Nuffnang Ad

Wednesday 26 September 2012

Snow Cheese Cake

Hari ini.... pagi2 lagi kak ruby dah ke KLIA untuk hantar suami kak ruby, suami kak ruby terbang lagi, tinggal kak ruby seorang diri.....anak2 kak ruby yg dua orang tu semuanya jauh2.....Jadi bila sampai di rumah, untuk hilang kan rasa kesunyian, saja kak ruby sibuk2 kan diri, pada mula nya tak tau juga apa nak buat.....lama2 terfikir,  ini lah giliran dan masa kak ruby pula untuk mencuba kek yg bersalji tu.......kak ruby pun cari resepi, jumpa....dan terus mencuba

 
 SNOW CHEESE CAKE

Bahan:

  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong (blue key superfine pun boleh)
  • 60 gram tepung jagung (maizena)
  • 50 gram air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu makan ovelet
  • 75 gram mentega (dicairkan)
  •  
  • UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.
  • UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

 
Cara :


  Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
  Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih. 

  Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
  Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
  Bakar dlm acuan dgn menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dgn  kepanasan 150C.

  Bila sudah masak, biarkan sejuk.  Kemudian potong di tengah2 kek supaya kek menjadi 2 bahagian.
Sapu krim cheese diatas 1 bahagian kek yg dipotong, letakkan bahagian yg 1 lg diatas nya.
Sapukan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.


Akhir sekali taburkan cheese yg diparut tadi, sebagai topping.
Masukkan dlm peti ais 2 jam baru boleh dipotong.


Monday 24 September 2012

Karipap Pusing



KARIPAP PUSING

Bahan Doh A
1 cwn tepung gandum
1 cwn tepung jagung
2 sudu besar veg shortening (kak ruby  ltk 1 sudu je)
2 sudu besar margerin

Bahan Doh B
2 cwn tepung gandum
1/4 minyak jagung
sedikit garam
1/2 cwn air (lebih kurang)
 
Cara :
Satukan semua bahan doh A, gaul hingga sebati tidak melekat pd tangan bleh kepal dan dibulatkan. Bahagikan kpd 4 bahagian dan dibentuk bulat, ketepikan.


Untuk doh B, panaskan minyak dan tuangkan kedlm mengkuk tepung, gaul rata dengan sudu dulu (sbb minyak panas) bila dah sejuk sikit gaul dgn tangan hingga menjadi seperti serbuk roti.  Bancuhkan garam dgn air dan tuangkan ke dlm tepung sedikit demi sedikit sambil menguli, uli hingga sebati dan tidak melekat di tangan. Kemudian dibahagikan kpd 4 bahagian juga bentukkan juga menjadi bulat.


Gelekkan 1 bahagian doh B yg telah dibahagi tadi dan masukkan bahagian doh A kedlm nya, bungkuskan menjadi bulat, gelekkan lg menjadi leper, gulung lagi, setiap gulung di potong 4 atau 5 ketul, ambil setiap ketul tu pula gelek lagi hingga leper masukkan inti dan buat lah seperti karipap biasa. Ulangi proses ini sampai semua doh B dan doh A habis.

Friday 21 September 2012

Talam Cha Cha

Petang tadi tringat pula nak makan kuih talam, tp talam apa ye...talam apa yg kak ruby belum wat, talam sekoteng......sekoteng tu kak ruby belum pernah tengok pun, apa lagi nak buat, nak beli kat mana pun tak tau, mungkin kat pasar malam ada kot.......tapi cha cha memang ada kat rumah.....jadi baik kak ruby wat talam cha cha.  Kak ruby cuma berdua je,  wat 1/2 adunan je lah.......loyang 8 x 8.


TALAM CHA CHA

Lapisan Bawah
Bahan:
25 gm cha cha (rebus & toskan)
80 gm tepung beras
125 ml santan pekat
225 ml air
1 sk tepung hoen kwee (kak ruby ltk tepung jagung)
80 gm gula halus
1/2 sk garam
 
Cara :
Bancuh semua bahan kecuali cha cha, tapis dan masak hingga naik wap, tutup api, masukkan cha caha tadi dan kacau hingga rata.  Tuang ke dlm loyang dan kukus selama 25 minit.

