Nuffnang Ad

Monday 30 April 2012

Roti Jala

Resepi roti jala ni ada brmacam agak nya, sebab ada resepi lain kak ruby tengok ada letak santan....bagi diri kak ruby, kak ruby tak berapa suka letak santan......

ROTI JALA

Bahan:
3 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 biji telur
Sedikit garam
Pewarna pilihan sendiri
Botol muncung 3

Cara :
Blender semua bahan kecuali pewarna…klu utk buat dua warna, bahagikan kpd 2 bahagian, setiap bahagian warna lah dengan warna pilihan.
Kemudian masukkan dalam botol yang muncung 3.
Panaskan kuali, picit botol, buat lah corak sesuka hati.



ni baru angkat dr kuali, pastu boleh digulung2. 







Sunday 29 April 2012

Kek Plain Myasara





KEK PLAIN MYASARA
(resepi kelas masak)
Bahan A
250 gm mentega
100 gm gula kastor
1 sudu teh jus lemon
500 gm tepung kek
100 gm horlicks
½ tin kaya
160 gm susu segar kotak
8 biji kuning telur gred A

Bahan B
100 gm gula kastor
8 biji putih telur
½ sudu kecil serbuk krim tartar

Cara
  1. Bahan A : Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang. Masukkan kuning telur dan jus lemon dan pukul hingga sebati.
  2. Masukkan tepung kek, horlicks, kaya dan susu berselang – seli hingga habis sambil digaul sebati. Kemudian, pindahkan adunan ke dalam mangkuk yang lebih besar sedikit.
  3. Bahan B : Diletakkan ke dalam bekas lain dan satukan gula kastor, putih telur dan serbuk krim tartar serta pukul sehingga kembang dan kental selama 7 minit.
  4. Selepas itu, masukkan adunan putih telur sedikit demi sedikit ke dalam bahan A dan gaul perlahan – lahan hingga sebati.
  5. Akhir sekali. Bakarlah berlapis – lapis sehingga habis pada suhu 180C.

Saturday 28 April 2012

Hokaido Cupcake

xx



HOKAIDO CUPCAKE

BAHAN A
3 BIJI KUNING TELUR GRED A
1/3 MINYAK MASAK
1/3 CAWAN SUSU SEGAR
¼ SUDU TEH GARAM
1/2 CAWAN GULA KASTOR
SEDIKIT ESEN VANILA
1 CAWAN TEPUNG NAIK SENDIRI DIAYAK*
1 SUDU TEH BAKING POWDER *
* DIAYAK BERSAMA

BAHAN B

3 BIJI PUTIH TELUR GRED A
1/3 CAWAN GULA KASTOR
1/2 SUDU TEH CREAM OF TAR TAR




CARA :

1.SATUKAN BAHAN A DAN PUKUL DENGAN MIXER HINGGA SEMUANYA BERSATU DAN TIDAK BERGENTEL2…KETEPIKAN

2.PUKUL PUTIH TELUR BERSAMA CREAM OF TAR TAR  DAN  GULA  HINGGA ADUNAN MENJADI MERINGUE.

3. KEMUDIAN MASUKKAN ADUNAN MERINGUE KE DALAM BAHAN A ….SECARA  GAUL KAUP BALIK  HINGGA RATA.
 
4.MASUKKAN ADUNAN KEDALAM PIPING BAG DAN PIPEKAN KEDALAM MANGKUK CUPCAKE LEBIH DARI ¾ PENUH.

5.BAKAR PADA SUHU 160'C SELAMA 18 MINS ATAU LEBIH BERGANTUNG PADA OVEN MASING2.

6. SETELAH MASAK KLUARKAN DARI OVEN DAN SEJUKKAN ADUNAN INI.

BAHAN CUSTARD
1 SUDU BESAR TEPUNG CUSTARD
1 SUDU BESAR TEPUNG GANDUM
4 SUDU BESAR GULA
200 ML SUSU SEGAR
1 BIJI TELUR
1 SUDU BESAR MENTEGA/ BUTTER

CARA2NYA
1.SATUKAN BAHAN DAN MASAK HINGGA ADUNAN PEKAT DAN BERKILAT. ( MASAK ATAS DOUBLE BOILER ). BANCUH TEPUNG DENGAN 50 ML SUSU SEGAR DAHULU BARU SATUKAN KESEMUA BAHAN. .
SENTIASA MENGACAU FILLING CUSTARD INI UNTUK MENDAPATKAN FILLING CUSTARD YANG LICIN. SETELAH

Sunday 22 April 2012

Nasi Himpit

Selamat berhari minggu....minggu ni teringin pula kak ruby nak makan nasi himpit, mungkin nak hilangkan rindu pada hari raya kot, sebab selalu nya nasi himpit ni jumpa pada hari raya je....



