Nuffnang Ad

Saturday 19 September 2015

Apam Mawar



APAM MAWAR
resepi asal: Citarasawan

Bahan
250 gm tepung gandum
 1/4  sudu teh baking powder
150  gm gula kastor
2  biji telur A
1/2  sudu teh ovallet
200 ml  susu cair 
50 ml minyak masak
1/4  sudu teh  garam
Pewarna & perisa yang disukai

Acuan Mawar  -  gris dengan sedikit minyak















Cara
Ayakkan tepung gandum, garam dan baking powder.
Pukul telur, gula dan ovallet sehingga putih dan gebu.  Masukkan tepung berselang-seli dengan susu cair sambil diputar sehingga bergaul rata.
Masukkan minyak, gaul rata dan bahagikan kepada 2 bahagian sama rata. Kemudian masukkan perisa dan pewarna pilihan.
Tuangkan ke dalam acuan 3/4 penuh.


 Kukus selama 10-15 minit dengan api perlahan supaya tidak merekah.

Sunday 13 September 2015

Dangai

Assalammualaikum, ini kali yang ketiga kak ruby buat kuih kesukaan kak ruby ni, selalu nya kak ruby beli je kat pasar malam........kali pertama dan kedua kak ruby buat guna acuan dangai yang biasa tu, yang macam kat pasar malam, kak ruby beli acuan dangai kat pekat rabu, Alor Star....tapi sedih, hasil kerja kak ruby tu tak menjadi sangat, sekadar boleh makan je lah.........bila cari2 kat blog kawan2 terjumpa cara buat kuih dangai guna toster, kak ruby pun try lah petang semalam, wow menjadi,  sedap sangat dan mudah je.......terima kasih pada yang memberi idea baru ni.
 

Kuih Dangai 

 Bahan
4 cawan kelapa parut
2 cawan tepung pulut
3/4 cawan gula
1 1/2 sudu kecil garam



Cara
1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati. Jangan biar kelapa berketul-ketul.
2. Asingkan sedikit utk jadikan inti dan lebih sedikit manis.
3. Masukkan yg masin dahulu kemudian inti dan tutup balik dgn kelapa yg masin sedikit.
4. Bakar dalam toster roti jer..

Sunday 6 September 2015

Tauhu Berlauk



TAUHU BERLAUK

Bahan
4 ketul tauhu
2 tiub tauhu jepun
Udang atau isi ayam
Cili merah
Daun bawang
Daun sup
4 biji telur
Garam, serbuk lada putih, serbuk perasa









tauhu selepas dikukus







Cara
Blender tauhu, tauhu jepun, 2 biji telur, udang atau isi ayam.
Masukkan hirisan daun bawang, daun sup dan cili merah, garam, serbuk lada putih dan serbuk perasa secukupnya, gaul sebati.
Masukkan kedalam bekas dan kukus hingga keras atau masak…angkat sejukkan dan potong ikut saiz yg dikehendaki.
Pukul 2 biji telur yang ada lagi tu…. celup dan goreng hingga kuning keemasan, angkat.
Boleh dihidangkan.

Wednesday 2 September 2015

Mediterranean Cookies Kak Ruby

Assalammualaikum....biskut ni kesukaan anak-anak, masa tengah bakar pun bau nya sangat wangi....sebenarnya biskut ni ciptaan kak ruby sendiri, kak ruby campurkan 3 bahan utama iaitu kelapa kering, nestum dan cornflakes juga kak ruby letak madu sikit, bahan lain biasa lah seperti tepung, gula dan butter.  kata anak2 dan jugak suami biskut ni memang sedap......Hari ni kak ruby buat lagi untuk bekalkan anak kak ruby balik ke asrama.....Pada sapa2 yang ingin mencuba, boleh lah, tak rugi.......


Mediterranean cookies kak ruby

Bahan
250 gm buttercup
1 cwn gula halus
1 cwn kelapa kering
1 cwn nestum
1 cwn cornflakes
2 sudu besar madu
2 sudu besar tepung kastard
1 1/2 cwn tepung gandum
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
1sudu kecil baking powder





















Cara
Campurkan serta gaul rata tepung gandum, tepung kastard dan baking powder, ketepikan.
Kacau buttercup, gula dan kuning telur hingga kembang, masukkan madu kacau sebati.
Masukkan kelapa kering, nestum dan cornflakes kacau rata, masukkan campuran tepung tadi sambil digaul hingga lembut.  Jika adunan keras tambahkan sedikit lagi butter.
Bentukkan adunan bulat-bulat tekan dengan garpu kemudian gaulkan dengan nestum.
Bakar dalam suhu 160c selama 15 minit atau hingga masak.