Nuffnang Ad

Wednesday 27 December 2017

Jemput Vadai

Assalammualaikum
Hihihi jemput vadai ni terjadi secara tak disengajakan. Ini cerita minggu lepas, kerana sibuk sekarang baru dapat publish dalam kayumaniskorner......
Malam nya kak ruby rendam lah kacang dal untuk esok pagi nak buat kuih vadai.  Pagi-pagi lagi bangun blender kacang dal, seronok nya sebab kuih vadai ni kesukaan encik suami.  Ini kali yang ke tiga kak ruby buat kuih vadai dalam masa 4 tahun, lama kan..........
Encik suami tak de ni masih lagi di Putrajaya,  kata nya dalam pukul 9 dia sampai.
Kak ruby pun dengan hati yang bahagia dan seronok nya blender lah kacang dal dengan 1 cawang air, bila sudah siap blender baru sedar yang kak ruby masukkan air sebanyak 1 cawan bersama kacang, ya Allah apa akan jadi ni terjerit kak ruby.....sapa-sapa yang pernah buat kuih vadai tahu lah macam mana nak buat kuih vadai lagi kalau kacang di blender bersama air, adunan sudah cair macam mana nak bentuk kuih vadai lagi.......
Jam sudah hampir pukul 9, kejap lagi encik suami akan sampai....selalu nya bila suami balik sekali sekali kak ruby akan masak satu makanan kegemaran encik suami, tapi kali ini tidak menjadi.....
kak ruby terus kan juga buat vadai tapi dengan cara kak ruby, kak ruby campurkan semua bahan, kemudian goreng macam buat jemput-jemput.......
Kak ruby hidang atas meja cantik-cantik,  encik suami sampai rehat sekejap, sarapan......kak ruby diam je, tiba-tiba suami cakap "sedap nya jemput-jemput ni macam vadai"....kak ruby cuma tersenyum, dan kak ruby pun kata " tu jemput vadai nama dia".  Encik suami makan habis satu piring, sambil bangun dari meja encik suami kata  "lain kali buat lagi ye jemput vadai sedap lah".....apa lagi kak ruby kembang setaman, kuih vadai tak jadi dapat pujian pula hihihi....
Terus kak ruby nama kan jemput vadai.


KUIH VADAI

Bahan
250 gm kacang dal
3 biji cili kering - digunting halus
1 tangkai daun kari - diracik halus
1/2 biji bawang besar - diracik halus
1 sudu teh jintan manis - biarkan sebiji sebiji
1/2 sudu teh garam
minyak utk menggoreng





Cara
Rendam kacang dhal selama lebih kurang 4 jam (kak ruby rendam semalaman) tos hingga kering.
Kisar kacang dhal hingga halus, tidak mengapa jika masih ada sedikit kacang dhal yang tak hancur.
Satukan semua bahan dalam bekas dan gaul rata.  Leperkan atas tapak tangan yang diatas dengan plastik yang telah disapu dengan sedikit minyak, supaya ia tidak  melekat.
Susun diatas dulang yang disapu dengan sedikit minyak.
Goreng atas api yang sederhana besar hingga kekuningan dan garing.


Sambal terung bakar



SAMBAL TERUNG BAKAR

Bahan
3 biji terung panjang
1 biji tomato
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
6 biji cili merah *
4 biji cili padi merah *
½ mangkuk kecil ikan bilis *
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa



Cara
Cuci bersih terung, belah dua dan bakar hingga lembut.
Kisar bahan yang bertanda *. Tomato dipotong dadu.
Panaskan minyak,  tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik bau.
Masukkan air asam jawa dan tomato dan jugak garam serta gula.
Masak dan kacau- kacau sekejap, rasa secukupnya dan tutup api,
Tuang sambal keatas terung bakar tadi. Sedia untuk dihidangkan.


Japanese cheese cake terlebih gebu



JAPANESE CHEESE CAKE

Bahan
6 keping cheddar chesse
200 ml susu segar
4 biji telur
70 gm gula halus
70 gm tepung kek
70 gm butter





Cara
Koyak-koyakkan cheese kecil2 dan campurkan dengan susu segar, masak dengan api perlahan kacau selalu,  bila mendidih masukkan butter, kacau sebati tutup api.
Asingkan putih telur dan merah telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue, kemudian pukul merah telur hingga kembang, masukkan kedalam adunan cheese tadi, kacau sebatikan.
Masukkan tepung kek dan sedikit demi sedikit kacau.
Kemudian masukkan adunan putih telur atau meringue tadi, kaup dan sebatikan adunan.
Tuangkan adunan kedlm loyang bulat 8” yang sudah disapu dengan butter.


