Nuffnang Ad

Thursday 26 June 2014

Cucur

Assalammualaikum, hari sabtu atau ahad ni kita semua umat islam berpuasa lah ye, insyaAllah kan.......petang semalam kak ruby cuba buat kuih cucur,  alhamdulillah tak banyak ragam nya menjadi dengan elok, pertama kali kak ruby buat, selama ni dengar2 orang cakap2 susah nak buat cucur ni, tapi bila dah buat sendiri tak lah susah sangat........pada sapa2 yang ingin cuba pada bulan puasa ni, boleh lah resepi nya dibawah ye.....oh ye lupa kak ruby, kak ruby buat cucur ni guna gula merah je, sebab kak ruby tak suka manis.

CUCUR

Bahan
1 cwn tepung gandum
1 cwn tepung beras
1/2 cwn gula pasir
1/2 cwn gula merah
1 cawan air
sedikit garam
















Cara
Satukan semua bahan diatas, kacau hingga sebati dan perap selama 4 jam atau lebih.
Selepas itu boleh lah digoreng dengan minyak yang banyak, ambil satu senduk kecil adunan masukkan ke dlm kuali, bila cucur timbul baru terbalikkan, angkat dan toskan minyak nya`

Thursday 19 June 2014

Bingka Nestum


BINGKA NESTUM

Bahan
2 cwn tepung gandum *
1 1/2 cwn nestum original
2 cwn santan *
1 cwn susu segar *
5 biji telur *
3/4 cwn gula pasir *
3/4 cwn susu pekat *
1 sudu besar tepung jagung *
1 sudu kecil garam halus *
2 sudu besar butter - dicairkan *
1 sudu kecil esen vanila
sedikit pewarna kuning
















Cara
Panaskan oven 180c, blend bahan yang bertanda *.
Masukkan nestum dan gaul sebati dengan menggunakan hand whisk atau senduk kayu.
Sediakan loyang masukkan 1 sudu besar butter dan panaskan diatas api kecil.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan taburkan bijirin nestum diatasnya.
Bakar 50 - 60 minit atau sampai masak, sejukkan dahulu baru dipotong dan dihidangkan.
Untuk mendapatkan permukaan yang garing, 5 - 10 minit terakhir gunakan api grill sehingga perang permukaannya.

Wednesday 18 June 2014

Puding Jagung

Dessert yang ringkas tapi sedap.......

PUDING JAGUNG

Bahan
1 cawan tepung kastard
1 1/2 cawan jagung manis - dlm tin
3/4 cawan gula pasir
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair



Cara
Campurkan kesemua bahan dalam periuk dan kacau sebati, kemudian letak diatas api yang perlahan dan kacau terus menerus hingga adunan pekat dan berkilat.
Angkat dan tuang kedalam acuan kecil2 atau loyang. sejukkan.

Red velvet lagi

Assalammualaikum dan bertemu kembali,  rasa nya sudah lama kak ruby tak publish apa2 dalam kayumaniskorner......bukan apa, penyakit MALAS datang berganda-ganda jadi nya, kek velvet ni pun sudah 4 hari kak ruby buat, hari ni baru dapat publishkan......masih ada 5 jenis gambar kuih lagi yang tersimpan rapi dalam camera, entah lah bila dapat nak publish........Ya Allah berilah hamba mu ini sedikit sifat kerajinan. Resepi dari blog Hana, terima kasih Hana.

KEK RED VELVET

Bahan
2 cwn tepung kek/superfine *
2 sudu besar serbuk koko *
1 sudu kecil baking powder *
1 sudu kecil soda bicarbanat *
1 sudu kecil garam halus *
1 cwn gula halus
1 cwn minyak jagung
1/2 cwn air panas
2 biji telur A
1 sudu besar pewarna merah
sedikit esen vanila
1 cwn buttermilk - resepi di bawah

Utk Topping
250 g cream cheese
1/2 cwn whipping cream
1/2 cwn gula icing
1 sudu besar jus perahan lemon


Cara
Sediakan buttermilk, cara nya campurkan 1 cwn susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider/cuka putih. biarkan sebentar lebih kurang 10 minit, (boleh jugak guna yogurt, sekatannya 3/4 cwn yogurt plain/original + 1/4 cwn susu segar).















