KEK PLAIN MYASARA
(resepi kelas masak)
Bahan A
250 gm mentega
100 gm gula kastor
1 sudu teh jus lemon
500 gm tepung kek
100 gm horlicks
½ tin kaya
160 gm susu segar kotak
8 biji kuning telur gred A
Bahan B
100 gm gula kastor
8 biji putih telur
½ sudu kecil serbuk krim tartar
Cara
- Bahan A : Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang. Masukkan kuning telur dan jus lemon dan pukul hingga sebati.
- Masukkan tepung kek, horlicks, kaya dan susu berselang – seli hingga habis sambil digaul sebati. Kemudian, pindahkan adunan ke dalam mangkuk yang lebih besar sedikit.
- Bahan B : Diletakkan ke dalam bekas lain dan satukan gula kastor, putih telur dan serbuk krim tartar serta pukul sehingga kembang dan kental selama 7 minit.
- Selepas itu, masukkan adunan putih telur sedikit demi sedikit ke dalam bahan A dan gaul perlahan – lahan hingga sebati.
- Akhir sekali. Bakarlah berlapis – lapis sehingga habis pada suhu 180C.
No comments:
Post a Comment