NASI HIMPIT, KUAH KACANG & MASAK LODEH


Biasa lah nasi himpit ni selalu nya orang beli yang dah siap dikedai2, balik rumah rebus je, sama juga dengan kak ruby.....cuma kak ruby masak kuah lodeh...masak lodeh ni pun senang je mcam masak lemak yg lain2 juga, pakai masuk je tak payah tumis2.  Bahan nya apa2 je...bagi kak ruby, kak ruby suka....carrot, kacang panjang, soon, tempe dan kobis. Masuk sikit udang kering, serai, bawang, santan, kunyit tu biasa lah kan. Rasa masin lemak semua dah siap.



Kemudian masak pula kuah kacang....kuah kacang pun semua orang tahu buat, jadi tak perlu lah kak ruby nak cerita panjang tentang kuah kacang.  Cuma cara kak ruby, kak ruby tumis dulu cili blender tu sampai betul2 masak atau nampak berminyak baru masukkan kacang dan air, seterusnya masak mcm biasa lah. 

Puding Labu

Kak ruby ni, kalau selepas makan nasi mesti nak makan sesuatu yang boleh selelakan mulut, bak kata orang Kedah iaitu negeri kelahiran kak ruby "nak hilangkan hayai"  kata orang yang bermata biru pula "dessert"........selalu nya pilihan kak ruby yang manis2 lah seperti puding atau pun buah2an, tu lah selalu kak ruby buat puding, bagi kak ruby senang je....kak ruby tengok apa yg ada lebihan dalam peti ais, contoh nya hari ni ada labu.....jadi kak buat lah Puding Labu.   


PUDING LABU

Bahan:
10 gm serbuk agar-agar
600 ml air
150 gm gula
1 biji kuning telur
1 cawan labu (direbus & di blender halus)


 

Cara:
Masakkan gula, agar2 dan air hingga mendidih.
Ambil beberapa senduk adunan agar2 masukkan kedlm kuning telur kacau rata dan sebati.  Kemudian masukkan semula campuran kuning telur, kedalam agar2 yang berbaki tadi, kacau dan sebatikan, tutup api.  
Tuang adunan kedalam acuan pilihan, sejukkan dalam peti ais, sebelum dipotong.


Saturday 21 April 2012

Puding Kacang Merah

xx



PUDING KACANG MERAH

Bahan:
10 gm serbuk agar-agar
1 cawan kacang merah (direbus & di blender halus)
1 ½  cawan  air
1 ½ cawan susu cair
½ cawan gula
½ sudu kecil garam


Cara :
Campurkan agar-agar, air, gula, garam dan susu cair kacau atas api sederhana hingga mendidih.
Bila mendidih masukkan kacang merah, kacau bagi sebati dan masak hingga mendidih lagi dan agak pekat sikit, tutup api.
Tuang dalam acuan pilihan sendiri dan sejukkan dalam peti ais.
 

Thursday 19 April 2012

Kak ruby Meraikan Kenduri Doa Slmt Utk Kwn Pergi Umrah

xx






















xx

Satu Hari Menjadi Cikgu Memasak

Assalammualaikum semua....kak ruby ucapkan terima kasih pada PERKIM Cawangan Sibu, kerana memberi kepercayaan kpd kak ruby.

















xx

Kuih Lapis Labu

Assalammualaikum semua, apa2 pun kak ruby nak ucapkan terima kasih banyak pada kkzu.....sbb kak ruby ambil resepi ni dari kkzu, menjadi kkzu....sedap dan cantik.  


