Nuffnang Ad

Wednesday 30 March 2016

Puding Sagu Gula Melaka

Assalammualaikum, semua orang sudah tahu keadaan cuaca sekarang, tak perlu lah nak cerita panjang lagi......kak ruby jumpa dimana pun orang, perkataan yang selalu terkeluar dari mulut orang-orang "aduh panas nya".......kak ruby yang terdengar ni pula, hanya mampu tersenyum.......
Okey lah bagi kak ruby, ini lah makanan yang kak ruby suka bila cuaca panas macam sekarang.  Puding sagu berkuah gula melaka dengan santan simpan dalam peti ais biar sejuuuuk baru makan, sedap sangat.


Puding Sagu Gula Melaka

Bahan
2 cawan biji sagu
1 liter air
1 helai daun pandan simpul
Pewarna kegemaran
Santan atau susu cair
















Cara
Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam.Kemudian toskan
Didihkan air bersama daun pandan dan pewarna.  Masukkan sagu, kacau hingga sagu menjadi jernih.  Tutup api
Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir.Untuk buang kanji.
Masukkan sagu kedalam loyang atau acuan kecil2 dan sejukkan dalam peti ais.
 
Bahan Untuk Kuah Gula Melaka:
1 ketul gula melaka/gula nipah/gula kabung ( hiris kecil dan nipis supaya mudah larut)
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan simpul

Cara Menyediakan Kuah Gula Melaka:
Satukan semua bahan, masak hingga gula larut dan pekat kemudian tapis. Simpan dalam peti ais untuk disejukkan.

*Puding ini dihidangkan bersama santan atau susu cair

Sunday 20 March 2016

Kuih Sagu



KUIH SAGU

Bahan
300 gm biji sagu - kak ruby rendam 1 jam 
50 gm gula pasir
1 cwn air
Sedikit pewarna kuning
kelapa parut putih - secukupnya
garam - secukupnya















Cara
Basuh dan bersihkan sagu, toskan. 
Didihkan air bersama gula hingga gula larut, masukkan sedikit pewarna kuning.
Masukan sagu, kemudian kacau rata sampai nampak kesemua sagu jadi jernih, dan agak pekat.  Tutup api.  Masukkan kedalam loyang atau acuan kecil-kecil.
Sejukkan dalam peti ais.
Kemudian boleh digaul bersama kelapa putih yang digaul dengan sedikit garam.    
     

Thursday 17 March 2016

pancake lagi ptg ni



PANCAKE

Bahan
2 biji telur - dipukul sedikit
2 cwn tepung naik sendiri
2 cwn susu segar - suam
3 sudu mkn butter - dicairkan
4 sudu mkn gula
1 sudu kecil baking powder
1 sudu teh crem of tartar
sedikit garam





















Cara
Campurkan dan gaul sebati tepung bersama garam, cream of tartar dan baking powder.
Masukkan susu, gula dan telur dan gaul sebati, guna whisk je, masukkan butter yg dicairkan dan gaul sebati lagi.  Pastikan adunan tepung tidak bergentel2.  Biarkan sebentar dalam 10 minit.
Panaskan kuali non-stick, sapukan dengan sedikit butter dan tuangkan adunan setengan cawan.  Bila sudah bersarang, barulah terbalikkan, bila keperangan angkat.
Hidangkan panas2 mengikut topping kegemaran masing2.



Friday 11 March 2016

Donat Labu yang lembut



Donat labu
resepi dari blog : Yatie

Bahan2
1 cawan isi labu kuning yang telah direbus - lecek halus
1 cawan air suam
¼ cawan susu pekat manis
1/3 cawan minyak masak
1 biji telur
2 sudu besar gula
2 sudu kecil yis mauripan
620 gm tepong gandum- boleh tambah lagi sikit sekiranya adunan lembik
secubit garam
Minyak - secukupnya untuk menggoreng
Gula kastor - secukupnya untuk menyalut





















Cara Yatie
Saya uli adunan guna tangan je...jadi saya letak air sedikit demi sedikit sehingga adunan tak melekat di tangan. Manakala labu saya tak blend tapi saya lecek halus je..
Masa nak membentuk donut, tngn sedikit lekit, hendaklah sentiasa sapu tepung pada tangan kita supaya mudah membentuk....bulatkan dan leperkan sedikit.
Bila dah naik dlm 20 minit, barulah lubangkan kat tengah2 donut dan tarik2 sedikit lubangnya.
Setelah siap, bolehlah goreng dlm minyak yg panas dngn api sederhana sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan....bolehlah di salut dngn gula halus atau coklat cair.

Cara kak ruby
Masukkan yis kedalam air suam, biarkan ia berbuih.
Labu dilecek hingga halus
Kemudian campurkan semua bahan dalam bekas kecuali air.  Uli dengan tangan sambal masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.(kak ruby guna air dalam ¼ cwn je)
Perap selama 30 minit atau naik 1 kali ganda.  Tumbuk2 keluarkan angin, canai dan terap dengan acuan donut.  Biar adunan naik sekali ganda baru digoreng.
Angkat dan toskan, salut kan dengan gula halus.

Tuesday 8 March 2016

Puding Roti

Assalammualaikum, Seronok sangat kan, pagi tadi kita dapat tengok satu lagi kebesaran Allah.  Sebenarnya kak ruby terlupa,  nasib baik kakak kak ruby call bagi tahu, sempat juga kak ruby tengok gerhana matahari,  cuma tak sempat nak solat sunat gerhana matahari, terkilan juga rasa kak ruby, terima kasih kakak tolong ingat kan adik mu ini........
Cuaca kat luar masih panas, jadi nak sejuk kan tekak kak ruby buat lah puding roti, puding roti ni dah kali yang keberapa kak ruby buat, memang kak ruby suka sangat.


PUDING ROTI

Bahan
4 keping roti
10 gm serbuk agar-agar
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula - boleh kurang
3 1/2 cawan air
170 ml susu cair
2 sudu besar butter- dicairkan
pewarna apa2 yg disukai





















Cara
Masak 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula sehingga mendidih.
Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki air 1/2 cawan tadi, kemudian masukkan kedalam periuk agar2 yang sedang mendidih, kacau masukkan pula butter, kacau rata sampai mendidih matikan api.
Bahagikan kpd 2 atau 3 bahagian. Satu bahagian warna asal,  satu bahagian masukkan pewarna dan satu bahagian lagi letak lah warna pilihan sendiri.
Tuang ke dalam loyang atau acuan kecil2 secara berselang seli, 1 senduk warna asal, 1 senduk warna pilihan dan 1 senduk lg warna pilihan, ulangi proses melapis ini hingga habis. 
***tapi kali ni kak ruby buat berlapis pula hihihi.

Nasi Lobak Merah



NASI LOBAK MERAH
resepi :Chef Hanieliza

Bahan
6 cawan beras basmati
1 cawan lobakmerah
½ cawan susu cair
7 cawan air
1 kiub pati ayam
Garam secukup rasa

Bahan Menumis
2 sudu mkn rempah kurma
5 biji bawang merah – dimayang halus
3 ulas bawang putih – dimayang halus
1 inci halia – dimayang halus
4 sudu mkn minyak sapi
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 helai daun pandan – disimpul
1 pokok daun ketumbar – diracik (kak ruby tak letak)





















Cara
Panaskan minyak sapi di dalam kuali dan masukkan semua bahan kecuali rempah kurma dan daun ketumbar.
Apabila sudah wangi, masukkan rempah kurma, kacau sehingga pecah minyak.  Masukkan air, garam, kiub ayam, daun pandan dan susu cair, biarkan mendidih.
Masukkan beras, lobak merah dan daun ketumbar.  Kemudian tuang atau masukkan ke dalam periuk nasi dan biarkan masak seperti nasi biasa.
Hidangkan dengan ayam masak merah dan acar timun.