Amin.....Jadikanlah aku hamba Mu yang sentiasa bersyukur.........
 

Assalammualaikum....Terima kasih banyak2 kak ruby ucapkan pada anak kesayangan tu, WAFA itu lah satu2nya  puteri yang berada dihati kak ruby ini,  semalam kata wafa, "mama tidor lah cepat",  kak ruby dah dapat agak tentu ada suprised yang wafa nak buatkan "hehehe gelak kak ruby".....................Pagi, selepas bangun dari tidor kak ruby nampak ada sebiji kek yang cantik terhidang diatas meja, diatas kek terpacak happy birthday, tersenyum bangga kak ruby.........rupanya anak kesayangan tu pandai buat kek tiramisu, cantik memang cantik air tangan anak mama........terima kasih sayang.



TIRAMISU CAKE

Bahan
250 gm cream cheese
125 gm whipped cream - non dairy whipping cream
125 gm whipping cream - dairy whipping cream
50 gm gula ising - diayak
1 peket biskut lady fingers
air nescafe secukupnya
serbuk koko 
milo



 Cara
Gaulkan serbuk koko dan milo hingga sebati. Ketepikan.
Pukul cream cheese terlebih dahulu, kemudian masukkan gula dan pukul lagi, ketepikan. 
Dalam bekas lain satukan whipped dan whipping cream, pukul hingga pekat dan sebati. 
Sediakan pula air bancuhan nescafe secukupnya, ambil biskut lady fingers celupkan ke dalam air nescafe kemudian susunkan ke dalam bekas, kemudian ambil adunan whipped dan whipping cream tadi lapiskan di atas biskut, buatlah proses ini hingga habis. Untuk lapisan atas sekali, taburkan campuran milo dan serbuk koko. Sejukkan ke dalam peti ais sebelum di potong.


 

Tuesday 16 April 2013

Talam Ubi kayu


TALAM UBI KAYU

Bahan Bawah
350 gm ubi kayu parut
1 cawan santan
5 sudu besar gula
5 sudu besar gula melaka - bancuh dgn air panas & tapis
pewarna coklat

Cara 
Satukan semua bahan kacau sebati. Masukkan kedalam loyang yang telah disapu dengan butter dan jugak diatas dengan plastik. Kukus selama 20 minit.


 

Bahan Atas
500 ml santan
30 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
garam secukup nya

Cara
Campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati, tapis dan tuangkan ke atas lapisan bawah.  
Kukus selama 20 minit. 



Sunday 14 April 2013

Bingka Ubi Kayu

Assalammualaikum.......Masa tak cukup untuk kak ruby nak cerita panjang, banyak sangat kerja........apa yang sempat kak ruby katakan, bagi diri kak ruby la,  bingka ubi ni memang sedap.


BINGKA UBI KAYU

Bahan
700 gm ubi kayu yang sudah diparut
1 1/2 cawan santan
1 cawan gula 
2 biji telur - dipukul kembang
2 sudu mkn butter - dicairkan
garam secukup nya
sedikit pewarna kuning

 

Cara
Tos kan ubi yang sudah diparut sampai air ubi habis keluar.
Kemudian campurkan je semua bahan dan kacau hingga sebati.  Masukkan kedalam loyang yang sudah disapu dengan sedikit butter.
Bakar pada suhu 150c selama 1 jam atau hingga masak.



Friday 12 April 2013

Nasi Serai

Salam hari jumaat.....Dua hari semalam kak ruby makan nasi serai,  bukan kak ruby yang masak tapi anak kesyangan tu sudah balik dari Kuching, cuti semester,  dia lah yang masak, rajin anak mama.......... Kak ruby pula masak,  daging masak hitam sarawak, apa lagi kena dengan nasi serai memang sedap tak payah banyak2 lauk lagi, untuk sayur pula kami dua beranak stim kan je brokoli..........
   
NASI SERAI 

Bahan
4 cawan beras basmathi
3 cawan air
2 cawan susu cair
1 helai daun pandan
4 sudu besar minyak sapi - utk menumis
garam secukup rasa

Bahan tumis
1 sudu besar rempah kurma - dbnch dgn sdikit air
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
4 biji buah pelaga
2 inci kayu manis
2 kmtum bunga lawang
3 biji bunga cenkih
5 batang serai - dititik


 

Cara
Panaskan minyak sapi dalam periuk, tumis bahan tumis hingga wangi dan bawang menjadi layu kekuningan.
Kemudian masukkan air, susu cair, daun pandan, garam dan serai kacau sebati biar kan mendidih sekejap masukkan beras kacau lagi bagi semuanya sebati, tuangkan kedalam rice cooker masak lah seperti biasa.