KUIH LAPIS LABU
Bahan: (loyang 10 x 10)
bahan A
2 cawan air
1 1/4 cawan gula
1/2 tsp garam
2 helai daun pandan di simpul

bahan B

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
2 cawan santan pekat
2 cawan air

bahan C

1/2 cawan santan pekat

bahan D

1 cawan labu  ( direbus dan lecek )
sedikit pewarna kuning


 

CARA CARA
1. Masak bahagian A hingga gula larut, ketepikan.
2. Dalam mangkuk lain sebati kan bahan B. Gaul rata dan masukkan bahan A ke dlm B.  Bahagikan kpd 2 bahagian.
3. Satu bahagian di masukkan bahan C dan satu lagi bahagian masukkan bahagian D. Kedua dua bahagian tu kacau sebati.

CARA MASAK
1. Panaskan kukusan.
     (kak ruby masak macam masak kuih lapis biasa tu je), lapis hingga habis adunan.
 (ni dibawah cara kkzu).
2. Masukkan adunan labu kedalam loyang yg telah dialas plastik & kukus selama 7 minit.
3. Lapiskan pula adunan santan & kukus selama 7 minit.
4. Ulang sehingga habis 6 lapisan dan lapisan yang terakhir kukus selame 20 minit.
5. Biarkan sejuk dahulu barulah di ptng menggunakan pisau plastik.

Monday 16 April 2012

Kek Marble Trio

Assalammualaikum & salam 1 Malaysia.......ari ni tak de cerita panjang, entah kenapa macam bad mood je, mungkin dah dekat dengan hari jadi kot, cuma 1 ari je lagi nak sambut hari lahir......hehehe yg keberapa ye, tak kisah lah yg keberapa pun, asal kan sihat........Kek marble trio ni lembut dan gebu sangat, tak tau kak ruby siapa tuan punya resepi asal, kak ruby ambil resepi ni sudah 2, 3 lapis dari tuan asal, apa2 pun terima kasih pada tuan punya resepi.  Kak ruby nak gunakan resepi kek ni untuk buat kek hari lahir kak ruby esok......kak ruby nak letakkan fondant di atas nya,  tentu cantik dan sedap.



KEK MARBLE TRIO...

Bahan :
300 g mentega, (kak ruby guna 250 je)
280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
1 camca teh serbuk penaik*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
5 biji telur Gred A
250 gm gula kastor
1 camca besar Ovallate
30 g Gliserin (kak ruby x bubuh)
20 g air (kak ruby wat 2 sudu besar)
1/2 camca teh esen vanilla
1/2 camca teh strawberi emulco
1 camca teh coklat emulco
warna kak ruby wat pilihan sendiri

 


Cara-cara

Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata dgn mentega. Ketepikan.
Dalam mangkuk yg kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate.
Pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu.
Masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga gliserin dan air. Gaul hingga rata.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco, satu lagi dgn strawberi emulco dan satu yg adunan kosong dicampur dgn esen vanila.
Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis.




Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya.

Saturday 14 April 2012

Puding Mangga Harum Manis

Buat masa ini anak perempuan kesayangan kak ruby ada di rumah.....ia lah skrg kan musim cuti semester, tak sangka pula anak kak ruby tu, rupa nya ikut jejak kak ruby juga, salah satu dari hobi nya memasak......jadi dia lah yang mengambil alih tugas hari ni......kata nya resepi asal puding mangga ni dia ambil dr blog Mat Gebu, tapi dia ubah sikit dengan cara dia, terima kasih mat gebu.....sedap sangat....dan terima kasih juga untuk anak mama.  


PUDING MANGGA HARUM MANIS

BAHAN-BAHANNYA
10 gm serbuk agar2
2 1/2 cawan air
5 sudu besar gula
200 ml susu cair
200 gm isi mangga harum manis masak
125 ml air (utk dikisar halus bersama mangga)
 sedikit pewarna kuning
Hirisan mangga untuk hiasan


 

CARA MEMBUATNYA :
  1. Dalam periuk, satukan air, gula dan serbuk agar2,  kacau hingga larut dan masak dengan api sederhana sambil dikaau selalu hingga mendidih, masukkan pewarna kuning, kacau rata.
  2. Angkat periuk dari api. Tuang isi mangga yg dikisar halus tadi, dan kacau dengan whisk hingga rata , kemudian masukkan susu cair, kacau hingga sebati. Isi dalam bekas sesuai.
  3. Simpan dalam peti sejuk selama 1 - 2 jam atau hingga keras. Hidangkan bersama hirisan mangga sebagai hiasan.

