Nuffnang Ad

Thursday 28 January 2016

Apam Nasi



APAM NASI

Bahan
2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 1/2 cawan air
1 sudu teh yis - mauripan
beberapa warna pilihan
kelapa putih secukupnya





Cara
Blend nasi dengan air sehingga hancur, masukkan gula blend lagi sehingga sebati.
Dalam bekas lain, satukan tepung beras, tepung gandum dan yis.  Masukkan bahan yang di blend tadi, kalau sehingga sebati.  Perap selama 2 jam.
Bahagikan kpd 2 atau 3 bahagian, dan warnakan dengan warna pilihan sendiri.
Masukkan kedalam acuan kecil dan kukus selama 10 - 15 minit.
Hidangkan bersama kelapa putih yang sudah digaul dengan sedikit garam.


Tuesday 26 January 2016

Ikan Masak Taucu



Ikan Masak Tauchu   

Bahan
3 ekor ikan apa2 pun boleh
4 sudu besar tauchu
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
4 biji cili merah - hiris
1 inci halia - hiris
1 sudu kecil pes asam jawa
1 cawan air
3 tangkai cili padi

Cara 
Lumur ikan bersama garam dan kunyit, kemudian goreng dahulu dan ditoskan.
Tumis bawang putih, bawang besar dan halia yang dihiris sehingga wangi. Masukkan cili merah dan cili padi.
Kemudian masukkan tauchu, dikacau sebentar sebelum masukkan air, air asam jawa. Masak hingga mendidih dan masukkan dan gula.
Bila mendidih, masukkan ikan sekejap sahaja. Rasa secukup rasa. tutup api.

Saturday 23 January 2016

Coconut Twist Bead Stick



ROTI -  COCONUT TWIST BEAD STICK

Bahan-bahan (@kathykay)
2 cawan tepung high protein
2 sdt yis
2 sdb gula
Garam
1 biji telur
3/4 cawan susu
2 sdb butter
2 sdb kelapa kering.

Filling:
3/4 cawan kelapa kering
3 sdb butter cair
1/2 biji telur dipukul sedikit
2-3 sdb susu. untuk sebatikan adunan. Boleh tambah butter cair dan susu jika perlu. Ada kelapa yang kuat menyerap. tekstur lembap2 sedikit.



Cara
Satukan susu, gula dan yis biar sebentar hingga sedikit berbuih. Satukan semua bahan lain bersama adunan yis kecuali butter. Uli hingga menjadi doh. Masukkan butter dan uli hingga elastik dan cantik berkilat.
Rehatkan hingga berganda. Tumbuk2kan buang anginnya. Uli hingga cantik semula dan gelek membentuk segiempat tepat seperti digambar. Ratakan filling tadi. LIpatkan bahagian atas dan bawah ke tengah dan kemaskan,
Potong doh guna dough cutter anggaran lebar 1 in ci. ambil putarkan dan letak atas dulang pembakar. Rehatkan semula hingga berganda.
Lebihan setengah biji telur tadi gunakan sebagai sapuan pada roti sebelum masuk oven. Bakar suku 170c 20 min oven saya. Atas oven masing2. Sebaik keluar sapukan dengan butter cair. Bermurah hati sikit sapu ye. Ini sebagai facial dan perasa juga.

Pengat Ubi Kayu



PENGAT / SERAWA UBI KAYU

Bahan 
3 ketul ubi kayu  - buang kulit, bersihkan dan rebus hingga empuk
2 cawan santan
3 sudu makan gula pasir - tambah jika suka manis
1 ketul gula kabung
1 helai daun pandan - simpulkan
Secubit garam
2 sudu makan sagu biji - rendam terlebih dahulu
















Cara 
Masukkan semua bahan kecuali ubi kayu ke dalam periuk. Masakan dengan api yang perlahan.
Sentiasa dikacau supya santan tidak pecah minyak. Biarkan hingga gula hancur dan hampir mendidih.
Masukkan ubi kayu yang telah direbus tadi. Biarkan seketika dan kuah mendidih.
Angkat dan hidangkan.


Kulat Sisir yang Termahal

Assalammualaikum, minggu lepas kak ruby pergi pasar malam putrajaya, ini lah satu2 nya pasar malam kat putrajaya ni, dua kali dalam satu minggu, hari jumaat dan hari selasa, kali ni kak ruby pergi hari selasa, seperti biasa lah kak ruby jalan dulu tengok-tengok baru kak ruby beli apa yang kak ruby rasa perlu di beli.......kali ni kak ruby tengok banyak nya cendawan,  kata orang Kedah, negeri kak ruby kulat sisir, banyaaaak ada setengah guni....
Kak ruby terbayang masa kak ruby kecik-kecik dulu di kampung, kak ruby selalu juga ikut kakak kak ruby pergi kutip kulit sisir di kebun getah, seronok sangat, bila balik rumah kakak kak ruby masak lemak campur dengan biji buah cempedak, sedap nya masih terasa sampai sekarang.
Kalau dulu kutip je di kebun-kebun tapi sekarang kena beli, di pasar malam putrajaya ni, harga nya paling mahal, sekilo 50 ringgit.  Memang kak ruby terkejut, kak ruby beli juga 100 gm, 8 ringgit.
Kak ruby goreng je dengan telur campur cili padi sikit, sedap memang sedap......
Tapi itu lah harga nya sangat mahal.  Ditempat-tempat lain macam mana ye?