Ayak dan satukan bahan yg bertanda *, ke dalam mangkuk ketepikan.
Dalam mangkuk lain,  satukan gula, minyak dan telur, kemudian pukul hingga kembang, masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila pukul lagi, masukkan bahan yg diayak td secara sedikit demi sedikit sambil terus diputar perlahan hingga semua sebati, akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
Leserkan loyang dgn butter, masukkan adunan bakar 45 minit, kek ini boleh jugak dikukus.
Sementara itu boleh lah sediakan topping.  Putar semua bahan hingga sebati, sapukan pada keseluruhan kek, sejuk kan dahulu baru dipotong.    

Sunday 8 June 2014

Acar Mentah

Assalammualaikum, hari minggu ni kak ruby masak nasi tomato, dalca, ayam masak merah dan acar mentah ......yang lepas2 kak ruby dah publish nasi tomato dan ayam masak marah, kali ni kak ruby cuma sempat publish acar mentah je, dalca lain kali pula, sebab kak ruby kesuntukan masa.......hihihi acar kak ruby ni bukan terlebih nenas tau, ni disebab kak ruby potong timun terlalu nipis, sampai tenggelam oleh nenas2, tapi sedap tau.


ACAR MENTAH

Bahan
1 batang timun - di potong memanjang (k ruby potong nipis)
2 batang karot - dipotong memanjang (k ruby potong nipis)
1/2 biji nenas - dipotong kecil
1 biji bawang besar - dipotong nipis
2 biji cili merah - dipotong nipis
2 cili padi hijau - dipotong nipis
2 sudu mkn gula
1/2 sudu teh garam
5 sudu mkn cuka



Cara
Dalam mangkuk yang besar campur dan gaulkan semua bahan diatas, rasa secukupnya, perap sekejap boleh lah dihidangkan.
Hidangkan bersama nasi tomato, dalca dan ayam masak merah.


Monday 2 June 2014

Kek Pisang Walnut


KEK PISANG WALNUT

Bahan
1/2 cwn minyak jagung
1/2 cwn gula
2 biji telur
4 biji pisang - dilecek
1/2 cwn walnut
1/2 cwn kismis
2 cwn tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bicarbonate
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen vanila
3 sudu kecil susu pekat manis














Cara
Minyak dikacau sebati dengan telur yang telah dipukul kembang, kemudian masukkan gula, susu pekat, vanila dan garam, kacau rata.
Masukkan tepung gandum yang telah di ayak bersama baking powder dan soda bicarbonate, kacau masukkan pisang yg sudah dilecek, kacau rata.
Akhir sekali masukkan walnut dan kismis kacau lagi sebatikan.  Masukkan kedalam acuan yang sudah disapu dengan sedikit butter.
Bakar dengan suhu 180c selama 45 minit atau hingga masak.

Apam Keladi

Assalammualaikum.....terima kasih Rohah kak ruby share resepi, memang sedap apam keladi ni......

APAM KELADI

Bahan
2 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula
1 cwn keladi yg sudah dipotong dadu
1 cwn susu cair
1 1/2 air
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
pewarna ungu & perisa keladi secukupnya














Cara
Keladi dibersihkan dipotong dadu kecil, kemudian direbus empuk.
Kisar keladi bersama susu cair, air, garam, dan gula.
Satukan tepung gandum bersama yis dan baking powder.
Masukkan adunan tepung tadi kedlm bahan kisar dan kacau rata. Masukkan juga pewarna dan perisa keladi, kacau rata.
Perap adunan selama 1 1/2 jam.  Kukus adunan selama 15 minit menggunakan api yang kuat.
Hidangkan dengan kelapa parut yang digaul dgn sedikit garam.