Friday 13 April 2012

Apam Butter




APAM BUTTER

Bahan:

1 cawan gula kastor
1 cawan air
1 buku buttercup (250 gm)
1 tin susu cair
1 cawan gula halus*
3 biji telur
1 sudu the esen vanilla
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
2 sudu teh baking powder 


Cara

1.     1 cawan gula dihanguskan, masukkan 1 cawan air, kemudian masukkan butter, bila butter cair tutup api dan masukkan susu cair.
2.     3 biji telur dipukul dengan 1 cawan gula hingga kembang. Satukan dengan adunan diatas tadi, 3 cawan tepung diayak bersama baking powder dan soda bicarbonate. Masukkan kedalam, kacau dan masukkan esen vanilla, kacau sebati.
3.     Tuang dalam acuan tersendiri dan kukus selama 15 minit.

Cream Puffs



CREAM PUFFS
Bahan Utk Puff:

60 gm buttercup
125 ml air
75 gm tepung gandum
2 biji telur
Secubit garam



Cara:
Masak air, butter dan garam hingga mendidih. Bila mendidih tutup api dan masukkan tepung gandum, kacau adunan hingga tak melekat diperiuk dan biarkan sejuk.
Pukul telur dan masukkan ke dlm adunan tepung tadi dan kacau hingga sebati.
Masukkan adunan ke dlm piping beg bersama brsama nozzle bentuk bunga, picit adunan ke dlm loyang yg telah disapu dgn sdikit butter, dan bakar selama 30 minit atau bertukar warna keemasan..
Setelah sejuk – potong sedikit puff dan isikan dgn kestard.


Bahan utk Kastard:

3 sudu besar gula
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 cwn susu segar
1 sudu buttercup
Sedikit esen vanilla

Cara:
Campurkan semua bahan dan masak hingga pekat (api perlahan je).
Isikan dlm puff tadi (sdp jg mkn dgn whipping crem)
Gula icing utk buat snow.

Thursday 12 April 2012

Kek Lapis Tembikai Kuning

xx



KEK LAPIS TEMBIKAI KUNING

Bahan
16 oz mentega
10 biji telur
1 ½ gelas gula halus
1 tin susu manis
1 botol kecil horlicks (200g)
1 tin kecil kaya
3 gelas tepung hong kong
1 sudu teh esen vanilla
Chocolate chip dijadikan biji
Warna hijau – pandan paste
Warna merah – perisa strawberry
Warna kuning untuk kek tembikai kuning  


Cara
Pukul mentega dan gula sampai kembang, setelah itu masuk telur satu persatu, pukul sampai putih, masuk susu, kaya, horlicks, tepung hong kong, esen vanilla dan baking powder, gaul rata dan sebati.
Ambil 4 senduk dan warnakan hijau (pandan paste), 4 senduk warna asal dan selebihnya warna merah (perisa strawberry).
Bakar warna hijau dulu, lepas itu warna asal, akhir sekali warna merah dan masukkan chocolate chip. Bakar berlapis-lapis. 


Suhu 150C, lapisan pertama api atas bawah, lapisan kedua hingga habis api atas sahaja. Setiap lapisan 5 minit. 

*Kek tembikai kuning ini boleh dijadikan kek tembikai merah juga, cuma gantikan warna kuning kepada warna merah berperisa strawberry.


Muffin Oren

xx


MUFFIN OREN

Bahan
250 gm mentega
200 gm tepung gandum
½ sudu besar susu tepung
¼ sudu kecil serbuk penaik
175 gm gula halus
5 biji telur
1 biji oren – parut kulitnya
2 sudu besar jus oren 



Cara
Masukkan mentega, tepung gandum, susu tepung dan serbuk penaik ke dalam bekar pengadun. Putar hingga sebati. Ketepikan seketika.
Dalam bekas lain putar gula halus dan telur sehingga lembut dan pekat.
Masukkan jus oren sambil adunan terus diputar.
Kemudian masukkan pula parutan kulit oren. Gaul sabati.
Tuangkan adunan mentega ke dalam adunan oren dan kacau sebati.
Sediakan mangkuk kertas didalam loyang. Kemudian tuangkan adunan kedalam mangkuk kertas. Tetapi jangan terlalu penuh agar adunan tidak melimpah ketika dimasak. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180C selama 20 minit.