Nuffnang Ad

Friday 31 January 2014

Kuih Lapis Tradisional



KUIH LAPIS TRADISIONAL

Bahan
100 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
1/2 cawan gula
125 ml santan pekat
900 ml air
garam secukupnya
pewarna hijau dan merah




Cara
Panaskan pengukus.
Satukan air, santan, gula dan garam dalam mangkuk kacau sebati, kemudian masukkan tepung gandum dan tepung beras kacau lagi.
Bahagikan kepada 2 bahagian sama banyak dan ambil setiap bahagian sebanyak 1/2 cawan, untuk jadikan 1 cawan, warnakan dengan warna merah, ketepikan.
Yang 2 bahagian tu, 1 warnakan dengan warna hijau dan 1 bahagian biarkan warna asal iaitu putih.
Sediakan loyang 8" yang sudah disapu dengan sedikit minyak atau butter.
Masukkan 1 cawan warna asal kedalam loyang dan kukus selama 3 - 4 minit, masukkan pula warna hijau kukus lagi, buat lah begitu berselang seli sampai lapis yang ke 3, masukkan adunan yang bewarna merah tadi, kukus lagi, masukkan warna putih semula dan buat lah proses seperti diatas hingga adunan habis.
Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 10 minit

*kuih lapis ni macam2 warna dan macam2 corak boleh buat, terpulang lah pada si pembuat.......  ni warna, corak dan cara kak ruby.

Thursday 30 January 2014

Bun Kacang Merah

Assalammualaikum,  agak lama jugak kak ruby tak buat roti.....petang tadi teringin pula, tekak terasa nak makan bun inti kelapa tapi kelapa parut tak de pula dalam simpanan cuma kacang merah saja yang ada, jadi kak ruby buat bun inti kacang merah.  Lembut sangat roti ni, walau pun dah lama tak buat menjadi jugak dia.

  

BUN KACANG MERAH

Bahan
500 gm tepung roti
100 gm gula kastor
40 gm susu tepung
1 sudu teh bread improver
1 sudu teh bread softner
11 gm yis
1 biji telur
80 gm butter
secubit garam




Cara
Campur bahan kering dan masuk bahan cecair uli sebatikan, masukkan butter uli lagi hingga doh licin dan elastik. (kak ruby guna mixer, uli selama 20 minit).
Perap 30 minit dan tumbuk2 buang angin. Bentukkan bulat2 dan masukkan ini kacang merah,  perap lagi hingga naik 2 x ganda,  sapu kuning telur di atasnya, Bakar suhu 180c selama 20 minit atau hingga masak.     


Wednesday 29 January 2014

Puding Green Tea Karamel

Assalammualaikum, kali ni dessert kak ruby sempoi sangat2.......tapi sedaaaaaaap......tengok lah bahan nya sikit je, dan cara masak pun senang sangat........hihihi cuba lah.


PUDING GREEN TEA KARAMEL

Bahan
1000 ml susu segar
200 gm vanila flan/serbuk karamel
10 gm serbuk teh hijau
1/2 cawan gula




Cara
Satukan semua bahan, kemudian kacau diatas api yang sederhana hingga hingga sebati dan pekat.
Tuangkan dalam acuan dan sejukkan. 

Sunday 26 January 2014

Buah Tangan Dr Melaka

Assalammualaikum, petang ni sambil tengok tv kak ruby makan inang-inang, sedap rangup jer makan pula dengan air nescafe o panas fuh meletop........kak ruby bukan buat inang-inang tau, kak ruby cuma goreng jer, inang-inang ni kak ruby beli sewaktu kak ruby pegi Melaka tempoh hari........Inang-inang memang banyak dan mudah didapati di negeri yang terkenal dengan kisah sejarah Hang Tuah tu.  Selalu nya orang2 datang ke Melaka akan dibeli untuk dibawa pulang sebagai buah tangan, begitu jugak lah dengan kak ruby..........Kak ruby nak buat sendiri entah bila hihihi........ tapi kak ruby dah ambil dan simpan resepi nya, kak ruby ambil dari che'iza@myresepi.com.......sapa2 yang rajin tu boleh try resepi di bawah.


INANG-INANG

Bahan
1 kg beras pulut
lebih kurang 6 cawang air/separa dgn pulut
sedikit garam
pewarna - kuning, merah, hijau dan oren
sedikit kapur yg dicampur dgn sedikit air.




