Nuffnang Ad

Tuesday, 9 April 2013

Apam Sunquick Mauripan

Assalammualaikum dan selamat pagi, apam ni kak ruby buat petang semalam, untuk minum petang...... pagi ni  baru ada masa nak publish kan......sedap rasa masam2 oren gitu, resepi asal dari  PUTERI MANJA  tapi kak ruby tukar kan rasa, Puteri letak kan rasa pandan, kak ruby letak rasa oren sunquick, saja2 kak ruby nak tukar selera rasa.......rasa pandan pun tetap jugak sedap kan Puteri........maaf dan terima kasih banyak2 ye Puteri.


APAM SUNQUICK MAURIPAN

Bahan
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1/2 packet yis mauripan - kak ruby ltk 1 sudu mkn je
250 ml air suam - kak ruby tmbh sikit
sedikit pandan paste - kak ruby guna oren sunquick
sedikit pewarna kegemaran




Cara
Masukkan semua bahan diatas dalam satu bekas, kacau rata
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, 1 bahagian letakkan oren sunquick dan pewarna oren, 1 bahagian lagi letakkan warna kuning.  Rehat kan atau perap kan dalam 20 minit.
Masukkan kedalam acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak, kukus selama 10 minit atau hingga masak.

 Sejuk baru keluarkan dari acuan dan hidangkan bersama kelapa.

6 comments:

  1. Assalamualaikum kak sure sdp tu..rasa oren satu kelainan pada kuih apam..biasa kek je rasa oren kan...tebaik tq resepi

    ReplyDelete
  2. Wah menariknya...nak cubalah. Anak-anak mesti suka.

    ReplyDelete
  3. Mesti sedap apam ni ye....Kak Ruby. Warnanya pun menarik. Mesti kena cuba ni... Terima kasih resepinya.

    ReplyDelete
  4. Pestime dgr nie..zilsvpun mmg minst apm..insyaallh leh try jgk..

    ReplyDelete
  5. salam kenalan dr zila di sini...cantiknye apam sunquick..jadi belang gitu ada tone eh ...

    ReplyDelete
  6. cantik kalerr apam ni...kita mmg tak pernah buat yg letak sunquick

    ReplyDelete