Nuffnang Ad

Thursday, 20 September 2012

Puding kek

Dalam peti ais ada lagi lebihan kek lapis.....kak ruby teringat blog dayang ada resepi puding kek, kak ruby pun buka dan cari akhir nya jumpa, apa lagi ambil pen dan kertas terus salin resepi....kemudian ke dapur terus mencuba, ini lah hasil nya......terima kasih dayang, kalau tidak kek kak ruby terbuang, sedap.....pada sapa2 yg ingin mencuba, cuba lah tak rugi punya.

PUDING KEK

Bahan :
  • 3 cawan air
  • 1 sudu besar serbuk agar-agar (dyg guna Cap Bunga Ros)
  • 3 sudu besar tepung kastard (dibancuh dgn 3 sb air)
  • 1/2 cawan gula pasir ( boleh lebihkan sedikit jika nak lebih manis - bergantung pd kemanisan kek)
  • 3/4 cawan susu cair
  • 1 sk esen vanilla
  • hirisan kek secukupnya (dipotong kiub @ ikut suka)
Cara :
  1. Didihkan air bersama serbuk agar-agar di dalam periuk. Setelah larut masukkan gula dan susu cair. Setelah gula larut, biarkan ia merendidih.
  2. Masukkan bancuhan tepung kastard tadi serta esen vanilla. Kacau hingga pekat.
  3. Sediakan loyang yang sudah dibasahkan dgn air. Tuangkan adunan tadi ke dalamnya. Masukkan/susunkan atau gaulkan perlahan-lahan kek yg sudah dipotong tadi.
  4. Sejukkan sebelum hidang.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment