Nuffnang Ad

Thursday 24 July 2014

Biskut Mini Pretzel


BISKUT MINI PRETZEL

Bahan
1 pecket mini pretzel
Coklat masakan secukupnya - terpulang apa warna yg disukai
Bahan hiasan - contoh chocolate chips, gula berwarna, kekacang, dan sebagainya.





Cara
Cairkan coklat masakan secara double boil.
Celup biskut dalam coklat biarkan separuh je, letakkan dalam dulang yg telah diataskan dengan kertas minyak. Kemudian taburkan apa je bahan hiasan diatasnya. Biarkan betul2 sejuk

Friday 18 July 2014

Biskut Semperit



BISKUT SEMPERIT

Bahan
250 gm butter
150 gm gula icing
250 gm tepung red rose *
150 gm tepung kastard *
30 gm tepung jagung *
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
potong ceri secukupnya





Cara
Ayakkan bahan yang bertanda * ketepikan.
Pukul butter dan gula hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanila terus pukul  hingga bergaul sempurna.  Kemudian masukkan bahan yg diayak tadi secara sedikit demi sedikit dan terus menguli hingga adunan menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di jari.
Masukkan doh ke dlm acuan semprit dan tekan diatas loyang, hias lah dengan potong ceri.  Bakar dengan suhu 150c selama 15 minit atau hingga masak.

Saturday 12 July 2014

Biskut Cendawan

Assalammualaikum, biskut raya sudah tiba, untuk biskut yang pertama kak ruby buat biskut cendawan.....resepi azlita @ masam manis

BISKUT CENDAWAN

Bahan
225 gm butter
75 gm gula icing
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
Bahan ayak
300 gm tepung gandum atau tepung rose
90 gm tepung jagung
15 gm susu tepung
1 sudu teh emplex




Cara
Pukul butter bersama gula hingga sebati.  Masukkan kuning telur dan esen vanila dan terus pukul dengan speed sederhana hingga sebati.
Kemudian perlahankan speed dan masukkan bahan2 ayak secara sedikit demi sedikit dan terus uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat ditangan.  Jika adunan lembik sedikit tambahkan sedikit saja tepung.  Panaskan oven pd suhu 150c bergantung pada kepanasan oven.
Sediakan loyang pembakar dan alaskan dgn dengan sedikit butter.  Canaikan doh diatas dua lapik plastik supaya tidak melekat lekat.
Terap doh dgn acuan cendawan. Bakar dalam oven pada suhu 150c atau hingga masak.

Bingka Jagung Segar

Assalammualaikum, petang semalam kak ruby buat bingka jagung sebagai salah satu dari juadah untuk berbuka.....resepi asalnya, biasa lah kalau bingka2 ni siapa lagi kalau bukan blogger terkenal kita iaitu Yatimemoris, terima kasih yatie, tapi maaf banyak2 ye sebab kak ruby dah tukar dari jagung dalam tin ke jagung segar, ini sebab dirumah kak ruby banyak sangat jagung segar dibeli oleh anak bujang kak ruby, pandai pula anak bujang membeli hihihi........jagung tu selepas dihiris dari batang kak ruby blend sekali bersama bahan2 lain, hasilnya memang sedap.

BINGKA JAGUNG

Bahan
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastard
1 cawan santan pekat
1 cawan gula pasir
2 cawan air
4 biji telur
2 sudu besar marjerin - dicairkan, sejukkan
4 batang jagung segar - dihiris
secubit garam
sedikit pewarna kuning
bijan secukupnya - kak ruby tak letak




Cara
Satukan kesemua bahan diatas dan blend hingga sebati.
Masukkan 1 sudu besar minyak dalam loyang dan ratakan, boleh juga guna mentega, panaskan loyang dalam oven sebantar.  Bila mentega telah panas, masukkan adunan tadi taburkan bijan dan bakar pada shu 180c selama 1 jam 15minit atau sehingga masak, guna api atas bawah, kalau nak garing lagi tambahkan 15 minit guna api atas sahaja utk permukaan yang garing.





