Nuffnang Ad

Tuesday 26 November 2013

Pancake

Assalammualaikum, sibuk betul kak ruby pukul 1 pagi baru ada masa nak publishkan pancake dalam kayumaniskorner, tak tahu lah ada kah betul2 sibuk atau buat2 sibuk.....tapi waktu ini lah baru kak ruby ada masa untuk buka skrin komputer ni, pancake ni kak ruby buat untuk minum petang tadi.  Memang sedap resepi dari yatiememoris, terima kasih yatie.


PANCAKE

Bahan
2 biji telur - dipukul sedikit
4 susu mkn butter - dicairkan
2 cwn tepung naik sendiri
4 sudu mkn gula
2 cwn susu segar - suam
1 sudu kecil baking powder
1 sudu teh crem of tartar
secubit garam


 

Cara
Campurkan tepung naik sendiri bersama garam, cream of tartar dan baking powder.
Masukkan susu, gula dan telur dan gaul sebati, gaul guna whisk je.  masukkan butter yg dicairkan dan gaul sebati.  Pastikan adunan tepung tidak bergentel2.  Biarkan sebentar dalam 10 minit.
Panaskan kuali non-stick, sapukan dengan sedikit butter dan tuangkan adunan setengah cawan.  Bila sudah bersarang, barulah terbalikkan, bila keperangan angkat.
Hidangkan panas2 mengikut topping kegemaran masing2.

Monday 25 November 2013

Kek Lapis Batik Sutera



KEK LAPIS BATIK SUTERA
resepi asal : Ling Arsat

Bahan A
10 biji telur
180 gm gula halus
1 sudu mkn ovellate
200 gm tepung Hongkong
100 gm horlick

Bahan B
16 oz mentega
1/2 tin susu pekat manis
170 gm seri kaya
1 sudu teh vanilla

 

Cara
Pukul telur, gula dan ovellate sehingga kembang.  Bahan B juga dipukul berasingan sehingga kembang.
Satukan kedua-dua adunan, gaul sebati.  Masukkan tepung Hongkong dan horlick, gaul sebati.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
a) 1 bahagian dibahagi 2 dibiarkan plain (utk lapisan bawah dan atas)
b) 1 bahagian lagi dibahagi 3 (utk 3 warna merah, coklat dan oren)
Bakar 4 lapisan bawah warna plain.  Setelah itu bakar 3 lapisan adunan  warna merah,  3 lapisan warna coklat dan 3 lapisan warna oren, akhir sekali bakar 4 lapisan atas warna plain.
Acuan 8 1/2 x 8 1/2 . 

Wednesday 20 November 2013

Puding Susu Dutch Lady

Assalammualaikum, hari ni desser kak ruby senang sangat, anak2 kita yang sedang bercuti sekolah tu pun boleh buat,  tapi berkhasiat tau ada susu dutch lady lagi untuk anak2 yang sedang membesar hihihi......keluarkan dari peti ais terus makan, sedaaaaaaap.
    
 

PUDING SUSU DUTCH LADY

Bahan
1 bungkus serbuk agar2
2 cawan air
2 cawan susu dutch lady strawberry
150 gm gula - klu suka manis bleh tmbah
 
Cara
Campurkan serbuk agar2 dengan 2 cawan air dan gula, masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan susu dutch lady kacau hingga mendidih, tutup api dan tuang dalam acuan atau bekas kecil2.  Biar kan sejuk sekejap masukkan kedalam peti ais.  Kalau suka siramkan dengan sos kastad diatasnya.

Daging Masak Merah



DAGING MASAK MERAH

Bahan
daging
bawang besar - belah empat
cili padi - biarkan sebiji-sebiji jangan dipotong
lobak merah - potong panjang
halia
cili kisar 
cili sos
tomato sos
sos tiram
 
bahan tumis
bawang merah - di tumbuk
bawang putih - di ketuk

 

Cara
Rebus daging hingga lembut, kak ruby guna pressure cooker sekejap je 10 mint daging dah lembut, kemudian potong daging nipis dan lebar ketepikan.
Panaskan minyak tumis bahan tumis hingga naik bau masukkan cili kisar masak hingga pecah minyak, masukkan air rebusan daging tadi biarkan mendidih, masukkan cili sos. tomato sos, sos tiram, halia, lobak merah, cili padi, garam dan gula masak hingga kuah pekat, masukkan daging biarkan mendidih sekejap kacau sebati, rasa sesedap rasa, tutup api. Angkat.