Lapisan Atas
Bahan :
80 gm tepung gandum
150 gula halus
1 biji telur
125 ml santan pekat
250 mk air
sedikit garam
pewarna pink

cara :
Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk dan masak hingga naik wap.  Tuangkan ke atas lapisan bawah tadi.  Kukus lah selama 30 minit atau hingga masak.


Thursday 20 September 2012

Puding kek

Dalam peti ais ada lagi lebihan kek lapis.....kak ruby teringat blog dayang ada resepi puding kek, kak ruby pun buka dan cari akhir nya jumpa, apa lagi ambil pen dan kertas terus salin resepi....kemudian ke dapur terus mencuba, ini lah hasil nya......terima kasih dayang, kalau tidak kek kak ruby terbuang, sedap.....pada sapa2 yg ingin mencuba, cuba lah tak rugi punya.

PUDING KEK

Bahan :
  • 3 cawan air
  • 1 sudu besar serbuk agar-agar (dyg guna Cap Bunga Ros)
  • 3 sudu besar tepung kastard (dibancuh dgn 3 sb air)
  • 1/2 cawan gula pasir ( boleh lebihkan sedikit jika nak lebih manis - bergantung pd kemanisan kek)
  • 3/4 cawan susu cair
  • 1 sk esen vanilla
  • hirisan kek secukupnya (dipotong kiub @ ikut suka)
Cara :
  1. Didihkan air bersama serbuk agar-agar di dalam periuk. Setelah larut masukkan gula dan susu cair. Setelah gula larut, biarkan ia merendidih.
  2. Masukkan bancuhan tepung kastard tadi serta esen vanilla. Kacau hingga pekat.
  3. Sediakan loyang yang sudah dibasahkan dgn air. Tuangkan adunan tadi ke dalamnya. Masukkan/susunkan atau gaulkan perlahan-lahan kek yg sudah dipotong tadi.
  4. Sejukkan sebelum hidang.

Wednesday 19 September 2012

Coklat





COKLAT 

Bahan :
compound coklat (trpulang bnyk mn buat)
utk isi dlm nya, Peanut butter, kekacang sprt
badam, hazelnut gajus atau kismis
 
Cara :
Gunakan kaedah double boiling utk compound coklat, apabila dah cair masukkan separuh kedalam bekas yg berbentuk contoh bentuk love, ros dan sebagainya.  Sejukkan dalam fridge selama 10 minit atau separuh beku.  Kemudian masukkan isi nya tadi.  penuh kan adunan coklat dalam acuan. 
Akhir sekali masukkan ke dlm peti semula supaya ia betul keras.

 

Apam Tepung Gandum

Apam tepung gandum adalah satu2 nya apam yang ada di zaman kanak2 kak ruby dulu......seingat kak ruby apam yang lain2 tu belum ada lagi waktu itu.  kerana itu lah kak ruby ingin abadi kan resepi ini dalam kayumaniskorner563........nampak senang....tapi bagi kak ruby ini adalah kali ke 3 kak ruby buat baru menjadi.........   


APAM TEPUNG GANDUM

Bahan 
3 cawan tepung gandum
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir (kak ruby tak letak)
1 sudu makan ibu roti ( ka ruby guna mauripan)
2 cawan air suam
1 cawan kelapa parut putih + sedikit garam. 
 
Cara :
Campurkan ibu roti ke dlm air suam biarkan hingga kembang. Kemudian masukkan tepung gandum dan gula merah kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
Perap selama 1 jam atau lebih (hingga adunan naik sekali ganda).
Sapu sedikit minyak pada loyang, masukkan adunan dan kukuslah sehingga masak.
Makan dengan kelapa parut.

Thursday 13 September 2012

Muffin Pisang

Kali ini kak ruby buat banyak, untuk jamuan hari raya di sebuah Jabatan Kerajaan di Putrajaya.......seronok kak ruby,  ialah pertama kali dpt buat untuk Jbt Kerajaan, selepas balik dari Sarawak.........
 

