Nuffnang Ad

Thursday 25 February 2016

Onde-onde labu lagi



ONDE-ONDE LABU

Bahan
1 cawan labu - lenyek halus
2 cawan tepung pulut
1/2 sudu kecil garam - lenyek bersama labu
1/2 biji kelapa parut - putih saja + sedikit garam halus

Untuk Inti
gula merah atau gula melaka - dipotong kecil















Cara
Satukan labu yang dilenyek bersama tepung pulut, gaul rata hingga sebati.
Bulat-bulatkan adunan, leperkan dan masukkan gula merah/gula melaka.  Tutup semula dan bentukkan bulat-bulatkan.
Didihkan air dalam periuk, masukkan ondeh2, bila masak ia akan timbul, angkat dan toskan.
Kemudian golekkan atas kelapa parut yang sudah bercampur garam tadi.


Monday 15 February 2016

Kaswi Mawar Pandan

Assalammualaikum, kuih kaswi ni kak ruby buat untuk minum petang semalam.....sekarang ni macam-macam bentuk acuan kuih ada dipasaran, kak ruby suka dengan bentuk bunga mawar atau ros ini.....hihihi macam-macam resepi kak ruby guna acuan bunga mawar ni, puding, agar-agar, apam, kuih termasuklah kuih kaswi ni, cantik kan? bentuk bunga mawar dia, 'masuk bakul angkat sendiri' pula kak ruby ni.....okey itu saja cerita kak ruby untuk pagi selasa ni....cuaca kat luar cantik sangat, nak pergi jemur kain lah.

KASWI MAWAR PANDAN

Bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung beras
3 sudu besar air kapur
5 helai daun pandan - diblender dgn 4 1/2 cawan air dan ditapis
sedikit garam
sedikit pewarna hijau
1/2 biji kelapa parut  + sedikit garam *

















Cara
Panaskan kukusan hingga mendidih.
Satukan semua bahan kecuali yang bertanda *, kacau hingga sebati (blender lagi senang) kemudian tapis, masukkan kedalam acuan yang sudah disapu dengan sedikit minyak.
Kukus selama 20 minit, Kuih kaswi ni memang agak sedikit lembik, tapi bila dah sejuk ia akan keras.
Biar betul2 sejuk baru keluarkan dari acuan.
Hidangkan bersama kelapa parut.

Saturday 13 February 2016

Jemput Nasi Ikan Bilis



JEMPUT NASI IKAN BILIS
resepi : Yatie

Bahan
2 cawan nasi
2 cawan air
1 biji bwg besar
2 biji bwg putih
1/2 cwn ikan bilis
2 1/2 cwn tepung gandum
1 biji lada besar dihiris nipis 
Daun sup/bawang (di hiris halus)
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng




















Cara
Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar, kisar sebati.
Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi, gaul sebati.
Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
kak ruby juga gunakan tangan utk menjemput cucur ini, pastikan jari di basahkan sedikit dengan air supaya mudah. Selamat Mencuba

Friday 12 February 2016

Japanese Cheese cake



JAPANESE CHEESE CAKE

Bahan
100 gm biskut merrie -
50 gm butter - dicairkan
8 keping cheddar cheese
200 ml susu segar
5 biji telur
80 gm gula halus
70 gm tepung kek
10 gm tepung jagung
70 gm butter
250 gm blueberry pie filling


















Cara
Cairkan butter. Kemudian masukkan biskut marie yg telah dikisar tadi. Kacau sebati, masukkan ke dalam loyang  yg telah disapu dengan butter & tekan padat. Biarkan di dlm peti sejuk selama 20-30 minit.

Koyak-koyakkan cheese kecil2 dan campurkan dengan susu segar, masak dengan api perlahan kacau selalu,  bila mendidih masukkan butter, kacau sebati tutup api.
Asingkan putih telur dan merah telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue, kemudian pukul merah telur hingga kembang, masukkan kedalam adunan chesse tadi, kacau sebatikan.  Masukkan tepung kek dan tepung jagung sedikit demi sedikit kacau.
Kemudian masukkan adunan putih telur atau meringue tadi, kaup dan sebatikan adunan.
Tuangkan adunan kedlm loyang bulat 8” yang sudah disapu dengan butter.
Cara bakar
Letak loyang dalam bekas yg berisi air panas/suam, masukkan kedlm ketuha yang telah dipanaskan 20 minit pd suhu 170c dan kemudian rendahkan suhu kpd 140c dan terus bakar selama 40 minit atau hingga masak.
  

Thursday 11 February 2016

Carrot Cake



CARROT CAKE

Bahan
4 biji telur - asingkan kuning dan putih
250 gm tepung gandum
1 1/2 cwn minyak jagung - kak ruby letak 1 cwn
150 gm gula halus
150 gm gula perang
1 1/2 cwn carrot parut
1 cwn kekacang - bleh guna badam, walnut, dan gajus
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam halus


 Cara
Pukul kuning telur dan gula, masukkan minyak jagung pukul lagi,  kemudian masukkan carrot dan kekacang kacau hingga sebati. Masukkan pula tepung yang sudah di ayak bersama baking powder dan garam, kacau rata,  akhir sekali masukkan putih telur yang sudah di pukul kembang atau hingga jadi meringue. Kacau lagi hingga betul2 sebati.
Masukkan ke dalam acuan dan bakar dalam suhu 180c selama 45 minit atau hingga masak.

Untuk topping
250 gm cream cheese
120 gm butter
120 gm gula icing

Cara
Pukul kesemua bahan diatas,  kemudian sapu di atas kek.  

Thursday 4 February 2016

Apam Labu lagi



APAM LABU

Bahan A
3 sudu makan tepung gandum
2 sudu teh yis segera
1 sudu teh gula kastor
3 sudu makan air suam

Bahan B
240 gm labu (dikukus/rebus)
150 gm gula kastor
1 biji telor
150 ml santan pekat

Bahan C - ayak bersama
200 gm tepung gandum
1 sudu teh Double Action Baking Powder

















Cara
Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati.
Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam.
Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (*akak guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi. 

Wednesday 3 February 2016

Churros yang sedap......



Churros

Bahan
 1 cawan air..
 100gm buttercup
 2 cawan tepung gandum
 1/2 sudu kecil garam halus
 1 sudu kecil esen vanilla..
  2 biji telur





















Cara
Masukkan air dlm periuk dengan buttercup, masak sampai butter cair,  masukkan tepung, kemudian gaul sehingga menjadi macam doh, angkat biarkan sejuk, masukkan garam dan esen vanilla gaul sebati, masukan telur satu persatu dan gaul sekali lagi sehingga bancuhan  jadi lembut dan berkilat.
Kemudian, masukkan ke dalam piping bag yg di letakkan nozel bentuk bintang, dan pipe kan atas kertas minyak panjang2, sebelum masuk oven sila renjis sket churros anda dengan air sedikit supaya boleh dpt texture yg cntik, bakar dlm oven suhu 200'celcius selama 30 min.
Churros ini juger boleh di goreng..pastikan minyak masak pada suhu yg sesuai tuk goreng...panaskan dulu minyak dlm 5min..time nak goreng kecikan sket api dulu baru masukkan churros
Bakar atau goreng kena pastikan churros ini jadi kaler