Nuffnang Ad

Tuesday 24 July 2012

Bingka Tepung Beras




BINGKA TEPUNG BERAS GULA MERAH
sumber : yatie, maaf ye yatie kak ruby dah tokok tmbh resepi ni
 
Bahan:-
1500 ml santan (*akak guna santan kotak 1000 ml + 500 ml air)
  200 gm gula pasir
    50 gm gula merah
  250 gm tepung beras
  50 gm tepung tepng jagung
  1/2 st. esen vanila
  1 sk. garam


 
Cara-Cara
  1. Satukan kesemua bahan dan kacau hingga sebati dan ditapis.
  2. Masak adunan hingga pekat dan berkilat (hendaklah dikacau sentiasa supaya tidak berkerak).
  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang beralas daun pisang atau setakat disapu minyak aje.
  4. Bakar dalam oven dengan api grill dulu hingga permukaan kuih garing sikit atau berkulit, kemudian bakar dengan api bawah hingga masak pada suhu 180C lebih kurang 30 minit. (30 minit api atas grill,  dan 30 minit api bawah, 10 minit lagi api atas n bawah)
  5. Biarkan kuih benar2 sejuk baru dipotong dan dihidangkan. Kuih ni agak lembik ketika masih panas dan akan keras sedikit bila telah sejuk tapi memang lembut bila dimakan.

Monday 23 July 2012

Agar-Agar Gula Merah


AGAR-AGAR GULA MERAH
sumber: Ayu

Bahan :
20 gm agar-agar tali
3 cawan air
1 cawan air gula merah (pekat) 
1 cawan gula pasir (kak ruby guna 1/2 je)
4 cawan santan
2 biji telur

 
Cara :
Masak agar2 dgn 3 cawan air hingga larut.  Masukkan gula pasir dan air gula merah biarkan mendidih.
Santan dan telur di blender hingga kembang, kemudian masukkan ke dalam agar2, biarkan mendidih, kacau.
Tutup api, angkat tuangkan ke dlm loyang atau acuan kecil2.
Sejukkan dalam peti ais.
 


Sunday 22 July 2012

Apam Snow


APAM SNOW
Bahan
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
2 cawan nasi
3 cawan air
11 gm ibu roti (mauripan) kak ruby kurangkan sikit
1/2 biji kelapa parut putih  + sesikit garam

 
Cara:
Campurkan kesemua bahan diatas kecuali nasi, air dan kelapa.  Gaul rata, ketepikan.
Kisar nasi dgn air sehingga betul-betul hanacur.  Masukkan kisaran nasi kedalam bekas tepung tadi dan kacau sebati.  Perap adunan selama 1 jam, dan tutup dengan kain bersih.
Panas kukusan, masukkan adunan ke dlm acuan pilihan, kukus lah selama 15 minit.
* acuan boleh disapu dgn sedikit minyak supaya apam cntik tak melekat
* adunan boleh di warna warnikan
* tutup kukusan dgn aluminium foil.



Thursday 19 July 2012

Ramadhan Yang Terganggu

Assalammualaikum semua,
Bahagia nya Ramadhan datang lagi, Ramadhan membawa 1001 kenangan buat diri kak ruby, lebih2 lagi dalam 2, 3 tahun kebelakangan ini Ramadhan datang bersama bulan kemerdekaan, yang juga memberi kenangan buat diri ini............


        hari2 terakhir kak ruby di sibu, kwn2 dtng kerumah


Tiga tahun yang lalu, pada pagi 31 Ogos 2009, umat islam baru 10 hari berpuasa, kak ruby terbang meninggalkan tanah semenanjung dengan seorang anak yang kak ruby tinggalkan.  Waktu itu perasaan kak ruby sedih dan suka, sedih terpaksa berpisah dengan anak,  suka pula mungkin seronok pergi ke tempat baru, ialah pergi ke satu daerah yang kak ruby tak langsung tahu keadaan nya, cuma yang kak ruby tahu tempat ini terletak di tengah2 bumi sarawak.  'sibu' itu lah tempat yang kak ruby nak tuju.....itu kisah 3 tahun yang lalu dan sudah pun berlalu.............
Esok 20 Julai 2012 Ramadhan datang lagi, kisah berulang kembali rupa nya seperti 3 tahun dulu.  Ramadhan kali ini pun sama, pada hari ke 11 puasa nanti kak ruby akan terbang untuk tinggalkan Sibu buat selama nya mungkin............
Umat islam akan berpuasa dan seronok untuk pergi ke masjid2 menunaikan solat tarawih, bertadarus, bersolat malam, ialah untuk mengumpul seberapa banyak pahala di bulan yang mulia ini.  Tapi kak ruby sibuk dengan perpindahan, kemas barang, kemas itu ini, hal itu, hal ini, bukan nya mudah nak mengendalikan perpindahan jarak jauh, lebih2 lagi yang melibatkan kontena begini........

