Nuffnang Ad

Sunday 22 April 2012

Puding Labu

Kak ruby ni, kalau selepas makan nasi mesti nak makan sesuatu yang boleh selelakan mulut, bak kata orang Kedah iaitu negeri kelahiran kak ruby "nak hilangkan hayai"  kata orang yang bermata biru pula "dessert"........selalu nya pilihan kak ruby yang manis2 lah seperti puding atau pun buah2an, tu lah selalu kak ruby buat puding, bagi kak ruby senang je....kak ruby tengok apa yg ada lebihan dalam peti ais, contoh nya hari ni ada labu.....jadi kak buat lah Puding Labu.   


PUDING LABU

Bahan:
10 gm serbuk agar-agar
600 ml air
150 gm gula
1 biji kuning telur
1 cawan labu (direbus & di blender halus)


 

Cara:
Masakkan gula, agar2 dan air hingga mendidih.
Ambil beberapa senduk adunan agar2 masukkan kedlm kuning telur kacau rata dan sebati.  Kemudian masukkan semula campuran kuning telur, kedalam agar2 yang berbaki tadi, kacau dan sebatikan, tutup api.  
Tuang adunan kedalam acuan pilihan, sejukkan dalam peti ais, sebelum dipotong.


No comments:

Post a Comment