Tuesday 9 April 2013

Apam Sunquick Mauripan

Assalammualaikum dan selamat pagi, apam ni kak ruby buat petang semalam, untuk minum petang...... pagi ni  baru ada masa nak publish kan......sedap rasa masam2 oren gitu, resepi asal dari  PUTERI MANJA  tapi kak ruby tukar kan rasa, Puteri letak kan rasa pandan, kak ruby letak rasa oren sunquick, saja2 kak ruby nak tukar selera rasa.......rasa pandan pun tetap jugak sedap kan Puteri........maaf dan terima kasih banyak2 ye Puteri.


APAM SUNQUICK MAURIPAN

Bahan
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1/2 packet yis mauripan - kak ruby ltk 1 sudu mkn je
250 ml air suam - kak ruby tmbh sikit
sedikit pandan paste - kak ruby guna oren sunquick
sedikit pewarna kegemaran




Cara
Masukkan semua bahan diatas dalam satu bekas, kacau rata
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, 1 bahagian letakkan oren sunquick dan pewarna oren, 1 bahagian lagi letakkan warna kuning.  Rehat kan atau perap kan dalam 20 minit.
Masukkan kedalam acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak, kukus selama 10 minit atau hingga masak.

 Sejuk baru keluarkan dari acuan dan hidangkan bersama kelapa.

Monday 8 April 2013

Pengat Pisang

PENGAT PISANG II

Bahan
5 biji pisang *
100 ml santan pekat
2 cawan air
1/4 cawan sagu - direndam sekejap cuci dan ditoskan*
1/4 cawan gula merah - didihkan dgn sedikit air dan ditapiskan
4 sudu mkn gula pasair  - boleh kurang atau tambah
sedikit garam
2 helai daun pandan - disimpul

 

Cara
Pisang dipotong serung, ketepikan.
Satukan semua bahan ke dalam periuk  kecuali bahan yang bertanda *  kacau diatas api hingga mendidih, kemudian masukkan pisang dan sagu masak hingga pisang sedikit empuk dan sagu kembang. Rasa secukupnya, tutup api. 


Nasi Ayam Kukus

Assalammualaikum, Hari ni kak ruby rajin pula masukkan resepi nasi kat kayumaniskorner.........sebab selalunya kak ruby tidak berapa minat dengan lauk pauk ni, kak ruby lebih suka pada kuih muih, kesukaan kak ruby buat kuih2 dan ambil gambar.........tulis resepi panjang2 tak berapa minat lah.....tapi tak pe lah, ada jugak 2, 3 resepi lauk dan nasi dalam kayumaniskorner..........


NASI AYAM KUKUS

Bahan Untuk Nasi
2 cawan beras
3 sudu besar butter
air rebusan ayam
1 inci halia - diketuk
1 batang serai - diketuk
1 helai daun pandan - potong pnjng
2 ulas bawang putih - dikisar
1/2 biji bawang besar dikisar
garam

Bahan tumis
1 inci kayu manis
1 kumtum bunga lawang
2 biji buah pelaga

Cara
Basuh beras dan ditoskan.   Panaskan butter, masukkan bahan tumis dan jugak bahan kisar kacaukan hinga naik bau.  Masukkan air rebusan ayam secukup nya, dan masukkan serai, daun pandan, halia, garam, dan sedikit pewarna kuning.
Biarkan mendidih sekejap masukkan beras kacau hingga sebati tuangkan kedalam bekas dan kukus hingga masak. 

Utk perap ayam
Ayam dipotong suka hati
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 inci halia - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
sedikit kicap cair

Perap kan ayam dengan bahan perap selama 1/2 jam kemudian bakar hingga air ayam kering.

 Utk sos cili
4 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 sudu teh cuka
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam
1 sudu besar sos cili
sedikit garam
Blend je semua bahan diatas, masak hingga mendidih sekejap, angkat.

Utk kuah kicap
kicap secukupnya
gula
4 biji cili padi
air rebusan ayam
Blend je semua bahan sampai pekat. 
  

 





Thursday 4 April 2013

Cucur Udang

Assalammualaikum dan salam hari jumaat......petang ni kak ruby buat cucur udang, ringkas2 je minum dengan air teh O, sedap.


