Assalammualaikum....biskut ni kesukaan anak-anak, masa tengah bakar pun bau nya sangat wangi....sebenarnya biskut ni ciptaan kak ruby sendiri, kak ruby campurkan 3 bahan utama iaitu kelapa kering, nestum dan cornflakes juga kak ruby letak madu sikit, bahan lain biasa lah seperti tepung, gula dan butter. kata anak2 dan jugak suami biskut ni memang sedap......Hari ni kak ruby buat lagi untuk bekalkan anak kak ruby balik ke asrama.....Pada sapa2 yang ingin mencuba, boleh lah, tak rugi.......
Mediterranean cookies kak ruby
Bahan
250 gm buttercup
1 cwn gula halus
1 cwn kelapa kering
1 cwn nestum
1 cwn cornflakes
2 sudu besar madu
2 sudu besar tepung kastard
1 1/2 cwn tepung gandum
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
1sudu kecil baking powder
Cara
Campurkan serta gaul rata tepung gandum, tepung kastard dan baking powder, ketepikan.
Kacau buttercup, gula dan kuning telur hingga kembang, masukkan madu kacau sebati.
Masukkan kelapa kering, nestum dan cornflakes kacau rata, masukkan campuran tepung tadi sambil digaul hingga lembut. Jika adunan keras tambahkan sedikit lagi butter.
Bentukkan adunan bulat-bulat tekan dengan garpu kemudian gaulkan dengan nestum.
Bakar dalam suhu 160c selama 15 minit atau hingga masak.
No comments:
Post a Comment