Nuffnang Ad

Saturday 30 June 2012

Sago Permata


SAGO PERMATA


Bahan :
200 gm sagu (bhgi 4, stiap 1 bahagian, 50 gm)
50 gm sagu
3/4 cawan air
2 sudu besar gula
1/2 helai daun pandan
pewarna, merah, hijau, kuning dan ungu
kelapa putih + garam scukup nya


 
Cara :
Masak air, gula, pewarna dan daun pandan hingga mendidih biarkan daun pandan layu sikit dan berbau wangi, keluarkan daun pandan.
Masukkan sagu, kacau jangan berhenti hingga masak.
Masukkan kedalam acuan biarkan hingga sejuk baru gaulkan kelapa.

Buat lah seperti diatas hingga habis keempat-empat bahagian dengan 4 warna.



Friday 29 June 2012

Talam Tokyo

Assalammualaikum semua, untuk ptg ni kak ruby buat talam tokyo, sebenarnya kak ruby tak tau pun kuih ni, memang tak pernah makan pun....sejak berfb ni tengok kwn-kwn buat nampak cntik dan sedap je, kak ruby pun cari2 lah resepi, jumpa kat blog Yatie....apa lagi, try lah...utk prcubaan pertama ni kak ruby buat 1/2 adunan je, alhamdulillah hasil nya memuaskan, memang sedap..... dibulan puasa nnti boleh lah buat lagi utk brbuka....maaf ye yatie ada sikit2 kak ruby ubah kat resepi tu. Terima kasih Yatie.

TALAM TOKYO
Bahan Utk Lapisan Bawah
(loyang 10x10x2")
  • 300 gm sago kecil warna putih
  • 60 gm sohoon
  • 100 gm kelapa parut putih
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 1 sudu kecil garam.
 
Cara
Cuci sago, rendam selama 30 minit dan toskan.
Rendam sohoon dngn air suam selama 30 minit, toskan dan potong kecil2.
Satukan bahan2 di atas dan masukkan ke dalam loyang yg telah disapu dgn minyak. Klu nak alas plastik  pun boleh.
Kukus selama 25-30 minit dan tekankan sikit dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata

Bahan Utk Lapisan Atas
4 biji telur
300 gm gula pasir
400 ml santan pekat
400 ml air +3 helai daun pandan(blender dan tapiskan)
100 gm tepung kastard
sedikit pewarna hijau (kak ruby letak kuning)
(Yatie guna 1 sudu kecilk air kapur) (kak ruby x letak)
1/2 sudu kecil garam

Cara
Campurkan semua bahan dan blend rata.
Kacau sebati dan tapiskan. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.
Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
Padamkan api, Biarkan kuih benar-benar sejuk baru dipotong.


Tuesday 26 June 2012

Tom Yam



 TOM YAM
  • 200 gm udang
  • ½ ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 biji bawang besar (belah 4) 
  • 15-20 batang cili padi merah  
  • 2 batang serai (dititik)
  • 2 bungkus pes tom yam (kak ruby guna adabi)
  • 4 helai daun limau purut
  • 2-3 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • 4-5 cawan air
  • garam  
  • sayur-sayuran (broccoli, jagung muda, tomato, carrot, kcng paes)

Cara-cara
1.    Masak hingga mendidih 4 hingga 5 cawan air dalam periuk 
2.    Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar (supaya jus ayam keluar).
3.    Dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau.
4.    Masukkan udang, cili padi, pes tom yam dan garam.
5.    Kemudian masukkan sayur-sayuran biarkan sekejap.
6.    Last skali, masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api.


Saturday 23 June 2012

Marble Cheese Walnut Brownies



MARBLE CHEESE WALNUT BROWNIES

BAHAN
50 gm walnut
250 gm butter
1 cawan serbuk koko
3 biji telur
1 1/2 cawan gula castor
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh  baking powder
1 sudu teh soda bicabonat
1 sudu teh vanila