* sukatan bahan ikut pada banyak mana daging.

   

Tuesday 19 November 2013

Acar Buah

Assalammualaikum, sudah dua minggu jeruk buah-buahan tersimpan di dalam peti ais, kak ruby beli masa festival keseniaan dan kebudayaan islam tempoh hari, 1 kotak 10 rm dah siap semua buah-buahan jeruk, sebenarnya kak ruby sendiri tak ingat nama buah-buahan tu, yang kak ruby tau memang buah-buahan ni untuk buat acar buah.  Resepi nya pula kak ruby minta pada kawan sekerja kak ruby dulu........Laila tuan punya resepi terima kasih lela bagi resepi.
  

ACAR BUAH

Bahan
10 rm buah-buahan jeruk utk buat acar 
15 biji bawang merah - kupas kulit biarkan bulat2
6 biji bawang putih - buang kulit biarkan bulat2
1/2 cawan cuka
3 sudu besar gula merah/gula pasir
1 inci halia
1/4 cawan cili sos
1/4 cawan tomato sos
bijian, minyak dan garam secukupnya

Bahan kisar
3 sudu besar cili kisar - cili kering digoreng terlebih dahulu
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih 


 

Cara
Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga betul2 masak, kering dan naik minyak kemudian masukkan cili sos, tomato sos, halia, cuka, gula, garam dan bawang merah, bawang putih masukkan sedikit je air untuk lembutkan bawang, masak lagi hingga pekat dan naik minyak lagi.  Rasa sesedap rasa, baru masukkan buah-buahan, kacau sebatikan, masukkan bijian sebatikan lagi. tutup api angkat.  



Saturday 16 November 2013

Kek Cawan Pandan

Kalau pagi tadi kak ruby goreng pisang tanduk, petang nya terasa pula nak makan cupcake, entah duduk seorang-orang ni rajin pula hihihi.......sedap makan cupcake, terus kak ruby ke dapur......apa lagi operasi pun berjalanlah....ini lah hasil nya, dapat jugak kak ruby makan apa yang di idamkan.......terima kasih Allah di mudahkan rezeki pada hamba mu ini.


KEK CAWAN PANDAN

Bahan
115 gm mentega
80 gm gula kastor
2 biji telur
2 sudu teh perisa pandan
1 sudu teh pewarna hijau
175 gm tepung naik sendiri (diayak)
3 sudu besar susu segar

 Cara
Pukul mentega dan gula kastor sampai sebati.  Masukkan telur satu persatu dan perisa pandan.  pukul sampai kembang.  Masukkan tepung naik sendiri berselang seli dengan susu segar.
Timbang adunan pada setiap kertas cawan bernombor 12 sebanyak 58 gm.  Bakar dengan suhu 170c selama  23 minit.

 
 
Utk topping
150 gm krim well
50 gm mentega 
230 gm gula ising 
1 sudu teh perisa pandan
kelapa kering yg diwarnakan hijau.

 Cara
Pukul krimwell sekejap masukkan mentega pukul lagi, masukkan gula ising dan perisa pandan, pukul lagi tapi sekejap je jangan sampai gula cair.  Hias diatas kek cawan dan tabur kan kelapa kering.

Pisang Tanduk goreng

Assalammualaikum dan selamat berhari minggu.......pagi ahad ni kak ruby goreng pisang tanduk,  pisang tanduk ni tak perlu banyak2, sebab pisang tanduk besar dan panjang, kak ruby beli 2 biji je, bila dah di potong-potong banyak jadi nya.
Cuaca kat luar dingin sekali sejuk, hujan masih ada sikit2 lagi manja2 gitu........sedap lah sarapan kak ruby pagi ni, goreng pisang panas dan milo panas jugak, tak terasa yang kat tu sejuk......kalau ramai-ramai lagi sedap kan tapi apa kan daya pagi ni kak ruby seorang diri je, suami tersayang  belum terbang balik lagi, dan si manja tu pula belum lagi bangun maklum lah cuaca sejuk sapa yang nak lepaskan selimut.......tak pe lah kak ruby makan goreng pisang  seoang. 
 