Sunday 6 July 2014

Kuih Puteri Mandi

Assalammualaikum dan selamat berpuasa.....semalam salah satu juadah berbuka kak ruby ialah kuih manisan orang2 sebelah pantai timur, kuih puteri mandi, senang je kan nak buat.......

KUIH PUTERI MANDI

Bahan
1 1/2 cawan tepung pulut
air secukup nya
sedikit pewarna - pilihan sendiri

Cara
Masukkan air ke dalam tepung secara sedikit demi sedikit, sambil diuli sehingga menjadi doh yang lembut.
kemudian bahagikan kepada beberapa bahagian yang disukai, warnakan setiap bahagian dengan pewarna pilihan sendiri.  Bulat-bulatkan semua adunan sebesar buat guli, ketepikan.
Sementara itu panaskan air dalam periuk, bila air mendidih masukkan bebola kecil tadi sambil ditekan menjadi leper, rebus lah hingga ia timbul, angkat. ketepikan.















Cara membuat kuah nya
1/2 biji kelapa putih - klu boleh kelapa muda
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan - disimpul
sedikit garam

Cara
Masakkan gula, air, daun pandan dan garam hingga larut, masukkan kelapa kacau hingga pekat.
Masukkan puteri kacau rata, tutup api angkat.

Saturday 5 July 2014

Talam Jagung


TALAM JAGUNG
resepi Yatimemoris, terima kasih Yatie

Bahan Utk Lapisan Bawah
1 1/2 cwn tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung kastard
1 cawan gula
1 cawan jagung krim manis
3 1/2 cawan santan
sedikit pewarna kuning dan garam

Cara
Satukan kesemua jenis tepung dalam mangkuk, masukkan garam, gula dan santan.
Gaul sebati dan tapis, masukkan dalam periuk,  masak diatas api yang kecil sehingga naik wap, masukkan jagung krim dan gaul lagi hingga sebati.
Alaskan loyang dgn plastik dan sapu sedikit minyak, tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.















Bahan Utk Lapisan Atas
2 cawan santan pekat
1 cawan air pandan
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi
2 biji telur
2 sudu besar gula pasir
sedikit garam dan sedikit pewarna hijau

Cara
Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk, gaul sebati kalu nak mudah blend kesemunya.
Masukkan adunan kedlm periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.
Cakar2 sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan hijau pandan diatas lapisan jagung tadi.
Kukus selama 20 minit atau hingga masak.

Friday 4 July 2014

Apam Lenggang

Assalammualaikum dan selamat berpuasa.......kalau dulu kak ruby buat kuih cucur, kali ni kak ruby try pula apam lenggang, pertama kali buat memang tak berapa mejadi, tapi jadi jugak kak ruby rasa sebab ia jadi macam kuih serabai banyak lubang2 dibahagian tengah, bila makan sedap, kak ruby dah confused yang mana satu serabai dan yang mana satu apam lenggang hihihi.........ini kali yang kedua hasil nya jadi macam ni, kali ni kak ruby buat 1/2 adunan je, saja2 nak try untuk kali yang kedua.......sedap tetap sedap.

APAM LENGGANG

Bahan
300 gm tepung beras
250 ml santan pekat + 30 ml air
3/4 sudu kecil yis mauripan
3/4 sudu kecil garam
50 gm gula pasir
1/2 cawan nasi



Cara
Campurkan semua bahan dan blenderkan.  Tuangkan ke dalam mangkuk dan kacau biar sebati.
Tutup dengan tuala lembab (kak ruby tutup dengan penutup periuk je).
Rehatkan adunan hingga naik 2 kali ganda,  lebih kurang dalam 45 minit.
Panaskan kuali kecil dan sapu dengan sedikit minyak supaya tak melekat.  sendukkan dan tuang kedlm kuali panas, perlahankan api, lenggangkan supaya adunan jadi rata dan bulat. tutup sekejap dalam 2 atau 3. minit. Bila bahagian tepi sudah kekuningan angkat.
Boleh dihidangkan bersama kelapa.