CARA  CARA
1. Cairkan butter dan masuk serbuk koko dan kacau rata.
2. Dengan menggunakan handwish pukul (pukul sikit2 je) gula & telur sampai sebati.
3. Kemudian masukkan kedlm adunan butter & koko tadi.
4. Masukkan susu cair
5. Akhir sekali masukkan esen vanilla dan tepung yg telah diayak, masukkan juga walnut kacau sebati.
6. Panaskan oven pada suhu 175 C
7. Alas loyang 10x10 dan grese proof paper biar kertas berjuntai supaya mudah untuk mengeluarkan brownis.
8. Bakar selame 20 minit menggunakan api atas bawah
  **simpan sedikit adunan untuk melorek

 
BAHAN LAPISAN CHEESE

250 grm chese cream
1 cwn gula castor (kak ruby ltk 1/2 cwn je)
1 bjik telur

Cara membuat
1. Putar cream cheese dan gula hingga kembang

2. Masukkan telur dan putar lagi

3. Keluarkan kek dari oven dan letak adunan chesse dan ratakan

4. Lorekkan menggunakan lebihan adunan kek tadi

5. Bakar slama 20 minit hingga 30 minit lagi.




Roti Silang Sosej



ROTI SILANG SOSEJ
resepi asal yatie
Bahan-bahan
  • 600 g tepung roti ( 5 cawan rata)
  • 120 g gula halus (1/2 cawan rata)
  • 1 sk rata garam
  • 2 sb susu tepung (opt)
  • 1/4 sudu kecil bread improver/softener
  • 5 sk rata yis segera
  • 1 biji telur
  • 250 ml air
  • 60 g mentega - lembut (2 sb penuh)
  • 1 bungkus sosej (kak guna sosej sbagai inti)

 

Cara-cara
1.     Satukan semua bahan2 di dlm mixer dan putar hingga doh tk melekat pd mangkuk mixer.
2.     Perap selama 45 min atau berganda saiznya.
3.     Canai doh bahagikan kpd bbrapa bahagian dan bentukkan, atau timbang 50 g setiap satu. Isi inti manis seperti kelapa manis,kaya,kcg merah dll.
4.      Susun doh dan jarakkan di atas dulang pembakar.
5.     Perap lagi selama 45 min atau berganda saiznya.
6.     Bakar di dlm oven yg telah dipanaskan dulu pd suhu 180C selama 10-15 min.

Thursday 21 June 2012

Kuih Lapis Coklat



KUIH LAPIS COKLAT

BAHAN A
300 gm tepung gandum
60 gm tepung hon kwee
1500 ml santan
360 gm gula
2 biji telur

 BAHAN B
30 gm serbuk koko
50 gm santan
pewarna kuning (kak ruby x letak)




 

CARA :
Blender kesemua bahan A dan bahagikan kepada 2 bahagian.satu adunan dicampur dengan bahagian B dan satu adunan dibubuh warne kuning. Kukus selapis demi selapis, setiap lapis kukus selama 5 minit.  Untuk lapisan terakhir kukus selama 15 minit.


*gambar diatas kak ruby buat 1/2 adunan je.
*untuk adunan asal loyang 10 x 10.


Wednesday 20 June 2012

Puding Oreo

Assalammualaikum jiran2 kak ruby semua, sudah 2 minggu kak ruby tak buka kayumaniskorner563.......sebenarnya kak ruby terbang jauh ke Utara Semenanjung, pulang ke kampung  dimana tempat kak ruby di lahirkan, seronok dan bahagia sekali dapat jumpa sanak saudara yang amat kak ruby rindui dan sayangi...2 minggu macam 2 saat rasa nya....berat rasa nya kaki ini untuk melangkah masuk ke pesawat yang akan menerbangkan kak ruby kembali merantau ke bumi kenyalang.  Apa boleh buat rezeki kak ruby di tempat orang.....redha hati ini dengan pemberian Allah.....Setiba di Sibu, cuaca terlalu panas rupa nya, jadi puding oreo lah yang menjadi penyejuknya.


