TALAM TOKYO
Bahan Utk Lapisan Bawah
(loyang 10x10x2")
- 300 gm sago kecil warna putih
- 60 gm sohoon
- 100 gm kelapa parut putih
- 100 ml santan pekat
- 300 ml air
- 1 sudu kecil garam.
Cara
Cuci sago, rendam selama 30 minit dan toskan.
Rendam sohoon dngn air suam selama 30 minit, toskan dan
potong kecil2.
Satukan bahan2 di atas dan masukkan ke dalam loyang yg telah
disapu dgn minyak. Klu nak alas plastik
pun boleh.
Kukus selama
25-30 minit dan tekankan sikit dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata
Bahan Utk Lapisan Atas
4 biji telur
300 gm gula pasir
400 ml santan pekat
400 ml air +3 helai daun
pandan(blender dan tapiskan)
100 gm tepung kastard
sedikit pewarna hijau (kak ruby letak kuning)
(Yatie guna 1 sudu kecilk
air kapur) (kak ruby x letak)
1/2 sudu kecil garam
Cara
Campurkan semua bahan dan blend rata.
Kacau sebati dan
tapiskan. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.
Tuangkan adunan
ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
Padamkan api, Biarkan kuih benar-benar sejuk baru dipotong.
No comments:
Post a Comment