Cara bakar
Letak loyang dalam bekas yg berisi air panas/suam, masukkan kedlm ketuhar yang telah dipanaskan 20 minit pd suhu 170c dan kemudian rendahkan suhu kpd 140c dan terus bakar selama 40 minit atau hingga masak.

Thursday 21 December 2017

Apam Lenggang Sedap



APAM  LENGGANG 

Bahan
1 1/2 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis
7-8 sudu besar gula
1 cwn air
1 cwn santan pekat
1 biji telur





Cara
Campurkan semua bahan kecuali santan..Gaul rata dan perap selama 2-3jam
masukkan santan dan gaul lagi
Panaskan kuali dan griskan minyak pd kuali...ambil 1 senduk adunan dan lenggangkan seperti membuat kuih ketayap
kalau pakai non stick pan tida perlu gris minyak
Masak dengan api perlahan...bila dah kekuningan bolehlah digulung atau dilipat dua, siappp...sedap mkn panas-panas.


Tuesday 19 December 2017

Cream puff



CREAM PUFF

Bahan Utk Puff:
60 gm buttercup
125 ml air
75 gm tepung gandum
2 biji telur
Secubit garam



Cara:
Masak air, butter dan garam hingga mendidih. Bila mendidih tutup api dan masukkan tepung gandum, kacau adunan hingga tak melekat diperiuk dan biarkan sejuk.
Pukul telur dan masukkan ke dlm adunan tepung tadi dan kacau hingga sebati.
Masukkan adunan ke dlm piping beg bersama brsama nozzle bentuk bunga, picit adunan ke dlm loyang yg telah disapu dgn sdikit butter, dan bakar selama 30 minit atau bertukar warna keemasan..
Setelah sejuk – potong sedikit puff dan isikan dgn kestard.

Bahan utk Kastard:
3 sudu besar gula
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 cwn susu segar
1 sudu buttercup
Sedikit esen vanilla


Cara:
Campurkan semua bahan dan masak hingga pekat (api perlahan je).
Isikan dlm puff tadi (sdp jg mkn dgn whipping crem)
Gula icing utk buat snow.

Wednesday 13 December 2017

Puding Jagung Segar

Assalammualaikum
Minggu lepas kak ruby balik kampung di utara semenanjung, biasa lah kan musim cuti sekolah ni, sana sini kenduri kahwin....kak ruby balik kampung pun atas sebab itu juga, kak ruby seronok bila balik kampung, sebab dapat jumpa ramai saudara mara lebih-lebih lagi bila kenduri begini, senang dapat jumpa saudara mara yang jauh juga, maklumlah nak jumpa saudara mara ni bukan nya senang.  Masing-masing sibuk dengan hal kehidupan sendiri.
Dikampung banyak tanaman dan buah buahan, kak ruby pun ambil lah kesempatan, kak ruby dapat banyak jagung dari anak saudara kak ruby, anak saudara ni rajin dia tanam banyak jagung.
Di pendekkan cerita, alhamdullilah banyak resepi yang dapat kak ruby buat dengan jagung-jagung itu.  Salah satu nya ini lah puding jagung, resepi asal puding ni guna jagung dalam tin, tapi kak ruby tukar sikit guna jagung segar.  Cara nya kak ruby potong jagung segar macam kita nak buat bubur jagung tu, kemudian kukus sekejap agak-agak masak, pastu blender hingga halus,  maka jadi lah macam jagung dalam tin.
Lepas tu ikut lah resepi seperti dibawah.  insyaAllah sedap sangat.


