Assalammualaikum....salam hari Jumaat pada semua, hari ni di Sarawak dan Sabah hari cuti umum....kata orang sini hari Good Friday, entah lah kak ruby pun kurang arif.....jadi kak ruby pun bangun lewat sikit, apa lagi cari resepi yang senang2 dan cepat je lah untuk sarapan, tengok kelapa ada...terus datang idea nak buat lempeng kelapa tapi lempeng keras, nanti semua tak nak makan pula....nak bagi lembut sikit masukkan baking powder buat cara pancake....jadi lah pancake....
PANCAKE KELAPA
Bahan:
60 ml marjerin (dicairkan)
100 ml air
200 gm tepung naik sendiri
50 gm gula halus
60 gm kelapa parut (putih)
2 biji telur (asingkan kuning dgn putih)
½ sudu kecil garam
Cara :
Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk, kecuali putih telur.
Kacau hingga BETUL2 sebati. Putih
telur dipukul hingga kembang dan gebu, kemudian masukkan kedalam adunan tadi,
sebatikan juga.
Panaskan kuali. lengser sedikit dgn marjerin, ambil 1 sudu besar adunan
masukkan dalam kuali, ratakan sedikit ...biarkan masak hingga permukaannya
berbuih atau berlubang-lubang baru balikkan dan angkat.
Ulangi proses ini hingga adunan habis, hidang panas-panas dgn madu atau apa
saja yang disukai.
No comments:
Post a Comment