Nuffnang Ad

Tuesday, 2 April 2013

Tart Coklat



TART COKLAT

Bahan
450 gm tepung gandum
250 gm mentega
100 gm gula halus
1 biji telur
2 sudu teh air sejuk
1 sudu teh esen vanila

 

Cara
Putar mentaga, gula dan esen vanila hingga kembang, masukkan telur dan air, putar lagi hingga adunan sebati dan berkrim.  Masukkan tepung gandum dan uli untuk menjadi doh yang lembut.
Ambil sedikit doh tekan ditapak tangan supaya sedikit rata dan masukkan dalam acuan tart, picit2 pada keluruhan acuan dan lebihan diatasnya ratakan dengan menggunakan belakang pisau.
Bakar selama 20 minit dengan suhu 150c hingga masak. 


Bahan Coklat Utk Filling
200 gm coklat masakan
100 ml susu cair atau 150 ml whipping cream
1 sudu teh butter


Cara
Doubler boiler susu atau whipping crem bersama coklat masakan.
Dah agak cair coklat, tutup api sambil terus mengacau hingga semua coklat larut.
Masukkan butter kacau sebati.  Biarkan seketika baru digunakan. 

5 comments:

  1. geram tgk tart banyak2 ni..teringin nak makan terus..

    ReplyDelete
  2. Nak try buat la hari ni.teringin sangat tengok ^^

    ReplyDelete