Cara
Rendam pulut dengan air,  1 jam pun okey dah. Basuh pulut dan toskan air.
Masukkan ke dlm loyang, letak air paras pulut jer, gaul dgn sedikit garam, kukus hingga pulut masak.
Bahagikan pulut kpd 3 atau 4 bahagian, setiap bahagian titiskan dgn pewarna, jangan banyak sikit jer,  gaul pulut dgn pewarna tu biar sekata.
Letak pulut atas dulang atau loyang besar dan tekan pulut dan ratakan nipis-nipis, sebelum itu basahkan sikit tangan dgn air kapur.
Terap pulut bulat-bulat susun dalam dulang dan jemur sampai betul2 kering. (kalau cuaca panas 2 hari pun dah okey dah.  

Saturday 25 January 2014

Russian Black White Chocolate Cake

Assalammualaikum, semalam hari lahir anak kak ruby,  jadi kak ruby buat kek russian black white chocolate cake khas untuk anak kesayangan kak ruby tu......alhamdulillah menjadi dengan jaya nya walaupun tidak secantik kawan2 blogger buat, tak pe lah yang penting hasil dari air tangan kak ruby sendiri.......terima kasih kak ruby ucapkan pada Hana dan Yatie sebab kak ruby ambil resepi dari blog mereka berdua.


RUSSIAN BLACK WHITE CHOCOLATE CAKE

Bahan
170 gm tepung super fine *
1 sudu kecil baking powder *
1 sudu kecil soda bicarbonate *
1 tin susu cair (400 gm)
100 gm koko
200 ml minyak jagung
250 gm susu pekat
250 gm gula halus
5 biji telur - blender 5 min

Cara
Ayak bahan bertanda *
Satukan minyak, susu pekat, susu cair, gula dan serbuk koko. Panaskan diatas api kecil sehingga semua sebati (Tak perlu mendidih, gula hancur dan serbuk koko tidak berketul). Angkat.
Masukkan kedalam mangkuk besar, masukkan telur yang telah di blender. Kacau sebati.
Akhir sekali masukkan bahan yang diayak dan kacau sebatikan.
Sapukan loyang dengan butter,tuang adunan kek dan kukus selama 1 jam. Sejukkan.

Bahan Chocolate Ganache
200 ml whipping cream
500 gm chocolate masakan
1 sudu besar air panas
2 sudu besar sirap glukos
2 sudu besar butter




Cara
Panaskan whipping cream (takperlu mendidih)
Masukkan air panas, butter dan sirap. Kacau sebati.
Angkat dari api dan masukkan coklat masakan. Kacau hingga coklat cair. Sejukkan dahulu sebelum diguna.

Bahan Coffee Cream Cheese
500 gm cream cheese
1 cawan buttter lembut
1 cawan gula aising
1 peket nescafe 3 in 1
 
Cara
Putar semua bahan, sebatikan,dan boleh digunakan.


Cara Penyediaan Kek
Potong kek kepada 3 atau 4 lapis, letakkan 1 lapisan diatas papan putaran kek, sebelum itu masukkan cream cheese dan chocolate ganache ke dalam piping bag, paipkan diatas kek berbentuk lingkaran secara berselang-seli. Letakkan lapisan kek kedua diatas lapisan pertama tadi, buatlah seperti proses diatas juga dan lapisan seterusnya. Untuk lapisan terakhir, hanya sapukan baki cream cheese. Masukkan kedalam peti ais sekejap, supaya adunan cream cheese mengeras sedikit barulah tuang chocolate ganache (jika chocolate ganache sudah membeku atau mengeras panaskan semula secara double-boiling sekejap).


Friday 24 January 2014

21 Tahun Yang Lalu, Hari Ini...........



21 Tahun Yang Lalu, Hari Ini......

Hari ini 25 januari 2014 keadaan cuaca di negara "uncle sam" sama seperti 25 januari 1993, iaitu, salji turun dengan lebat nya menjadikan rumah kami di selubungi oleh salji yang putih bersih.... di saat itulah seorang bayi lahir, putih bersih seperti seperti salji juga, itulah anak  ku wafa nur nadjwa, di lahirkan ke dunia 21 tahun yang lalu.

Tidak dapat digambarkan pada saat itu, maklumlah aku menunggu
selama 6 tahun untuk mendapatkan anak yang kedua. Walaupun aku melahirkan anak ku ini jauh dari tanah air ku, jauh dari kampung halaman, jauh dari saudara mara,  namun aku tetap bahagia dengan kelahiran ini, susah payah hilang tak terasa, dengan kelahirannya.

Tambahan pula aku memang mengalami alahan yang teruk sewaktu mengandung, selama 9 bulan 2 hari boleh di katakan aku tak dapat ke mana-mana, aku hanya mampu baring di rumah, muntah dan tak lalu makan itu perkara biasa buat aku.... namun begitu aku teramat seronok dengan kandungan ini, terima kasih Allah di atas zuriat yang Engkau berikan, aku akan jaga amanat Mu ini dengan sebaik yang boleh, malah aku tak sabar-sabar menunggu kelahiran nya..... hihihi.....