 PISANG TANDUK GORENG

Semua orang  pandai goreng pisang.....cuma ni cara kak ruby 
tepung beras
tepung gandum sikit
serbuk kunyit
garam 
air kapur 
dan air secukup nya, jangan cair sangat
minyak utk mengoreng.


Thursday 14 November 2013

Kerabu Taugeh

Assalammualaikum dan salam hari jumaat, hari ni dan semalam kak ruby buat kerabu, kalau semalam kerabu daun selon hari ni kerabu taugeh campur kerang pula hihihi sedap sangat kedua-dua kerabu ni selera makan nasi, walau pun hari ni makan nasi seorang-orang je tetap selera........suami tersayang terbang jauh menyeberangi laut cina selatan, kak ruby doakan semoga suami selamat pergi dan selamat kembali......pergi kerana tugas, kak ruby relakan......ya Allah lindungi lah suami ku amin.
 

KERABU TAUGEH

Bahan
1 RM taugeh
1 kilo kerang
1 biji bawang besar - dihiris halus
1/2 cawan kerisik
2 sudu besar udang kering
4 biji cili kering/cili kisar
2 biji limau kasturi
sedikit belacan dan garam secukupnya



Cara
Taugeh dibuang ekor, dibersih dan dicelur, toskan.  Kerang direbus dan dibuang kulitnya.  Bawang besar dan cili besar dihiris nipis-nipis.  Cili kering, udang kering dan belacan ditumbuk halus.  Kemudian campurkan kesemua bahan kecuali jus limau kasturi, bila semua sudah dikacau sebati baru masukkan jus limau kasturi, kacau lagi, rasa masin masam nya,  boleh dihidangkan.


Kerabu Daun Selon



KERABU DAUN SELON

Bahan
1 ikat daun selon - dihiris halus
1 biji bawang besar - dihiris halus
1/2 cawan kelapa putih - diparut, ditumbuk sekejap
2 biji limau kasturi - ambil jus nya
2 cili merah - dipotong bulat nipis
garam secukup rasa


 

Cara
Campurkan semua bahan kedalam bekas besar, kacau sebatikan.
Boleh dihidangkan.

Wednesday 13 November 2013

Pulut Manis



PULUT KELAPA MANIS


Bahan
beberapa helai daun pisang - bersih dan layur
2 cawan pulut
1 cawan santan pekat + sedikit garam


Cara
Pulut direndam semalaman.
Kukus hingga masak, gaulkan dengan santan, kukus sekali lagi sekejap je, supaya pulut lambat basi.  ketepikan.
Untuk Inti
1/2 biji kelapa putih
1/2 cwn gula merah - masukkan sedikit air kacau hingga larut, tapis
1 sudu mkn gula pasir - boleh tambah klu nak manis
2 helai daun pandan - disimpul


 

Cara 
Masukkan semua bahan ke dalam kuali kacau hingga kering air, tutup api.

Kemudian boleh bungkus pulut seperti dalam gambar.

Tuesday 12 November 2013

Pulut Kelapa putih dan Ikan masin

Assalammualaikum, pagi tadi kak ruby sarapan cara orang Kedah, cara kak ruby lah tu kak ruby kan orang kedah......apa nak sebut pun tak tau.....mesti ada pulut, kelapa putih dan ikan masin, gaul pulut dengan kelapa putih cubit sedikit ikan masin makan, sedap,  kak ruby  memang suka makan pulut macam ni........
.   


Bahan
Pulut, Kelapa putih dan ikan masin

Cuma itu je bahan dia, kukus pulut hingga masak, tak perlu letak atau gaul bersama santan. cukup dengan kelapa putih je.  Ikan masin apa2 pun boleh, goreng hingga garing sikit.  Kalau  ikan dah cukup masin, tidak perlu lagi letak garam dalam kelapa putih.  



