Nuffnang Ad

Thursday 30 July 2015

Biskut Semperit

Assalammualaikum dan selamat hari raya, hihihi sebuk dengan hari raya tak sempat kak ruby nak intai ke kayumaniskorner, biskut dah hujung-hujung ni baru sempat bergambar......entah lah apa nama biskut ni yang sebenarnya, orang cakap semperit kak ruby sebut semperit, orang cakap dahlia kak ruby sebut dahlia, apa beza nya kak ruby pun tak faham, yang kak ruby tahu resepi nya ada yang guna tepung gandum dan yang tak guna tapi digantikan dengan tepung kastard.......yang pasti setiap kali raya mesti ada, berbagai-bagai bentuk....
Tak kisah lah kan asalkan semua bahagia dan ceria di hari raya......bermaaf-maafan.


BISKUT SEMPERIT

Bahan
250 gm butter Anchor
2 cwn tepung gandum
1 cwn tepung jagung
1 cwn gula ising - kak guna gula halus
1 biji kuning telur
sedikit pewarna kuning - kak ruby tak letak


1. pukul gula ising dan butter hingga sebati (whisk)
2. masukkan kuning telur dan kacau lagi
3. masukkan pewarna
4. masukkan tepung gandum dan tepung jagung dan gaul sebati guna tangan
5. panaskan oven suhu 140°c
6. tekan adunan dgn mana2 acuan samperit yang disukai
7. boleh tabur choc rice atau gula kristal untuk samperit leper, sediakan gula2 manik atau cherry cincang untuk samperit dahlia.
8. bakar sehingga bawahnya kekuningan.

Tuesday 21 July 2015

Tart Nenas Gulung



TART NENAS GULUNG

Bahan 
250 gm butter
50 gm ( 1/2 cawan ) gula halus
1 sudu teh esen vanila
100 gm tepung kastad
1 biji kuning telor
375 gm ( 3 1/2 cawan ) tepung gandum
1 biji telor ( pukul + sedikit esen kuning utk di sapu di atas biskut )




Cara
Pukul butter dengan gula sehingga sebati kemudian masukan telur dan esen vanila dan pukul lagi sehingga sebati.
Masukan kedua2 tepung, uli sehingga menjadi doh yang lembut. Kalau terkeras tambah sedikit lagi butter dan kalau terlembik tambah sedikit tepung gandum.
Sediakan papan pencanai, terap adunan dengan menggunakan acuan tat gulug. Bahagian bunganya hendaklah berada di bahagian bawah.
Tekan memanjang. Potong mengikut panjang yang di kehendaki. Isi sedikit inti nenas yang digentel kecil membujur atau bulat, gulung hingga tertutup inti nenas.  Susun di atas loyang yang dilapik dengan baking paper 
Sapukan atas tart gulung dengan kuning telur. Bakar pada suhu 160c selama 20 minit atau hingga masak.

Biskut Sampan




BISKUT SAMPAN

Bahan Pastri
270 gm butter
50 gm gula kastor
2 biji kuning telur
1/2 biji putih telur
1sdk esen vanilla
400gm tepung

Bahan Inti
150gm butter
12 sdb gula kastor
360 gm kelapa kering
180 gm badam ( atau kekacang yang lain)
3 biji telur
1 sdk esen vanilla


Cara membuat Pastri
Putar butter dan gula hingga creamy /pucat
Masukkan kuning telur satu persatu..pukul sebati dan masukkan putih telur dan vanilla pukul sebentar.
Masukkan tepung sikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh.Balut doh dgn cling wrap dan simpan dalam peti ais sebentar.

Bahan Inti
Putar butter dan gula hingga creamy /pusat
Masukkan telur satu persatu dan vanilla pukul sebati
Masukkan kelapa kering dan kacang.Gaul guna spatula hingga adunan menjadi seperti paste.


Cara 
Ambil sedikit adunan doh..terap dalam acuan biskut sampan.Tekan sedikit untuk membuat
ruang untuk diisikan dgn inti
Letakkan inti kelapa tadi dan hias dengan buah ceri

Bakar pada suhu 145c selama 22 minit.

Saturday 11 July 2015

Biskut Ulat Bulu



BISKUT ULAT BULU

Bahan
1 cawan tepung jagung (ayak)
2 cawan tepung gandum (ayak)
1 buku mentega
3 biji kuning telur
1 sudu esen vanila
1 sudu perisa pandan
Pewarna hijau
Gula halus untuk ditabur
Kurma untuk inti





















Cara
Pukul mentega bersama-sama telur kuning sampai kembang.
Masukkan perisa pandan, esen vanilla dan sedikit pewarna hijau. Kemudian pukul. Pewarna tu jangan banyak sangat nanti terlebih hijau pula nanti.
Masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Agak-agaklah adunan boleh dibentuk. Tepung gandum tu tidak perlu dihabiskan.
Ambil doh sebesar duit 50 sen, leper dan masukkan inti kurma.
Gulung dan bentukkan memanjang dan tekan gunakan garfu. Kalau mahu cantik bentuknya, letak atas(tengah)tapak tangan dan genggam tangan. Jangan kuat-kuat terkeluar pula nanti intinya.
Masukkan dalam loyang dan bakar dalam suhu 170 selama 15-20 minit. Taburkan gula halus pada biskut sebagai bulunya..smile emoticon tabur masa biskut dan sejuk...!! Barulah comey cam ulat bulu hehehe!

Saturday 4 July 2015

biskut lipatan kasih kurma

Assalammualaikum dan selamat berpuasa....terima kasih chef Florence, memang sedap biskut ni, nak buat lagi lah untuk adunan kedua dapat banyak sikit untuk hari raya nanti hihihi.....


Biskut Lipatan Kasih Kurma. 
resepi dr : Chef Florence 

Bahan A
200g tepung gandum
50g tepung jagung

80g NESTLE® CORN FLAKES- dikisar halus
200g mentega atau merjerin
100g gula kaster
1 camca teh esen vanila
1 biji telur
40-45 biji kurma (jenis lembut)- dicincang halus




Cara 
1. Ayak bahan A, masukkan NESTLE® CORN FLAKES. Gaul dan ketepikan.
2. Putarkan mentega, gula dan esen vanila sehingga sebati. Masukkan telur dan pukul hingga sebati.
3. Kaupkan campuran tepung dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
4. Letakkan 1/2 camca doh di dalam cawan kertas kecil dan tekankan dengan rata sehingga hujung kertas (mesti sama nipis supaya masak dengan sempurna).
5. Kemudian letakkan kurma yang telah dicincang halus di tengah doh dan lipat cawan kertas tersebut. Tekan hujung doh mengunakan cawan kertas dengan lembut untuk mendapatkan bentuk kipas.
6. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180°C selama 15-20 minit atau sehingga kuning keemasan.