Hari ini, selamat hari lahir anak ku, mama tetap dan selalu berdoa semoga si manja riang ria, gembira, bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya si manja seorang anak yang terbaik buat mama dan papa.

Catatan mama.....

25 Januari 2014, 12.01 pagi subuh yg aman damai












Selamat Hari Lahir si manja hadiah dr mama : Russian Black White Cake.....


Thursday 23 January 2014

Kuih Kaswi Pandan

Assalammualaikum, petang ni kak ruby buat kuih paling senang dan bahan-bahan pun tak banyak, ada setengah orang sebut 'kuih orang malas' mungkin terlampau mudah lah kot........tapi sedap kak ruby suka,  selalu nya dan ramai orang buat kaswi gula merah, itu lagi sedap........kali ni kak ruby buat warna hijau letak air daun pandan dan sedikit pewarna hijau.


KUIH KASWI PANDAN

Bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung beras
3 sudu besar air kapur
5 helai daun pandan - diblender dgn 4 1/2 cawan air dan ditapis
sedikit garam
sedikit pewarna hijau
1/2 biji kelapa parut  + sedikit garam *




Cara
Panaskan kukusan hingga mendidih.
Satukan semua bahan kecuali yang bertanda *, kacau hingga sebati (blender lagi senang) kemudian tapis, masukkan kedalam acuan yang sudah disapu dengan sedikit minyak.
Kukus selama 20 minit, Kuih kaswi ni memang agak sedikit lembik, tapi bila dah sejuk ia akan keras.
Biar betul2 sejuk baru keluarkan dari acuan.
Hidangkan bersama kelapa parut.


Wednesday 22 January 2014

Tuna puff



TUNA PUFF

Bahan
1 pekat puff pastry
Untuk inti
1 tin tuna
1 biji lemon - ambil jus nya. ( yg ni saja kak ruby letak)


Cara
Puff pastry di potong ikut bentuk pilihan sendiri.
Panaskan tuna, kak ruby letak jus lemon, kacau hingga rata, kejap je kalau lama2 nnti dia kering pula.
Kemudian letakkan di atas puff pastry yang sudah di potong tadi, tutup tekan dengan garfu, sapu dengan kuning telur.  Bakar dengan suhu 150c selama 20 - 25 minit.

Tuesday 21 January 2014

Jeli Kelapa



JELI KELAPA

Bahan
6 gm serbuk agar2
3/4 cawan gula - boleh kurang atau tambah
3 cawan air kelapa (1 biji kelapa)
3 cawan air biasa
isi kelapa



Cara
Ambil air kelapa ketepikan, ambil isi kelapa dipotong memanjang ketepikan.
Campurkan serbuk agar2, gula, air kelapa dan air biasa masak hingga mendidih.
Masukkan isi kelapa tadi kedalam acuan kecil2, (terpulang banyak mn suka) Kemudian tuang adunan jeli kedalam acuan yang berisi isi kelapa tadi, dan sejukkan.

Saturday 18 January 2014

Sardin Puff

Assalammualaikum, untuk petang di hari minggu ni....kak ruby buat sardin puff......sedap sangat makan pula panas2 dengan air teh O.  nak buat nya pun bukan susah sangat, buat inti sardin dan puff pastry nya beli je kat pasaraya......cuma potong, bentukkan,  masukkan inti dan bakar itu je.......semua orang boleh buat.


SARDIN PUFF

Bahan
1 pekat puff pastry - kak ruby guna jenama Kawan
Untuk Inti
1 tin sardin sederhana saiz
1 biji bawang besar - didadu
2 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu mkn cili kisar
2 biji limau kasturi - ambil jus nya
garam secukupnya
1 biji kuning telur - untuk sapu diatas puff




Cara
Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi masukkan cili kisar kacau2 sekejap hingga cili masak.  Masukkan sardin kacau rata dan hancur2kan sardin masukkan garam, kalau kering sangat tambahkan sikit air, kacau sebati akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau sebati tutup api.
Ambil satu lapis puff pastry yang sudah dikeluarkan dari peti ais terlebih dahulu.
Potong ikut bentuk pilihan sendiri (4 segi, 3 segi, panjang, bulat atau apa saja bentuk yg disukai) masukkan inti sardin, tutup, tekan dengan garfu disetiap hujung puff supaya ia tidak terbuka bila dibakar.
Kemudian sapu dengan telur kuning di atas permukaannya

 Bakar dalam suhu 180c selama 20 - 25 minit atau hingga kekuningan.