PUDING JAGUNG

Bahan
1 tin jagung manis krim - kak guna guna jagung segar
1 cawan tepung kastard
¾ cawan gula kasar
3 cawan air
1 tin susu cair
Secubit garam – kak ruby tambah




Cara
Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati. 
Masak diatas api sederhana perlahan dan kacau terus menerus hingga adunan pekat dan berkilat.
Angkat dan tuang kedalam loyang kesukaan.
Tunggu sehingga sejuk dan masaukkan dalam peti ais.
Sedap dimakan bila sejuk.

kek oreo yang viral

Assalammualaikum...
Hitam-hitam di tampuk manggis, sungguh pun hitam rasa nya manis hihihi begitu lah yang boleh dikatakan pada kek oreo ini.  Rupa nya tidak lah cantik sangat, tapi rasa nya sedap sampai viral jadi nya.  Kak ruby tak sempat nak letak apa-apa toping diatasnya, tengok-tengok sudah habis.
Terima kasih pada tuan punya resepi asal.  Kak ruby hanya ambil resepi dalam fb.



KEK OREO 2 BAHAN

Bahan
2 paket biskut oreo – yg panjang
200 ml susu dutch lady coklat
Cheese cheddar scukupnya – utk tabur diatas kek



Cara
Patah-patahkan biskut oreo.
Blend hancur biskut oreo bersama susu coklat.
Tuang dalam loyang atau acuan pilihan.
Kukus selama 20 minit.
Kemudian boleh lah dihias dengan parutan cheese atau coklat yang dicair atau apa-apa je yang disukai.


Wednesday 6 December 2017

Bingka ubi lagi dan lagi



BINGKA UBI KAYU

Bahan
700 gm ubi kayu yang sudah diparut
1 1/2 cawan santan
1 cawan gula
2 biji telur - dipukul kembang
2 sudu mkn butter - dicairkan
garam secukup nya
sedikit pewarna kuning





Cara
Tos kan ubi yang sudah diparut sampai air ubi habis keluar.
Kemudian campurkan je semua bahan dan kacau hingga sebati.  Masukkan kedalam loyang yang sudah disapu dengan sedikit butter.
Bakar pada suhu 150c selama 1 jam atau hingga masak.

Sunday 3 December 2017

Kek Coklat Lava

Assalammualaikum... Sekarang sudah bulan Disember bermakna tahun 2017 akan berakhir tidak lama lagi, huhuuu umur pun meningkat,  apa yang diharapkan mudah-mudahan tahun 2018 nanti diberi kesihatan, kekuatan dan kesabaran yang lebih lagi. insyaAllah kan......
Beberapa hari lepas kak ruby cuba buat kek coklat lava.  Sebab tak puas makan masa sambutan hari lahir tempuh hari, kek coklat lava di hadiah kan oleh kakak masa hari lahir tu, masih terasa kesedapan kek coklat lava.  Jadi kak ruby pun godek-godek lah dalam blog, memang banyak resepi kak ruby jumpa.  Tapi kak ruby terpikat dengan resepi KHAIRUL ABDULLAH ni,  nampak menarik dan senang je cara membuatnya.
Kak ruby pun pergi cari bahan-bahan dan buat, senang je...dan ini lah hasilnya.  Oleh sebab pertama kali buat kot lava nya tidak begitu cair sangat, tapi tetap sedap.  Lepas lah juga keteringinan kak ruby tu.  Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak pada tuan punya resepi iaitu Khairul Abdullah.



CHOCOLATE  LAVA CAKE

Bahan
5 sudu butter
100 gm coklat masak gelap
2 biji telur saiz besar
1 kuning telur saiz besar
3 sudu besar gula
3 sudu kecil tepung
2 sudu kecil serbuk koko
1 secubit garam
4 paper cup atau 4 ramekins – disapu sedikit butter





Cara
Panaskan oven 200c (kak ruby panaskan 180 je)
Cairkan butter dan coklat bersama-sama secara “double boiler” atau didalam microwave sehingga cair dan kacau hingga sebati.
Pukul telur dan gula sehingga campuran berwarna kekuningan sekitar 3 minit sehingga gula larut.
Kacau campuran coklat panas ke dalam adunan telur dan pukul sebati.  Ayakkan tepung, koko dan garam.  Kaup dengan spatula sehingga sebati.  Sudukan ke dalam 4 ramekins atau papercup saiz besar tebal yang telah disapu dgn sedikit butter.
Kalau ada masa sejukkan dulu adunan didalam freezer selama 5 minit, kalau tak nak, boleh terus masuk oven.
Bakar selama 13 minit sahaja jangan lebih nanti tak jadi lava.  Tak stem pun boleh. Atau boleh jugak guna teknik “waterbath” tapi make sure pakai ramekins lah ye.
Anagkat dan biarkan sejuk seketika dan hidangkan.