MUFFIN PISANG LAGI

Bahan :
2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cwn gula
4 biji pisang di lenyek
3 biji telur
1/2 cwn minyak jagung
1 s/k esen vanila
1 sudu teh ovallette
choc. chips secukup nya
 
Cara :
Ayak tepung gandum, soda bikarbonat & baking powder ketepikan, dan panaskan oven 180c.
Putar telur, gula dan ovallette hingga kembang, masukkan esen vanila & pisang putar lagi, masukkan tepung.
Akhir sekali masukkan minyak dan kacau sebati, lepas tu masukkan adunan dlm paper cup/cup muffin.
 
Letakkan choc. chips, bakar 160c selama 20 minit.

Wednesday 12 September 2012

Puding Laici Kastard

x

PUDING LAICI KASTARD

Bahan A :
200 gm gula pasir (bleh kurangkan)
20 gm agar agar stripe
3 cawan air 
 
Bahan B :
2 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu tepung kastard
1 tin buah laici 
1 tin air laici
30 gm mentega

Cara :
Masak agar-agar dengan air hingga larut, masukkan gula.
Sementara itu kisar bahan B kecuali mentega, bila bahan B sudah sebati baru masukkan mentega kisar lagi hingga sebati. Masukkan ke dlm agar-agar tadi, kacau hingga mendidih dan pekat, tutup api.
Tuangkan ke dlm acuan pilihan, biarkan sejuk sedikit baru bekukan dlm peti ais. 





Tuesday 11 September 2012

Biskut Hazel Bersalut Coklat



BISKUT HAZEL BERSALUT COKLAT

Bahan-bahan ;

200 gm mentega ( kak ruby guna buttercup)
100 gm gula aising
1 biji kuning telur
200 gm tepung kek
1 sudu besar tepung jagung
70 gm kacang hazel (diblend halus)
1 sudu kecil esen vanilla

                                                       biskut sebelum dibakar
 

Cara membuat :
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan kuning telur dan vanilla.  Kacau hingga sebati.
2. Masukkan tepung kek, tepung jagung dan kacang hazel. Kacau lagi hingga sebati.

3. Masukkan adunan ke dalam piping bag, pilih acuan mengikut citarasa sendiri.

4. Bakar pada suhu 150 darjah Celsius selama 15 min.

Biskut Nestum Madu



BISKUT NESTUM MADU

Bahan:
250 gm mentega (kak ruby guna buttercup)
1 1/2  cawan gula halus (kurangkan klu x suka manis)
1 cawan kelapa kering
1 cawan nestum
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar madu
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
2 biji kuning telur
 

Cara :
Campurkan tepung gandum, tepung kastard dan baking powder ketepikan.
Kacau mentega, gula, kuning telur dan vanila hingga kembang masukkan madu, kacau sebati.
Masukkan kelapa kering dan nestum, sambil dikacau rata baru masukkan campuran tepung tadi, gaul hingga menjadi dol yang lembut. Sekira nya adunan masih lembik tambahkan sedikit tepung gandum.
Kemudian cetak lah mengikut acuan pilihan sendiri, dan hias juga dengan cara sendiri.

Monday 10 September 2012

Biskut Tepung Ubi

Rasa kak ruby ini lah resepi biskut yang paling simple dan senang nak buat.......tapi rasa nya sedap, lembut dan sensitive mudah pecah.


BISKUT TEPUNG UBI

Bahan :
250 gm tepung ubi
2 biji kuning telur
5 sudu makan gula halus
1 cawan mentega 
1 susu teh esen vanila
100 gm badam (kak ruby ptng memanjang)


                                                            sebelum di bakar


 
Cara :

Gula dan mantega di pukul hingga kembang, masukkan kuning telur dan vanila kacau rata.
Kemudian masukkan tepung ubi gaul hingga sebati.
Boleh lah di cetak mengikut acuan pilihan, sapu kuning telur di atas dan hias dengan badam potong panjang tadi.  Bakar lah hingga masak atau kekuningan.