Kulat Sisir Goreng Dengan Telur

Bahan 
100 gm kulat sisir
1 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
4 biji cili padi - potong kecil
3 biji telur ayam
Garam secukup rasa
















Cara 
Rendam kulat dengan air dan garam untuk membuang kotoran. Basuh dan tos sehingga kering.
Tumis bawang yang dihiris sehingga wangi. Masukkan kulat yang ditos dan goreng sehingga air kering.
Masukkan cili potong dan garam. Akhir sekali, masukkan telur yang telah dipukul sedikit. Kacau rata sehingga bergaul rata dan telur masak. Angkat.

Friday 15 January 2016

Pulut Kuning Gulung Berinti



PULUT KUNING GULUNG BERINTI

Bahan
500 gm beras pulut
2 cawan santan
1 sudu teh serbuk kunyit
1 keping asam keping
1/2 sudu teh garam
Utk inti – serunding secukupnya





 Cara
Cuci bersih beras pulut, kemudian rendam bersama kunyit, asam keping dan air, air biar lah menutupi beras pulut selama 1 malam.
Toskan beras dan buang asam keping, panaskan kukusan, bila air sudah mendidih, kukus lah beras pulut hingga masak.  Sementera itu satukan garam dan santan kacau hingga garam larut.
Bila pulut sudah masak, masukkan kedalam bekas besar dan masukkan santan secara sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga sebati.  Kukus pulut sekali lagi selama 10 minit, ini supaya pulut tahan lebih lama. (tidak cepat basi). 
Ambil pulut ratakan diatas loyang, ratakan dalam ukuran 11in x 7 in, kemudian letakkan serunding diatas pulut ratakan, gulung macam nak buat kek gulung.
Potong gunakan pisau plastik. 

*dalam 500gm pulut dapat 2 batang pulut gulung

Saturday 9 January 2016

Cream Puff lagi


CREAM PUFF

 Bahan
 60 gm buttercup
 125 ml air
 75 gm tepung gandum
 2 biji telur
 Secubit garam

Cara
Masak air, butter dan garam hingga mendidih. Bila mendidih tutup api dan masukkan tepung gandum, kacau adunan hingga tak melekat diperiuk dan biarkan sejuk.
Pukul telur dan masukkan ke dlm adunan tepung tadi dan kacau hingga sebati.
Masukkan adunan ke dlm piping beg bersama brsama nozzle bentuk bunga, picit adunan ke dlm loyang yg telah disapu dgn sdikit butter, dan bakar selama 30 minit atau bertukar warna keemasan..
Setelah sejuk – potong sedikit puff dan isikan dgn kestard.



 Bahan utk Kastard:
 3 sudu besar gula
 1 sudu besar tepung gandum
 1 sudu besar tepung jagung
 1 cwn susu segar
 1 sudu buttercup
 Sedikit esen vanilla

Cara:
 Campurkan semua bahan dan masak hingga pekat (api perlahan je).
 Isikan dlm puff tadi
 Gula icing utk buat snow.

Friday 8 January 2016

Nasi Goreng Tomyam



NASI GORENG TOMYAM

Bahan
3 pot nasi
2 sudu besar cili boh (malas nak blend cili kering)
10 ekor udang  - buang kepala
4 ekor sotong  - potong bulat
3 fish cake panjang potong - kak ruby tak letak
10 fish ball belah dua - kak ruby tak letak
3 helai daun limau purut 
2 batang serai dititik
1 batang carrot - potong ikut suka
2 kiub pes tomyam *kalau pes yang biasa, letak 3 sudu besar
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
Air secawan
Garam secukup rasa


Cara 
Blend bawang besar dan bawang putih, kalau rajin tumbuk sebab lagi sedap
Tumis bawang besar dan bawang putih, agak kekuningan masukkan cili blend. Tumis sampai pecah minyak
Masukkan udang, sotong dan agak dah menggelegak sikit, masukkan fish ball, fish cake dan air secawan. Biar masak sekejap
Pecahkan kiub tomyam atau masukkan pes tomyam, kacau.
Masukkan daun limau purut, serai, carrot, garam dan gula. Agak sambal tu dah kering sikit, masukkan nasi
Kacau bagi rata. Masa ni bau limau purut, tomyam, serai, semua ada, wangi...
Kalau tak cukup masin, pandai-pandailah letak garam hihi

Siap dan boleh dihidang.

Sunday 3 January 2016

Cakoi Mudah



CAKOI MUDAH

Bahan 
400g tepung gandum
1 cawan air
1 sudu besar majerin
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat/susu tepung
1 biji kuning telur – tak letak pon boleh
2 sudu kecil yis
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
minyak untuk menggoreng















Cara
 Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk kecuali tepung dan minyak. Kacau sebati.
Masukkan tepung sikit demi sikit sambil uli. Jika dah tuang semua tepung masih lagi lembik adunan tersebut, boleh la tambah2 sikit tepung sampai menjadi doh. Alter2 lah sikit ye.
Uli sehingga doh tak melekat pada mangkuk. Rehatkan selama 30 minit untuk naikkan sikit doh tersebut.

Penyediaan
Ambil doh tadi dan buat step seperti di bawah untuk dijadikan cakoi :
1. Canai doh memanjang bentuk segi empat tepat.
2. Potong doh lebih kurang 1-1.5 inci.
3. Cantumkan dua doh yg dipotong tadi,
4. Ambil lidi dan tekan sikit bahagian yg dicantum tu untuk menampakkan lagi seperti cakoi. Pastikan lidi dicelup air sebelum berbuat sedemikian.
5. Sediakan minyak untuk menggoreng. Bila dah panas, ambil doh cakoi tadi. Sebelum dimasukkan kedalam kuali, tarik doh tadi memanjang. Gunakan api yg kecil sikit ye. Takut dalam tak masak pulak. Buat sehingga habis.
6. Boleh dicicah dengan sos kegemaran.