        Di sini lah kak ruby setia mengunggu pg dan ptg


Bukan kak ruby mengeluh, tapi Ramadhan kak ruby TERGANGGU, tarawih kemana, tadarus kemana, solat malam pun tak sempurna.....apa2 pun kak ruby akan cuba sempurnakan ramadhan kak ruby dengan secantik dan semolek yang boleh.  Walaupun berbuka dan sahur kak ruby ala kadar saja, sebab semua nya akan di packing..................



                  Bot express yg terdpt di sibu
 
 Sebenarnya perasaan kak ruby di waktu begini bercampur aduk....antara seronok dan sedih...seronok ramadhan datang, sedih pula nak tinggalkan sibu yang sudah mula buatkan kak ruby seronok disini, boleh dikatakan setiap tempat di bumi sibu ada kenangan tersendiri untuk diri kak ruby.  Satu lagi yang kak ruby sedih, kak ruby tak dapat buat biskut-biskut raya seperti selalu.  Sibuk2 buat biskut raya di bulan ramadhan  ada lah perkara yang paling seronok dan bahagia sekali bagi kak ruby.......Tapi ramadhan kali ini tak dapat kak ruby laku kan itu semua.......terasa sunyi nak sambut aidilfitri nnti...........

  Di masjid ini lah kak ruby solat tarawih setiap kali ramadhan sewaktu di Sibu


Ah dah jauh kak ruby luah kan perasaan......tapi itu lah kisah kak ruby menyambut ramadhan terdahulu dan kini......
Buat sementara ini blog kak ruby akan berehat seketika, dalam masa perjalanan kak ruby ke Semenanjung.
Kak ruby ucapkan selamat berpuasa pada semua yang terbaca kisah kak ruby ini..... 
Semoga puasa kita kali ini lebih baik dari puasa yang terdahulu.        

Sunday 15 July 2012

Puding Laici



PUDING LAICI
Bahan:
20 gm agar bertali
2 ½ cawan air
1 tin laici
5 sudu besar gula pasir
½ tin susu cair
*isi laici dikisar halus
 
Cara:
Cuci agar-agar dan rendam selama 3 jam (lebih pun tak pe)
Masak agar2 sampai larut, masukkan gula, biarkan mendidih, masukkan air laici dan juga laici yg dikisar tadi.
Kacau sebati, masukkan susu cair.
Biarkan mendidih sekejap je…tutup api.
Tuang ke dalam acuan pilihan, sejukkan dalam peti ais sebelum dipotong. 
 




Friday 13 July 2012

Kuih Lopes


KUIH LOPES
(cara kak ruby)


Bahan :
250 gm beras pulut
sedikit air kapur (kak ruby tak letak)
1/2 biji kelapa parut (putih saja)
sedikit garam
pewarna hijau
daun pisang secukupnya
1 buka gula melaka.


 
Cara : 
Beras pulut dibersih dan direndam bersama pewarna hijau selama 4 jam atau lebih.
Bersih sekejap dan toskan, kukus hingga pulut masak.  Kemudian bahagikan kpd 3 bahagian, setiap bahagian masukkan ke dalam daun pisang dan gulung kemas2, ikat di kedua hujung.  Biarkan sejuk atau simpan peti ais selama 1 - 2 jam.  Kemudian potong bulat2, masukkan dlm kelapa parut yg sudah dicampur dgn garam.
Hidang bersama kuah dari air gula melaka.    




Kek Lumut

Assalammualaikum semua, terlebih dahulu  kak ruby nak ucapkan terima kasih pd Dayang Jack di atas resepi yang sedap ini.....sebenarnya dah lama kak ruby berhajat nak mencuba resepi kek lumut ni, tapi bila kak ruby tengok masa untuk kukus sampai 4 jam lebih, kak ruby simpan dulu hajat tu.....entah macam mana sampai pula seru kak ruby untuk mencuba pd hari ni.....lagi pun ada resepi 1/2 adunan yg Dayang sertakan, tambah2 lah semangat kak ruby untuk mencuba.....Cubaan kak ruby menjadi, cantik, lembut dan sedap sngt, kak ruby kukus selama 2 jam 20 minit.  

KEK LUMUT (1/2 adunan)

Bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus (180 gm, bleh kurangkan klu x suka manis)
250 gm butter
4 biji telur 'A'
4 sudu besar seri kaya
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu besar paste pandan
pewarna hijau
1 sudu kecil esen vanila

 
 Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
  3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
  4. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
  6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
  8. Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)



Thursday 12 July 2012

Kek Pandan Kelapa



KEK PANDAN KELAPA

Bahan:
260 gm mentega
220 gm gula halus
240 gm tepung gandum
30 gm kelapa kering (kak ruby guna yg dlm tin)
25 gm tepung kastard
60 ml santan
5 biji telur
1 sudu kecil esen pandan
1 sudu kecil baking powder
Pewarna hijau


 
 Cara :
Putar mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan santan dan telur saling bergilir-gilir sambil terus diputar hingga telur habis.
Masukkan esen pandan dan pewarna hijau, putar sebati.
Satukan tepung gandum, kastard dan baking powder, kemudian masukkan ke dalam adunan dan kacau sebati, akhir sekali masukkan kelapa kering kacau lg hingga sebati.
Tuangkan ke dlm loyang yg telah disapu mentega.
Bakar dalam ketuhar dgn suhu 180c selama 45 minit atau hingga masak.

