Assalammualaikum...... kak ruby baru siap buat kuih kaswi, untuk minum petang ni, sedap pula minum dengan teh O panas2...cuaca kat luar tu sejuk, awan hitam je nak hujan, ada setengah tempat dah hujan pun, guruh pun ada berdentum bunyi.....mesti lebat hujan nanti, sejuk nya....tak pe lah air teh kak ruby panas.
KUIH KASWI
1 cawan gula
1 cawan gula merah
5 cawan air
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung beras
2 sudu besar air kapur
Daun pandan
Kelapa parut + garam
1 cawan gula merah
5 cawan air
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung beras
2 sudu besar air kapur
Daun pandan
Kelapa parut + garam
Cara-cara :
Gunakan 2 cawan air untuk masak gula pasir, gula merah
dan daun pandan. Masak hingga gula larut. Ketepikan. 3 cawan air yg berbaki
masukkan ke dalam bancuhan air gula, masukkan juga 3 jenis tepung dan air
kapur.
Kalau hingga sebati dan tapis. Masukkan dalam loyang atau
acuan kecil2 yang telah disapu dgn sedikit minyak.
Kukus lah hingga masak.
Sejukkan kuih baru
dikeluarkan dari acuan. Hidang bersama
kelapa parut.
No comments:
Post a Comment