Nuffnang Ad

Friday 27 May 2016

Puteri Ayu Ceria

Assalammualaikum dan salam hari jumaat.....minum petang kak ruby hari ni ceria sikit, hihihi kat luar tu mendung je hujan gerimis, hujan rahmat tu alhamdulillah kan hujan turun.......kak ruby dalam rumah ceria dengan kuih kak ruby, panas lagi ni baru lepas kukus, sedap tau makan panas-panas,  lebih selera tengok warna nya yang ceria tu hihihi......
Resepi kak ruby ambil dari rakan group fb.....terima kasih group fb.


PUTERI AYU CERIA

Bahan
3 biji telur ayam A
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
2 sudu teh baking powder
1 sudu besar ovalette
Pewarna
















Cara
Pukul telur, gula dan ovalette hingga gebu dan putih, masukkan santan pukul hingga berbuih, matikan mixer.  Masukkan tepung yang sudah diayak bersama baking powder kaedah kaup balikkan atau guna whisk.
Bahagi kepada 3 bahagian.


 ½ biji kelapa putih
1 ½  sudu besar tepung ubi
Sedikit garam
Gaul semua bahan diatas hingga sebati, masukkan kedlm acuan yg sudah disapu dgn sedikit minyak, tekan padat2 supaya dpt bentuk yg cantik.
Masukkan adunan tepung secara gilir-gilir warnanya.
Kukus dengan api sederhana, selama 8 – 10 minit atau hingga masak.

Tuesday 24 May 2016

Karipap



KARIPAP

Bahan
300 gm tepung gandum
3/4 cawan air sejuk (dlm peti ais)
2 sudu mkn minyak jagung*
2 sudu mkn buttercup*
sedikit garam
















Cara
Campurkan bahan yang bertanda * dan panaskan hingga butter cair, tutup api.
Gaulkan kesemua bahan diatas dan uli hingga menjadi adunan lembut, kemudian bahagikan kepada ketul2 kecil,

(kak ruby buat setiap ketul 50 gm).(resepi asal adunan di rehatkan 30 minit) tapi kak ruby terus je canai, nipis2 kan dan letak inti, tutup seperti biasa kelim di tepi dan goreng.

Kuih Kaswi Pandan



KUIH KASWI PANDAN

Bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung beras
3 sudu besar air kapur
5 helai daun pandan - diblender dgn 4 1/2 cawan air dan ditapis
sedikit garam
sedikit pewarna hijau
1/2 biji kelapa parut  + sedikit garam *





















Cara
Panaskan kukusan hingga mendidih.
Satukan semua bahan kecuali yang bertanda *, kacau hingga sebati (blender lagi senang) kemudian tapis, masukkan kedalam acuan yang sudah disapu dengan sedikit minyak.
Kukus selama 20 minit, Kuih kaswi ni memang agak sedikit lembik, tapi bila dah sejuk ia akan keras.
Biar betul2 sejuk baru keluarkan dari acuan.
Hidangkan bersama kelapa parut.


Kuih Talam Pandan



KUIH TALAM PANDAN

Bahan 
Untuk lapisan bawah
1/2 cwn gula
1 cwn tepung gandum
1 sb tepung jagung
2 cawan air pandan -  (3 helai daun pandan)
Semua bahan ini dikacau hingga sebati dan ditapis.

Masukkan dalam loyang 8 x 8, loyang boleh dialas dengan plastik atau sapu je dengan butter.  Kemudian selama 10 minit.















Untuk lapisan atas
2 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
1 1/2 cawan santan pekat
garam secukup nya.
Semua bahan ini dikacau sebati.

Kemudian masukkan kedlm loyang lapisan bawah tadi, kukuslah selama 15 minit atau hingga masak.


Friday 6 May 2016

Kek Oren Kukus



KEK OREN KUKUS

Bahan
4 biji telur
1 cawan gula
1 sudu besar ovallate
½ cawan sunquick oren
1 titis warna merah +
2 titis warna kuning, gabungan dua warna ni hasilkn warna oren yg cntik
Mix semua bahan sampai kembang gebu
Masukkan pula
2 cawan tepung gandum – diayak bersama
½ sudu besar baking powder
Mix lagi sampai sebati
Masukkan ¼ cawan minyak masak,
Kacau guna senduk je, bila sudah sebati, masukkan kedalam acuan yang disapu dengan sedikit minyak, kukus 40 minit atau hingga masak.



Sumber resepi dari Facebook 
Terima kasih Azlina Ina