Sudah setahun lebih kak ruby tidak buat kek coklat kukus, semalam mengidam pula, korek2 lebihan serbuk koko dalam simpanan, memang ada lebihan hari raya yang lepas, tengok resepi pula semua bahan ada, tak perlu ke kedai untuk membeli, apa lagi kak ruby, secepat kilat lah kak ruby membuat nya, sekejap siap....petang terus boleh makan........ terima kasih cikgu suraya.
KEK COKLAT KUKUS LEMBAB
Bahan untuk kek coklat.
Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
Bahan B
1 1/2 cawan tepung
gandum
1 sudu teh bikarbonat
1 sudu teh baking
powder
1 sudu teh esen
vanilla
3 biji telur (suhu
bilik)
Cara
1. Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. api kecil. sejukkan.
2. Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit) kemudian masukkan bahagian A.
3. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati.
4. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya
tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). kacau
sebati selama 5 minit
5. Masukkan adunan dalam loyang, tutup dengan kertas foil, guna apa2 pun boleh, pastikan wap air tak boleh masuk dalam
adunan.
6. kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana.
(pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu..). Jangan buka penutup
kukus sampai cukup masa
7. angkat ... tunggu sejuk baru boleh potong. kalau rajin
boleh letak topping.
BAHAN UNTUK TOPPING (ganache)
Bahan:
300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas
kek yg belum di topping
Cara
Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler.
Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.
Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair.
Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga
menutupi keseluruhan kek.
Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap
ke dalam kek.
Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler)
dan masukkan air panas.
Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.
Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam
peti ais.
Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas..
* mmg agak banyak ganache yg dihasilkan sbb nak kena siram
2x atas kek tu nanti utk menghasilkan kek yg super duper moist
No comments:
Post a Comment