 
PUDING OREO

Bahan :
10 gm agar-agar tali
6 keping biskut coklat Oreo ( inti krim putih keluarkan)
2 cawan air
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula
1 ikat daun pandan (kak ruby x letak)
2 sudu besar serbuk koko (kak ruby x letak)

 

Cara-cara

Rendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus, kemudian masukkan 2 cawan air dan rebus agar-agar bersama daun pandan. Biarkan agar-agar betul-betul larut.
Sementara itu blender halus biskut oreo, selepas itu masukkan susu segar, gula dan biskut oreo tadi, kacau sebati. Serbuk koko bancuh sedikit dengan 1 sudu besar air suam dan kemudian curah di dalam periuk agar-agar.
Setelah semua sebati, curah dalam acuan dan setelah sejuk baru disimpan di dalam peti ais, agar-agar akan menjadi dua lapis dengan sendirinya, kalau nak lapisan biskut oreo tu lebih tebal, boleh tambahkan kuantiti biskut oreo tadi.
  


cara ita
Setelah agar2 dan gula larut, ita masukkan susu dalam agar2.
Kalau nak letak koko, kita bancuh dulu dengan sedikit air panas dan tuang sekali dalam agar2.
Serbuk oreo, ita letak dalam acuan.
Kemudian ita tuangkan agar dalam acuan yang dah ada oreo tadi.

cara kak ruby
Setelah agar-agar larut, masukkan gula dan susu segar kacau sebati.  Kak ruby bagi 2, sama banyak, 1 bahagian biarkan warna asal dan 1 lagi masukkan serbuk biskut oreo tadi kacau sampai BETUL2 sebati. 
Masukkan warna asal dlm acuan, biarkan separuh beku masukkan pula bahagian yg dicampur biskut oreo.  Beku dan sejukkan dlm peti ais.  

Sunday 3 June 2012

Cheese Tart

xx


CHEESE TART
resepi asal Norliza yaakob 
 
Bahan:
150 gm butter (apa2 brand pun bole, sya guna farm cow)
250 gm tepung superfine (nak guna tpg gamdum pun bole tp kurang sedap kata chef)
60 gm icing sugar
2 sudu makan air sejuk (air sejuk dari peti ais)

 
cara2
Gaulkan tepung, gula aising dan butter,
gaul ramas dan sehingga mnjadi serbuk roti (peroi)
Setelah sebati masukkan air dan gaul sebati
setelah sebati (macam doh) canai ikut acuan tart, jgn terlau tebal atau nipis.
bakar dlm 20-25 minit dlm suhu 130-150 (mengikut oven sendiri)
bakar sehingga kekuningan/perang.

 init/filling
bahan2
250 gm cream cheese
60 gm gula aising
30 gm butter
1 biji telor (utk rasa lebih sedap masukkan 2 biji kuning telor sahaja)
250 gm blueberry pie filling (boleh letak filling yg kita suka spt kiwi, stawberi)

cara2
putar cream cheese, gula dan butter bersama sehingga kembang/sebati
masukkan telor, pukul sebati

masukkan filling yg kita suka kedasar kulit tart diikuti adunan cheese kemudian letak sedikit filing diatas cheese.....lorekkan menjadi corak yg kita suka


Friday 1 June 2012

Apam Indon

Assalammualaikum dan salam 1 satu malaysia semua, kak ruby tertarik dgn resepi yatie nampak gebu dan cntik sngt, apam indon nama kuih nya....kak ruby salin resepi dan mencuba, oleh sbb percubaan pertama kak ruby buat 1/2 adunan je, bkn apa risau2 tak menjadi nnti......bila dah siap masak jadi pula lembut je....tapi tak lah segebu yang yatie wat.....apa2 pun terima kasih pada tuan punya resepi.

APAM INDON

Bahan :

  • 5 iji telur
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 300 gm tepung gandum
  • 300 gm gula halus
  • 250 ml susu segar @ santan (kak ruby guna susu segar)
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • sedikit garam
  • pewarna
 
 
  1. Sediakan kukusan.Untuk mengelakkan air menitik ke atas kek, balut penutup dgn sehelai kain.
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder.
  3. Campurkan garam ke dalam susu.
  4. Putar telur dan ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang.
  5. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan esen vanilla.
  6. Kurangkan kelajuan mixer. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu.
  7. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Masukkan perwarna yg disukai.
  8. Sapukan loyang dg sedikit marjerin.kemudian taburkan sedikit tpg. (cara ni saya guna utk elak adunan dari melekat bila masak nanti)
  9. Masukkan adunan adunan pertama ke dlm acuan. Kukus selama lebih kurang 10 minit atau smpai bhgn atas tu tak melekat.
  10. Ulangi langkah (9) dgn adunan kedua.
  11. Masukkan adunan terakhir dan kukus lagi selama 30-40 minit.