Bubur Cha cha

Assalammualaikum, dah lama kak ruby  tak makan bubur, petang ni dengan cuaca yang tak berapa elok....... nak hujan tapi belum hujan,  guruh dah berdentum dentum bunyi, angin pun dah bertiup, tunggu hujan je lagi.....kata orang guruh berdentum tak semesti nya hujan.....entah lah,  kak ruby suka hujan turun sebab bubur chacha kak ruby ini masih panas lagi, makan waktu hujan turun kan sedap,  kat luar sejuk kat dalam panas......best nyer.


BUBUR CHA CHA

Bahan 
1 cawan chacha
2 1/2 cawan santan
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula putih (ikut kemanisan masing2)
3 sudu besar biji sagu
sedikit garam
2 helai daun pandan (disimpul)


 

Cara
Rebuskan chacha dalam air mendidih hingga kembang dan lembut, toskan.
Satukan santan, gula merah, gula putih, garam dan daun pandan didalam periuk, masak hingga mendidih dan masukkan chacha tadi, kacau,  bila mendidih lagi masukkan biji sagu yang sudah direndam dan dicuci terlebih dahulu.  Biarkan mendidih sekejap tutup api dan angkat.  

Wednesday 6 November 2013

Kacang Kuda Goreng Pedas



KACANG KUDA GORENG PEDAS

Bahan
1 cawan kacang kuda - direndam semalaman direbus hingga empuk
3 biji cili kering di potong serong2
beberapa helai daun kari
sedikit ikan bilis - kak ruby tak letak
2 ulas bawang putih - dihiris
3 ulas bawang kecil - dihiris
1 sudu halba campur
1 sudu kecil serbuk cili
2 sudu besar biji sawi
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis


 

Cara
Tumis bawang yang dihiris, halba campur dan daun kari hingga naik bau, masukkan cili kering kacau rata,kemudian masukkan bahan2 yang selebihnya, kacau sebati. Siap.  

Tuesday 5 November 2013

Rendang Tok

Assalammulaikum dan salam maal hijrah buat semua, sebenarnya rendang tok ni sudah satu minggu kak ruby buat tapi gambar nya entah kemana tercicir kak ruby terlupa pula, cari punya cari akhir nya terjumpa jugak.....hari ni baru dapat kak ruby publish kan kat kayumaniskorner.


RENDANG TOK

Bahan
2 kilo daging
2 biji kelapa - ambil santan
1/2 biji kelapa - jadi kerisik

bahan digoreng tanpa minyak dan ditumbuk
1 sudu teh ketumber
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
4 kumtum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

20 biji cili kering atau 2 sudu besar cili kisar
6 batang serai - dihiris halus
6 biji buah keras - dihiris halus
1/2 inci halia - ditumbuk
1/2 inci lengkuas - ditumbuk
2 biji bawang besar - dimayang
10 bawang merah - dimayang
1 inci kayu manis
6 biji bawang putih - dimayang
1 ketul gula kabung
garam secukup rasa


 

Cara
Daging dipotong ikut suka dan dibersihkan.
Masukkan semua bahan ke dalam kuali, kacau rata dan masak sehingga kering dan naik minyak. 



Friday 1 November 2013

Carrot Cake



CARROT CAKE

Bahan
4 biji telur - asingkan kuning dan putih
250 gm tepung gandum
1 1/2 cwn minyak jagung - kak ruby letak 1 cwn
150 gm gula halus
150 gm gula perang
1 1/2 cwn carrot parut
1 cwn kekacang - bleh guna badam, walnut, dan gajus
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam halus

 

Cara
Pukul kuning telur dan gula, masukkan minyak jagung pukul lagi,  kemudian masukkan carrot dan kekacang kacau hingga sebati. Masukkan pula tepung yang sudah di ayak bersama baking powder dan garam, kacau rata,  akhir sekali masukkan putih telur yang sudah di pukul kembang atau hingga jadi meringue. Kacau lagi hingga betul2 sebati.
Masukkan ke dalam acuan dan bakar dalam suhu 180c selama 45 minit atau hingga masak.

Untuk topping
250 gm cream cheese
120 gm butter
120 gm gula icing


 

Cara
Pukul kesemua bahan diatas,  kemudian sapu di atas kek.