CUCUR UDANG

Bahan
250 tepung gandum
1 sudu besar yis mauripan
100 gm udang sederhana besar - bersih potong 4
1/2 ulas bawang besar - potong kecil2
1 biji telur
10 batang daun bawang (daun kucai bleh gak)
220 ml air
sedikit kunyit dan garam

 

Cara
Campur dan gaulkan semua bahan hingga sebati.  Perapkan selama 1/2 jam atau hingga nampak gelembung2 keluar di permukaan adunan tepung.
Panaskan minyak, sudukan 1 sudu besar adunan tepung dan goreng lah hingga kekuningan, api jangan terlalu besar.  Angkat toskan minyak. 

Ondeh2 Keledek Kuning

Hehehe ini sambungan dari kisah kuih ondeh2 keledek purple semalam..........


ONDEH2 KELEDEK KUNING

Bahan2 macam ondeh2 keledek purple semalam,
cuma tukar je keledek tu dari warna purple ke keledek kuning.

 


Wednesday 3 April 2013

Ondeh2 Keledek Purple

Semalam hari selasa selepas habis urusan di hospital putrajaya, kak ruby pergi ke library presint 8 untuk baca2 apa yang patut sementara menanti pukul 5 petang, sebab kul 5 kena ambil suami tersayang pula...... habis 2, 3 majalah di baca kak ruby pergi pula ke tempat rak buku2 resepi, cari punya cari ternampak lah buku "resepi turun temurun oleh Rubiah Suparman" apa lagi kak ruby pun jadi macam pepatah melayu lah, seperti orang mengantuk disurungkan bantal, excited sangat2.........kak ruby tertarik dengan resepi ondeh2 keledek, sepantas kilat ide kak ruby datang.....bisik hati kak ruby, 'aku nak buat ondeh2 keledek purple lah', sebab apa purple, sebab  Rubiah Suparman punya ni putih, mungkin dia guna keledek putih...........kak ruby terus tinggalkan library dan kak ruby ke pasar presint 8 jugak, di pasar kak ruby jumpa keledek purple dan keledek oren atau keledek kuning orang panggil.  kak ruby beli kedua-dua keledek tu, dengan harapan nak buat 2 ondeh2 keledek, purple dan kuning..........jam ditangan kak ruby dah hampir pukul 5, kak ruby tinggalkan pasar, terus pergi ambil suami.......
Harapan kak ruby jadi kenyataan hari ni, ondeh2 keledek purple dan ondeh2 keledek kuning terhidang diatas meja, dan terus ke kayumaniskorner.............hihihi, ondeh2 keledek kuning esok ye.
   

ONDEH ONDEH KELEDEK PURPLE
resepi asal Rubiah Suparman

Bahan 
1/2 kilo keledek purple
1/2 cawan tepung ubi
1/2 biji kelapa parut putih  + sedikit garam
200 gm gula melaka

 

Cara 
Keledek dibuang kulit dan direbus hingga empuk.  Kemudian toskan dan dilenyek hingga hancur.
Masukkan tepung ubi gaul hingga sebati, jadikan adunan yang lembut.
Sementara itu, potong gula melaka kecil-kecil dan juga gaulkan kelapa bersama garam. 
Didihkan juga air dalam periuk.


Bulat-bulatkan adunan sebesar duit 20 sen, masukkan gula melaka, buat lah begini hingga semua adunan habis.  Masukkan kedalam air yang sedang mendidih, bila sudah timbul angkat, toskan sekejap kemudian golek2 kan dalam kelapa parut putih tadi. 

Tuesday 2 April 2013

Tart Coklat



TART COKLAT

Bahan
450 gm tepung gandum
250 gm mentega
100 gm gula halus
1 biji telur
2 sudu teh air sejuk
1 sudu teh esen vanila

 

Cara
Putar mentaga, gula dan esen vanila hingga kembang, masukkan telur dan air, putar lagi hingga adunan sebati dan berkrim.  Masukkan tepung gandum dan uli untuk menjadi doh yang lembut.
Ambil sedikit doh tekan ditapak tangan supaya sedikit rata dan masukkan dalam acuan tart, picit2 pada keluruhan acuan dan lebihan diatasnya ratakan dengan menggunakan belakang pisau.
Bakar selama 20 minit dengan suhu 150c hingga masak. 


Bahan Coklat Utk Filling
200 gm coklat masakan
100 ml susu cair atau 150 ml whipping cream
1 sudu teh butter


Cara
Doubler boiler susu atau whipping crem bersama coklat masakan.
Dah agak cair coklat, tutup api sambil terus mengacau hingga semua coklat larut.
Masukkan butter kacau sebati.  Biarkan seketika baru digunakan.