London Almond

Resipi biskut london almond ini sudah lama kak ruby gunakan iaitu sejak 1995 lagi, waktu itu kak ruby baru balik dari USA.....Raya tahun 1994 tahun pertama kak ruby raya di Malaysia setelah beberapa tahun kak ruby tinggalkan bumi Malaysia yg tercinta ini, waktu itu setiap rumah yang kak ruby p beraya mesti ada biskut ni, dalam hati kak ruby tertanya juga apa nama biskut ni? sedap juga........habis saja Syawal mula lah kak ruby cari2 resepi tanya sana tanya sini, akhir nya kak ruby dapat dari kawan baik kak ruby  iaitu kawan setempat kerja dulu......jadi, masa raya tahun 1995 hingga lah SEKARANG,  ini lah resipi yg kak ruby gunakan....terima kasih buat kawan kak ruby yg sangat kak ruby sayang .....rosni nama nya....


BISKUT LONDON ALMOND

Bahan :
250 gm buttercup
500 gm tepung gandum
200 gm badam kisar halus
250 gm badam (di goreng skejap)
100 gm badam kisar kasar 
2 biji kuning telur
1 biji telur
4 oz gula halus
coklat masakkan
paper cup secukup nya 

 
Cara :
Pukul butter dengan gula hingga kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul lagi. Masukkan tepung gandum dan badam kisar halus, gaulkan sampai sebati dan jadikan dol yg lembut.
Kemudian bentukkan ketul2 kecil seperti kuih makmur, masukkan badam goreng td didlm nya, buat lah sampai adunan habis.  Bakar hingga masak dan sejukkan.

Untuk coklat
Masakkan coklat cara double boiling, bila coklat sudah cair celupkan biskut yg sudah dibakar tadi dan masukkan ke dalam paper cup dan taburkan dengan badam kisar kasar. 

Saturday 8 September 2012

Kek Lapis Horlicks

Assalammualaikum semua jiran2 kak ruby dan sesiapa saja yg sudi singgah di kayumaniskorner ........kak ruby cuti panjang kali ini, lama sungguh dapur kak ruby tak berasap, hmpr2 2 bln kot...dr sebelum puasa hingga lh selepas hari raya. Sampai kan biskut dan kuih muih hari raya pun kak ruby main tunjuk2 je, sebenar nya kak ruby tak berapa suka main tunjuk2 ni.....tp apa boleh buat dah terpaksa, perpindahan kak ruby dr Sarawak ke Semenanjung dlm bln puasa dan raya....... sekarang kak ruby dah boleh memasak semula......bahagia nya, sebab hobi kak ruby MEMASAK.  


KEK LAPIS HORLICKS
(sumber dr: resepi enak horlicks)


Bahan :
250 gm mentega (kak ruby guna buttercup)
200 gm horlicks
10 biji telur
150 gm gula halus
250 gm biskut marie (kisar halus hingga jdkan tepung)
1 sudu teh serbuk koko (kak ruby tmbh 1 sudu lg)
1 sudu teh vanila (kak ruby sj letakkan)
 
Cara :
Pukul mentega dengan gula halus hingga kembang,  masukkan telur satu demi satu hingga habis (dlm masa yg sama kak ruby masukkan vanila) sambil dipukul sebati.
Kemudian masukkan tepung biskut marie dan juga horlicks kacau kesemua nya hingga betul2 sebati.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
satu bahagian campurkan dgn serbuk koko dan satu bahagian lagi dibiarkan warna asal.
Bakar lah selapis demi selapis hingga habis dengan warna koko untuk lapisan pertama.

*Acuan 8 x 8 x 3
*setiap lapisan gunakan 5 sudu mkn atau utk lapisan lbh nipis lg guna lh 4 sudu je
* oh ye resepi asal kek ni di KUKUS tp kak ruby saja nak bakar pula.
    klu sapa suka kukus...kukus lh seperti buat kuih lapis.