Monday 9 July 2012

Kuih Talam Keladi



TALAM KELADI

Bahan Utk Lpisan Bawah
110 gm tepung beras
20 gm tepung ubi
1 cwn keladi rebus (potong dadu)
1/2 cwn gula
1 sudu kecil garam
150 ml santan
350 ml air 
cara :
Campur semua bhn2 kecuali keladi, kacau hingga rata dan sebati. 
Tapis masukkan dlm periuk dan kacau diatas api hingga setengah pekat, masukkan keladi kacau sebentar utk ratakan keladi je, kemudian tuang dalam loyang yg di alas plastik.
Kukus selama 20 minit.




Bahan Utk Lapisan Atas :

75 gm tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
125 gm gula
2 biji telur
125 ml santan pekat
250 ml air
Pewarna purple
Garam secukup nya

Cara :
Campurkan semua bahan2, dan blender.
Kemudian masukkan ke dalam loyang bahagian bawah tadi.
Kukus selama 30 minit.  Tutup penutup kukus dengan aluminium foil.


Saturday 7 July 2012

Puding Roti


PUDING ROTI
Bahan :
1 peket agar2 (20 gm)
5 1/2 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair
6 keping roti
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
3 pewarna yang berlainan



 
Cara :
Roti dicarik2 dan direndam dalam susu cair dan telur (yg telah dipukul dgn garpu je), apabila roti dah kembang blender hingga halus. 
Agar2 yg telah direndam terlebih dahulu dan ditos, masak dengan air hingga hancur, masukkan gula biarkan ia larut.  Masukkan roti yg di blender td kacau sekejap hingga mendidih tutup api.
Kemudian bahagikan 3 bahagian dan warna setiap satu dengan warna pilihan sendiri.  Tuangkan 1 bahagian di tengah2 loyang diikuti bhgian 2 dan bhgian 3, cara berselang seli hingga habis.
Sejukkan dalam peti ais baru di potong.

Thursday 5 July 2012

Tako Jagung

Kak ruby saja kecil kan resepi kuih ni, kak ruby cuma guna 1 bungkus tepung hoen kwee saja.....sbb kak ruby hanya berdua, jadi cukup untuk 2 orang saja.


TAKO JAGUNG

Bahan 1 bungkus tepung hoen kwee putih
(di bhgi 2)

Lapisan Bawah :
½ bungkus tepung hoen kwee putih
2 ½ cawan air
½ cawan gula
¼ cawan jagung (kak ruby guna jagung dlm tin)
Sedikit pewarna kuning

Satukan semua bahan2 ini, kacau atas api pelahan hingga pekat.
Kemudian tuangkan ke dlm acuan kecil2 atau kelongsong yg dibuat dr daun pandan, masukkan ½ paras acuan saja....ketepikan.

 
Lapisan Atas :
½ bungkus tepung hoen kwee putih
2 cawan santan
Sedikit garam

Satukan juga semua bahan ini, kacau atas api pelahan hingga pekat.
Tuangkan ke atas acuan jagung tadi hingga penuh.
Sejukkan dalam peti ais.


Tuesday 3 July 2012

Agar Agar Lumut

Dalam 2, 3 minggu ni cuaca terlalu panas.....ari ni pagi2 lagi kak ruby dah masak agar2, dengan tujuan supaya agar2 benar2 sejuk bila simpan lama sikit dlm peti ais, untuk makan tnghari nnti......sebab jap lg, kak ruby nak p airport ambil org tersayang balik dr Semenanjung, bila sampai di rumah panas2 tu, boleh lah mkn agar2 yg dah sejuk tu........lega..... 


AGAR AGAR LUMUT
Bahan :
10 gm agar2  (serbuk)
3 cawan air
1/2 cawan gula (bleh tmbh, bleh kurang)
1/2 kotak santan
1 biji telur
secubit garam
daun pandan (simpulkan)
pewarna hijau
Cara :
Masak agar2 dengan air hingga mendidih,
masukkan gula dan daun pandan,  biar hingga gula larut, masukkan pewarna hijau.
Pukul telur hingga kembang, masukkan santan dan garam kacau sebati.
Kemudian tuangkan bnchan santan ke dalam agar2,  biarkan mendidih.
Tuang kedalam loyang atau acuan kecil2.

 Sejukkan dlm peti ais sebelum dihidangkan....

Sunday 1 July 2012

Kek Gula Hangus

x


KEK GULA HANGUS


Bahan:
8 bij telur
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula*
2 cawan air*
* buat gula hangus
1/2 cawan buttercup
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
2 sudu teh soda bicarbonate





 
Cara :

Buat gula hangus - sejukkan.
Kacau buttercup hingga kembang- masukkan susu, kacau sebati
Masukkan telur yg telah dipukul hingga kembang
Masukkan tepung gandum yg telah diayak bersama soda bicarbonte.
Akhir sekali masukkan gula hangus, kacau bg betul2 sebati
Masukkan ke dlm acuan yg telah disapu sedikit butter.
Bakar api atas bawah, selama 45 hingga 1 jam.