Nuffnang Ad

Wednesday, 20 June 2012

Puding Oreo

Assalammualaikum jiran2 kak ruby semua, sudah 2 minggu kak ruby tak buka kayumaniskorner563.......sebenarnya kak ruby terbang jauh ke Utara Semenanjung, pulang ke kampung  dimana tempat kak ruby di lahirkan, seronok dan bahagia sekali dapat jumpa sanak saudara yang amat kak ruby rindui dan sayangi...2 minggu macam 2 saat rasa nya....berat rasa nya kaki ini untuk melangkah masuk ke pesawat yang akan menerbangkan kak ruby kembali merantau ke bumi kenyalang.  Apa boleh buat rezeki kak ruby di tempat orang.....redha hati ini dengan pemberian Allah.....Setiba di Sibu, cuaca terlalu panas rupa nya, jadi puding oreo lah yang menjadi penyejuknya.


 
PUDING OREO

Bahan :
10 gm agar-agar tali
6 keping biskut coklat Oreo ( inti krim putih keluarkan)
2 cawan air
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula
1 ikat daun pandan (kak ruby x letak)
2 sudu besar serbuk koko (kak ruby x letak)

 

Cara-cara

Rendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus, kemudian masukkan 2 cawan air dan rebus agar-agar bersama daun pandan. Biarkan agar-agar betul-betul larut.
Sementara itu blender halus biskut oreo, selepas itu masukkan susu segar, gula dan biskut oreo tadi, kacau sebati. Serbuk koko bancuh sedikit dengan 1 sudu besar air suam dan kemudian curah di dalam periuk agar-agar.
Setelah semua sebati, curah dalam acuan dan setelah sejuk baru disimpan di dalam peti ais, agar-agar akan menjadi dua lapis dengan sendirinya, kalau nak lapisan biskut oreo tu lebih tebal, boleh tambahkan kuantiti biskut oreo tadi.
  


cara ita
Setelah agar2 dan gula larut, ita masukkan susu dalam agar2.
Kalau nak letak koko, kita bancuh dulu dengan sedikit air panas dan tuang sekali dalam agar2.
Serbuk oreo, ita letak dalam acuan.
Kemudian ita tuangkan agar dalam acuan yang dah ada oreo tadi.

cara kak ruby
Setelah agar-agar larut, masukkan gula dan susu segar kacau sebati.  Kak ruby bagi 2, sama banyak, 1 bahagian biarkan warna asal dan 1 lagi masukkan serbuk biskut oreo tadi kacau sampai BETUL2 sebati. 
Masukkan warna asal dlm acuan, biarkan separuh beku masukkan pula bahagian yg dicampur biskut oreo.  Beku dan sejukkan dlm peti ais.  

No comments:

Post a Comment