Assalammualaikum, ini kali yang ketiga kak ruby buat kuih kesukaan kak ruby ni, selalu nya kak ruby beli je kat pasar malam........kali pertama dan kedua kak ruby buat guna acuan dangai yang biasa tu, yang macam kat pasar malam, kak ruby beli acuan dangai kat pekat rabu, Alor Star....tapi sedih, hasil kerja kak ruby tu tak menjadi sangat, sekadar boleh makan je lah.........bila cari2 kat blog kawan2 terjumpa cara buat kuih dangai guna toster, kak ruby pun try lah petang semalam, wow menjadi, sedap sangat dan mudah je.......terima kasih pada yang memberi idea baru ni.
Kuih Dangai
Bahan
4 cawan kelapa parut
2 cawan tepung pulut
3/4 cawan gula
1 1/2 sudu kecil garam
Cara
1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati. Jangan biar kelapa
berketul-ketul.
2. Asingkan sedikit utk jadikan inti dan lebih sedikit
manis.
3. Masukkan yg masin dahulu kemudian inti dan tutup balik
dgn kelapa yg masin sedikit.
4. Bakar dalam toster roti jer..
No comments:
Post a Comment