Kerepek Ngarku / Ubi Arrowhead

Assalammualaikum, petang semalam kak ruby  pergi Aeon Big  .........kak ruby tengok ramai orang china dan ada jugak dua tiga orang melayu begitu asyik memilih ubi arrowhead, orang china sampai 2 plastik seorang,  kak ruby tanya "banyak you beli"  dia jawab "ni ubi 1 tahun 1 kali saja ada, saya beli banyak2 laaa, kak ruby tanya lagi "you masak apa ye" china lain pula jawab "mcm2 boleh masak, ganti kentang hooo, sekarang ubi ni ada, jangan guna kentang lagi"  yang lain pula jawab "ya laa kalau you masak kari ke sup ke, you letak ni ubi la, sedap"  kak ruby diam je tak kata apa2, ramai sangat china menjawab.........tiba2 melayu pula bersuara "saya pun beli akak, setiap tahun saya beli ubi ni, saya buat kerepek, belum habis melayu  bercerita, china lain pula berkata,  "betul kata dia buat kerepek pun sedap" kak ruby tanya yang melayu tu, macam mana nak buat kerepak ye, orang melayu yang baik hati ni cerita satu persatu macam mana nak buat kerepak, kak ruby dengar dengan khusyuk..........apa lagi kak ruby pun tumpang lah sekaki pilih2 dapat lah 1/2 kilo. Sampai di rumah kak ruby buat lah macam mana orang melayu tadi tu ajar.........hasil nya memang sedap.
   

KEREPEK NGARKU / UBI ARROWHEAD

Bahan
1/2 kilo ubi arrowheard
minyak utk menggoreng
garam, blackpepper - sebagai perasa





Cara
Bersihkan ubi arrowheard dengan membuang kulit nya.  Basuh dan toskan.
Sagat nipis-nipis dan goreng dalam minyak yang banyak hingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.
Kalau suka taburkan sedikit garam dan blackpepper.

Thursday 16 January 2014

Puding Labu Berlapis Cendol

Assalammualaikum, dessert kak ruby hari ni puding labu berlapis cendol.......resepi dari Rogayah Ibrahim @ Kak Yah, sedap lemak2 gitu, memang sedap boleh dicuba oleh sapa2 saja yang berminat.


PUDING LABU BERLAPIS CENDOL

Bahan
Untuk Lapisan Bawah
1/2 tahil agar2 kering ( beli yg 37.5 gram sama dgn 1 tahil, dilipat 2 dan potong guna separuh)
3 1/2 mug air - kak ruby guna 875 ml
3/4 mug gula - kak ruby guna 1/4 cawan
1/2 biji labu - direbus
1 sudu besar tepung kastad
2 biji telur
1/2 tin susu cair


Cara
Labu diblender bersama susu cair, telur, tepung kastad dan sedikit garam sehingga hancur.
Masak agar2 bersama air hingga hancur kemudian masukkan gula, bila gula sudah  larut, masukkan bahan blender tadi masak hingga mendidih, angkat dan masukkan kedalam bekas atau acuan yang sesuai.

Bahan
Untuk Lapisan Atas
1/2 tahil agar2 kering
3 1/2 mug air
1/2 tin susu cair - boleh guna santan jugak
1/2 mug gula
sebungkus cendol - tapis buang airnya
sedikit garam



Cara
Masak agar2 bersama air hingga hancur, masukkan gula bila gula larut masukkan cendol, kacau perlahan-lahan.  Masukkan susu atau santan dan garam.
Biar mendidih, angkat.  Masukkan perlahan-lahan ke atas adunan labu tadi, biar kan sejuk, masukkan kedalam peti ais.

Sunday 12 January 2014

Bingka Durian



BINGKA DURIAN
resepi : Yatiememories, tksh yatie

Bahan
3 biji telur
1 cawan santan
2 1/4 cawan air
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
1 1/2 cawan isi durian - kak ruby letak 1 cawan je
2 sudu besar mentega
pewarna kuning
bijan dan garam secukupnya



Cara
Panaskan oven pada suhu 200c, lenser loyang 8 x 8 dengan mentega, dipanaskan sekejap.
Dalam bekas satukan bahan2 diatas kecuali isi durian, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
Masukkan isi durian gaul rata dan di blend.  Tuang dalam loyang yang telah dipanaskan tadi.
Bakar selama 1 jam atau hingga masak.  Kalau nak permukaannya berkerak, tamabah masa 10 minit lagi, guna api atas saja.
Bila masak, sejukkan dahulu baru dipotong.